Showing posts with label ABIM. Show all posts
Showing posts with label ABIM. Show all posts

ABIM Tuntut Pembebasan Anwar Ibrahim

7:40 PM

ABIM Tuntut Pembebasan Anwar Ibrahim

[SIARAN MEDIA ABIM]

[9 Februari 2016]

ABIM TUNTUT PEMBEBASAN ANWAR IBRAHIM.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru rakyat Malaysia mengimbau semula pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang genap setahun pada 10 Februari 2016.

Sesungguhnya peristiwa pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang merupakan peristiwa hitam yang tragis dalam sejarah politik dan perkembangan demokrasi negara yang kita cintai.

Anwar Ibrahim merupakan simbol dan lambang keberanian pemimpin yang sanggup mengambil segala risiko - hatta mengorbankan kebebasannya jasadnya - demi perjuangan membela hak rakyat dan menyanggah kezaliman elit pemerintah.


ABIM Bantah Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015

2:11 PM

ABIM Bantah Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015

SIARAN MEDIA] ABIM BANTAH RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat prihatin terhadap isu-isu keselamatan dalam negara dan menyokong usaha terbaik pihak berwajib untuk menangani sebarang aktiviti yang memudaratkan keselamatan negara.

Walaubagaimanapun ABIM menilai sebarang usaha yang dibuat perlu berlandaskan prinsip keadilan sejagat dan kedaulatan undang-undang serta menepati aspirasi demokrasi yang diamalkan dalam negara.


Al Fatihah : Kembalinya Seorang Pejuang melalui Tali Gantung. - Raimi Rahim

11:30 PM

Al Fatihah : Kembalinya Seorang Pejuang melalui Tali Gantung. - Raimi Rahim

Al Fatihah : Kembalinya Seorang Pejuang melalui Tali Gantung.

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa seorang lagi pejuang agama dan kebenaran di Bangladesh telah kembali menemui Allah SWT setelah digantung mati oleh pemerintah Bangladesh.

Maulana Ali Ahsan Mujahid merupakan Setiausaha Agung Jamaat-e Islami Bangladesh . Beliau telah dijatuhkan hukuman gantung pada awal pagi (waktu tempatan), 22 November 2015 bersama seorang lagi pemimpin kanan Bangladesh Nationalist Party (BNP) Salahudin Chowdry melalui konspirasi politik yang kotor dan jijik.


Lawatan Presiden AS ke Malaysia:- ABIM Gesa Kerajaan Tegas Dalam Isu TPPA dan Palestine

4:00 PM

Lawatan Presiden AS ke Malaysia:- ABIM Gesa Kerajaan Tegas Dalam Isu TPPA dan Palestine

[Kenyataan Media] Lawatan Presiden AS ke Malaysia:- ABIM Gesa Kerajaan Tegas Dalam Isu TPPA dan Palestine

Angkatan Belia Islam Malaysia merujuk kepada lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack H Obama ke negara ini mulai 20 November 2015.

ABIM menilai lawatan beliau ke negara ini strategik dari segi diplomasinya tatkala Malaysia masih berperanan sebagai Pengerusi ASEAN dan di tengah kehangatan isu Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA).

ABIM melalui penglibatannya dalam gabungan NGO Bantah TPPA menilai wujud ketempangan dan ketidakadilan yang nyata dalam isi kandungan TPPA yang perlu disuarakan oleh kerajaan kepada Presiden Obama.


ABIM Failkan Semakan Kehakiman Tuntut Kerajaan Hentikan TPPA

2:58 AM

ABIM Failkan Semakan Kehakiman Tuntut Kerajaan Hentikan TPPA

KENYATAAN MEDIA

ABIM FAILKAN SEMAKAN KEHAKIMAN TUNTUT KERAJAAN HENTIKAN TPPA

4 NOVEMBER 2015/ 22 MUHARRAM 1437 H

Pada hari ini, 4 November 2015, bertempat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menfailkan permohonan Semakan Kehakiman terhadap Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri & Kerajaan Malaysia sebagai Responden mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di antara Malaysia, Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Amerika Syarikat.


ABIM Kecam Usaha Mengembalikan PPSMI Melalui PIntu Belakang

10:47 AM

ABIM Kecam Usaha Mengembalikan PPSMI Melalui PIntu Belakang

ABIM KECAM USAHA MENGEMBALIKAN PPSMI MELALUI PINTU BELAKANG

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada laporan yang dibuat oleh Performance Management & Delivery Unit (PEMANDU) dan Education Performance and Delivery Unit (PADU)dalam mencari mekanisme untuk memperkasa penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah.

