Ringgit sudah 'merunam' ke paras USD4.19, you lagi boleh KETAWA? - Nga Kor Ming

11:15 PM 0 Comments A+ a-


Ringgit sudah merunam ke paras USD4.19, you lagi boleh KETAWA?

829 Bersihkan Malaysia, selamatkan tanahair kita
https://youtu.be/kb9KwUBVVAs
欢迎大家按赞(Like) 及分享(Share), 把讯息广传出去!
829你不站出来、将来你会永远站不出来!救国家、换政府!





s


Sila kongsi artikel ini...

SAMM Dah Kata, Mahathir Bukan Selamatkan Malaysia

11:05 PM 0 Comments A+ a-



SAMM Dah Kata, Mahathir Bukan Selamatkan Malaysia

Kenyataan Media
21 Ogos 2015


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selama ini menyongsang arus apabila memilih kempen ‪#‎SudahlahMahathir‬ ketika banyak pihak menjadikan ‪#‎Mahathir‬ kereta kebal ampuh melawan ‪#‎Najib‬. Malah ‪#‎SAMM‬dikeji dan ditohmah oleh banyak pihak termasuklah dituduh menyokong pentadbiran Najib hanya kerana menentang Mahathir dengan keras.

Namun kenyataan Mahathir semalam adalah satu tamparan hebat buat ahli politik pembangkang yang selama ini menjadikan populariti Mahathir sebagai modal perlawanan dan pedoman dengan perkiraan ‘Musuh kepada musuh adalah rakan’.

Terdahulu, Penasihat DAP Lim Kit Siang mempelawa Mahathir bersama DAP untuk melawan Najib. Mutakhir ini, Presiden PKR yang juga ketua pembangkang menyucikan dosa-dosa Mahathir apabila secara terbuka menyambut seruan Mahathir menyingkirkan Najib. Hampir semua Ahli Parlimen pembangkang mengikut rentak Mahathir.

Akhirnya lewat petang semalam, dengan populariti yang turut didokong sendiri oleh pihak pembangkang, Mahathir menasihatkan pembangkang supaya terus bekerja keras menumbangkan Najib namun dalam masa sama harus mengekalkan pentadbiran Barisan Nasional.

Sekarang apa kata parti pembangkang? Apakah parti pembangkang akhirnya akan akur kepada seruan Mahathir mengekalkan pentadbiran BN?

Mahathir adalah penipu, setiap kata-katanya adalah penipuan. Mahathir hanya tidak menipu ketika berdiam diri, itupun kita harus berhati-hati kerana pastinya Mahathir yang berdiam itu sedang merancang untuk penipuan seterusnya.

Mahathir bukan mahu selamatkan Malaysia, malah Mahathir bukan mahu selamatkan Umno pun. Mahathir-Najib atau Mahathir-Paklah atau Mahathir-sesiapa sahaja adalah pertembungan meletakkan kroni bagi menjarah khazanah tanahair. Noktah.

Sebelumnya Mahathir telah memohon maaf kepada umum kononnya pilihannya kali ini gagal. Harus disedari, Najib adalah pilihan kedua Mahathir selepas Pak Lah. Persoalannya, apakah kita rakyat Malaysia harus terus memberi ruang kepada Mahathir menentukan siapa yang berhak menjadi Perdana Menteri?

SAMM juga tidak pernah sesekali bersetuju dengan idea menurunkan Najib untuk digantikan dengan seorang lagi pemimpin politik daripada UMNO/BN. SAMM menegaskan tuntutan untuk diwujudkan Kerajaan Sementara (Caretaker Government) meliputi semua Parti Politik bagi menyelesaikan krisis yang sedang berlaku dan mempersiapkan Malaysia untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang bersih, adil dan telus dalam tempoh maksima 18 bulan.

SAMM terus kekal dengan pendirian dan akan tetap meneruskan kempen #SudahlahMahathir kerana Mahathir adalah perlambangan kepada sistem sedia ada yang rosak dan korup. SAMM juga ucap tahniah kepada Lim Kit Siang dan Wan Azizah yang meng’hero’kan Mahathir dan seterusnya menyokong agenda ‘kekal BN’ Mahathir.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia


Sila kongsi artikel ini...

