Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Kes mati mengejut : PEMUDA PAS Ucap Takziah

10:50 AM

Kes mati mengejut : PEMUDA PAS Ucap Takziah

KENYATAAN MEDIA KHAS DEWAN PEMUDA PAS AYER HITAM

Kes mati mengejut : PEMUDA PAS Ucap Takziah

Mangsa Suharto Bin Meodjib Dimjati

(48 thn) yang menetap di Taman Cahaya Baru, Yong Peng.

Pada 24/9/15 lebih kurang jam 1100 pagi, bertempat di Surau Tmn BCB Yong Peng. Sebanyak 4 ekor lembu akan disembelih. Tiba giliran ke lembu kedua untuk disembelih semua proses mengikat dan membaringkan lembu telah selesai sehingga proses penyembelihan. Setelah lembu itu selesai disembelih, lembu itu telah mengelupur dengan kuat sehingga menyebabkan simati dan imam yang menyembelih tercapak kebelakang dan pada masa yang sama parang yang digunakan oleh imam untuk menyembelih lembu itu tadi telah terkena pada lengan sebelah kiri si mati. Orang ramai membantu si mati dengan membalut luka dan terus membawa si mati ke Klinik Kesihatan Yong Peng Untuk mendapatkan Rawatan. Oleh kerana kecederaan terlalu serius si mati di bawa ke Hospital Batu pahat untuk rawatan lanjut. Semasa sampai di wad kecemasan dapati si.mati telah meninggal dunia.


FAM, Keangkuhan adalah Kunci Kepada Kemusnahan - Tengku Mahkota Johor

11:34 PM

FAM, Keangkuhan adalah Kunci Kepada Kemusnahan - Tengku Mahkota Johor

FAM, KEANGKUHAN ADALAH KUNCI KEPADA KEMUSNAHAN

Berkenaan hak penyiaran FAM dan jadual perlawanan liga, FAM dilihat masih berdegil. Hak penyiaran semua pasukan yang bertanding masih sedikit dan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Saya berharap semua pasukan menggunakan dana dari hak penyiaran ini dengan baik dan bijak menggunakannya mengikut kemampuan. Jangan berbelanja untuk mendapatkan pemain-pemain import sahaja. Keutamaan perlu diberi kepada pemain tempatan.

Di negara-negara Eropah seperti di negara Jerman dan England, pemain akan melaporkan diri ke kem latihan empat atau lima hari sebelum perlawanan, tetapi di Malaysia pula pemain perlu melapor diri sehingga dua minggu awal sebelum perlawanan. Pemain Malaysia mempunyai purata tempoh latihan yang panjang dan dua kali ganda berbanding pemain Jerman dan England untuk membuat persiapan perlawanan antarabangsa. Ini menyebabkan liga terhenti lama dan ianya merosakkan momentum para pemain. Harus diingatkan bahawa pemain sudah cukup cergas dan mereka hanya perlu diasah dari segi taktikal bila di kem latihan kebangsaan. Apa yang berlaku sekarang, kita tidak menang tetapi sebaliknya sentiasa tewas. Jadi, lakukanlah sepertimana dilakukan oleh orang lain.


Keutamaan Adalah Kepada Rakyat - Tunku Mahkota Johor

6:18 AM

Keutamaan Adalah Kepada Rakyat - Tunku Mahkota Johor

KEUTAMAAN ADALAH KEPADA RAKYAT

Baru-baru ini, ada yang telah memaklumkan kepada saya bahawa ada pihak tertentu yang telah diarahkan untuk "menyerang" saya dan ayahanda saya, berikutan sifat kami yang vokal dalam pelbagai isu. Persoalannya sekarang, adakah saya dan ayahanda saya bersuara untuk kebaikan negeri dan negara, atau untuk mendatangkan kemudaratan kepada negara? Kami hanya memperjuangkan kesejahteraan rakyat, selain menasihati para pemimpin negara supaya menjalankan tugas dengan telus dan berintegriti demi rakyat. Namun begitu, saya amat sedih melihat sesetengah pihak yang hanya memikirkan kedudukan, kuasa dan kepentingan peribadi, melihat saya dan ayahanda saya seolah-olah mencabar kerajaan. Jikalau nasihat dan pandangan ayahanda saya sebagai Sultan, dan saya sebagai Tunku Mahkota, hendak disekat serta dipertikaikan, apalah pula harapan rakyat?


