Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Hasil Negara Dari Perlombongan Bauksit Tidak Berbaloi Dengan Kos Bencana Yang Ditanggung Rakyat - Fuziah Salleh

2:56 AM

Hasil Negara Dari Perlombongan Bauksit Tidak Berbaloi Dengan Kos Bencana Yang Ditanggung Rakyat - Fuziah Salleh

KENYATAAN MEDIA

12 JANUARI 2016

HASIL NEGARA DARI PERLOMBONGAN BAUKSIT TIDAK BERBALOI DENGAN KOS DAN BENCANA YANG DITANGGUNG RAKYAT

Perlombongan berleluasa bauksit di Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan kawasan sekitarnya yang memuncak sejak lewat 2014 telah membawa kesengsaraan kepada ratusan ribu penduduk di situ. Selain dari gangguan akibat dari debu merah yang menyelubungi Kuantan dan kawasan sekitar, saya telah berkali-kali menyuarakan kebimbangan mengenai kesan jangka panjang kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk setempat.


Kunjungan Gabungan Anak Muda Pahang Ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Negeri Pahang.

8:01 PM

Kunjungan Gabungan Anak Muda Pahang Ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Negeri Pahang.

KUNJUNGAN GABUNGAN ANAK MUDA PAHANG KE SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH NEGERI PAHANG.

Kami Gabungan Anak Muda Negeri Pahang telah membuat kunjungan ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia berkaitan wang derma RM2.6 bilion kepada YAB Perdana Menteri pada jam 3 petang hari ini yang diwakili oleh GPHB, AMK, SAMM dan DAPSY.

Hasil pertemuan dengan Ketua Bahagian Siasatan Negeri, beliau berkata tidak dapat memberikan apa apa ulasan buat sementara waktu ini. Namun beliau melahirkan penghargaan kepada anak muda dan seluruh rakyat Malaysia kerana prihatin dengan isu yang berlegar di negara kita.


Pendirian rasmi Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (BPPNP).

12:40 PM

Pendirian rasmi Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (BPPNP).

KENYATAAN PESURUHJAYA PAS NEGERI PAHANG

Pendirian rasmi Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (BPPNP).

Segala pujian yang tidak terhingga bagi Allah swt, Rabb yang mentadbir sekalian alam, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w juga ke atas kaum kerabatnya serta mereka yang beriman dan beramal soleh di sepanjang zaman.

1. Perkembangan politik PAS selepas muktamar ke-61 baru-baru ini telah menyaksikan bagaimana berlakunya pergolakan dalaman PAS, hingga tertubuhnya GHB atau Gerakan Harapan baru telah dilancarkan oleh beberapa orang bekas pemimpin PAS yang tidak dipilih pada muktamar ke-61 yang lalu.


ANAK Sokong Usaha Perlombongan Bauksit Sebagai Pendapatan Peneroka

6:08 PM

ANAK Sokong Usaha Perlombongan Bauksit Sebagai Pendapatan Peneroka

KENYATAAN MEDIA: ANAK SOKONG USAHA PERLOMBONGAN BAUKSIT SEBAGAI PENDAPATAN PENEROKA.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) menggesa Kerajaan Negeri Pahang dan Felda mengambil langkah segera menangani isu perlombongan Bauksit di Felda Bukit Goh Kuantan ekoran lapuran media mengenai status 71 peneroka di Felda terbabit.

Pagi ini saya telah mengetuai lawatan Kerja ke tapak perlombongan dan mengadakan pertemuan dengan peneroka/Gen 2 yang terbabit di Pejabat Pertubuhan Peneroka Felda Bukit Goh. Taklimat dari Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Bauksit Bukit Goh, Dr Sahrudin Mohd, yang merupakan anak peneroka tempatan dan juga wakil peneroka, Hj Harun Mamat, ANAK telah mendapat gambaran sebenar perkembangan projek tersebut.


DAP perlukan sebuah parti baru muncul dari rahim PAS. Apakah perlu kita menunaikannya? - Ust Mokhtar Senik

3:03 PM

DAP perlukan sebuah parti baru muncul dari rahim PAS. Apakah perlu kita menunaikannya? - Ust Mokhtar Senik

DAP perlukan sebuah parti baru muncul dari rahim PAS. Apakah perlu kita menunaikannya?

Umum telah mengetahui DAP tidak menyenangi PAS kerana dasar dan pendekatan Islam yg dijunjung oleh PAS. Ketegasan PAS dlm mempertahankan perinsip Islam dirasakan oleh DAP sebagai penghalang kepada gerakerja PR. Mereka mahu PAS melangkah bersama mereka tanpa mempedulikan hukum2 yg termaktub dlm Islam. Kalau boleh mereka akan lebih selesa jika PAS mengubah dasarnya kepada pendekatan dan sikap yg lebih liberal. Mengekalkan nama Islam tidak mengapa asalkan pendekatan pas dapat dibebaskan dari keterikatan hukum Al Quran dan Hadis.


Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang (BPPNP) menyokong penuh ketetapan Majlis Syura Ulama

4:27 AM

Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang (BPPNP) menyokong penuh ketetapan Majlis Syura Ulama

KENYATAAN MEDIA

Bismillahirrahmanirrahim..

Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang (BPPNP) menyokong penuh ketetapan Majlis Syura Ulama' Pas bertarikh 11 Julai 2015 baru-baru ni berhubung 'Tahaluf Siyasi' atau persepakatan politik dengan rakan parti dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.

Kewajaran Majlis Syura Ulama' Pas membuat keputusan yang besar ini setelah DAP dilihat tidak menghormati prinsip perjuangan Pas yang konsisten berusaha mendaulatkan syariat Islam sejak mula penubuhan parti Islam ini lagi.

DAP sendiri telah melanggar ketetapan yang telah diambil bersama dalam Pakatan Rakyat, iaitu 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dalam beberapa perkara, termasuk isu hudud. Ini dilihat apabila terus menerus menyerang sebahagian kepimpinan Pas dan mencampuri urusan pemilihan kepimpinan Pas.


Recent Posts Widget

.

.