Dr MAZA : Antara Mengkritik, Membantah, Menukar dan Memerangi Pemerintah

9:44 PM 0 Comments A+ a-



ANTARA MENGKRITIK, MEMBANTAH, MENUKAR dan MEMERANGI PEMERINTAH

Dr MAZA

Sebahagian pihak cuba mengelirukan masyarakat tentang istilah-istilah ini dengan tujuan tertentu. Ada yang cuba menyamakan antara mengkritik dengan mencerca pemerintah. Ada yang cuba menyamakan antara membantah dengan memberontak. Ada pula yang menyamakan antara menukar pemimpin dengan memerangi kerajaan secara bersenjata.

Golongan yang melakukan penyamaan itu mungkin terkeliru ataupun mempunyai niat yang salah ataupun berlebihan dalam menyokong pihak tertentu. Mereka memetik nas-nas dari kitab-kitab silam yang mempunyai konteks dan latar politik yang berbeza. Di sini saya sebut beberapa nota penting;

1. Pengkaji politik Islam tidak boleh menjadi terlalu literalist. Politik bukanlah ibadah khususiah seperti solat dan puasa yang tidak boleh diubah tambah. Politik soal pentadbiran dan kaedah untuk menegakkan keadilan dan keamanan dalam kehidupan rakyat berdasarkan prinsip-prinsip umum Islam. Kaedah membantah atau menukar pemerintahan berbeza-beza berdasarkan sistem yang dipakai. Para ulama dahulu mengharamkan menumbangkan sesuatu pemerintah atas alasan bimbangkan penumpahan darah. Namun, dalam dunia hari ini sesebuah pemerintah mungkin boleh diubah atau ditukar, atau ditumbang tanpa memerlukan penumpahan darah seperti dalam sistem demokrasi pilihanraya ataupun undi di parlimen dan seumpamanya.

2. Sabda Nabi s.a.w.:
إِنَّهُ يُسْتَعْمَلُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ كَرِهَ فَقَدْ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ فَقَدْ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا نُقَاتِلُهُمْ قَالَ لَا مَا صَلَّوْا
“Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan munkar)”. Sahabah bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka bersolat”(Riwayat Muslim).

Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa bertegas dalam membenci dan membantah kemungkaran dan kezaliman pemerintah itu adalah tuntutan agama. Namun, Nabi s.a.w tidak membenarkan rakyat memerangi pemerintah muslim dengan senjata selagi mereka itu bersolat. Solat menjadi petunjuk bahawa pemerintah tersebut masih berpegang dengan ajaran Islam dalam kehidupan. Keluar memerangi pemerintah dengan senjata hanya akan menimbulkan kerosakan yang lebih besar.

3. Maka, perhitungan tindakan dalam Islam adalah di sudut kadar manfaat dan mudarat. Menumpaskan pemerintah zalim dengan senjata biasanya mengundang mudarat yang jauh lebih bahaya dibandingkan manfaat yang hendak dicapai. Sebab itu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) menyebut: “kata ulama: alasan seseorang pemerintah tidak dipecat, atau pengharaman memeranginya kerana menyebab fitnah, penumpahan darah dan kerosakan yang nyata” (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim 12/40)

4. Kebencian atau bantahan terhadap kemungkaran pemerintah tidak membolehkan rakyat menderhakai mereka dalam perkara yang baik atau makruf. Ini seperti yang ditegaskan oleh hadis. Sabda Nabi:
خِيَارُ أَئِمَّتِكُمِ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمِ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ فَقَالَ لَا مَا أَقَامُوا فِيكُمُ الصَّلَاةَ وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلَاتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ وَلَا تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ
“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknati kamu”. Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?” Jawab baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang seseorang penguasa berkuasa ke atasnya, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci maksiat tersebut namun jangan dia mencabut tangan dari ketaatan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

5. Setiap pemerintah mungkin akan ada kesilapan atau dosa yang dilakukan. Jika setiap kali pemerintah bersalah atau melakukan dosa diperangi dengan senjata, maka hancurlah keamanan masyarakat dan negara. Maka justeru itu, kita menentang kemungkaran pemerintah, tetapi tidak akan memeranginya dengan senjata. Tujuan berpolitik dalam Islam adalah menegakkan keadilan, keamanan dan hak rakyat. Peperangan saudara dalam negara hanya akan menghancurkan perkara-perkara tersebut.

