Berikan Kebebasan Dan Ketelusan Kepada SPRM Menyiasat Skandal 1MDB Sehingga Ke Lubang Cacing - Faiz Fadzil

7:00 PM 0 Comments A+ a-



Berikan Kebebasan Dan Ketelusan Kepada SPRM Menyiasat Skandal 1MDB Sehingga Ke Lubang Cacing.

Gerakan Anakmuda Harapan Baru menyokong dan menyambut baik kenyataan Pengarah Operasi Khas SPRM yang mahu mencari dalang-dalang yang mengarahkan tangkapan beberapa pegawai yang terlibat dalam siasatan yang dijalankan SPRM ke atas skandal 1MDB sehingga ke lubang cacing. Adalah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang mengganggu penyiasatan menurut seksyen 48(h) Akta SPRM 2009. Setakat hari ini, dilaporkan seramai 7 pegawai SPRM yang telah ditahan untuk siasatan oleh pihak polis kononnya terlibat dalam aktiviti menggulingkan kerajaan secara tidak demokrasi.


Pengesahan kemasukan ‘derma’ sebanyak RM 2.6 billion ke dalam akaun persendirian Perdana Menteri boleh mewujudkan anggapan satu prima facie kesalahan rasuah menurut seksyen 50 Akta SPRM 2009. Maka, amat penting untuk identiti dan hubungan penderma tersebut dengan Perdana Menteri didedahkan.

Siasatan berkenaan perbelanjaan setiap sen wang akaun tersebut amat material untuk rakyat mengetahui tujuan sebenar wang derma tersebut, samaada untuk kepentingan peribadi Perdana Menteri atau UMNO BN. Sudah pasti tiada penderma yang sangup menderma sejumlah wang yang besar sebegitu tanpa ada apa-apa balasan.

SPRM tidak boleh lagi berdiam diri dalam keadaan di mana kuasa dan prerogative mereka kini sedang diganggu. Gerakan Anakmuda Harapan Baru menyeru agar SPRM dan pegawai-pegawai mereka yang ikhlas dan berintegriti untuk terus menyiasat skandal 1MDB termasuk kes wang derma tersebut secara adil, bebas, telus dan terbuka serta tanpa rasa takut atau memihak (without fear or favor) sehingga ke lubang cacing.

Gerakan Anakmuda Harapan Baru mendoakan semoga pegawai-pegawai SPRM dapat menjalankan amanah ini dengan baik dan diberkati hendaknya. Kepercayaan rakyat mengatasi kepercayaan sang penguasa. Integriti SPRM hendaklah sentiasa dipertahankan dan dipelihara.

Faiz Fadzil
Pengarah Komunikasi
Gerakan Anakmuda Harapan Baru
6 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.