Polis Peranchis Mula Bertindak ke Atas Laporan Saya Mengenai Skandal 1MDB - Khairuddin Abu Hassan
Saya telah buat satu laporan polis secara rasminya di ibu pejabat polis Lyon, Peranchis pada bulan julai 2015 mengenai kes salahlaku skandal 1MDB dan kini sedang menampakkan hasilnya. (Insya-Allah)
Polis di Lyon telah memaklumkan melalui e-mail yang mereka telah pun menghantar laporan dan rakaman kenyataan saya pada pihak majistret di sana.
Pegawai penyiasatnya; Regis Donelle (Capitaine de Police) D.I.P.J. de Lyon dari Divsion Economique et Financiere telah mengesahkan bahawa laporan polis saya juga telah dihantar pada 'Financial Parquet de Paris' (jabatan siasatan komersial) oleh pihak majistret.
Saya berdoa selepas ini polis peranchis juga bakal memaklumkan mengenai kes ini ke pihak Interpol yang juga beribu-pejabat di Lyon memandang polisi Interpol hanya berurusan dengan pihak penguatkuasa sesebuah negara bukan dengan individu.
Hakikatnya, apabila saya bersama peguam iaitu matthias chang tiba di ibu pejabat Interpol (polis antarabangsa) di Lyon; kami telah dinasihati untuk buat laporan polis mengenai skandal 1MDB melalui jabatan polis peranchis. Kelak, pihak polis di Peranchis bakal memaklumkan mengenai kes skandal 1MDB ini kepada Interpol yang berpengkalan di Lyon.
Keluhuran undang-undang di negara kita agak menyedihkan kerana pihak penguatkuasa di Malaysia nampak tidak mahu bertindak secara proaktif dan amat tidak telus!! Pelbagai strategi digunakan untuk merungkai struktur siasatan atau melengahkan proses siasatan kes skandal 1MDB!!
Sebagai contohnya, asas siasatan PDRM telah dipesongkan kepada siasatan keatas justo yang ditangkap di Thailand, clare brown editor sarawak report dan beberapa pegawai SPRM serta BNM disoal-siasat!! Empat orang anggota PAC pula dilantik sebagai timbalan-timbalan menteri secara tiba-tiba yang akhirnya membantutkan struktur serta proses siasatan oleh PAC!!
Apakah kerajaan ikhlas untuk siasat kes skandal 1MDB atau disebaliknya!! Keseluruhan rakyat di negara kita sedang memerhati secara teliti perkembangan negatif ini!! Sesungguhnya juga, rakyat kini bijak dan tidak bodoh lagi!!
Apa yang semakin pelik kini kenapa SPRM tidak dilantik untuk menganggotai 'task force' yang baru ditubuhkan??!! Saya amat sangsi dengan pendirian Peguam Negara yang baru!! Apa motif tindakan Peguam Negara yang baru ini??!!
Persepsi keseluruhan rakyat jelata terhadap pihak-pihak penguatkuasa undang-undang dan kewangan di negara kita sudah mula tidak diyakini lagi!!
Pada pandangan peribadi saya, pendirian mahupun motif mereka amat meragukan sama sekali di dalam menangani kes skandal 1MDB ini!!
Nampak sangat kerajaan tidak berani bertindak secara telus dan bebas untuk menyiasat seterusnya menyelesaikan kes skandal 1MDB sebab itulah penyangak jho low serta beberapa individu-individu termasuk semua ahli lembaga pengarah 1MDB masih bebas dan tidak disentuh oleh sesiapa pun!!
Inilah keadaan undang-undang yang amat menyedihkan di tanahair kita!! Amat tidak telus dan amat berat sebelah!!
Sila kongsi artikel ini...