6. Sekalipun kita dilarang memerang pemerintah dengan senjata, tetapi kita tetap disuruh untuk menasihati mereka dan mencegah kemunkaran mereka dengan perkataan atau perbuatan yang tidak menyebabkan pertumpahan darah seperti undi ataupun pungutan suara. RasuluLah s.a.w bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلَاثًا وَيَسْخَطُ لَكُمْ ثَلَاثًا يَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَأَنْ تَنَاصَحُوا مَنْ وَلَّاهُ اللَّهُ أَمْرَكُمْ وَيَسْخَطُ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (Riwayat Malik). Juga sabda Nabi s.a.w: “Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang adil –dalam riwayat yang lain: yang benar- di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim”. (Riwayat al-Nasai, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih).

Sabda Nabi s.a.w.:
من رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَان
Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemunkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)

Kata al-Nawawi (meninggal 676H): “Perkataan Nabi s.a.w فليغيره adalah perintah wajib dengan ijma’ umat. Mewajibkan al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar ini bertepatan dengan al-Quran, al-Sunnah dan Ijma’ Umat. Ia juga juga termasuk juga dalam al-Nasihat yang merupakan al-Din. (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 1/217)

7. Nabi s.a.w juga memberi amaran kepada sesiapa yang mengampu atau mengiyakan kezaliman pemerintah dengan sabda baginda:
إِنَّهَا سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكِذْبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَيُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَهُوَ وَارِدٌ عَلَيَّ الْحَوْضَ
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga). Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini sahih.

8. Hendaklah kita faham bahawa menukar pemimpin tidak semestinya bermaksud menukar kerajaan. Tidak bersetuju dengan pemimpin tertentu tidak semestinya bermaksud penderhakaan kepada kerajaan secara keseluruhannya. Kita hendaklah membezakan konteks dan latar politik apabila hendak memberi fatwa berkaitan politik.


s 


Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Media Perhubungan PAS Negeri Perak.

9:08 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
Bertarikh : 20 Ogos 2015

Saya merujuk kepada laporan Sinar Harian yang menyatakan PAS Perak mencadangkan Majlis Tahkim antara PAS dan GHB adalah salah.


Ia adalah cadangan peribadi Tuan Hj Misbahul munir dan bukannya PAS Negeri Perak. PAS Perak dengan penuh dukacita melahirkan rasa kecewa atas kenyataan yang telah dikeluarkan.

Istiqamah Hingga Kemenangan

YB Mohd Zawawi Abu Hassan
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Perak.






Sila kongsi artikel ini...

Ahli Parlimen Barisan Nasional Boleh Selamatkan Malaysia - Rafizi Ramli

4:34 PM 0 Comments A+ a-



AHLI PARLIMEN BARISAN NASIONAL BOLEH SELAMATKAN MALAYSIA

Rakyat Malaysia tidak pernah berada dalam keadaan kemurungan dan kehampaan seperti yang dialami sekarang sepanjang ingatan saya sejak hampir 30 tahun lalu. Sebelum ini, krisis-krisis politik tidak membawa kesan terus kepada ekonomi rakyat dan mereka terpisah dari percakaran orang atasan yang berebut kuasa.

Keadaan berbeza kali ini. Matawang yang merudum membawa kesan mendadak kepada harga barang, harga minyak, daya saing ekonomi Malaysia dan sentimen pelaburan antarabangsa yang terus meminggirkan Malaysia. Rakyat resah dengan pelbagai skandal kewangan yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, tetapi mereka berasa tidak ada apa-apa upaya untuk membuat perubahan kerana mereka tahu institusi-institusi utama juga dipengaruhi Perdana Menteri.

