Kehidupan dan Kekayaan Bekas Pengarah AABAR (yang ada JV dengan 1MDB) Yang Dipecat - Wan Ahmad Fayhsal

6:14 PM 0 Comments A+ a-



KEHIDUPAN DAN KEKAYAAN BEKAS PENGARAH AABAR (yang ada JV dengan 1MDB) YANG DIPECAT

Super kaya. Ada kenalan bagitahu saya keluarga al-Qubaisi di UAE bukanlah orang berada. Bukan keluarga diraja. Makan gaji juga. Beliau kawan Jho Low dan banyak terlibat dalam urusan perniagaan dengan kerajaan kita seperti beli RHB selain daripada JV dengan SRC International yang pinjam duit KWAP juga 1MDB.

Panjang laporan Sarawak Report ini. Ringkasnya ialah dari mana datang duit untuk labur pengurusan kelab malam Hakkasan di Vegas itu?


Financial Times juga laporan Qubaisy tag team dengan Jynwell Capital yang Jho Low dan ayahnya kemudi untuk beli Coastal Energy.

http://www.ft.com/intl/cms/s/0/daa1d42e-ddf3-11e4-8d14-00144feab7de.html#axzz3mvnLSMk4



Banyak kes Qubaisiy ni sebab itu baru ini dipecat oleh kerajaan UAE lepas skandal 1MDB meletup. Begitu juga pengganti beliau al-Huseiny.

Baru-baru ini WSJ laporkan yang hutang 1MDB kepada IPIC tidak berbayar sampai hampir RM 10 bilion. Sebab itu mungkin Qubaisiy kena pecat.

Anda baca dan nilai sendiri. Ada court case semua.






Sila kongsi artikel ini...

51% Pengundi 'Majikan Najib' Tolak (Pecat) Najib Sebagai PM - Mahfuz Omar

5:30 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

51% PENGUNDI MAJIKAN NAJIB TOLAK (PECAT) NAJIB SEBAGAI PM

1. Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Salleh Said Keruak yang mengatakan Jawatan Perdana Menteri yang disandang oleh Najib bukannya dilantik oleh Tun Dr Mahathir tetapi ianya berlaku melalui proses Pilihan Raya Umum ke13 yang mana 11 juta pengundi dan Tun M salah seorang daripadanya dan termasuk ahli Umno telah memilih BN yang diketuai oleh Najib adalah sangat melucukan.


2. Saya sangat hairan bagaimana pengiraan yang dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia seolah-olah majoriti pengundi telah memilih Najib sebagai PM? Inilah sejarah negara Malaysia yang mempunyai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang paling merapu. Saya sendiri mendengar perkataan demi perkataan yang diucapkan oleh Salleh ternyata salah.

3. Angka 11 juta yang disebut Salleh sebenarbya bukan yang mengundi Najib atau jumlah undi yang diperolehi BN. Tetapi 11 juta itu adalah jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya umum ke13 yang lalu. Daripada 11 juta yang mana angka rasminya oleh SPR ialah 11.2 juta yang keluar mengundi berbanding 13.2 juta pengundi yang berdaftar. Mengikut SPR, BN mendapat 5.2 juta undi popular bersamaan 47% manakala PR mendapat 5.6 juta undi popular bersamaan 51%.

4. Salleh perlu memahami Najib menjadi Perdana Menteri bukan dengan sokongan majoriti rakyat. Beliau menjadi PM hanya dengan sokongan undi popular pada BN yang beliau ketuai sebanyak 47%. Jadi amat wajar dengan kelemahan dan penyelewengan serta salahguna kuasa yang meninggalkan kesan buruk kepada ekonomi negara dan membebankan rakyat untuk Najib meninggalkan jawatan Perdana Menteri Malaysia.

5. Memang benar Tun M bukan bos yang boleh pecat PM Najib sesuka hati. Tetapi 51% pengundi yang merupakan majikan Najib telah dengan sendirinya menolak (memecat) Najib sebagai PM serta BN sebagai kerajaan. Suatu yang sangat memalukan bila Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia masih mempertahankan Najib dan Najib masih pertahankan kedudukannya dan kerajaan BN yang hanya mendapat 47% undi popular. Najib dan BN perlu berundur untuk rakyatnya selamat dan Malaysia yang Berkat.

UNDURKAN NAJIB DAN BN,RAKYAT SELAMAT MALAYSIA BERKAT.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
27 Sept 2015/13 Zulhijjah 1436.


Sila kongsi artikel ini...

Haze: Malaysia must start publishing PM2.5 data - Wong Chen

3:21 PM 0 Comments A+ a-



Haze: Malaysia must start publishing PM2.5 data..

PRESS STATEMENT of Wong Chen, PKR Member of Parliament for Kelana Jaya

I recently spent 3 days in Singapore and noticed that the Air Pollutant Index (API) readings in Singapore were much higher than those in Johor Baru. Upon returning to Malaysia last night, I appealed to my facebook readers for possible explanations. After verification with several news sources and academic papers, it appears that the main source of the big discrepancy in measurements between Malaysia and Singapore, is that the Barisan Nasional government is using a lower standard of API measure.


Most countries, including Singapore and Indonesia now measure particulate matter of 2.5 microns or PM2.5. Malaysia is still measuring particulate matter of 10 microns or PM10. This practice results in overall and substantially lower measurements in Malaysia. This in turn creates a more positive but ultimately illusory picture of the state of our nation’s air quality. The greater travesty in this action is that the Barisan Nasional government has completely failed to take into account the greater health dangers posed by the smaller air particles of PM2.5, which may lodge in your lungs and enter the bloodstream.

