Showing posts with label GHB. Show all posts
Showing posts with label GHB. Show all posts

Bersama Memikul TanggungJawap Memelihara Keharmonian Kaum - Faiz Fadzil

2:16 AM

Bersama Memikul TanggungJawap Memelihara Keharmonian Kaum - Faiz Fadzil

BERSAMA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA KEHARMONIAN KAUM.

Keunikan negara ini adalah latarbelakang sosialnya yang berbilang kaum dan agama. Islam menuntut keamanan, keharmonian, kemajuan, kekayaan dan hormat-menghormati.

Insiden memijak gambar 2 pemimpin utama parti Melayu negara ini mencetuskan kemarahan ahli-ahli kedua-dua parti tersebut, sedangkan tuan mangsa tidak pula bersuara. Insiden tersebut menjadi lebih panas kerana ia berlaku dalam himpunan aman Bersih 4.0 dan orang yang memijak pula bukanlah Melayu.


Mengapa PAS Tak Sesuai Berada di Pakatan Rakyat 2.0? - Hanipa Maidin

2:42 PM

Mengapa PAS Tak Sesuai Berada di Pakatan Rakyat 2.0? - Hanipa Maidin

MENGAPA PAS TIDAK SESUAI BERADA DI PAKATAN RAKYAT 2.0

1. Saya dan rakan rakan dari Parti Amanah Negara sesungguhnya amat gembira dan terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang memberikan sokongan yang padu kepada wujudnya parti Islam baru atas nama Parti Amanah Negara sepertimana perutusan beliau dari penjara Sg Buluh bertarikh 1 hb September 2015.

2. Sudah tentu perutusan DSAI tersebut memberi suntikan baru kepada parti islam baru yang kami tubuhkan ini kerana semua tahu DSAI adalah satu figur dan nama besar dalam politik negara ini yang telah membawa satu reformasi politik yang menakjubkan kepada rakyat negara ini sekaligus berjaya mengubah lanskap politik negara ini.


Tahniah BERSIH 4. Tahniah Maria Chin. Wanita Amanah Bangga dengan Anda Semua.

8:49 PM

Tahniah BERSIH 4. Tahniah Maria Chin. Wanita Amanah Bangga dengan Anda Semua.

TAHNIAH BERSIH 4. TAHNIAH MARIA CHIN. WANITA AMANAH BANGGA DENGAN ANDA SEMUA.

1. Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan besar penganjuran BERSIH 4, yang telah berlangsung selama 34 jam mulai 29 Ogos sehingga detik 12 malam sambutan kemerdekaan Malaysia kali ke-58 pada 31 Ogos yang baru berlalu.

2. Umum mengakui bahawa perhimpunan tersebut berlangsung dalam keadaan yang aman dan harmoni tanpa sebarang keganasan yang dilakukan oleh peserta-peserta himpunan, meskipun media proksi regim pada mulanya galak memainkan pelbagai propaganda bahawa BERSIH 4 akan dipenuhi dengan pelbagai insiden keganasan. Malahan propaganda perkauman juga diasak semahu-mahunya bahawa kononnya BERSIH 4 adalah didominasi oleh hanya satu kaum iaitu Tiong Hua. Fitnah ini terhakis sendirinya dengan kehadiran lebih ramai kaum Melayu menjelang hari kedua himpunan BERSIH 4. Ditambah pula dengan penguasaan aktivis-aktivis berketurunan Melayu yang mengisi program sepanjang acara berlangsung termasuklah Kugiran Anak Muda "BangsArts" yang berjaya menaikkan semangat para peserta dengan dendangan lagu-lagu perjuangan rakyat. Menakjubkan, lagu-lagu itu dilaungkan bersama dengan anak-anak semua bangsa dengan wajah penuh semangat!


Perletakan Jawatan YDP, Ketua Pemuda Dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulai.

5:45 PM

Perletakan Jawatan YDP, Ketua Pemuda Dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulai.

Kenyataan Media

Perletakan Jawatan YDP, Ketua Pemuda Dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulai.