Rakyat semakin hilang keyakinan dan kepercayaan kepada ahli politik yang mereka lihat tidak mampu menolak ke tepi perbezaan politik demi menyelamatkan Malaysia. Lebih-lebih lagi ahli politik di pihak Umno dan Barisan Nasional yang nampaknya begitu mudah terpedaya dengan jawatan dan pangkat.

Saya yakin Ahli-ahli Parlimen baik dari parti-parti pembangkang atau Barisan Nasional faham sentimen ini. Sebab itu saya masih menaruh harapan bahawa akan ada 25 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang masih mempunyai kesedaran dan kecintaan kepada rakyat untuk berani tampil ke hadapan menyokong satu undi tidak percaya untuk menukar Perdana Menteri.

Saya faham mereka akan berdepan dengan ugutan atau tawaran pangkat dan wang. Namun, saya juga percaya mereka juga turut gelisah dengan perkembangan yang berlaku dan mereka masih ada kesedaran untuk membezakan yang benar dari yang tidak benar.

Oleh yang demikian, sebagai Ahli Parlimen, saya dengan terbuka menyatakan sokongan saya kepada mana-mana Ahli Parlimen yang berjaya mendapatkan 25 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk membuat undi tidak percaya terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan syarat-syarat berikut:

1. Satu kerajaan peralihan (“transitional government”) ditubuhkan dengan mandat selama 2 hingga 3 tahun untuk memulihkan demokrasi dan institusi utama negara

2. Reformasi terhadap sistem dan amalan pilihanraya agar Pilihanraya Umum 14 (PRU14) dapat diadakan secara bebas, adil dan telus

3. Satu agenda reformasi yang jelas mengenai ekonomi rakyat (termasuk memansuhkan GST), keluhuran undang-undang, kebebasan media dan perkara-perkara lain dipersetujui secara bersama

Saya merayu Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional supaya meletakkan kepentingan rakyat di hadapan dan menyedari kuasa yang ada pada mereka. 25 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional ini boleh melakar sejarah sebagai pimpinan yang menyelamatkan Malaysia dari ambang kerosakan yang sedang berlaku.

Saya juga menyeru Ahli-ahli Parlimen yang lain yang bersetuju dengan undi tidak percaya bagi tujuan penubuhan sebuah kerajaan peralihan seperti di atas untuk turut sama menyatakan sokongan terbuka supaya rakyat tahu bahawa Ahli-ahli Parlimen tidak terpisah dari sentimen rakyat.

Siapakah 25 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang berani tampil untuk menyelamatkan Malaysia?

RAFIZI RAMLINAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
21 OGOS 2015


Sila kongsi artikel ini...

Dr Mahathir separuh dari masalah negara - Tuan Ibrahim Tuan Man

3:40 PM 0 Comments A+ a-



Dr Mahathir separuh dari masalah negara

Cadangan Tun Dr Mahathir Mohamed agar pembangkang mencari formula bagi menurunkan Perdan Menteri tetapi mengekalkan BN menerajui negara adalah cadangan separuh masak, kerana isu utama yang melanda dan menimbulkan polemik negara bukan hanya berpunca dari Datuk Seri Najib Razak sahaja, tetapi ianya lebih kepada budaya dan sistem pentadbiran negara yang sudah korup yang diwarisi daripada Tun Dr Mahathir.

PAS melihat cadangan Tun Dr Mahathir sekadar cubaan untuk menggunakan pembangkang bagi menukar Najib untuk menyelamatkan parti kesayangan beliau, Umno, yang sudah tidak berupaya memperbetulkan diri kerana masalah politik wang.

Cadangan Tun Dr Mahathir bukan penyelesaian kepada masalah negara kerana bebanan hasil dari salah urus tadbir negara akan terus terikat di bahu rakyat. Isu GST yang membebankan rakyat, hutang 1MDB serta isu RM2.6 bilion 'sumbangan' dalam akaun PM, gejala rasuah yang kini boleh dikenali sebagai derma dan kedudukan daya saing negara dalam ekonomi global dan serantau akan terus menjadi isu utama di bawah budaya BN.