Antara cadangan yang telah diketengahkan adalah untuk melaksanakan Program Dwi-Bahasa (DLP) untuk membolehkan beberapa mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris bagi sekolah-sekolah tertentu. Menurut laporan tersebut matapelajaran Sains, Matematik, dan Reka Bentuk dan Teknologi/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah matapelajaran yang wajib untuk diajar menggunakan Bahasa Inggeris.


Jangan Jual Negara: PKPIM Ragu Kebolehan Kerajaan Uruskan 'Perjanjian TPPA'

12:40 PM

Jangan Jual Negara: PKPIM Ragu Kebolehan Kerajaan Uruskan 'Perjanjian TPPA'

KENYATAAN MEDIA PKPIM

JANGAN JUAL NEGARA: PKPIM RAGU KEBOLEHAN KERAJAAN URUSKAN "PERJANJIAN RAHSIA" TPPA

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyatakan kesedihan dan kekesalan kami atas berita kesepakatan yang dicapai oleh 12 buah negara termasuk Malaysia dalam perundingan peringkat akhir di Atlanta, Amerika Syarikat, semalam. Ternyata, setelah sekian lama berdolak-dalih, akhirnya kerajaan bakal "jual negara".


Jerebu: Malaysia Perlu Gerakan Inisiatif Proaktif Sebagai Pengerusi ASEAN - ABIM

4:11 PM

Jerebu: Malaysia Perlu Gerakan Inisiatif Proaktif Sebagai Pengerusi ASEAN - ABIM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan Malaysia menggerakkan langkah proaktif selaku Pengerusi ASEAN untuk menangani masalah jerebu yang melanda dengan lebih efisyen. Masalah jerebu yang melanda negara ini telah menjejaskan kualiti kehidupan harian rakyat Malaysia dalam pelbagai sektor dan aktiv iti. Maklumat terkini menunjukkan sekurang-kurangnya empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat di negara kita.

Peningkatan IPU ini akan memberikan kesan negatif terhadap kesihatan khususnya kerana pencemaran jerebu membawa asap dan bahan-bahan lain semasa bertiup dari kawasan pembajarans eperti alergen, toksik, mikrob dan partikel. Penyebaran bahan-bahan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit berkaitan pernafasan yang tidak sahaja boleh menghakis kualiti kesihatan manusia, tetapi juga menjejaskan ekosistem (haiwan serta tumbuhan), dan peningkatan kos pengurusan berkaitan (penyelenggaraan dan kebersihan pejabat).


ABIM menyatakan keprihatinan terhadap tragedi rempuhan manusia di Mina

6:07 PM

ABIM menyatakan keprihatinan terhadap tragedi rempuhan manusia di Mina

[Kenyataan Media]  ABIM menyatakan keprihatinan terhadap tragedi rempuhan manusia di Mina yang sehingga kini mengikut sumber agensi Al-Arabiya telah mengorbankan lebih daripada 300 orang Jamaah haji. 

ABIM mengikuti secara dekat perkembangan yang berlaku dan menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan keselamatan jamaah Haji Malaysia yang sedang berada di Mina ketika ini. ABIM juga menyeru agar seluruh umat Islam mengerjakan solat Hajat mendoakan keselamatan jamaah Haji kita sehingga selamat menyempurnakan ibadah Haji.

Mohamad Raimi Ab.Rahim,  Presiden, 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Perutusan ‘Eidul Adha 1436H Angkatan Belia Islam Malaysia

8:23 PM

Perutusan ‘Eidul Adha 1436H Angkatan Belia Islam Malaysia

PERUTUSAN ‘EIDUL ADHA 1436H

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA

‘Eidul Adha yang dirindui kini kembali menemui umat Islam di seluruh dunia. Hari Raya Haji, seperti yang sering disebut dalam masyarakat Islam di Malaysia merupakan sebahagian dari hari-hari kebesaran di awal bulan Dzulhijjah. Hari penting dalam kalendar Islam ini ditandai dengan penunaian rukun Islam kelima iaitu ibadah haji dan disemangati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail a.s

Ibadah haji yang mula difardukan pada penghujung tahun ke-9 Hijrah dan disempurnakan oleh baginda junjungan Nabi Muhammad Sallahu ‘alaihi wasallam merupakan antara ibadah paling afdal dalam syariat Islam, seperti yang diungkapkan oleh seorang ulama’ Mazhab Syafi’e Al Qadi Husain, ibadah haji adalah paling utama kerana ia meliputi penggunaan harta dan amalan fizikal.