I therefore urge the Barisan Nasional government to start publishing PM2.5 data in accordance with regular standards of many countries. These PM2.5 data are currently available in DOE stations in Putrajaya, Banting, Cheras, Langkawi and Kuching and must be released on an hourly basis starting from now.

I also note with great disappointment that this issue is in fact not new and was raised in a Star newspaper report “Clearing the Air” dated 12th November 2012. In the said report, the DOE said that PM2.5 will only be implemented four years later, by 2016. The relevant portion of the report is quoted verbatim below:

“On its part, DOE said that it is in the process of developing new ambient air quality standards that will include PM2.5 under its Clean Air Action Plan. “Under the schedule of implementation of the plan, the monitoring of PM2.5 will be incorporated into the existing network of air quality monitoring stations by 2016,” said director-general, Halimah Hassan, in an e-mail statement.”

Lastly, I also ask that the Pakatan Harapan governments in Penang and Selangor to immediately set up PM2.5 measurement facilities as an alternative to the DOE and produce hourly reports.

Please note that I am not advocating a public health scare. But the basic principle here is that the public must first be fully informed on the air quality, so that they can then choose to mitigate their own risks when pursuing activities outdoors. The act of white washing the haze will not with any certainty, improve economic or tourist numbers but it will, with certainty, exact a heavy healthcare and human costs on the uninformed public.

Wong Chen
Member of Parliament for Kelana Jaya
27th September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Sejak seminggu yang lalu saya difitnah, dimalukan, dicaci, dihina - Baharuddin Mohamed

