Amaran MERAH Daripada Rakyat :Jangan Ganggu SPRM, Jangan Halang Siasatan, Jangan Ugut Penyiasat. - Mahfuz Omar
Amaran MERAH Daripada Rakyat : Jangan Ganggu SPRM, Jangan Halang Siasatan, Jangan Ugut Penyiasat.
1. Rakyat memandang serius perkembangan terhadap institiusi pencegahan rasuah negara, SPRM dan anggotanya daripada menjalankan tugas memerangi rasuah yang membabit pimpinan negara khususnya dalam Skandal 1MDB dan yang berkaitan dengannya.
2. Tindakan mengaitkan mereka dengan isu menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan adalah usaha untuk mengkambing hitamkan SPRM dan menghalang mereka daripada terus menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri Najib yang jelas akan keterlibatannya dalam salahguna kuasa.
3. Rakyat memberi amaran MERAH kepada PM dan KDN untuk menghentikan perbuatan terkutuk seperti mengugut, menakut-nakutkan dan mengancam Pegawai SPRM dengan tangkapan dan siasatan pihak Polis ke atas mereka. Rakyat Malaysia mahu melihat PDRM bekerjasama dengan SPRM untuk memerangi rasuah dan perasuah negara dan bukannya melindungi mereka yang merupakan musuh nombor satu negara.
4. Kenyataan SPRM untuk mendapat penjelasan dan keterangan lanjut daripada PM Najib atas isu wang RM2.67 bilion dalam akaun peribadinya adalah dialu- alukan. Jangan ada sesiapa termasuk Polis yang cuba menghalangnya. Rakyat menuntut PM Najib memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan ke atasnya. Jangan takut dengan kebenaran.
5. Kepada SPRM teruskan JIHAD memerangi Rasuah dan Perasuah Negara. Jangan berundur. Kamu adalah harapan bangsa dan negara tercinta. Terima kasih SPRM.
"RAKYAT BERSAMA MU SPRM"
DATO' MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
6 Ogos 2015/21 Syawal 1436H
Sila kongsi artikel ini...