Fitnah 'Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional' - Idris Jusoh

11:51 PM 0 Comments A+ a-


Dato' Seri Idris Jusoh


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Saya mendapat makluman mengenai satu portal menyiarkan kenyataan saya yang telah diputarbelitkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Ingin saya membuat beberapa penjelasan dan penafian bahawa:


1) Kenyataan yang disiarkan dalam blog dan beberapa website berbunyi "Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional".

Hal ini amat berlawanan dengan kenyataan saya yang asal iaitu:

"Kalau ada yang mengatakan bahawa sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi saya akan pastikan sistem pendidikan kita bertambah baik".

2) Kenyataan yang diputarbelitkan itu adalah bertujuan untuk mencalarkan nama saya, Kementerian Pendidikan Malaysia (pada masa itu) serta Kerajaan Malaysia.

3) Kenyataan yang disiarkan blog tersebut telah tersebar dalam media sosial dan portal MalaysianInsider yang telah memulakan putar belit tersebut (dan kemudiannya ditukar) pada September 2013. Saya tidak pernah membuat kenyataan itu dalam masa terdekat ini.

Saya harap penjelasan serta penafian ini cukup jelas bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang bersentimen sedemikian rupa. Diharapkan rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan cerita-cerita sedemikian.



Dato Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
6 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Hari Ganti Persekolahan Tahun 2015 - Pengarah Pelajaran Malaysia

11:00 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



HARI GANTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015





Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan penangguhan sesi awal persekolahan bagi tahun 2015 akibat bencana banjir yang melanda negara menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2014; Penangguhan Tarikh Mula Sesi Persekolahan Tahun 2015; bertarikh 29 Disember 2014. Penangguhan ini dibuat setelah mengambilkira;



a. Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Penempatan Sementara (PPS) atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan



b. keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.



KPM ingin menegaskan bahawa tarikh bagi hari-hari penangguhan persekolahan akibat banjir seperti terkandung dalam surat siaran tersebut adalah tidak perlu diganti kerana bukan dianggap sebagai cuti. Tempoh tersebut bermaksud tempoh pemulihan kepada semua pihak akibat bencana banjir dan dianggap sebagai hari bekerja. Pihak KPM berharap dengan penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul dalam kalangan pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa.



Terima kasih.











Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia



6 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Pertembungan PDRM Dan SPRM Boleh Menjejaskan Kestabilan Dan Keselamatan Negara - Shamsul Iskandar

9:16 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
6 OGOS 2015

PERTEMBUNGAN PDRM DAN SPRM BOLEH MENJEJASKAN KESTABILAN DAN KESELAMATAN NEGARA

Saya memandang serius perkembangan mutakhir ini yang membabitkan semacam satu pertembungan di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua agensi utama di negara ini yang berperanan menjamin keselamatan rakyat serta ketelusan tatakelola.

Apa yang berlaku mengingatkan saya kepada pertembungan yang hampir sama awal tahun lalu di Indonesia membabitkan bantahan dari Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia (KPK) dan Polis Republik Indonesia (Polri). Ini susulan bantahan dari KPK ke atas pencalonan Budi Gunawan yang dicadangkan sebagai Ketua Polis Republik Indonseia. Tindakan KPK yang menamakan Budi sebagai salah seorang suspek dalam satu kes rasuah telah mengundang reaksi balas dari Polri yang kemudiannya mengisytiharkan Ketua KPK, Abraham Samad dan timbalannya Bambang Widjojanto sebagai suspek dalam dua kes jenayah berasingan serta mengancam untuk menyiasat lebih ramai pegawai kanan KPK. Pertembungan dua agensi besar ini kemudiannya memaksa Presiden Joko Widodo menangguhkan pelantikan Budi dan menggantung tugas Abraham dan Bambang.

Tindakan PDRM menahan beberapa orang pegawai kanan SPRM temasuk Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin yang terlibat dalam proses siasatan skandal kewangan membabitkan syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengundang persepsi bahawa PDRM cuba untuk mencampuri dan menggangu proses siasatan yang sedang dilakukan oleh SPRM.

Hari ini, SPRM pula dilihat seperti menyerang balas tindakan PDRM dengan mengheret enam anggota polis ke mahkamah atas tuduhan menerima dan tidak melaporkan kesalahan rasuah bernilai RM8,000 tahun lalu. Kesemua tertuduh yang berpangkat konstabel, lans koperal dan koperal didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan, hari ini.

Perkembangan ini sememangnya amat membimbangkan dan sekiranya dibiar berterusan maka dikhuatiri akan mewujudkan implikasi negatif kepada kestabilan dan keselamatan negara. Kedua-dua agensi ini sewajarnya berperanan secara bebas dan telus serta tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak khususnya penguasa politik.

Memandangkan kedua-dua agensi ini terletak secara langsung di bawah jurisdiksi Yang Dipertuan Agong, maka saya dengan penuh takzim merafakkan sembah ke bawah duli yang maha mulia Raja-Raja Melayu dan mencadangkan Majlis Mesyuarat Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas bagi menyelesaikan krisis pertembungan membabitkan dua agensi ini. Satu resolusi dan penyelesaian tuntas perlu diambil demi menyelamatkan kedua-dua agensi ini dari kerosakan lantaran campur tangan politik pihak tertentu.