10:56 AM 123 Comments A+ a-



Assalammualikum buat semua sahabat.
.
Sejak seminggu yang lalu saya difitnah, dimalukan, dicaci, dihina tanpa pembelaan di media social FB. Sejak itu menyebabkan hidup saya sekeluarga tertekan, murung dan kecewa. Disaat kami sekeluarga ditimpa kedukaan dan penghinaan ini, Allah sahaja tempat kami mengadu nasib. Saya menutup sementara FB saya bukan sebab saya membenarkan perkara ini benar. Saya memerlukan masa memujuk hati saya.
.
1. Perlaburan
.
Saya mengaku saya ada mengambil perlaburan. Saya mengambil pelaburan dari bank dan orang perseorangan. Saya percaya ramai orang bisnes juga mengambil pinjaman untuk menjalankan bisnes mereka. Saya bangunkan bisnes saya sejak 2009 yang lepas. Beberapa tahun itu bisnes saya berkembang dengan maju dan baik dengan bercambah beberapa cawangan.
.
Disaat itu beberapa perancangan bisnes baru bermula. Saya menerima beberapa perlaburan untuk membangunkan bisnes baru. Tujuan asal saya adalah untuk membantu dan sama-sama maju, mereka setuju. Saya diberi kepercayaa. Ekonomi pada masa itu sedang memuncak. Semua pinjaman dan pelaburan dibayar dengan baik. Saya diraikan kerana berjaya membuatkan bisnes maju dan mereka suka. Saya ditawarkan perlaburan dan pinjaman yang lebih besar. Ada yang saya ambil dan ada yang saya tolak.
.
Bermula tahun 2012, bermulanya kemelesetan ekonomi. Syarikat yang mula terasa adalah syarikat yang besar. Malahan syarikat MAS, Media Prima mula terjejas. Kami masih lagi berharap ekonomi boleh pulih dengan terus berkerja lebih kuat. Tetapi dari hari ke hari sebaliknya berlaku. Lebih lagi dalam bisnes perkhidmatan seperti perhotelan mula merundum. Polisi kerajaan tidak membuat event di hotel.
.
Bayaran bank mula lambat, bayaran pelaburan mula lambat. Bank mula mendesak dan pelabur mula mengancam. Ada yang mula meminta dibayar semua pelaburan mereka. Saya terangkan yang pelaburan mereka telahpun dilaburkan untuk bisnes. Pelaburan mereka telahpun digunakan untuk membangunkan bisnes, membayar gaji, membayar keuntungan, renovation dan lain-lain. Saya bukan bermain saham , saya membuat bisnes. Saya kuatkan semangat, saya bekerja lebih kuat. Lebih 1 juta telah saya bayar secara berperingkat sebelum ini dengan bekerja sendiri. Ada beberapa pelabur yang belum dapat saya bayar. Mereka mula marah.
.
Bank mula menarik kemudahan, bank mula mengambil rumah kedai dan kereta. Beberapa bisnes mula ditutup untuk mengecilkan operasi. Staf mula berhenti. 7 hari 7 malam saya bekerja untuk membayar pelaburan dan bank untuk diselamatkan.
.
Walaupun sebenarnya prinsip perlaburan adalah untung sama-sama dan rugi sama-sama. Disebabkan saya mengambil perlaburan dengan kawan-kawan saya sendiri, saya bersetuju untuk membayarnya semula dan dianggap saya berhutang. Itu membuktikan saya bertanggungjawab.
.
Ramai yang tidak mahu menerima setiap perlaburan ada resikonya. Saya bayar sedikit demi sedikit. Saya terus berusaha dan isteri saya sahaja yang tahu. Membayar pelabur berpuluh ribu sebulan dan menjalankan bisnes yang rugi setiap bulan bukan perkara yang mudah.
.
Sekarang saya berhutang. Saya berhutang dengan bank, saya berhutang dengan pelabur, saya berhutang dengan pembekal. Sekarang saya tak mampu bayar.
.
Tetapi saya orang yang bertanggungjawab dan saya akan membayarnya. Sebahagiannya telah selesai. Bagaimana mahu saya membayarnya sekali gus jika bisnes dan ekonomi bermasalah. Saya terus didesak. Saya runding, mereka tak mahu dengar. Saya teruskan hidup dan terus berusaha.
.
Perkara yang lebih menyedihkan bila saya sedang tersepit dan susah saya terus dituduh dan difitnah untuk menjatuhkan saya. Lebih-lebih lagi serangan itu datang dari mereka yang saya sayang dan saya kenal. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah bersabar dan memaafkan.
.
Saya mengaku salah. Saya ambil pinjaman. Saya mengaku salah saya tidak sebijak mana menguruskan bisnes. Tetapi adakah adil menuduh dan memalukn saya di media social. Menutup pintu rezeki saya. Apakah salah saya kepada beberapa orang yang saya tak kenal pun tetapi mula menabur fitnah kepada kita.
.
Untuk terus membayar hutang dan perlaburan saya membrandingkan coach bahar. Saya menjual seminar dan ebook. Dapatlah saya bernafas untuk membayar segalanya. Tetapi sekarang tidak lagi setelah saya di malukan. Sekarang semuanya tertutup, bagaimana saya mahu membayar hutang jika saya terus menerus ditekan.
.
Adakah mereka terlalu suci. Adakah anda tak pernah membuat salah. Ya saya gagal. Saya gagal dalam percubaan saya. Adakah anda sendiri pernah mencuba berniaga. Adakah anda telah berjaya?. Sekarang anda boleh berguru pada mereka yang hebat.
.
Tentulah tidak semua saya boleh dedahkan di sini. Seperti saya ditelanjangi diri sendiri. Ramai yang sedang ketawa terbahak-bahak dengan kejatuhan saya. Jika dalam kalah saya akan sentiasa di pandang salah. Ke kiri pun salah dan ke kanan pun salah.
.
2. Personal coaching
.
Salah satu program yang saya tawarkan adalah personal coaching. Ini adalah program yang saya rasa terbaik kerana mengambil masa yang lama. Jika anda ke seminar sehari dua, balik ke seminar anda punya masalah semula. Saya tawarkan 9 bulan dengan beberapa kelebihan.
.
Bagaimanapun saya juga dituduh mengambil duit orang. Ada juga yang telah berjaya. Ada juga yang kecundang. Hampir setiap minggu saya adakan seminar. Seminar itu berbayar dan ianya percuma kepada mereka yang mengambil personal coaching. Datanglah sesuka hati sampai anda puas hati. Jumpalah berapa kalipun bila anda mahu. Tetapi masalahnya saya diminta mencari mereka. Mereka tidak mencari saya.
.
Biasanya mereka mengadakan beberapa pertemuan awal. Saya kongsikan ilmu bisnes. Ada antara mereka yang bukan 9 bulan tetapi sampai sekarang mereka bersama saya setelah lebih 3 tahun. Saya inginkan mereka jadi keluarga.
.
Masalah mula timbul bila peserta tidak menghubungi saya lebih 6 bulan atau setahun. Selepas itu dalam tempoh yang mereka mula minta refund sedangkan mereka telah mengikuti dan dapat beberapa kelebihan sebelum itu. saya berikan contoh. Jika anak anda anda hantar ke kolej selepas itu anda tak hadir ke kolej dan gagal. Adakah anda boleh meminta yuran dikembalikan. Saya sentiasa ada di muar. Datanglah sini..
.
Mereka membuat group .Mereka mengadu pada abang besar kononnya saya menipu. Abang besar suka dan mulakan serangan dan membuat tomahan. Ada yang duitnya saya kembalikan pada awalnya. Tiba-tiba saya tersedar, saya dibodohkan sedangkan mereka telah mula dan saya telah melakukan beberapa perkara. Dalam masa yang sama, ramai pula yang berjaya dan berulang alik ke muar atau ke seminar saya di KL atau berjumpa saya secara personal dimana-mana. Saya mohon maaf kepada semua peserta personal coaching saya. Silalah datang ke muar dan berjumpa saya jika sudi. Saya taka da apa yang nak beri kecuali berkongsi ilmu. Saya taka da duit untuk memulangkan duit anda.
.

3. Tuduhan lain.
.

Saya tak membaca FB dalam beberapa hari. Yang lain adalah ditokok tambah menambahkan rasa. Tujuannya untuk mengaibkan dan menjatuhkan saya.
.

Saya tak pernah memburuk kan orang lain di FB. Tetapi melalui FB dan masej ada yang sanggup menyebarkan masej peribadi kepada rakan dan tersebar dan berniat menjatuhkan saya. Apa salah saya kepada mereka. Apa yang mereka sakit hati sangat dengan saya dan keluarga ?.
.

Kesimpulan
.

Umur saya 40 tahun. Nama saya Baharuddin Mohamed. Saya di sini memohon maaf kepada semua yang mengenali saya. Ya jika saya bersalah itu adalah kelemahan diri saya. Saya memang bukan yang terbaik, tetapi saya perlu bangkit membetulkan kesalahan saya. Kita tak tahu nasib kita esok hari. Hari ini kita diaibkan dan esok lusa tak tahu lagi nasib kita. Saya pasrah dan serahkan pada Allah. Anda tidak merasa betapa sakitnya.
.