1hb September 2015

Saya Suhaizan Bin Kaiat bekas YDP PAS Pulai, Ust Mohd Syafiq Bin Abdul Aziz Ketua Pemuda PAS Pulai dan Fatimah Binti Mohd Ali Ketua Muslimat PAS bersama barisan AJK dengan ini mengumumkan perletakan Jawatan masing-masing. Kami telah dan akan menganggotai Parti Amanah Negara atau singkatannya Amanah Negara yang telah diumumkan oleh Pengerusinya Tuan Hj Mohammad bin Sabu pada hari semalam di Kuala Lumpur.


Pasca AMANAH: Selangor Perlu Wajahkan Pakatan Rakyat 2.0 - AMAN Selangor

4:48 AM

Pasca AMANAH: Selangor Perlu Wajahkan Pakatan Rakyat 2.0 - AMAN Selangor

Kenyataan Media

31 Ogos 2015

Pasca AMANAH: Selangor Perlu Wajahkan Pakatan Rakyat 2.0

Anak Muda Amanah Selangor (AMAN Selangor) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang turun berkampung di Kuala Lumpur selama 34 jam dalam Himpunan Bersih 4 tempoh hari.

Di kala tarikh keramat 31 Ogos ini disambut, para pemimpin Islamis, pemimpin-pemimpin NGO, anak-anak muda, wanita dan mahasiswa telah mengambil langkah tuntas menubuhkan sebuah parti batu yang diberi nama Parti Amanah Negara atau ringkasnya disebut 'AMANAH'.

Sesuai dengan penubuhan parti ini yang dilihat sebagai usaha meneruskan kelangsungan sistem dwi parti dalam politik negara, Selangor sebagai sebuah negeri yang dipimpin oleh koalisi Pakatan Rakyat yang telah berkubur, harus memulakan satu langkah politik berani dalam mengekalkan momentum perubahan yang diingini rakyat.


AMAN Siap Berjuang Dan Realisasi Impian Perubahan

3:45 AM

AMAN Siap Berjuang Dan Realisasi Impian Perubahan

Kenyataan Media

31 Ogos 2015

AMAN Siap Berjuang Dan Realisasi Impian Perubahan

Sayap muda Parti Amanah Negara (AMANAH), Anak Muda Amanah atau ringkasnya disebut 'AMAN' telah bersedia untuk menggalas hasrat besar seluruh anak muda negara untuk berjuang dan keluar daripada kemelut ekonomi, politik dan sosial yang semakin membarah.

Melihat kepada sokongan dan dokongan yang diberikan rakyat dalam Bersih 4 yang lalu, AMAN berpendirian bahawa perubahan perlu didesak secepat mungkin kerana rakyat tidak mampu lagi untuk terus menunggu lebih lama.


Parti Baru Dilancarkan Ambil Alih Parti Pekerja

11:13 PM

Parti Baru Dilancarkan Ambil Alih Parti Pekerja

PARTI BARU DILANCARKAN AMBIL ALIH PARTI PEKERJA

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Haji Mohamad Sabu mengumumkan pelancaran parti baru yang dinamakan Parti Amanah Negara (PAN) sebentar tadi Hotel Vistana Kuala Lumpur.

Pelancaran PAN ini memang dinantikan oleh segenap rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar untuk mengetahui nama dan hala tuju parti baru yang bakal ditubuhkan.

Parti baru yang ditubuhkan ini bukan parti yang baru didaftarkan sebaliknya ia adalah parti lama yang ditukar nama dan perlembagaannya. Parti yang diambil alih ialah Parti Pekerja. Langkah ini diambil disebabkan ROS tidak membenarkan penubuhan Parti Progresif Islam (PPI) seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi.


Mantan Pesuruhjaya PAS Sarawak umum sertai GHB Sarawak

7:09 PM

Mantan Pesuruhjaya PAS Sarawak umum sertai GHB Sarawak

KENYATAAN MEDIA

31 Ogos 2015

Mantan Pesuruhjaya PAS Sarawak umum sertai GHB Sarawak

Ustaz Othman Bin Mustapha @ Mos iaitu Mantan Persuruhjaya PAS Sarawak yang pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya PAS dari tahun 2009 sehingga 2011 telah mengumumkan menyertai Harapan Baru Sarawak berkuatkuasa hari ini.

