Siasatan 1MDB Semakin Hilang Arah - Dr Mujahid Yusof

1:45 PM 0 Comments A+ a-





Siaran Media

Siasatan 1MDB Semakin Hilang Arah

Rombakan kabinet baru-baru ini menepati ramalan saya bahawa ia adalah untuk menutup skandal penjarahan duit rakyat terbesar dalam sejarah Malaysia. Lebih buruk apabila aparatus negara yang sepatutnya memelihara kepercayaan rakyat diragui penguatkuasaannya.


Contoh terkini ialah apa yang berlaku kepada siasatan PDRM terhadap SPRM amat mengecewakan rakyat sehingga SPRM terpaksa membuat solat hajat dan Ketua Pesuruhjaya SPRM terpaksa mengambil cuti rehat setelah beberapa pegawai tingginya disiasat.

Timbalan Perdana Menteri yang baru menggunakan kuasa PDRM untuk menimbulkan berbagai ugutan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyiasat akaun RM 2.6 bilion yang dikatakan milik Perdana Menteri Malaysia sekarang.

Tidak mengejutkan Malaysia akan mengalami krisis kepercayaan apabila institusi yang bebas turut menjadi mangsa ugutan hanya kerana mahu menjalankan siasatan bebas dan telus.

Saya mengharapkan pihak SPRM tidak gentar untuk menbanteras rasuah walaupun diugut untuk diambil tindakan. Jangan kecewakan kami hanya untuk menjaga seorang dua yang boleh menghancurkan kepercayaan rakyat kepada pemerintah hari ini.

Kembalikan Kepercayaan Rakyat!

Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia

5 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.