Buat saudara mara dan sahabat handai.
.

Dunia berubah. Kini semuanya ada FB. Dalam FB ada isteri, anak, kakak, abang, ipar, saudara mara, kawan, dan lawan saya. Saya sungguh terkesan dengan tuduhan ini. Saya sungguh tertekan satu keluarga. Saya memohon maaf dan terimalah saya seadanya.
.

Saya cukup-cukup tertekan dengan keadaan ini. Berilah saya peluang untuk membetulkan kesilapan saya. Maafkan segala dosa saya. Halalkan segala makan dan minum saya. Hutang tetap saya bayar. Matikanlah api kemarahan, berilah saya berusaha untuk menyelesaikan masalah saya sendiri.
.
Ini adalah percubaan berani saya. Saya tidak ada apa-apa lagi segalanya telah hancur. Asset, bisnes saya juga telah terkubur sekelip mata. Terpulanglah dengan anda untuk menerimanya atau tidak. Saya memohon pada Allah ampunkan segala kesalahan saya. Saya insaf dan melihat beberapa perkara yang saya terlepas pandang sebelumnya. Jadikanlah pengajaran.
.
Selepas ini saya tidak akan menjawab sebarang tuduhan dan tomahan. Saya tidak akan menjawab komen dan saya tak akan menjawab masej. Beri saya masa. Saya manusia biasa seperti anda.
.
Saya tidak boleh hidup ditekan dengan perkara yang negative. Saya memaafkan pada mereka yang memburukan nama saya. Saya lupakan segalanya. Saya memaafkan staf saya yang membocorkan rahsia syarikat, saya memaafkan sahabat yang menikam saya dari belakang. Saya tidak akan buat apa-apa dengan anda. Saya berlapang dada dan ini ujian berat bagi saya.
.
Ini adalah percubaan saya untuk bangkit dengan memberi penjelasan. Jika ianya lebih buruk saya akan membuat keputusan untuk pergi dalam dunia FB buat selamanya. Mungkin itu yang anda mahu. Saya mohon maaf sekali lagi.
.
Jika pun saya bersalah, tetapi saya tetap ada maruah. Saya perlu teruskan hidup untuk ibu, isteri dan anak-anak. Saya pastinya tidak dapat memuaskan hati semua orang.
.
Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri..
Allahua’lam.
.
Baharuddin Mohamed


Sila kongsi artikel ini...

Zahid Jangan Nafi Hak Rakyat - Fahmi Fadzil

10:54 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

ZAHID JANGAN NAFI HAK RAKYAT

Saya terkejut membaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi yang berkata beliau tidak mahu demonstrasi lagi selepas ini, terutama demonstrasi baju kuning dan baju merah.


Walaupun kenyataan beliau berniat untuk mengelakkan pihak-pihak seperti sekelompok ekstremis “baju merah” dari mengganggu ketenteraman awam, namun ia sebenarnya melanggar Perkara 10, Fasal 1 (b) Perlembagaan Persekutuan yang berkata bahawa:

“semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;”

Kenyataan beliau juga tidak serasi dengan matlamat Akta Perhimpunan Aman 2012 seperti termaktub di dalam Perkara 2 akta tersebut:

“…bahawa semua warganegara mempunyai hak untuk menganjurkan perhimpunan atau untuk menyertai perhimpunan, secara aman dan tidak bersenjata;”

Oleh itu, tidak adil dan tidak wajar bagi DS Zahid menafikan hak mana-mana rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

Pada masa yang sama, DS Zahid tidak patut menyamakan perhimpunan Bersih 4 - yang menggesa reformasi pilihanraya dan menggesa DS Najib untuk berundur kerana isu dakwaan rasuah - dengan himpunan “baju merah” yang mempunyai kelompok ekstremis yang sengaja menggunakan perkataan-perkataan perkauman untuk menimbulkan ketegangan.

Perhimpunan Bersih 4 selamat dan tidak menyebabkan apa-apa kecederaan atau kerosakan harta benda awam, malah pihak FRU juga tidak perlu dikerahkan. Ini jauh berbeza apabila dibandingkan dengan himpunan “baju merah” di mana sekelompok ekstremis “baju merah” telah dengan sengaja melanggar arahan polis yang melarang mereka dari memasuki kawasan Petaling Street, sehingga pihak FRU dan trak meriam air terpaksa digunakan. Hingga ke hari ini, belum ada berita mengenai mereka yang bertanggungjawab menceroboh masuk ke Petaling Street ditangkap atau dihadapkan ke mahkamah.

DS Zahid sewajarnya bersikap lebih jujur dan adil dalam isu ini. Beliau tidak patut menafikan hak seluruh rakyat Malaysia untuk berhimpun dengan aman hanya kerana penganjur himpunan “baju merah” gagal mengawal keadaan, terutama di kawasan Petaling Street.