Bila Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM, rakyat meletakkan keyakinan yang sangat tinggi pada Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) sehingga BN menang besar dalam PRU ke 11. Namun, tidak lama selepas itu, rakyat terus dihimpit dengan kegagalan beliau mengurus negara serta serangan peribadi terhadap Pak Lah yang diketuai Tun Dr Mahathir dan kepimpinan Umno. Apabila Pak Lah meletakkan jawatan, sekali lagi rakyat dikecewakan dan lebih parah apabila Najib dipilih sebagai PM hasil sokongan Tun Dr Mahathir meskipun nama beliau terpalit dan tercemar dengan skandal pembelian kapal selam dan pembunuhan Altantuya.

Kini, Tun Dr Mahathir melakukan serangan bertali arus kepada Najib dan sekali lagi rakyat diminta menurunkan perdana menteri pilihannya dengan PM baru. Peliknya kali ini, dalam cubaan menurunkan Najib, Tun Dr Mahathir masih belum keluar Umno sepertimana yang beliau telah lakukan ketika Pak Lah ialah Perdana Menteri.

Jika pelan Tun Dr Mahathir berjaya, apakah pula irama baru yang akan didodolkan kepada rakyat? Dari slogan Bersih, Cekap, Amanah kepada Islam Hadhari dan yang masih boleh difahami rakyat kepada slogan yang kabur 1Malaysia, apa pula slogan yang didendangkan kepada rakyat selepas ini untuk mengkhayalkan mereka bahawa Umno-BN sudah berubah?

Bagi PAS, selagi tidak dibuat rombakan menyeluruh membetulkan sistem yang sudah korup dengan menukarkan parti yang menerajui negara dengan dasar yang jelas tidak mungkin negara ini dapat diselamatkan.

PAS mengemukakan dasar Islam sebagai asas perubahan kerana ianya bersifat menyeluruh dan sesuai dengan keadaan sosio-geografi dan sifat negara yang majmuk. Kalau kita pernah mencuba dasar kapitalisme, sosialisme dan demokrasi Barat yang asing bagi kita, kenapa kita tidak mengkaji dan mencuba dasar Islam? Kita mesti membuang prasangka dan Islamphobia yang sengaja ditanam oleh Barat. Kita mesti jujur meneliti dengan ilmu dan akal yang waras bukan kebencian dan prasangka. PAS akan terus menerajui peranan membuang prasangka dan Islamphobia ini melalui usaha dakwah berterusan.

Soal perubahan menyeluruh mesti berpijak kepada kekuatan satu pasukan pembangkang yang mantap dan kesedaran seluruh ahli politik yang ada.

PAS akan menganjurkan Kongres Rakyat pada 12hb Sept 2015 sebagai medan terbuka dan rasional bagi meneliti dan merumus pelan tindakan semua pihak dalam menangani perubahan yang menyeluruh ini.

Kepimpinan politik khasnya dan semua NGO perlu duduk semeja, ketepikan sentimen taksub kepartian dalam merangka perubahan menyeluruh ini bagi mencari formula baru.

Apakah formula baru ini merangkumi keperluan sistem demokrasi diubah dari konsep "first past the post system" kepada sistem undi popular atau gagasan gabungan semua parti politik bersepadu untuk melakukan perubahan asas utama iaitu SPR, media dan kehakiman atau apa jua sistem bagi menyelamatkan negara dari kemelut yang sedang dihadapi - tunggu pendebatannya nanti di Kongres Rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
21 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

PSM Seru Rakyat Turun Ke Himpunan BERSIH 4.0

3:32 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN PSM - 21 OGOS 2015 - PSM SERU RAKYAT TURUN KE HIMPUNAN BERSIH 4.0

Parti Sosialis Malaysia(PSM) menyokong tuntutan secretariat BERSIH 2.0 dan perancangan untuk himpunan rakyat BERSIH yang akan berlangsung pada 29hb. Ogos, hingga 30hb.Ogos, 2015 yang akan datang.