Susulan lawatan saya bersama YB Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN dan beberapa pimpinan PAS, DAP ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi tadi, kami turut berkesempatan mengadakan perbincangan bersama pihak SPRM dan mereka mengulangi tekad dan komitmen tinggi untuk bekerja secara jujur dan telus demi rakyat Malaysia.

Manakala negara sedang berada dalam keadaan yang semakin parah akibat korupsi, saya menyeru Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed beserta dengan timbalan beliau, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull supaya segera tampil dan bersama-sama dengan para pegawai serta kakitangan SPRM berganding bahu dalam usaha memerangi rasuah.

Usah khuatir dengan asakan dan ancaman politik dari penguasa atasan. Berdasarkan penelitian dan sentimen di bawah, majoriti rakyat kini dilihat bersama menyokong SPRM dalam usaha mereka untuk memerangi rasuah habis-habisan. Mari kita bersama-sama mengetepikan rasa takut dan berganding bahu untuk menyelamatkan negara ini demi masa depan anak cucu kita kelak.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat


Sila kongsi artikel ini...

Apa yang LGE mahu ? - Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

8:08 PM 0 Comments A+ a-



Apa yang LGE mahu ?

Seseorang telah menghantar pautan berita ini kepada saya :



http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/will-you-apologise-now-for-defending-najib-dap-asks-hadi


Saya tersenyum membacanya. Tersenyum kerana saya tidak menyangka sama sekali LGE boleh menjadikan berita yang di spin saban hari oleh media TMI sebagai "prime source" rujukan beliau. Saya sebenarnya tidak faham apakah dendam LGE terhadap TGHH sehingga dalam tempoh setahun ini (Julai 2014 -Julai 2015) rekod yang dikumpul menunjukkan Sdr LGE bertindak menghentam TGHH tidak kurang dari 20 kali dalam kenyataan dan ucapan beliau. Semuanya bersumber dari maklumat yang salah, dan jauh dari maksud sebenar apa yang disebut oleh TGHH.

Hanya satu sahaja kesimpulan saya pada saat ini. Samada LGE mempunyai masalah kesihatan yang serius untuk memahami bahasa tulisan dan pertuturan yang mudah, atau pun beliau sememangnya bukan ahli politik yang faham bahasa politik.

Atau adakah mungkin semua ini adalah sebahagian strategi LGE dan strategis beliau untuk menimbulkan kemarahan ahli dan penyokong PAS di seluruh negara ! Tapi untuk apa ya ?

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS
6 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

MOY Publication (penerbit majalah Ujang dan Apo?) telah disahkan menutup operasi mereka - Kartunis Ubi , Kartunis Lengkuas

7:46 PM 0 Comments A+ a-



Bukan lagi kabar angin - MOY Publication (penerbit majalah Ujang dan Apo?) telah disahkan menutup operasi mereka sejak semalam.

Akan tiada lagi majalah terbitan mereka di pasaran. Malang buat generasi akan datang kerana tak berpeluang lagi menatap dan mengenal majalah kartun legenda yang pernah menggegarkan dunia penerbitan suatu ketika dahulu.

Paling sedih dan kasihan dengan pengkarya serta kartunis yang selama ini mencari rezeki di sana. Semoga keadaan bakal bertambah baik dan semoga nasib mereka akan terus dibela.
- Kartunis Ubi

Dengan rasminya 6 ogos 2015 moy publications sdn bhd yg menerbitkan majalah ujang dan apo menutup operasinya serta merta sekian terima kasih  

 Kartunis Lengkuas
 
 








Sila kongsi artikel ini...

PM Akan Ditentukan Bersalah Atau Tidak Oleh Siapa? - Khairuddin Aman Razali at-Takiri

7:15 PM 0 Comments A+ a-



PM AKAN DITENTUKAN BERSALAH ATAU TIDAK OLEH SIAPA?




Oleh :

Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

(AJK PAS Pusat / Ahli Parlimen Kuala Nerus)







1. Speaker Dewan Rakyat, TS Pandikar Amin Mulia pada 31 Julai 2015 telah menyatakan ketetapan bahawa prosiding terhadap 1MDB oleh PAC tidak boleh diadakan tanpa pengerusi baharu bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamad yang telah dilantik sebagai anggota kabinet.




2. SPRM pula pada petang semalam telah mengesahkan bahawa Peguam Negara, TS Mohamed Apandi Ali menyatakan tiada keperluan untuk ada Pasukan Petugas Khas yang dianggotai secara bersama oleh SPRM, PDRM dan BNM bagi menyiasat isu 1MDB dan skandal yang dikaitkan dengan YAB Perdana Menteri.




3. Kesan tekanan daripada luar dan dalam UMNO/BN sendiri berhubung isu ini, DS Najib Razak telah melakukan pendekatan 'ekstrim' dengan menggugurkan TS Muhyiddin Yassin dan licik melalui rombakan semula kabinet justeru usaha-usaha PAC dan Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat secara adil, menyeluruh dan telus kini terbantut.