Tetapi jika beliau mahu mengelakkan perhimpunan aman seperti Bersih 4 dari berlaku lagi, saya cadang beliau dan pimpinan kerajaan segera melaksanakan reformasi seperti yang dituntut kumpulan tersebut, demi Malaysia yang lebih baik.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi merangkap Naib Ketua AMK

27 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Kes mati mengejut : PEMUDA PAS Ucap Takziah

10:50 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA KHAS DEWAN PEMUDA PAS AYER HITAM

Kes mati mengejut : PEMUDA PAS Ucap Takziah

Mangsa Suharto Bin Meodjib Dimjati
(48 thn) yang menetap di Taman Cahaya Baru, Yong Peng.


Pada 24/9/15 lebih kurang jam 1100 pagi, bertempat di Surau Tmn BCB Yong Peng. Sebanyak 4 ekor lembu akan disembelih. Tiba giliran ke lembu kedua untuk disembelih semua proses mengikat dan membaringkan lembu telah selesai sehingga proses penyembelihan. Setelah lembu itu selesai disembelih, lembu itu telah mengelupur dengan kuat sehingga menyebabkan simati dan imam yang menyembelih tercapak kebelakang dan pada masa yang sama parang yang digunakan oleh imam untuk menyembelih lembu itu tadi telah terkena pada lengan sebelah kiri si mati. Orang ramai membantu si mati dengan membalut luka dan terus membawa si mati ke Klinik Kesihatan Yong Peng Untuk mendapatkan Rawatan. Oleh kerana kecederaan terlalu serius si mati di bawa ke Hospital Batu pahat untuk rawatan lanjut. Semasa sampai di wad kecemasan dapati si.mati telah meninggal dunia.

Si mati bersama beberapa orang jemaah Surau Tmn BCB Yong Peng menjalankan ibadah qurban dan secara tidak sengaja si mati telah tercedera dan mengakibatkan kehilangan banyak darah dan meninggal dunia. Semasa kejadian simati ditugaskan memegang bahagian kepala lembu dan berkedudukan berhampiran imam yang menyembelih.

Post Mortem telah dijalankan pada 24/9/2015 lebih kurang jam 4.00 petang di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat. Sebab Kematian SLASH INJURY TO LEFT FOREARM. ( KECEDERAAN TERPOTONG DI BAHAGIAN LENGAN SEBELAH KIRI )

Dewan Pemuda PAS AYER HITAM mengucapkan Takziah KEPADA keluarga beliau. Semoga Allahyarham dirahmati ALLAH SWT.

Al-Fatihah...

BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ABDUL HADI BIN HARUN
Ketua Dewan Pemuda PAS Ayer Hitam
Johor


Sila kongsi artikel ini...

Peristiwa Rempuhan di Mina: Ummah Perlu Peduli dan Hidup Berdisiplin - Hasanuddin Mohd Yunus

10:03 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA

Peristiwa Rempuhan di Mina: Ummah Perlu Peduli dan Hidup Berdisiplin _________________________

PARTI AMANAH NEGARA amat prihatin sekali dengan peristiwa rempuhan pada 10 Zulhijah 1436 bersamaan 24 September 2015 yang menyebabkan lebih dari 800 jemaah haji maut dan 900 cedera di Mekah. Angka ini dijangka meningkat.

Insiden ini adalah yang terburuk sejak 1990 apabila 1426 orang terkorban dalam terowong Al-Muasseim. Terbaru, umat Islam baru saja dua minggu lepas dikejutkkan oleh berita kematian 107 jemaah dan 400 orang cedera dihempap kren gergasi di Kota Suci Mekah.

Amanah meyakini kejadian ini adalah takdir Allah s.w.t dan hadiah syurga untuk mereka yang terkorban jika niat amal mereka adalah hanya kerana-Nya.

Sesungguhnya, setiap tragedi ada pengajaran dan mesej yang tersirat dari Allah s.w.t.

Kami turut bersyukur, dengan pengurusan Tabung Haji yang amat baik, tiada jamaah dari Malaysia yang terlibat dalam peristiwa ini. Mungkin jemaah kita yang terkenal dengan berbudi bahasa, patuh kepada arahan dan berdisiplin tinggi semasa berada di tanah suci menjadi sebab yang menyelamatkan mereka.

Namun, sayugia diingatkan ibadah haji bukanlah ritual yang hendak diamalkan di Tanah Suci sahaja. Ibadah Haji harus membentuk minda yang terurus, kesedaran sivik yang tinggi dan sikap menghormati undang-undang.

Disiplin juga merangkumi pematuhan undang-undang lalu lintas dan pergerakan laluan, menghormati arahan jalan raya, prihatin terhadap orang kurang upaya dan tidak membuang sampah di merata tempat di kalangan seluruh jamaah haji.

Oleh itu, di atas kesedaran ini, Amanah menyeru Kerajaan Saudi mengambil tiga tindakan komprehensif yang berikut dengan segera:

1. Membuat reviu dan seterusnya perancangan yang lebih rapi tentang keperluan logistik dan pengurusan infrastruktur di lokasi ibadah haji.

2. Mengurus keperluan modal insan dengan lebih profesional dalam mengurus krisis dan bencana (crisis and disaster management).

3. Menyediakan tenaga petugas yang pakar dan terlatih bagi mengawal pergerakan kumpulan besar dan menangani krisis melalui prosedur, piawai dan pelan evakuasi yang efisien dan efektif.

Amanah juga ingin menyeru kepada Tabung Haji, sebagai langkah proaktif, memasukkan dalam silibus latihan bakal haji, sekurang-kurang asas menghadapi krisis dan bencana. Latihan ini seterusnya boleh dikongsi dengan negara-negara Islam yang lain. Ini adalah tragedi rempuhan ke ketujuh di Mina.