Tahniah Pasukan Harimau Selatan Pertahan Juara Liga Super 2015 - Khairul Faizi

4:00 AM

Tahniah Pasukan Harimau Selatan Pertahan Juara Liga Super 2015 - Khairul Faizi

TAHNIAH PASUKAN HARIMAU SELATAN PERTAHAN JUARA PIALA SUPER 2015

PAS Negeri Johor mengucapkan tahniah kepada pasukan Bola Sepak Negeri Johor yang telah berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super 2015 dalam saingan terakhir Liga Super di Stadium Selayang, semalam.

Walaupun pasukan dengan jolokan nama “Harimau Selatan” ini telah berjaya ditewaskan dalam perlawanan terakhir malam tadi di Stadium Selayang di tangan pasukan Felda United namun ia tidak memusnahkan harapan rakyat Johor untuk mengekalkan piala tersebut di negeri selatan tanahair ini apabila pasukan Bola Sepak Pahang telah kecundang di Kuala Terengganu dalam satu lagi perlawanan yang berkesudahan dengan pasukan tuan rumah Terengganu berjaya mengatasi pasukan Tok Gajah.


Teks Ucapan YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin Sempena Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Pasir Gudang

9:41 PM

Teks Ucapan YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin Sempena Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Pasir Gudang

Teks Ucapan YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin Sempena Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Pasir Gudang

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN

SEMPENA PERSIDANGAN MESYUARAT PERWAKILAN UMNO

BAHAGIAN PASIR GUDANG 2015

DI DEWAN TAMAN MAWAR

10.00 PAGI & 9 OGOS 2015

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor

Datuk Seri Presiden,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya dan rakan-rakan di kawasan Pasir Gudang sangat berbahagia dengan kehadiran Datuk Seri Presiden, pada pagi yang damai dan indah ini. Kami di Pasir Gudang berasa amat bertuah dan berbesar hati dengan penghormatan ini.


Saya tegaskan agar PASTI tidak digangu dan biarkan beroperasi di situ - YDP GHB Bakri

2:59 PM

Saya tegaskan agar PASTI tidak digangu dan biarkan beroperasi di situ - YDP GHB Bakri

Memandangkan kejadian ini berlaku di Bakri, saya bertanggungjawab utk memberi pencerahan....Markas PAS Bakri Bt.3 di wakafkan oleh seorang hamba Allah kepada cawangan Bt.3 dan pemegang amanah nya iala En. Nazeri penyokong tegar GHB. Dlm mesyuarat cawangan Bt.3 mereka memutuskan markas tersebut boleh di guna oleh GHB. Dlm mesyuarat GHB kawasan Bakri ,

Saya tegaskan agar PASTI tidak digangu dan biarkan beroperasi di situ. Kami tidak pernah menganggu PASTI apa lagi menghalau nya. Tetapi pemuda PAS memberi syarat kalau nk guna markas tersebut pastikan hanya utk aktiviti PAS sedangkan itu bukan pejabat PAS kawasan.Malah PASTI pun menumpang di situ. Akhir nya berlaku sedikit pertelagahan dan akhir nya Pemuda PAS mengambil keputusan keluar dari bangunan. Tp hanya pejabat pemuda yg keluar menakala PASTI akan terus di situ.


Kenyataan media ADUN Pengkalan Rinting Cheo Yee How Berkenaan Banjir Kilat

8:40 PM

Kenyataan media ADUN Pengkalan Rinting Cheo Yee How Berkenaan Banjir Kilat

Kenyataan media ADUN Pengkalan Rinting Cheo Yee How Berkenaan Banjir Kilat yang berlaku Jumaat lepas.