4. Hasil dapatan siasatan sehingga setakat ini juga tidak dapat didedahkan kepada awam berikutan ada sekatan pada aspek perundangan.




5. Lebih mengeruhkan keadaan apabila PDRM melakukan serbuan dan tangkapan ke atas pegawai-pegawai SPRM justeru mengganggu ketelusan siasatan ini secara menyeluruh dan menjejaskan imej serta kredibiliti SPRM sebagai sebuah suruhanjaya bebas.




6. Seluruh rakyat mahu tahu apakah kebenaran disebalik isu 1MDB dan tuduhan ke atas YAB DS Najib Razak. Jika ia tidak benar, itulah yang menjadi harapan seluruh rakyat. Tetapi, jika ia benar, semuanya mesti didakwa dan dihukum dengan sesungguhnya.




7. Namun, siapa yang akan menentusahkan kebenaran ini? PDRM kelihatannya diperalat, SPRM pula ditekan kuat, BNM masih membisu dan PAC pula sedang membeku.




Sekian.




Khamis, 6 Ogos 2015 | 21 Syawal 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Berikan Kebebasan Dan Ketelusan Kepada SPRM Menyiasat Skandal 1MDB Sehingga Ke Lubang Cacing - Faiz Fadzil

7:00 PM 0 Comments A+ a-



Berikan Kebebasan Dan Ketelusan Kepada SPRM Menyiasat Skandal 1MDB Sehingga Ke Lubang Cacing.

Gerakan Anakmuda Harapan Baru menyokong dan menyambut baik kenyataan Pengarah Operasi Khas SPRM yang mahu mencari dalang-dalang yang mengarahkan tangkapan beberapa pegawai yang terlibat dalam siasatan yang dijalankan SPRM ke atas skandal 1MDB sehingga ke lubang cacing. Adalah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang mengganggu penyiasatan menurut seksyen 48(h) Akta SPRM 2009. Setakat hari ini, dilaporkan seramai 7 pegawai SPRM yang telah ditahan untuk siasatan oleh pihak polis kononnya terlibat dalam aktiviti menggulingkan kerajaan secara tidak demokrasi.


Pengesahan kemasukan ‘derma’ sebanyak RM 2.6 billion ke dalam akaun persendirian Perdana Menteri boleh mewujudkan anggapan satu prima facie kesalahan rasuah menurut seksyen 50 Akta SPRM 2009. Maka, amat penting untuk identiti dan hubungan penderma tersebut dengan Perdana Menteri didedahkan.

Siasatan berkenaan perbelanjaan setiap sen wang akaun tersebut amat material untuk rakyat mengetahui tujuan sebenar wang derma tersebut, samaada untuk kepentingan peribadi Perdana Menteri atau UMNO BN. Sudah pasti tiada penderma yang sangup menderma sejumlah wang yang besar sebegitu tanpa ada apa-apa balasan.

SPRM tidak boleh lagi berdiam diri dalam keadaan di mana kuasa dan prerogative mereka kini sedang diganggu. Gerakan Anakmuda Harapan Baru menyeru agar SPRM dan pegawai-pegawai mereka yang ikhlas dan berintegriti untuk terus menyiasat skandal 1MDB termasuk kes wang derma tersebut secara adil, bebas, telus dan terbuka serta tanpa rasa takut atau memihak (without fear or favor) sehingga ke lubang cacing.

Gerakan Anakmuda Harapan Baru mendoakan semoga pegawai-pegawai SPRM dapat menjalankan amanah ini dengan baik dan diberkati hendaknya. Kepercayaan rakyat mengatasi kepercayaan sang penguasa. Integriti SPRM hendaklah sentiasa dipertahankan dan dipelihara.

Faiz Fadzil
Pengarah Komunikasi
Gerakan Anakmuda Harapan Baru
6 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Hentikan Penghinaan Terancang Terhadap SPRM - Salahuddin Ayub

4:00 PM 0 Comments A+ a-



Hentikan Penghinaan Terancang Terhadap SPRM

1.Gerakan Harapan Baru (HB) menganggap tindakan menangkap beberapa pegawai pasukan penyiasat SPRM berkaitan isu 1MDB adalah satu penghinaan terancang terhadap SPRM.

2. Sebagai bekas Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, SPRM yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong (2009-2013) tindakan penghinaan terhadap pegawai-pegawai SPRM ini adalah paling tidak bertamadun dan sangat memalukan negara di mata masyarakat tempatan dan antarabangsa.


3. HB sangat memahami beban tugas penyiasatan, bekerja keras tanpa waktu dan tekanaan jiwa yang terpaksa ditanggung semata-mata memenuhi kewajipan pada negara.

4. HB juga ingin memberikan penghargaan dan dukungan yang seutuhnya kepada Datuk Bahari Mohd Zin, Pengarah Operasi Khas SPRM yang berikrar untuk mencari dalang sebenarnya di sebalik penangkapan beberapa pegawai penyiasat SPRM yang terlibat dalam penyiasatan isu 1MDB.

Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Pengerusi HB
6hb Ogos, 2015


Sila kongsi artikel ini...

