Showing posts with label TMJ. Show all posts
Showing posts with label TMJ. Show all posts

T.M.Johor : Kedaulatan Negeri Dan Kesejahteraan Rakyat



KEDAULATAN NEGERI DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Dari masa ke semasa kita mengeluarkan kenyataan dan mutiara kata, bukan bertujuan untuk menimbulkan ketegangan, tetapi bertujuan untuk mendidik rakyat Johor supaya tidak menjadi mangsa permainan politik, tidak kiralah dari mana-mana aliran sekalipun. Bahasa politik diolah supaya perkara yang dusta kedengaran seakan benar, dan perkara terkutuk seperti membunuh pun boleh kelihatan terpuji.

Perkara yang paling bahaya dan menakutkan adalah apabila manusia sanggup bermuka-muka demi mengejar kuasa dan kepentingan peribadi. Rakyat harus bijak menilainya. Johor tidak boleh dibenarkan untuk terperangkap dalam kekusutan dan mainan politik. Tanggungjawab saya sebagai Tunku Mahkota Johor adalah untuk memastikan kedaulatan negeri dan Bangsa Johor tidak dimanipulasi oleh kepentingan dan cita-cita politik orang lain.

Kita perlu bersatu demi mempertahankan kedaulatan dan hak mutlak negeri, serta kesejahteraan rakyat Johor.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

21 Julai 2015

Recent Posts Widget

.

.