Di atas kesedaran ini, Amanah mengajak rakyat Malaysia untuk bersama membina bangsa Malaysia yang lebih cemerlang dan terbuka, ke arah menjadi warga baik yang menghormati nilai, memelihara kesucian agama, kehormatan diri, kewarasan akal, kesejahteraan harta benda (alam sekitar) dan kemurniaan keturunan.

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR,
WALILLAHIL HAMD.

USTAZ HJ. HASANUDDIN B. MOHD YUNUS Naib Presiden
Parti Amanah Negara

11 Zulhijjah 1436/
25 Sept 2015




Sila kongsi artikel ini...

Najib - Tun Dr Mahahir

8:26 AM 0 Comments A+ a-



1. Saya telah bekerja keras untuk menjadikan Najib Perdana Menteri Malaysia.

2. Tetapi sekarang saya mahu dia disingkirkan, meletak jawatan daripada menjadi Perdana Menteri.

3. Ia bukan hal peribadi.

4. Ia adalah kerana dia telah gagal teruk sebagai Perdana Menteri.

5. Daripada awal lagi saya perhatikan perkara-perkara salah yang dia lakukan.

6. Kita telah merdeka semenjak 1957. Kita sepatutnya dapat mentadbir negara kita sendiri. Sesungguhnya kita telah pun berbuat demikian selama beberapa dekad sebelum Najib, dan kita telah melakukannya dengan cemerlang.

7. Tetapi Najib melantik beberapa pegawai British sebagai penasihatnya.

8. Najib telah melantik ramai perunding asing untuk menasihatinya bagaimana mentadbir negara.

9. Orang-orang ini melibatkan kos berbilion-bilion ringgit tetapi nasihat mereka secara amnya tidak baik untuk negara ini. Mereka tidak tahu apa-apa tentang politik, ekonomi dan sensitivi Malaysia. Akibatnya pembangunan Malaysia lembab dan bangsa-bangsa berada dalam keadaan menentang satu sama lain.

10. Kerajaan di bawah pimpinan Najib menjadi sangat tidak popular. Walaupun memberi banyak wang kepada rakyat, mereka menolak beliau dalam Pilihan Raya 2013. Prestasi beliau lebih buruk daripada Abdullah, yang juga telah ditolak oleh rakyat. Orang Cina menolaknya sama sekali walaupun beliau mengisytiharkan dirinya sebagai saudara mereka.

11. Dia menimbulkan kemarahan kakitangan awam dengan menubuhkan Pemandu untuk mengambil alih tugas EPU. Kakitangan Pemandu yang bukannya pegawai Kerajaan telah dibayar gaji yang tinggi, jauh lebih tinggi mengatasi Skim Gaji Kerajaan. Begitu marah, sebilangan pejawat awam sebaik sahaja bersara mereka telah menyertai parti pembangkang dan bertanding sebagai calon pembangkang, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

12. Pertumbuhan ekonomi jatuh di bawah paras pertumbuhan ekonomi Filipina dan Indonesia.

13. Mata wang telah susut dan harga saham susut dengan teruk mengakibatkan masalah untuk perniagaan, pengimport dan pengeksport. Kos sara hidup meningkat terutama selepas GST.

14. Kemudian datangnya pula skandal 1MDB. Suatu dana yang sama sekali tidak perlu telah diwujudkan yang akan dibiayai oleh pinjaman yang besar. Kerajaan telah memberi satu juta Ringgit sebagai modal tetapi 1MDB (1Malaysia Development Berhad) telah meminjam 42 bilion Ringgit daripada pasaran. Ia membayar faedah yang tinggi sebanyak 5.9% dan memberikan komisen 10% kepada Goldman Sachs. Kerajaan tidak pernah meminjam begitu banyak atau membayar kadar yang begitu tinggi itu.

15. 1MDB membeli loji kuasa elektrik pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Ia juga membeli/mengambilalih hutang piutang syarikat-syarikat janakuasa. Jumlah kos adalah 18 bilion Ringgit. 1MDB kehilangan begitu banyak wang sehingga ia tidak boleh membayar faedah ke atas pinjaman.

16. 1MDB membeli tanah Kerajaan pada 60 Ringgit kaki persegi sedangkan harga sebenarnya adalah lebih daripada RM3,000 kaki persegi. Dengan menilai semula tanah itu sebanyak 50 kali ganda, ia mendakwa asetnya adalah lebih besar daripada hutangnya. Ini adalah seperti menjual permit import yang didapati secara percuma daripada Kerajaan.

17. Kemudian 1MDB telah menyertai perniagaan yang mencurigakan dengan Petro Saudi sebagai rakan usaha sama. Ia membayar USD1 Bilion bagi saham 40 peratus miliknya itu. Enam bulan kemudian usaha sama ini telah dibubarkan. Akan tetapi USD1 Bilion itu bersama dengan USD700 juta yang lain telah ditukar menjadi pinjaman kepada Petro Saudi. Wang ini kini telah lesap.

18. Satu-satunya aset yang dipunyai oleh 1MDB sekarang adalah loji kuasa dan tanah di Kuala Lumpur. Lebih daripada RM20 Bilion daripada 42 Bilion ringgit itu tidak dapat dikesan atau dihitung.

19. Kemudian tiba-tiba Wall Street Journal melaporkan bahawa Najib mempunyai USD700 juta dalam akaun peribadinya di Bank Arab-Malaysia (bersamaan RM2.6 bilion pada masa itu).