Surat Terbuka Kepada Tan Sri Johan Jaafar, Pengerusi Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah - Zulhazmi Shariff

3:32 PM 0 Comments A+ a-



SURAT TERBUKA KEPADA TAN SRI JOHAN JAAFAR, PENGERUSI PANEL PERUNDINGAN DAN PENCEGAHAN RASUAH.

Saya merujuk Tan Sri kepada situasi semasa di mana pasukan Polis DiRaja Malaysia sedang dengan gigih menyiasat beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan skandal wang RM2.6 bilion di dalam akaun YAB Perdana Menteri dan juga skandal 1MDB.

Sehingga hari ini kita semua maklum bahawa sudah tujuh (7) orang pegawai penyiasat SPRM termasuk seorang Timbalan Pendakwa Raya SPRM telah disiasat atas dakwaan membocorkan maklumat. Lebih dari itu maklumat mengatakan mereka telah disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.


Saya merujuk Tan Sri kepada kenyataan Tan Sri pada 7 Julai 2015 yang lepas berkaitan kejadian pegawai penyiasat SPRM diugut untuk ditangkap di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kerana menyiasat seorang Penolong Pegawai Penyiasat Polis yang didakwa terlibat dalam rasuah.

Kenyataan Tan Sri disiarkan oleh akhbar theSun pada 7 Julai 2015 tersebut di mana Tan Sri menyatakan "What happened (the incident at Sepang District Police HQ) is regrettable and totally unacceptable. MACC officers must be allowed to do their work without fear and favour and at any time of the day and anywhere"

Laporan tersebut boleh dilihat di dalam link berikut :

http://www.thesundaily.my/news/1483294

Saya ingin meminta pandangan Tan Sri dan seluruh anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM tentang apa yang sedang berlaku sekarang.

Dalam keadaan pegawai-pegawai SPRM menjalankan siasatan mereka tanpa takut dan memihak tiba-tiba mereka disiasat pula oleh pihak PDRM. Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan berlaku di hadapan mata Tan Sri dan ahli Panel semua.

Bagaimana pegawai-pegawai SPRM hendak melakukan siasatan jika mereka sendiri sedang dan kemungkinan akan disiasat oleh PDRM?

Bagaimana mereka boleh menjalankan tugas di dalam bidangkuasa mereka jika ada pihak lain sedang mengganggu tugas mereka.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku sewenang-wenang kerana setiap agensi siasatan dan penguatkuasaan mempunyai bidangkuasa masing-masing.

Jika Tan Sri boleh mengeluarkan kenyataan tidak boleh menerima gangguan daripada Pegawai Polis berpangkat rendah, kenapa "gangguan" daripada Ketua Polis Negara boleh dibiarkan.

Saya mohon penjelasan Tan Sri dan seluruh Ahli Panel demi menjaga maruah, nama baik dan integriti SPRM seluruhnya.

BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF
06082015


Sila kongsi artikel ini...

Pengumuman MH370 - Nik Nazmi

3:19 PM 0 Comments A+ a-



PENGUMUMAN MH370

Pengumuman bahawa serpihan kapal terbang yang dijumpai di Reunion Island adalah sisa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang lebih setahun lalu seharusnya memberi semangat kepada pihak-pihak berkuasa untuk mempertingkatkan usaha dalam pencarian pesawat tersebut.

Saya menyeru Kerajaan Malaysia dan rakan-rakan antarabangsa untuk teruskan pencarian tanpa mengira penat lelah sehinggalah menjumpai serpihan pesawat MH370, serta jenazah penumpang dan anak kapal dapat dipulangkan ke pangkuan keluarga.


Ini sememangnya suatu penemuan yang besar, namun begitu kami masih mengharapkan penyelesaian yang jitu terutamanya dalam mendapatkan kata putus mengapa tragedi itu boleh berlaku.

Sekali lagi kami mengucapkan takziah kepada keluarga tersayang penumpang dan anak kapal pesawat MH370, dan kami akan terus menyampaikan doa kepada kesemua mangsa tragedi tersebut.

Pada ketika ini, kami harap seluruh rakyat Malaysia boleh bersatu dan berdiri teguh bersama mereka.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA


Sila kongsi artikel ini...

Status RM2.6 Bilion Di Dalam Akaun Najib Tun Razak - Zulhazmi Shariff

2:29 PM 0 Comments A+ a-



STATUS RM2.6 BILION DI DALAM AKAUN NAJIB TUN RAZAK.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan beberapa perkara seperti berikut :-

a) Siasatan SPRM hanya menjurus kepada wang RM2.6 bilion dan RM4 bilion berkaitan SRC International. SPRM tidak menyiasat isu 1MDB kerana ianya di bawah kendalian PDRM.

b) SPRM mengesahkan bahawa RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Najib Tun Razak oleh penderma dari timur tengah.

c) SPRM telah mengambil keterangan daripada penderma tersebut tetapi tidak boleh mendedahkan identiti penderma.

d) Wang RM2.6 bilion tiada kaitan dengan 1MDB.

e) SPRM masih meneruskan siasatan berkaitan RM2.6 bilion dan juga RM4 bilion oleh SRC International.

f) Pasukan Siasatan Khas 1MDB telah dibubarkan atas nasihat Peguam Negara.