Mengikut pemerhatian selepas kejadian banjir kilat, disyaki 3 sebab banjir kilat ini berlaku:

1. Hujan sangat lebat pada ketika itu,

2. Tide sangat tinggi

3. Penambakan yang berlaku di muara Sungai Segget.

Soalan

1. Adakah penambakan ini telah membuat kajian impak alam sekitar, memandangkan penambakan ini akan menyebabkan penukaran landskap dan struktur fizikal kawasan bandar terutamanya aliran air dimana kebanyakan aliran air dari sistem peparitan kawasan bandaraya akan mengalir ke Sungai Segget seterusnya melalui muara sungai ke Selat Johor.


Kenyataan Media Liew Chin Tong :UMNO perlu segera muhasabah diri terlebih dahulu.

2:57 PM

Kenyataan Media Liew Chin Tong :UMNO perlu segera muhasabah diri terlebih dahulu.

KENYATAAN MEDIA LIEW CHIN TONG

4 Ogos 2015

Berhubung status yang dimuat naik menerusi laman Facebook Menteri Besar Johor - Datuk Seri Hj Khaled Nordin pagi ini yang amat jelas bersangkutan dengan krisis dalaman melanda UMNO mutakhir ini, saya terpanggil untuk memberi respon.

Sekiranya beliau dan UMNO umumnya benar-benar ingin memerangi budaya politik tidak sihat dalam partinya dan serius ingin menjadikan perjuangan membela nasib rakyat sebagai kompas perjuangan, saya mencadang dan menegaskan agar UMNO perlu segera muhasabah diri terlebih dahulu.


Rakyat Johor Terus Menderita Akibat Kegagalan Kerajaan BN Johor Menguruskan Air - Khairul Faizi

7:09 PM

Rakyat Johor Terus Menderita Akibat Kegagalan Kerajaan BN Johor Menguruskan Air - Khairul Faizi

RAKYAT JOHOR TERUS MENDERITA AKIBAT KEGAGALAN KERAJAAN BN JOHOR MENGURUSKAN AIR

Tarikh : 1 Ogos 2015

Pengumuman kenaikan tarif air di Johor antara RM2 dan RM3 setiap meter padu bagi kegunaan domestik yang melebihi 20 meter padu dan 35 meter padu sebulan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) yang bermula pada hari ini adalah merupakan berita dukacita bagi seluruh rakyat Johor. Ia secara tidak langsung terus membuktikan bahawa penswastaan Air Johor sebelum ini merupakan satu kegagalan yang berterusan oleh kerajaan Johor pimpinan Barisan Nasional (BN).


Kenaikan Tarif Air Johor 25% Tidak Boleh Diterima - Jimmy Puah 潘伟斯 PKR Johor

11:08 PM

Kenaikan Tarif Air Johor 25% Tidak Boleh Diterima - Jimmy Puah 潘伟斯 PKR Johor

KENAIKAN TARIF AIR JOHOR 25% TIDAK BOLEH DITERIMA

1. Saya merujuk kepada pengumuman mengejut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) bahawa berkuatkuasa 1-8-2015, tarif air Johor untuk kegunaan domestik dan bukan domestik akan dinaikan seperti berikut:-

DOMESTIC

Volume Existing Tariff Rate New Tariff Rate

0-20 m3 RM0.60 RM0.80

20-35m3 RM1.65 RM2.00

>35m3 RM2.96 RM3.00

NON-DOMESTIC

Volume Existing Tariff Rate New Tariff Rate

0-35 m3 RM2.60 RM2.80

>35m3 RM2.96 RM3.30

2. Kenaikan ini membawa tariff air domestik daripada RM1.05 semeter padu kepada RM1.31 semeter padu untuk 35 meter padu pertama, satu kenaikan sebanyak 25%.


SAMM Johor: Penyingkiran Muhyiddin Mengejutkan Rakyat Johor

11:30 PM

SAMM Johor: Penyingkiran Muhyiddin Mengejutkan Rakyat Johor

Kenyataan Umum

28 Julai 2015

Penyingkiran Muhyiddin Mengejutkan Rakyat Johor

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor terkejut dengan keputusan drastik Najib Razak untuk menyingkirkan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu pelan menyelamatkan dirinya untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri. Ternyata tindakan Najib ini memperlihatkan kesungguhan Najib untuk menghukum mereka-mereka yang kritis terhadap isu pentadbirannya terutama 1MDB.