20. Tidak ada PM Malaysia atau Presiden UMNO yang boleh mempunyai wang sebanyak itu. Semua sumbangan kepada UMNO biasanya diterima dan dibankkan oleh Bendahari UMNO. Semua aset diletakkan di bawah nama tiga pemegang amanah.

21. Tidak pernah dalam sejarah UMNO terdapat lebih daripada RM250 juta secara tunai. Semua aset lain adalah dalam bentuk saham, tanah dan bangunan. Presiden adalah bertanggungjawab untuk menyerahkan semua sumbangan kepada Bendahari untuk perbankan. Presiden tidak pernah menyimpan wang UMNO atau wang didermakan kepada UMNO, untuk pilihan raya misalnya, di dalam akaun peribadinya. Tiada peruntukan untuk akaun UMNO dikendalikan oleh Presiden.

22. Najib dan isterinya terkenal dengan gaya hidup yang mewah. Jelas sekali jutaan telah dibelanjakan untuk pertunangan dan pelbagai majlis perkahwinan di Malaysia dan Kazakhstan. Anak tiri Najib membelanjakan ratusan juta dolar membeli hartanah di London, New York dan California. Beliau juga membiayai pembikinan filem Hollywood, “The Wolf of Wall Street” dengan perbelanjaan melebihi USD100 juta.

23. Dengan gaji Najib sebagai Perdana Menteri, adalah mustahil baginya untuk membelanjakan jutaan ringgit bagi semua ini. Ada satu kenyataan oleh PMO yang mendakwa bahawa wang bagi harta-harta luar negara dan filem itu telah diwarisi. Adalah mustahil bagi Tun Razak, atau Haji Noah atau bapa Rosmah untuk memiliki dan mewariskan ratusan juta Ringgit. Malah mereka tidak dikenali sebagai jutawan pun. Adik beradik Najib menafikan dakwaan itu.

24. Jadi dari mana datangnya wang itu? Najib mendakwa 2.6 bilion Ringgit itu telah didermakan kepadanya oleh seorang Arab. Ini tidak masuk akal. Tiada siapa yang pernah memberikan wang sebanyak itu kepada sesiapa. Dan Najib tidak dapat membuktikan bahawa orang Arab itu telah memberinya wang.

25. Dan dengan itu sebuah pasukan petugas khas yang terdiri daripada Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah, Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara telah ditubuhkan untuk menyiasat punca RM2.6 bilion berada dalam akaun peribadi Najib di Bank Arab-Malaysia.

26. Jawatankuasa Kira-Kira Dewan Rakyat juga sedang menyiasat apa yang berlaku kepada RM 42 bilion Ringgit yang dipinjam oleh 1MDB. Begitu juga Ketua Audit Negara.

27. Tiba-tiba Najib memecat Peguam Negara dengan mendakwa dia sakit. Peguam Negara menafikan beliau sakit. Tidak ada sijil oleh doktor membuktikan dia sakit. Najib tidak mempunyai hak untuk mendakwa bahawa Peguam Negara sedang sakit.

28. Pada masa yang sama, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dikatakan telah pergi bercuti. Gabenor Bank Negara membisu. Kemudian dia menyatakan dia takut ditangkap.

29. Dua daripada ahli-ahli Kerajaan PAC dilantik Timbalan Menteri dan dua lagi diberi pekerjaan lain. Mereka tidak dapat meneruskan kerja-kerja mereka sebagai ahli PAC. PAC adalah tanpa seorang Pengerusi dan siasatan 1MDB telah berhenti.

30. Dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah ditangkap, dibebaskan dan dipindahkan ke Pejabat Perdana Menteri. Selepas komplen dibuat mereka telah dipindahkan semula ke Suruhanjaya.

31. Penolong Ketua Cawangan Khas telah dipindahkan keluar. Beliau kemudian membuat kenyataan yang keras terhadap pemindahannya.

32. Orang yang bercakap mengenai 1MDB dan 2.6 bilion ringgit dalam akaun Najib, atau melaporkan mengenainya telah ditangkap, pasport mereka dirampas dan diancam oleh polis dengan soal siasat. Ianya seolah-olah sebarang soalan mengenai 1MDB dan Najib 2.6 bilion merupakan tindakan untuk melemahkan demokrasi dan menjatuhkan Kerajaan yang dipilih dengan betul. Orang boleh ditahan sehingga 28 hari tanpa perbicaraan di bawah undang-undang baru yang bertujuan untuk mencegah tindakan keganasan. Bercakap tentang 1MDB dan RM2.6 bilion kepunyaan Najib seolah-olah merupakan tindakan keganasan. Najib lupa bahawa beliau sendiri terlibat dalam penyingkiran pemimpin terdahulu yang juga dipilih secara demokrasi.

33. Kemudian datangnya sesuatu yang menggemparkan. Al Jazeera menayangkan kisah pembunuhan gadis Mongolia Altantuya. Adalah jelas daripada kisah itu bahawa Najib mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.

34. Ramai rakyat Malaysia tidak mahu mempercayainya. Tetapi orang di seluruh dunia mempercayai cerita itu. Ia telah menjadi satu skandal antarabangsa. Ia telah memalukan Malaysia. Di mana-mana sahaja sesiapa pergi, ada yang bertanya, “Apa yang telah berlaku kepada Malaysia”.