Berdasarkan kenyataan SPRM tersebut, kita dapat lihat bahawa siasatan berkaitan skandal yang melingkari Perdana Menteri ini ialah isu yang amat besar dan sudah ada tanda-tanda campur tangan pihak-pihak tertentu untuk menggagalkan siasatan. Kenyataan SPRM selain itu menimbulkan pelbagai soalan-soalan lain yang perlu diperjelaskan.

1) Bagaimana transaksi wang sebesar RM2.6 bilion boleh dimasukkan ke dalam akaun persendirian Najib Tun Razak tanpa sebarang halangan.

2) Atas dasar apa penderma dari Timur Tengah tersebut menderma melalui akaun peribadi Najib Tun Razak?

3) Di mana wang RM2.6 bilion tersebut sekarang dalam keadaan akaun Najib Tun Razak telah ditutup?

4) Ke mana wang derma RM2.6 bilion disalurkan?

5) Kenapa Pasukan Siasatan Khas 1MDB yang dianggotai oleh Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara dan SPRM dinasihatkan dibubarkan oleh Peguam Negara?

6) Kenapa PDRM yang menyiasat 1MDB secara bersendirian?

7) Siapakah yang menganggotai Pasukan Siasatan PDRM menyiasat 1MDB?

Ini antara isu dan persoalan awal yang perlu dijawab kepada rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia sentiasa menyokong penuh usaha semua pihak terutamanya SPRM dan PDRM menyiasat dan membawa ke muka pengadilan pelaku-pelaku jenayah tidak kira siapa.

BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF
06082015


Sila kongsi artikel ini...

Siasatan 1MDB Semakin Hilang Arah - Dr Mujahid Yusof

1:45 PM 0 Comments A+ a-





Siaran Media

Siasatan 1MDB Semakin Hilang Arah

Rombakan kabinet baru-baru ini menepati ramalan saya bahawa ia adalah untuk menutup skandal penjarahan duit rakyat terbesar dalam sejarah Malaysia. Lebih buruk apabila aparatus negara yang sepatutnya memelihara kepercayaan rakyat diragui penguatkuasaannya.


Contoh terkini ialah apa yang berlaku kepada siasatan PDRM terhadap SPRM amat mengecewakan rakyat sehingga SPRM terpaksa membuat solat hajat dan Ketua Pesuruhjaya SPRM terpaksa mengambil cuti rehat setelah beberapa pegawai tingginya disiasat.

Timbalan Perdana Menteri yang baru menggunakan kuasa PDRM untuk menimbulkan berbagai ugutan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyiasat akaun RM 2.6 bilion yang dikatakan milik Perdana Menteri Malaysia sekarang.

Tidak mengejutkan Malaysia akan mengalami krisis kepercayaan apabila institusi yang bebas turut menjadi mangsa ugutan hanya kerana mahu menjalankan siasatan bebas dan telus.

Saya mengharapkan pihak SPRM tidak gentar untuk menbanteras rasuah walaupun diugut untuk diambil tindakan. Jangan kecewakan kami hanya untuk menjaga seorang dua yang boleh menghancurkan kepercayaan rakyat kepada pemerintah hari ini.

Kembalikan Kepercayaan Rakyat!

Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia

5 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Harapan Baru sambut baik saranan 'bersatu' Selamatkan Malaysia - Salahuddin Ayub

1:27 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA


Harapan Baru sambut baik saranan 'bersatu' Selamatkan Malaysia



www.harapanbaru.net


1. Dua minggu lalu saya telah membuat kenyataan bahawa Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak dalam usaha menyelamatkan negara.


2. Ketika ini, situasi politik, ekonomi dan sosial negara dalam keadaan sangat kritikal dan memerlukan komitmen semua pihak untuk menyelamatkan rakyat yang semakin terkesan dengan kehidupan seharian mereka.


3. Hari ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menzahirkan harapan sama, agar semua parti pembangkang bersatu untuk tujuan sama. Beliau mahu parti politik pembangkang duduk mencari titik persamaan dan mengecilkan titik perbezaan.


4. Mewakili Harapan Baru, saya menyambut baik cadangan yang dilontarkan beliau itu, yang senada dengan apa yang telah kami suarakan sebelum ini.


5. Bagi pihak Harapan Baru, kami telah mengadakan pertemuan dengan NGOs, parti-parti politik serta individu-individu berpengaruh dan institusi-institusi penting dalam masyarakat bagi memperkukuhkan lagi iltizam bersama memperjuangkan isu-isu rakyat ini.


6. Harapan Baru juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan yang menyakinkan untuk Harapan Baru muncul sebagai parti baru bagi merealisasikan kewujudan Pakatan Rakyat 2.0.


7. Harapan Baru sentiasa terbuka untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak untuk memastikan hasrat dan cita-cita perjuangan rakyat dapat dilaksanakan dengan seutuhnya.


SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Pengerusi Harapan Baru
6 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Keadilan Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Nahas MH370 - Wan Azizah

1:15 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

KEADILAN UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA NAHAS MH370

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.


Setelah lebih 515 hari, kita hari ini akhirnya menerima pengesahan melalui penemuan bahagian kapal terbang dan bagasi yang dijumpai di Reunion Island bahawa pesawat MH370 telah terhempas.