Himpunan ini dianjurkan pada scenario politik Malaysia yang amat kritikal dimana segala institusi demokrasi rakyat diserang demi kepentingan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan UMNO Barisan Nasional. Rakyat tidak lagi boleh terima segala tipu helah Najib, kerana beliau gagal membersihkan dirinya dari semua tuduhan rasuah dan salahguna kuasa yang telah mengugat politik Malaysia.


Sepatutnya Najib bertindak telus dan menawarkan dirinya untuk disiasat tetapi beliau bertindak rakus menyerang kebebasan media, institusi pencegah rasuah, kehakiman dan rakyat jelata yang mempertikaikan kewibawaannnya.

Masa telah tiba untuk rakyat Malaysia turun ke jalanraya untuk menyatakan bahawa rakyat Malaysia telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Najib Tun Razak dan Kerajaan UMNO Barisan Nasional. Najib dan Kerajaan UMNO Barisan Nasional tidak berupaya membaiki dirinya kerana telah teruk dicemari oleh pelbagai skandal, rasuah dan salahguna kuasa.

PSM menegaskan bahawa krisis politik yang melanda Malaysia kini adalah suatu krisis kegagalan sistem politik dan ekonomi Negara. Maka sistem politik neoliberal ini yang pro bisnes dan menindas rakyat perlu dirombak sepenuhnya kepada suatu cara pemerintahan baru yang pro rakyat. Justeru itu Najib dan pemerintahannya perlu berundur segera dan suatu Kerajaan peralihan perlu dibentuk untuk mengembalikan kewibawaan segala institusi demokrasi dan mengadakan PRU14 agar rakyat boleh memberikan suatu mandat baru kepada Kerajaan baru. PSM juga menerima baik kenyataan Pengerusi Bersih bahawa penukaran Najib sahaja tidak dapat menjamin penyelesaian masalah tetapi kepada penukaran sistem iaitu satu tuntutan yang lama diperjuangkan oleh PSM.

PSM percaya bahawa selain daripada suara undi pilihanraya, suara himpunan rakyat merupakan satu tindakan yang sah untuk rakyat membangkitkan hasrat mereka. Apabila sistem pilihanraya diragui dan pihak SPR masih gagal membaikinya, maka rakyat tiada cara lain selain daripada berhimpun secara aman mendesak kepimpinan Negara dan sistem yang korup untuk undur.

PSM akan bersama rakyat selama 2 hari satu malam di Dataran Merdeka mendesak perubahan tulen dan pada masa yang sama menyeru semua kepimpinan parti politik lain untuk menyertai himpunan ini sepenuhnya jika mereka benar-benar memahami hasrat rakyat untuk melakukan perubahan tulen kepada sistem politik Malaysia.

Kuasa Rakyat Menuntut Perubahan Tulen
Hidup Rakyat !
A. Sivarajan
Setiausaha Agung
Parti Sosialis Malaysia



Sila kongsi artikel ini...

Fake Tweet That Did Not Originate From My Account - Teresa Kok

3:12 PM 0 Comments A+ a-



On August 15, I lodged a police report on a fake tweet that did not originate from my account but with my account image. He tweet said, "Rapists, Robbers, kidnappers, housebreaking is usually done by one of the races in Malaysia - apparently done by Malay"


Today another fake tweet has appeared. The new fake tweet read, "Sokong Yb Azmin naik tarif air Selangor. Amat wajar, untuk elakkan pembaziran air, terutamanya pada hari Jumaat."

This has happened just a few days after I lodged report to the police and MCMC. This shows the culprit is challenging the law and the authorities.

I have just lodged a police report at the IPD Sri Petaling on this case. Tomorrow I will lodge report to MCMC.

I understand there are websites which allow the public to write fake tweets under the tweet account of other people. I urge MCMC to take action against such websites.


Teresa Kok


Sila kongsi artikel ini...