Dalam pertemuan di sidang media pagi tadi bersama saya,beliau menyatakan untuk bersama dengan HB kerana yakin dengan pendekatan Islam yang lebih inklusif dan progresif.


BERSIH , Harapan Baru dan Merdeka - Mujahid Yusof

11:48 PM

BERSIH , Harapan Baru dan Merdeka - Mujahid Yusof

BERSIH, HARAPAN BARU DAN MERDEKA

Ada apa dalam faktor kesamaan perkataan Bersih, Harapan Baru dan Merdeka?

Kesemuanya membawa kepada satu nilai iaitu KEBEBASAN.

Jika Diambil perkataan Bersih secara bahasa contohnya, berlawanan dengan kotor dan bolehlah dikatakan Bersih adalah kebebasan dari kekotoran dan ia adalah sesuatu yang sangat didambakan oleh manusia.

Perkataan Harapan pula membawa konotasi anti kekecewaan dan apabila dikaitkan dengan deskripsi 'Baru' ia seolah-olah KEBEBASAN dari rasa kecewa dan senantiasa melihat masa depan yang cerah.

Apa pula tentang Merdeka?


Syabas dan Tahniah Rakyat Malaysia di BERSIH 4.0! - Dr Dzulkefly Ahmad

11:24 PM

Syabas dan Tahniah Rakyat Malaysia di BERSIH 4.0! - Dr Dzulkefly Ahmad

KENYATAAN MEDIA

Syabas dan Tahniah Rakyat Malaysia di BERSIH 4.0!

www.harapanbaru.net

1. Gerakan Harapan Baru terpanggil untuk memberi reaksi terhadap propaganda perkauman yang sedang ditiupkan bahawa himpunan‪#‎Bersih4‬ kurang mendapat penyertaan daripada orang Melayu.

2. Umum maklum bahawa himpunan #Bersih4 kali ini dianjur ditengah-tengah ugutan dan ancaman oleh pihak kerajaan BN yang mengisytiharkannya sebagai himpunan haram.


G.A.M Harapan Baru Melaka kesal dan dukacita dengan tindakan Menteri (KDN) berhubung pengharaman baju kuning @ berlogo BERSIH

7:10 AM

G.A.M Harapan Baru Melaka kesal dan dukacita dengan tindakan Menteri (KDN) berhubung pengharaman baju kuning @ berlogo BERSIH

KENYATAAN MEDIA

(Untuk Sebaran Segera)

Gerakan Anak Muda Harapan Baru Melaka berasa kesal dan dukacita dengan tindakan Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pengharaman penjualan & pemakaian baju kuning @ baju berlogo BERSIH 4 sepertimana yang dilaporkan oleh media cetak & media elektronik pada 28 OGOS 2015.

Tindakan dari Menteri KDN ini jelas menunjukkan bahawa Najib & kerajaannya kini berada dalam ketakutan & kebimbangan apabila melihat rakyat yang berbilang kaum di negara ini semakin jelek dan marah dengan kegagalan Najib & kerajaannya menguruskan ekonomi negara yang semakin parah dari hari ke hari.


Pemberhentian Pekerja NAZA Automtive Manufacturing Sdn Bhd - KGAM HB Kedah

11:10 PM

Pemberhentian Pekerja NAZA Automtive Manufacturing Sdn Bhd - KGAM HB Kedah

KENYATAAN MEDIA

PEMBERHENTIAN PEKERJA NAZA AUTOMOTIVE MANUFACTURING SDN BHD (NAZA)

Gerakan Anak Muda (GAM) Harapan Baru Kedah melihat pemberhentian pekerja NAZA seramai kira-kira 294 orang seperti yang telah dimaklum dan dilaporkan kepada media massa adalah satu kesan langsung daripada kemerosotan ekonomi yang melanda negara ini.