ABIM Tolak Perjuangan Berasaskan Perkauman; Rasisme Tidak Wujud Dalam Islam

6:28 PM

ABIM Tolak Perjuangan Berasaskan Perkauman; Rasisme Tidak Wujud Dalam Islam

[Kenyataan Media]

[Kenyataan Media]ABIM Tolak Perjuangan Berasaskan Perkauman; Rasisme Tidak Wujud Dalam Islam:-

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berasa terpanggil untuk berkongsi keprihatinan yang mendalam terhadap kebimbangan yang dizahirkan oleh Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin berhubung gejala-gejala berbau perkauman yang semakin rancak dimainkan oleh segelintir umat Melayu terhadap bangsa Cina di negara ini. Beliau justeru menekankan peranan penting yang dimainkan oleh umat Melayu Islam ke arah suri teladan kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.


HELWA ABIM memandang serius isu bai’ah serta takliq talak tiga yang menjadi pertaruhan politik semasa.

3:09 AM

HELWA ABIM memandang serius isu bai’ah serta takliq talak tiga yang menjadi pertaruhan politik semasa.

HELWA ABIM memandang serius isu bai’ah serta takliq talak tiga yang menjadi pertaruhan politik semasa. Kebimbangan ini bersifat "vital" kerana ia melibatkan isu status perkahwinan dan beberapa hukum yang terkait dengan kesahihan baiah tersebut termasuk isu kaffarah sumpah dan implikasi lafaz takliq.

Oleh yang demikian, HELWA ABIM berpandangan bahawa perbalahan serta polemik perdebatan tentang isu ini mesti segera dihentikan bagi memberi peluang kepada pihak-pihak yang terlibat merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti termasuk rujukan ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Mufti.


Puisi 'BANGSAT' - Faisal Abdul Aziz

10:46 PM

Puisi 'BANGSAT' - Faisal Abdul Aziz

Puisi "BANGSAT"

Kau kata kami BANGSAT,

Tapi kau lah yang telah menyelongkar dengan dahsyat segala khazanah harta milik rakyat.

Kau kata kami BANGSAT,

Tapi kau lah yang telah merampas jiwa merdeka sebagai azimat dalam diri kami yang selama ini tersemat.

Kau kata kami BANGSAT,

Tapi kau lah yang telah memecahkan perpaduan masyarakat yang selama ini sepakat bermuafakat.


Hapuskan 'kebangsatan' Bangsa dengan Dakwah. - ABIM

2:55 PM

Hapuskan 'kebangsatan' Bangsa dengan Dakwah. - ABIM

[Kenyataan Media ABIM]

Tarikh: 25 Ogos 2015

Hapuskan 'kebangsatan' Bangsa dengan Dakwah.

Dalam Surah Ali i'mran, Allah menyebut mengenai umat yang terbaik. Umat yang terbaik didirikan dengan keberanian melaksanakan dakwah. Dakwah bermaksud menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dakwah adalah komitmen yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w yang mengakhiri kebangsatan bangsa Arab terhina dibelenggu kemungkaran dan jauh dari kebaikan. Memang benar kebangsatan dan kesialan satu ummah atau bangsa adalah disebabkan kemungkaran yang bersarang dan berleluasa serta direstui oleh segenap kalangan.


RM 2.6 Billion Untuk Memerangi I.S? ABIM Desak Datuk Seri Mohd Najib Beri Penjelasan Rasmi

7:36 PM

RM 2.6 Billion Untuk Memerangi I.S? ABIM Desak Datuk Seri Mohd Najib Beri Penjelasan Rasmi

Merujuk kepada laporan media berkaitan derma yang diterima oleh Perdana Menteri (PM) sebagai penghargaan kepada usaha memerangi Islamic State (IS) dan pelaksanaan aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

ABIM mendesak agar satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak PM sendiri. Jika benar seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat, Ketua UMNO Bahagian Kuantan maka ia adalah satu perkara yang amat tidak wajar.

Bantuan tersebut seharusnya diserahkan kepada kerajaan yang mewakili rakyat bukan kepada individu bernama Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak secara peribadi.


Hukuman UIAM Ke Atas Pemimpin Mahasiswa Cemar Gagasan Taman Ilmu & Budi - ABIM

2:12 AM

Hukuman UIAM Ke Atas Pemimpin Mahasiswa Cemar Gagasan Taman Ilmu & Budi - ABIM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan rasa kesal terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada dua orang pemimpin mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Hanif Mahpa dan Afiqah Zulkifli atas kesalahan menjemput Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, ke forum perbincangan mengenai GST Mei lalu. Hukuman ini adalah tindakan berpotensi mencermakan imej dan nama baik UIAM.