KEADILAN merakamkan ucapan takziah buat ahli-ahli keluarga mangsa nahas MH370. Ini merupakan waktu yang teramat sedih. Semoga ahli-ahli keluarga mangsa tabah menerima berita ini, dan kita mendoakan agar roh mangsa-mangsa tragedi ini dirahmati Ilahi.

Pada masa yang sama, ucapan ribuan terima kasih ingin dirakamkan buat para petugas pasukan mencari dan menyelamat, staf Joint Agency Coordination Centre (JACC), serta kesemua penganalisa data yang telah bertungkus-lumus mencari kepastian tentang nasib dan lokasi terakhir kapal terbang MH370. Walaupun kita masih belum mengetahui lokasi sebenar pesawat, kita berharap soalan-soalan yang masih berlegar di fikiran - di mana pesawat MH370 terhempas, dan sebagainya - akan terjawab juga suatu hari nanti.

Akhir sekali, jangan kita sesekali melupakan tragedi ini, serta pengajaran-pengajaran tentang koordinasi, persefahaman antarabangsa, serta semangat cekal dan tabah mengharungi dugaan yang telah kita alami. Semoga proses dan sistem ditambah baik untuk memastikan tragedi seperti ini tidak akan berulang lagi.

Buat mangsa-mangsa yang beragama Islam, Allahummaghfir lahum warhamhum wa 'afihim wa'fu 'anhum. Al-fatihah.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

6 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Malaysia Airlines (MAS) yang dikeluarkan pada pukul 1.48 pagi mengenai MH370

12:53 PM 0 Comments A+ a-



kenyataan Malaysia Airlines (MAS) yang dikeluarkan pada pukul 1.48 pagi mengenai MH370:

Malaysia Airlines ingin menyampaikan rasa sedih yang teramat kepada keluarga dan sahabat penumpang dalam Penerbangan MH370 selepas mendapat berita serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion pada 29 Julai adalah sah milik MH370.

Ini disahkan bersama oleh pihak berkuasa Perancis, Bureau d’ Enquetes et d’ Analyses pour la Securites de I’AviationCivile (BEA), pasukan Siasatan Malaysia, wakil teknikal dari PRC dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di Toulouse, Perancis dan kemudian diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anggota keluarga penumpang dan anak kapal sudahpun dimaklumkan dan kami melahirkan rasa simpati yang teramat kepada mereka yang terlibat.

Ini adalah kejayaan besar untuk kami menyelesaikan kehilangan MH370. Kami menjangka dan berharap lebih banyak objek akan ditemui bagi membantu menyelesaikan misteri ini. Bergerak ke hadapan, keutamaan Malaysia Airlines adalah untuk terus menyediakan perkembangan dan maklumat terkini kepada keluarga dan akan memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa untuk siasatan dan pemulihan daripada kemalangan tragik ini


Sila kongsi artikel ini...

Amaran MERAH Daripada Rakyat :Jangan Ganggu SPRM, Jangan Halang Siasatan, Jangan Ugut Penyiasat. - Mahfuz Omar

12:34 PM 0 Comments A+ a-



Amaran MERAH Daripada Rakyat : Jangan Ganggu SPRM, Jangan Halang Siasatan, Jangan Ugut Penyiasat.



1. Rakyat memandang serius perkembangan terhadap institiusi pencegahan rasuah negara, SPRM dan anggotanya daripada menjalankan tugas memerangi rasuah yang membabit pimpinan negara khususnya dalam Skandal 1MDB dan yang berkaitan dengannya.


2. Tindakan mengaitkan mereka dengan isu menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan adalah usaha untuk mengkambing hitamkan SPRM dan menghalang mereka daripada terus menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri Najib yang jelas akan keterlibatannya dalam salahguna kuasa.

3. Rakyat memberi amaran MERAH kepada PM dan KDN untuk menghentikan perbuatan terkutuk seperti mengugut, menakut-nakutkan dan mengancam Pegawai SPRM dengan tangkapan dan siasatan pihak Polis ke atas mereka. Rakyat Malaysia mahu melihat PDRM bekerjasama dengan SPRM untuk memerangi rasuah dan perasuah negara dan bukannya melindungi mereka yang merupakan musuh nombor satu negara.

4. Kenyataan SPRM untuk mendapat penjelasan dan keterangan lanjut daripada PM Najib atas isu wang RM2.67 bilion dalam akaun peribadinya adalah dialu- alukan. Jangan ada sesiapa termasuk Polis yang cuba menghalangnya. Rakyat menuntut PM Najib memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan ke atasnya. Jangan takut dengan kebenaran.

5. Kepada SPRM teruskan JIHAD memerangi Rasuah dan Perasuah Negara. Jangan berundur. Kamu adalah harapan bangsa dan negara tercinta. Terima kasih SPRM.

"RAKYAT BERSAMA MU SPRM"

DATO' MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

6 Ogos 2015/21 Syawal 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Soalan Kepada Tukang Jawab - MatRodi

10:10 AM 0 Comments A+ a-



SOALAN KEPADA TUKANG JAWAB

Oleh MatRodi

Dalam cubaan membela PM Najib Razak, YB Rahman Dahlan telah mengesahkan bahawa wang derma USD700 juta telah masuk ke akaun peribadi Presiden parti.