Syabas dan Tahniah kepada Mereka yang Mahu Bersama Gerakan Harapan Baru - Dr Dzulkefly Ahmad

2:16 PM 0 Comments A+ a-



Syabas dan tahniah kepada mereka yang mahu bersama Gerakan Harapan Baru

1. Ucapan syabas dan tahniah khususnya kepada semua peribadi dan aktivis yang bersedia meletakkan jawatan dalam parti lama mereka justeru untuk bersama dengan kepimpinan Harapan Baru yang sedang mengemudi penubuhan sebuah wadah politik baru.

2. Meskipun parti bakal diisytihar, individu-individu ini telah bertekad melepaskan jawatan mereka dan mula memberi fokas kepada pengurusan serta perjuangan parti baru yang akan diumumkan 31 Ogos ini dan dilancarkan 16 September ini.

3. Mereka ini yang bergandingan dengan pimpinan NGO-NGO lain, yang juga bertekad untuk bersama menubuhkan parti baru nanti, adalah merupakan tunggak penting yang berpengalaman, bagi menjayakan serta melangsungkan cita-cita murni menampilkan tawaran Politik Islam yang bersifat Inklusif dan Sejagat merentasi kaum, agama dan budaya.

4. Bersama-sama dengan pimpinan Gerakan Harapan Baru diperingkat nasional, kesemua tenaga kepimpinan di peringat kawasan dan cawangan ini akan berusaha untuk menubuhkan kembali Pakatan Rakyat 2.0 bagi memperkukuhkan sistem dua parti di negara ini, sekaligus membuat persiapan bagi menumbangkan serta menggantikan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang kini di hujung usianya dengan pelbagai kemelut dalaman parti mereka dan krisis getir kegagalan urus tadbir ekononomi-kewangan negara.

5. Mengambil Islam sebagai dasar perjuangannya, parti baru ini bercita-cita untuk “memperjuangkan kewujudan sebuah masyarakat dan negara Madani yang mengangkat Kedaulatan-Keluhuran Undang-Undang (As-Siyadah Al-Qanuniyyah) di mana Syariat Islam memperkukuhkan penghayatan nilai, akhlak dan amalan serta tata kelola institusi-institusi kritikal negara”.

Dr Dzulkefly Ahmad
Setiausaha
Gerakan Harapan Baru
20 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Polis Peranchis Mula Bertindak ke Atas Laporan Saya Mengenai Skandal 1MDB - Khairuddin Abu Hassan

1:00 PM 0 Comments A+ a-


POLIS PERANCHIS MULA BERTINDAK KE ATAS LAPORAN SAYA MENGENAI KES SKANDAL 1MDB

Saya telah buat satu laporan polis secara rasminya di ibu pejabat polis Lyon, Peranchis pada bulan julai 2015 mengenai kes salahlaku skandal 1MDB dan kini sedang menampakkan hasilnya. (Insya-Allah)

Polis di Lyon telah memaklumkan melalui e-mail yang mereka telah pun menghantar laporan dan rakaman kenyataan saya pada pihak majistret di sana.

Pegawai penyiasatnya; Regis Donelle (Capitaine de Police) D.I.P.J. de Lyon dari Divsion Economique et Financiere telah mengesahkan bahawa laporan polis saya juga telah dihantar pada 'Financial Parquet de Paris' (jabatan siasatan komersial) oleh pihak majistret.

Saya berdoa selepas ini polis peranchis juga bakal memaklumkan mengenai kes ini ke pihak Interpol yang juga beribu-pejabat di Lyon memandang polisi Interpol hanya berurusan dengan pihak penguatkuasa sesebuah negara bukan dengan individu.

Hakikatnya, apabila saya bersama peguam iaitu matthias chang tiba di ibu pejabat Interpol (polis antarabangsa) di Lyon; kami telah dinasihati untuk buat laporan polis mengenai skandal 1MDB melalui jabatan polis peranchis. Kelak, pihak polis di Peranchis bakal memaklumkan mengenai kes skandal 1MDB ini kepada Interpol yang berpengkalan di Lyon.

Keluhuran undang-undang di negara kita agak menyedihkan kerana pihak penguatkuasa di Malaysia nampak tidak mahu bertindak secara proaktif dan amat tidak telus!! Pelbagai strategi digunakan untuk merungkai struktur siasatan atau melengahkan proses siasatan kes skandal 1MDB!!