GAM Kedah telah difahamkan bahawa pihak pengurusan NAZA setelah mengambil pelbagai tindakan untuk menghadapi cabaran semasa bagi memastikan syarikat terus beroperasi akhirnya terpaksa membuat pengstrukturan semula pekerja besesuaian dengan jumlah pengeluaran mereka yang menyebabkan pekerja perlu dikurangkan dan natijahnya pekerja-pekerja terpaksa diberhentikan. Dari sudut ekonomi GAM Kedah melihat perkara ini adalah salah satu dari kesan kemerosotan ekonomi dimana mengikut kaedahnya apabila permintaan terhadap sesuatu barangan berkurangan pengeluaran terhadap suatu barangan akan dikurangkan. Ini secara tidak langsung menunjukkan kuasa beli rakyat adalah berkurangan. Situasi ini diburukkan lagi oleh kejatuhan nilai Ringgit berbanding US Dolar.


Perhimpunan Aman BERSIH 4.0 Penting Untuk Pertahakan Kuasa Moral Rakyat - Mat Sabu

10:43 PM

Perhimpunan Aman BERSIH 4.0 Penting Untuk Pertahakan Kuasa Moral Rakyat - Mat Sabu

PERHIMPUNAN AMAN BERSIH 4.0 PENTING UNTUK PERTAHAN KUASA MORAL RAKYAT.

1. Negara kita sedang berhadapan dengan pelbagai skandal yang sangat menjolok mata, pembohongan melampau, pemerkosaan hak rakyat, dan salah urus kekayaan negara, seolah tiada lagi batasnya.

2. Pemimpin negara bertindak sesuka hati, para pegawai pelaksana undang-undang disingkir, suara yang menegur diugut dan ditekan, dan rakyat dibohongi saban hari.

3. Ekonomi negara pula sangat tenat. Nilai Ringgit merudum tiada kawalan. Harga rumah, barang keperluan harian, dan kos perniagaan meningkat di luar tahap kemampuan kebanyakan rakyat. Sedang harta negara diratah sesuka hati oleh para penguasa. Amanah hilang entah ke mana.


HB Sarawak akan meletakkan calon bagi bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang

2:20 PM

HB Sarawak akan meletakkan calon bagi bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang

Sidang media

26 Ogos 2015

Harapan Baru (HB) Sarawak telah selesai mengadakan mesyuarat pemilihan Ajk bagi persediaan parti baru yang akan dilancarkan seterusnya bagi memulakan langkah dalam arus politik di Bumi Kenyalang.

Mesyuarat memutuskan dengan sebulat suara memilih saya sebagai peneraju HB negeri Sarawak dan akan dibantu oleh Ajk yang terdiri daripada berbagai bangsa dan agama serta berbagai latar belakang profesional dan aktivis.

Dalam mesyuarat itu juga bersetuju sebulat suara HB Sarawak akan meletakkan calon bagi bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.


Nasib Anak Muda dan Malaysia Hari - Raja Bahrin Shah.

10:20 PM

Nasib Anak Muda dan Malaysia Hari - Raja Bahrin Shah.

NASIB ANAK MUDA DAN MALAYSIA HARI

Kita yang telah lebih dari separuh umur ini menghadapi situasi yang tidak pernah kita lalui dan tidak menjangka akan bolih berlaku dalam Negara yang di sayangi ini. Bagi mereka yang baru mula berkerja mereka bergelut dengan kos sara hidup tinggi dan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Anak muda hari ini pula menghadapi berbagai cabaran dan dugaan yg amat hebat sebelum mereka tamat pengajian dan sebelum dapat berkerja lagi. Krisis keyakinan dalam Negara kepada kerajaan amat parah dan nilai wang Malaysia di luar Negara jatuh begitu teruk sekali.


Siapa sebenarnya yang ‘membangsatkan’ Melayu, Najib? - Dr Dzulkefly Ahmad

2:08 AM

Siapa sebenarnya yang ‘membangsatkan’ Melayu, Najib? - Dr Dzulkefly Ahmad

oleh: Dr Dzulkefly Ahmad

Tidak pasti apa respons saya sebenarnya. Sedih atau suka apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kata Melayu akan jadi 'bangsat' sekiranya Umno kalah dan hilang kuasa kerajaan persekutuan.

Secara ikhlasnya memang ada perasaan sedih dan kecewa mengenangkan masih ramai orang Melayu yang percaya akan khurafat dan doktrin hanya Umno mampu membela Melayu. Untuk membebaskan Melayu daripada doktrin ini sangat sukar.