Maknanya, ini bukannya akaun parti yang dibuka dan didaftarkan di atas nama tiga pemegang amanah sebagaimana amalan parti dahulunya.

Sebaliknya- ini adalah akaun peribadi.

Menerima derma sebanyak itu dan dimasukkan ke akaun parti politik tidak ada salahnya. Parti boleh menerima 2.6 billion mahupun 260 billion wang derma. Malah bukan isunya. Hatta NGO yang kononnya 'Bersih' juga diberikan 'derma' dari pihak luar untuk kegiatan mereka.

Tetapi menerima derma sejumlah wang tersebut dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi presiden boleh menimbulkan persoalan.

Persoalan pertama adalah adakah ahli Majlis Tertinggi telah berbincang dan bersetuju menjadikan akaun peribadi Presiden parti bagi tujuan menerima derma?

Jika sudah berbincang dan sepakat, mengapa terdapat ahli Majlis Tertinggi merangkap Menteri Penerangan ketika itu (Shabery Cheek) berkata "tidak logik PM ambil wang sebanyak itu masuk ke akaun peribadi."

Bahkan, Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan berkeras "Perdana Menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Jika benar, ia adalah kebebalan yang terlalu amat sangat,"

Adakah ini cubaan mereka untuk menggulingkan presiden parti yang dipilih secara demokratik?

Tetapi mereka tidak pula digugurkan daripada jemaah kabinet sebagaimana nasib Timbalan dan Naib Presiden.Tidak juga mereka disoal siasat polis.

Sama ada PM Najib telah melakukan kebebalan yang teramat sangat ataupun tidak tidaklah penting.

Persoalannya yang kedua adalah, jika perkara ini tidak pernah dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, siapa pula yang memberikan kebenaran untuk menjadikan akaun peribadi beliau sebagai akaun amanah?

Tidak logik Presiden melantik diri sendiri tanpa berbincang. Perlembagaan UMNO juga tidak mempunyai peruntukan tersebut.

Persoalan ketiga- jika ahli MT UMNO tidak tahu mengenai wang derma ini dan sememangnya derma tersebut digunakan untuk tujuan politik, tujuan politik siapa?

Politik parti ataupun politik Presiden parti?

Jika politik parti, masakan ahli MT UMNO tidak tahu?

Jika politik presiden parti, tidakkah ini bermakna beliau telah menggunakan wang tersebut bagi tujuan peribadi?

Ini bercanggah dengan kenyataan beliau yang menafikan penggunaan sebarang wang bagi keuntungan peribadi. Sesungguhnya memenangi pilihanraya akan mengekalkan beliau sebagai Perdana Menteri dan ini adalah keuntungan bagi dirinya.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional serta barisan menteri yang baru dilantik boleh berkata apa sahaja mengenai derma politik. Mereka boleh berkata seperti adalah lebih selamat wang derma masuk ke akaun peribadi PM dan parti memerlukan lebih banyak wang.

Tetapi ini bukanlah kebenaran sebaliknya skrip/jawapan yang dibuat 'after thought'.

Hakikat perkara ini baru disebut berminggu-minggu selepas pendedahan awal dibuat membuktikan mereka juga seperti kita semua yang tidak tahu apa-apa.

Isu mengapa wang derma ke akaun peribadi presiden penting bukan kerana kita tidak mahu wang derma bagi perjuangan parti. Ramai yang faham keperluan dana yang banyak untuk kerja-kerja politik.

Sebaliknya, kita tidak mahu 'rasuah jadi budaya, amanah dikhianati dan parti membisu hanya untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti. Atau disiplin kepartian mentaati pemimpin' - sebagaimana yang disebut oleh MB Johor.

Mat Rodi


Sila kongsi artikel ini...

Harapan Baru Anjur Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI'15) - Dr Mujahid Yusof Rawa

9:30 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
HARAPAN BARU ANJUR NADWAH ULAMAK NAHDHAH JADIDAH 2015 (NUNJI'15).





1. Bagi memposisikan diri sebagai sebuah parti Islam baru dalam politik negara ini, Harapan Baru akan menganjurkan satu seminar yang dipanggil Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI'15) pada 15 Ogos ini.

2. Dinamakan sebagai Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah, sebagi merujuk kepada 'Kebangkitan Baru' dari sudut pemikiran Islam yang Inklusif.

3. Kami memilih tema 'Islam Dan Konsep Kenegeraan' bagi merungkaikan masalah perlaksanaan Islam dalam kerangka sebuah negara serta perundangan yang ada.

4. Ia antara lain akan membincangkan tajuk penetapan kaedah fiqh dalam operasi setempat dan lokal. Ia juga akan melihat aspek cabaran menyediakan suasana perlaksanaan syariah serta bagaimana perpindahan konsep kewarganegaraan dari kerangka fiqh klasik kepada realiti konsep warganegara dapat dilakukan.

5. Slogan untuk NUNJI'15 ini ialah 'Al- Islam Rahmatan Lil Alamin' (Islam Rahmat Untuk Semua), berpandukan kepada surah Al Anbiya ayat 107. Seminar ini akan berusaha untuk membumikannya dalam bentuk dasar-dasar negara.