35. Di antara 1MDB, 2.6 bilion ringgit dalam akaun peribadi Najib dan pembunuhan Altantuya, nama baik Malaysia benar-benar rosak. Tidak pernah sebelum ini, Malaysia menjadi begitu hina oleh Perdana Menterinya sendiri. Tidak pernah orang memandang rendah negara ini. Tidak pernah sebelum ini rakyat Malaysia begitu malu dengan negara mereka.

36. Najib telah membayar orang untuk menunjuk perasaan di jalan-jalan untuk menyokong beliau. Dengan sewenangnya beliau juga mengharamkan usaha orang-orang tunjuk perasaan bagi memecatnya.

37. Untuk mata wang dan ekonomi pulih, Najib mesti berhenti menjadi Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia mesti menuntut penyingkiran Najib. Ianya sesuatu yang amat demokratik untuk menuntut penyingkiran beliau. Tindakan yang diambil beliau untuk menahan seseorang untuk mengadakan perhimpunan untuk menuntut penyingkiran beliau adalah apa yang tidak demokratik dan bercanggah dengan undang-undang negara ini.

38. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk menuntut Najib membenarkan siasatan terhadapnya yang akan dijalankan oleh orang-orang bebas yang tidak dilantik olehnya. Najib mesti membenarkan proses undang-undang berjalan. Jika didapati bahawa dia telah melakukan kesalahan dia perlu didesak untuk
meletakkan jawatan.

39. Hanya dengan pengundurannya sebagai Perdana Menteri Malaysia barulah ekonomi akan pulih, nilai ringgit akan meningkat, dan kos sara hidup akan turun. Hanya selepas penyingkirannya rakyat Malaysia akan mampu berdiri semula.

Tun Dr Mahahir


Sila kongsi artikel ini...

Penjelasan Berhubung Dakwaan Arutchelvan PSM - Khalid Samad

7:58 AM 0 Comments A+ a-



Penjelasan Berhubung Dakwaan Arutchelvan PSM

Sehari dua ini telah keluar kenyataan dari Saudara Arutchelvan Ahli JK Pusat PSM menuduh saya dan YB Ong Kia Meng menipu berhubung pendirian PSM terhadap Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Salah faham ini timbul oleh kerana laporan media berhubung sebab mengapa PSM tidak dijemput ke sidang meja bulat parti-parti pembangkang tempoh hari. Dalam soal ini saya ingin menjelaskan keadaan yang sebenarnya supaya salah faham ini tidak menjadi lebih parah.


Pada hari Rabu 23 September, saya ditanya oleh pemberita mengapa PSM tidak dijemput untuk sidang meja bulat. Saya menjawab dengan menyatakan bahawa soalan itu sepatutnya dituju kepada penganjur, bukan kepada saya. Ini adalah kerana bukan saya yang menentukan siapa yang dijemput dan siapa tidak.

Namun demikian, saya tambah lagi, soalan tersebut telah turut ditanya semasa sidang meja bulat diadakan. Jawapan yang diberi adalah kerana PSM telah tidak bersama dengan PR sejak dari dulu.

Apabila ingin mengimbau kembali mengapa PSM telah tidak bersama PR, maka timbul dua versi yang berbeza. Ini mungkin atas sebab soalan itu telah tidak dijangka dan oleh itu tiada persiapan untuk menjawabnya.

Versi pertama menyatakan bahawa ianya adalah atas sebab PSM tidak bersetuju dengan sebahagian dari ‘dasar bersama PR’, khususnya penerimaan artikel 153 Perlembagaan Persekutuan oleh PR. Versi kedua pula ialah bahawa penerimaan mereka sebagai anggota PR telah dibantah oleh PAS pada ketika itu.

Kedua-dua versi ini telah saya sebutkan pada pemberita berkenaan. Malangnya hanya satu versi dilaporkan dan ianya kononnya jawapan dari saya. Sedangkan, sepertimana yang telah saya jelaskan, saya hanya menyatakan jawapan yang diberi apabila soalan itu ditimbulkan semasa sidang meja bulat.

Walau apa pun, pada dasarnya sidang meja bulat diadakan untuk menghidupkan kembali PR yang telah berpecah. Oleh itu hanya parti yang terlibat dengan PR telah dijemput sebagailangkah permulaan. Parti Amanah Negara, walaupun parti baharu yang bukan sebahagian dari PR sebelum ini, anggota dan pimpinannya merupakan pimpinan PAS pada ketika itu. Kami dikenali sebagai pendokong tegar konsep PR dan atas sebab itu kami telah berbalah dengan pimpinan PAS sediada. Maka di atas dasar ini kami turut dijemput bersama. Hakikatnya kami telah sememangnya menjadi sebahagian dari PR sejak mula ianya ditubuhkan tetapi melalui wadah lain pada ketika itu.

Namun begitu, PSM boleh memanfaatkan peluang ini untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap dasar bersama PR dan artikel 153. Melalui itu pendirian PSM akan lebih difahami semua. Ianya merupakan peluang yang boleh dimanfaatkan bersama di antara PSM, Pakatan Harapan dan rakyat jelata. Hanya tuduhan bahawa saya ‘menipu’ adalah tidak benar. Ini adalah kerana dalam melaporkan apa yang telah disebut sebagai kemungkinan sebab PSM tidak bersama PR sebelum ini, maka itulah dua sebab yang telah dinyatakan.

Sekian, terima kasih.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.