Kejatuhan Nilai Matawang Ringgit Malaysia Bakal Bankrupkan Negara. - Faiz Fadzil

4:00 PM

Kejatuhan Nilai Matawang Ringgit Malaysia Bakal Bankrupkan Negara. - Faiz Fadzil

Kejatuhan Nilai Matawang Ringgit Malaysia Bakal Bankrupkan Negara.

Gerakan Anak Muda Harapan Baru (GAMHB) memandang serius kejatuhan berterusan nilai mata wang negara Ringgit Malaysia yang akhirnya boleh mengakibatkan negara menjadi bankrap. Faktor utama yang mendorong kesusutan nilai matawang negara adalah faktor sentimen kewangan berkaitan skandal 1MDB yang melibatkan integriti Perdana Menteri yang gagal diselesaikan sehingga kini serta faktor fundamental ekonomi akibat hutang negara yang cukup tinggi.


Pendirian PAS Selangor Menolak rundingan Pengagihan Kerusi Adalah Pra-Matang - GHB Selangor

3:22 PM

Pendirian PAS Selangor Menolak rundingan Pengagihan Kerusi Adalah Pra-Matang - GHB Selangor

Kenyataan Media

PENDIRIAN PAS SELANGOR MENOLAK RUNDINGAN PENGAGIHAN KERUSI ADALAH PRA-MATANG

1. Kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor yang menolak sebarang rundingan dengan parti Islam baharu adalah pra-matang dan tidak melambangkan kebijaksanaan yang sejajar dengan usia parti yang diwakilinya.

2. Gerakan Harapan Baru tetap percaya bahawa muafakat politik adalah kunci penting membina negara yang berupaya membela rakyat, menyebarkan kebaikan, dan mendapat redha Allah. Politik angkuh yang menolak rundingan adalah amalan politik usang yang tidak lagi relevan dengan tuntutan semasa.


Tanah Kg Mutiara, Tergadai Zaman UMNO Pulau Pinang - Dr Zaidi Zakaria GHB

11:10 PM

Tanah Kg Mutiara, Tergadai Zaman UMNO Pulau Pinang - Dr Zaidi Zakaria GHB

TANAH KG MUTIARA, TERGADAI ZAMAN UMNO P.PINANG

Kes ini adalah antara Penduduk Kampung Mutiara dengan Tuan Tanah.

Ringkasan Fakta.

1. Tanah Kg Mutiara asalnya milik Lorraine Osman.

2. Atas sebab tertentu, Bank melelong tanah tersebut dan dibeli oleh Tuan Tanah sekarang pada 2007.

3. Tuan Tanah selaku Plaintif, telah memfailkan di Mahkamah supaya penduduk mengosongkan tanah miliknya.

4. Kes ini telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi, seterusnya di Mahkamah Rayuan, memihak kpd Tuan Tanah.

5. Kes ini pada asal dan awalnya dikendalikan oleh Umno. 'Kebetulan' majoriti penduduk Kg Mutiara adalah ahli dan/atau penyokong Umno.


Harapan Baru Istiqamah Bersama Perjuangan Islam Membela Rakyat dan Negara - Ustaz Ahmad Awang

6:03 AM

Harapan Baru Istiqamah Bersama Perjuangan Islam Membela Rakyat dan Negara - Ustaz Ahmad Awang

Kenyataan Media.

HARAPAN BARU ISTIQOMAH BERSAMA PERJUANGAN ISLAM MEMBELA RAKYAT DAN NEGARA

www.harapanbaru.net

Saya memandang berat kenyataan Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang mahukan wakil rakyat PAS yang bakal menyertai parti baru oleh Harapan Baru untuk meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat.

Rakyat telah memilih mereka kerana mereka mewakili Pakatan Rakyat yang menjanjikan agenda untuk membuat perubahan politik dalam negara dengan matlamat menjatuhkan rejim pemerintahan UMNO/BN. Selagi mana wakil rakyat yang dipilih kekal memperjuangkan matlamat ini, maka mereka layak untuk terus menggalas amanah rakyat.


Recent Posts Widget

.

.