Ia bukan sekadar hukuman terhadap kesalahan perlanggaran peraturan university tetapi ia juga adalah satu hukuman terhadap kewarasan cara berfikir generasi muda terpelajar dan dalam konteks ini mahasiswa. UIAM yang seharusnya mendukung asas kesepaduan ilmu dan pembangunan merentas fakulti, pembangunan diri manusia, akhirnya tunduk mengkhianati asas yang menjadi mercu kewujudannya.


Surat Samahah Al-Shaykh Yusuf Al-Qaradawi Kepada Anwar Ibrahim Dan Kerajaan Malaysia

12:22 PM

Surat Samahah Al-Shaykh Yusuf Al-Qaradawi Kepada Anwar Ibrahim Dan Kerajaan Malaysia

SURAT SAMAHAH AL-SHAYKH YUSUF AL-QARADAWI KEPADA ANWAR IBRAHIM DAN KERAJAAN MALAYSIA .

(Diurus selia terjemahan oleh Angkatan Belia Islam Malysia – ABIM)

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga, sahabat dan sesiapa yang mengikuti petunjukNya.

Sesungguhnya Malaysia sebuah negara yang dicintai kami, besar untuk kami dan ada tempat di sisi kami.


ABIM Kesal Dengan Skandal RM 2.6 Billion; Gesa Dato' Seri Najib Mengambil Cuti

3:07 PM

ABIM Kesal Dengan Skandal RM 2.6 Billion; Gesa Dato' Seri Najib Mengambil Cuti

Kenyataan Rasmi SPRM bertarikh 3 Ogos 2015 berkaitan siasatan kemasukan wang berjumlah RM 2.6 bilLion ke akaun milik Perdana Menteri adalah dirujuk. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) selaku antara pertubuhan yang mewakili umat Islam di Malaysia berasa terhina dengan kenyataan tersebut.

Ia jelas sebagai usaha memperbodoh rakyat secara terang-terangan. Kenyataan seperti ini adalah satu kenyataan yang mengkhianati rakyat Malaysia. Khianat terhadap kepercayaan rakyat yang mengamanahkan tugas untuk terus menjaga integriti dan kredibiliti institusi kerajaan.

Semua rakyat tahu jumlah yang sebegitu besar adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk berlaku dalam dunia hari ini. Tambahan pula menerima derma sebegitu besar secara tersembunyi adalah satu perbuatan yang boleh mengundang fitnah yang besar.


Penglibatan ABIM Dalam Jelajah Perdana & Jamuan Aidilfitri Harapan Baru - ABIM Melaka

9:01 PM

Penglibatan ABIM Dalam Jelajah Perdana & Jamuan Aidilfitri Harapan Baru - ABIM Melaka

PENGLIBATAN ABIM DALAM JELAJAH PERDANA & JAMUAN AIDILFITRI HARAPAN BARU:

ABIM Melaka melahirkan rasa terkilan apabila mendapati logo dan nama ABIM telah dijaja untuk program Jelajah Perdana dan Jamuan Aidilfitri Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dijangka akan berlangsung pada 7hb Ogos 2015 di Bukit Piatu, Melaka. Sedangkan pihak kami langsung tidak tahu menahu akan perkara demikian.

1. Maka dengan ini kami ingin menafikan dengan sekeras-kerasnnya berkenaan penglibatan kami untuk program politik dan jamuan hari raya tersebut. Kami tidak terlibat sama secara langsung mahu pun tidak langsung.


Kenyataan Media ABIM: 1MDB JPM Mencabuli Etika Perkhidmatan Awam

9:30 AM

Kenyataan Media ABIM: 1MDB JPM Mencabuli Etika Perkhidmatan Awam

[Kenyataan Media 1MDB JPM Mencabuli Etika Perkhidmatan Awam]

Merujuk kepada kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri bertarikh 27 Julai 2015, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menyatakan kekesalan yang mendalam.

Kekesalan ini adalah berdasarkan kenyataan dari perenggan ke 3 hingga ke 6 yang jelas menyamakan Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Presiden UMNO. Perkara ini sewajarnya tidak berlaku kerana ia jelas mencabuli etika dan profesionalisme kakitangan awam.

Hak bagi jawatan Perdana Menteri bukanlah hak mutlak Presiden UMNO. Presiden UMNO tidak semestinya Perdana Menteri selama-lamanya. Ia bergantung kepada pilihan rakyat menerusi sistem demokrasi pilihanraya yang diamalkan dalam pemerintahan negara.


Recent Posts Widget

.

.