6. Nadwah ini diharapkan dapat membentuk pemikiran ke arah Fiqh Malaysia dengan mengambil kira suasana kepelbagaian agama dan budaya.

7. Bagi memenuhi maksud itu, penganjur NUNJI'15 menampilkan barisan para ilmuan dan ulamak berwibawa dari dalam dan luar negara untuk berkongsi pengalaman dengan masalah yang dihadapi bersama dalam isu politik Islam dan isu kenegaraan ini.

8. Di akhir program ini, satu resolusi akan dihasilkan yang akan menjadi panduan lembaran baru kepada perjalanan politik Islam dan isu yang memerlukan kepada pendirian sikap yang jelas.

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA
Pengarah NUNJI'15
6 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Tangkapan Mengecewakan, Zambry Perlu Berani Bersemuka Dengan Rakyat - Pemuda #HarapanBaru Perak

9:24 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
PEMUDA HARAPAN BARU PERAK
6 OGOS 2015

TANGKAPAN MENGECEWAKAN, ZAMBRY PERLU BERANI BERSEMUKA DENGAN RAKYAT


Tindakan pihak berkuasa melakukan tangkapan terhadap petani dan penternak yang melakukan himpunan aman di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak semalam sangat mendukacitakan.

Tindakan tersebut secara tidak langsung telah menafikan hak rakyat untuk bersuara menyatakan isi hati serta nasib mereka seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

PEMUDA HARAPAN BARU NEGERI PERAK dimaklumkan, petani-petani dan penternak-penternak terbabit telah diusir daripada tanah yang diusahakan mereka lebih 50 tahun oleh Perbadanan Menteri Besar, kerajaan negeri, syarikat swasta dan pejabat tanah yang ingin membangunkan kawasan terbabit.

Mereka mengambil keputusan untuk berhimpun setelah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak mengambil perhatian terhadap nasib serta aduan yang dilaporkan oleh mereka.

Mereka daripada 22 kawasan di negeri Perak itu telah menghantar memorandum sebanyak 7 kali dan berpuluh-puluh surat kepada Dr Zambry bagi meminta satu temujanji dengan Adun Pangkor itu.

Namun usaha yang dilakukan itu hanya berakhir dengan kegagalan apabila Dr Zambry enggan memberikan respon terhadap tuntutan petani dan penternak itu untuk bertemu dengannya.

Kami menegaskan, tindakan Dr Zambry menolak untuk bertemu dengan rakyat yang ingin meluahkan nasib mereka adalah satu tindakan yang sombong dan tidak bertangunggjawab.

Selaku menteri besar, Zambry seharusnya meraikan dan mendengar segala permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat seterusnya berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.

Bagi kami, beliau sebagai pemimpin tertinggi pentadbiran negeri seharusnya berani untuk bersemuka dengan rakyat terhadap apa jua isu yang dikemukakan.

Dalam isu berkaitan petani dan penternak ini, mereka telah menggunakan platform dan cara yang betul iaitu memohon untuk mengadakan pertemuan sebelum mengambil keputusan untuk mengadakan himpunan seperti itu.

Kami tidak melihat tindakan mereka itu adalah satu tindakan yang bersifat keterluan, ini kerana ia dilakukan setelah Dr Zambry enggan memberikan respon yang sepatutnya.

PEMUDA HARAPAN BARU NEGERI PERAK mengingatkan kepada Dr Zambry serta seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Perak agar tidak takut untuk bersemuka dengan rakyat.

Mereka yang diberi mandat sepatutnya berusaha sedaya mungkin untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan, bukannya mengambil sikap 'lepas tangan'.

Kami komited untuk terus memperjuangkan nasib rakyat khususnya mereka yang ditindas dan dinafikan hak mereka tanpa mengira kaum dan agama!

‪#‎HarapanBaru‬

SHAFIQ ARIFFIN
Ketua Penerangan,
Pemuda Harapan Baru Negeri Perak


Sila kongsi artikel ini...

Berundurlah Sebelum Diundurkan - Dr MAL

8:57 AM 0 Comments A+ a-



Berundurlah sebelum diundurkan

Wang bertimbun telah sah dimiliki
Bukan untuk peribadi tapi timbalan pun tak sedari
Hanya sumbangan dari orang yang baik hati
Tapi jika hidup bertani adakah derma diberi


Dari luar negara wang dikumpulkan
Kalau nak menipu takkanlah bawa ke pekan
Tapi ke mana pula ia dibelanjakan
Takkanlah bank tak boleh kesan

Bagai menegak benang basah
Walaupun jelas masih tak mangaku salah
Hukum agama tidak diindah
Hukum adat diletak sebelah

Kenapa ramai yang masih nak mengampu
Kenapa tidak diganti yang baharu
Mungkinkah kerana ketandusan kuncu
Atau sekadar nak berlakon padu

Rakyat semakin gelisah
Negara sudah keloh kesah
Dunia pandang serong sudah
Ke mana lagi hendak tengadah

(c) MAL@20150806

Mohamed Awang Lah


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.