SAMM Johor amatlah bersimpati dengan UMNO Johor rentetan daripada peristiwa penyingkiran Muhyiddin ini. Sudah pastilah harapan UMNO Johor untuk melihat seorang Perdana Menteri dari BANGSA JOHOR kian malap.


Kenyataan Media YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor Berhubung Rombakan Kabinet

5:30 PM

Kenyataan Media YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor Berhubung Rombakan Kabinet

KENYATAAN MEDIA

YAB DATO' MOHAMED KHALED NORDIN, MENTERI BESAR JOHOR BERHUBUNG ROMBAKAN KABINET 28 JULAI 2015.

1. Semasa YAB Perdana Menteri datang ke Johor pada 15 Mei 2015 yang lepas, Perhubungan Umno Johor telah membuat keputusan bahawa Perdana Menteri perlu diberi kekuatan untuk menyelesaikan segala isu dan masalah yang dihadapi, khususnya isu 1MDB.

Oleh itu, jika soal untuk mempunyai kekuatan itu termasuk rombakan dilakukan terhadap barisan kabinet, dan termasuk terpaksa menggugurkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita menerima ketetapan itu, lebih-lebih lagi kerana kita sedar bahawa ia adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.


Ahli PAS Diseru Agar Istiqamah Dalam Perjuangan - Cikgu Mala

6:29 PM

Ahli PAS Diseru Agar Istiqamah Dalam Perjuangan - Cikgu Mala

KENYATAAN MEDIA :

AHLI PAS DISERU AGAR ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN.

Ahli Pas diseru agar terus istiqamah dengan kelangsungan perjuangan walaupun cabaran yang mendatang dalam menongkah arus perjuangan semakin hebat.

Di saat 'sinar kemenangan' di hadapan mata , janganlah ada yang tidak sabar dan bersifat gopoh hingga 'menebuk' bahtera kerana tidak yakin dengan wadah parti Pas yang telah diperjuangkan selama 60 tahun lamanya.

Saya ingin melahirkan rasa sedih dan dukacita atas tindakan segelintir pimpinan tertinggi parti sesi 2015 -2017 yang kini menggerakkan usaha ke arah penubuhan Gerakan Harapan Baru meskipun , masih bergelar ahli PAS dan AJK PAS di peringkat cawangan , kawasan , negeri atau pusat.


T.M.Johor : Kedaulatan Negeri Dan Kesejahteraan Rakyat

11:53 PM

T.M.Johor : Kedaulatan Negeri Dan Kesejahteraan Rakyat

KEDAULATAN NEGERI DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Dari masa ke semasa kita mengeluarkan kenyataan dan mutiara kata, bukan bertujuan untuk menimbulkan ketegangan, tetapi bertujuan untuk mendidik rakyat Johor supaya tidak menjadi mangsa permainan politik, tidak kiralah dari mana-mana aliran sekalipun. Bahasa politik diolah supaya perkara yang dusta kedengaran seakan benar, dan perkara terkutuk seperti membunuh pun boleh kelihatan terpuji.

Perkara yang paling bahaya dan menakutkan adalah apabila manusia sanggup bermuka-muka demi mengejar kuasa dan kepentingan peribadi. Rakyat harus bijak menilainya. Johor tidak boleh dibenarkan untuk terperangkap dalam kekusutan dan mainan politik. Tanggungjawab saya sebagai Tunku Mahkota Johor adalah untuk memastikan kedaulatan negeri dan Bangsa Johor tidak dimanipulasi oleh kepentingan dan cita-cita politik orang lain.


Mesej Untuk Rakyat Malaysia - Tunku Mahkota Johor

1:37 AM

Mesej Untuk Rakyat Malaysia - Tunku Mahkota Johor

MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.


Recent Posts Widget

.

.