Sebagai contohnya, asas siasatan PDRM telah dipesongkan kepada siasatan keatas justo yang ditangkap di Thailand, clare brown editor sarawak report dan beberapa pegawai SPRM serta BNM disoal-siasat!! Empat orang anggota PAC pula dilantik sebagai timbalan-timbalan menteri secara tiba-tiba yang akhirnya membantutkan struktur serta proses siasatan oleh PAC!!

Apakah kerajaan ikhlas untuk siasat kes skandal 1MDB atau disebaliknya!! Keseluruhan rakyat di negara kita sedang memerhati secara teliti perkembangan negatif ini!! Sesungguhnya juga, rakyat kini bijak dan tidak bodoh lagi!!

Apa yang semakin pelik kini kenapa SPRM tidak dilantik untuk menganggotai 'task force' yang baru ditubuhkan??!! Saya amat sangsi dengan pendirian Peguam Negara yang baru!! Apa motif tindakan Peguam Negara yang baru ini??!!

Persepsi keseluruhan rakyat jelata terhadap pihak-pihak penguatkuasa undang-undang dan kewangan di negara kita sudah mula tidak diyakini lagi!!

Pada pandangan peribadi saya, pendirian mahupun motif mereka amat meragukan sama sekali di dalam menangani kes skandal 1MDB ini!!

Nampak sangat kerajaan tidak berani bertindak secara telus dan bebas untuk menyiasat seterusnya menyelesaikan kes skandal 1MDB sebab itulah penyangak jho low serta beberapa individu-individu termasuk semua ahli lembaga pengarah 1MDB masih bebas dan tidak disentuh oleh sesiapa pun!!

Inilah keadaan undang-undang yang amat menyedihkan di tanahair kita!! Amat tidak telus dan amat berat sebelah!!




s


Sila kongsi artikel ini...

Perletakan Jawatan Ketua Pemuda dan Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Hulu Langat

11:21 AM 0 Comments A+ a-



PERLETAKAN JAWATAN KETUA PEMUDA DAN JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS HULU LANGAT

21hb Ogos 2015

1. Saya mewakili 10 Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Hulu Langat telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Penolong Setiausaha PAS Kawasan Hulu Langat.


2. Ahli Jawatankuasa yang terlibat adalah seperti berikut:

a. Ketua Pemuda
Mohd Burhanuddin bin Othman

b. Setiausaha
Ahmad Firdaus bin M Zabidi

c. Penolong Setiausaha 1
Muhammad Safuan bin Harun

d. Penolong Setiausaha 3
Afrodi bin Ali

e. Ketua Penerangan
Manzurul bin Safar

f. Penolong Bendahari
Ustaz Hafiz Othoman

g. Pengerusi Lajnah Kebajikan
Dr Muhammad Omar

h. Pengerusi Lajnah Pendidikan Politik
Ustaz Wan Saifullah Wan Abd Ghani

i. Pengerusi Lajnah IT
Abdul Halim bin Abdullah

j. Pengerusi UKJ Semenyih
Hafeez Samsol

3. Kami mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua yang membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang menggalas amanah ini.

4. Kami juga memohon maaf sekiranya ada salah dan silap selama berada bersama DPPKHL dan PKHL.

5. Kami berpendirian ini adalah penyelesaian dan jalan keluar terbaik kepada konflik yang berlaku khususnya kesan dari kempen agresif sebelum Muktamar baru-baru ini.

6. Kami berdoa agar diberi kekuatan oleh Allah untuk terus Istiqaamah dalam perjuangan Islam ini tidak kira kami berada di wadah mana sekalipun.

7. Kami juga mengharapkan agar ukhuwwah sesama sahabat-sahabat di dalam Pas berkekalan, walaupun kita berbeza pandangan dan pendekatan.

Sekian, Terima Kasih

MOHD BURHANUDDIN BIN OTHMAN
www.burhanuddin.biz
0196699782




Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.