Siasat Komplot Jatuhkan Perdana Menteri, Bubar PAC ! - Mohd Razlan UMNO

11:41 PM 0 Comments A+ a-



Siasat Komplot Jatuhkan Perdana Menteri, Bubar PAC !

Kerajaan perlu membubarkan segera Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedia ada dan menggantikan anggotanya dengan anggota yang lebih kredibel dan berintegriti.

Bekas pekerja PetroSaudi Andre Xavier Justo telah beberapa kali di dalam pengakuan beliau menyebut nama pemimpin Pembangkang, Tony Pua sebagai salah seorang yang terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak. Malah dalam pengakuannya, beliau mengakui bahawa mereka (pembangkang) juga merancang untuk menyabitkan kesalahan jenayah kepada YAB Perdana Menteri.


Pengakuan Justo yang dibuat di Mahkamah Thailand sepatutnya sudah membolehkan pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan ke atas Tony Pua, pemilik The Edge Tong Kooi Ong dan editornya Ho Kay Tat. Sudah jelas keanggotaan Tony Pua dalam PAC umpama duri dalam daging kepada Parlimen dan rakyat.

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) harus mencari dalang yang turut bersama Tony Pua berkomplot cuba menggulingkan kerajaan melalui penipuan dan konspirasi oleh anggota PAC sendiri.

Kertas siasatan harus dibuka dan kita berharapkan ahli lembaga siasatan tetdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman penuh dalam mewakili pendakwaan dan siasatan.

Diharapkan agar mereka ini tidak terlepas lari hanya disebabkan kesalahan teknikal. Banyak pihak yang sudah mendesak agar siasatan ini dijalankan termasuk Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr Fuad Zakarshi baru-baru ini.

Maka diharapkan agar pihak berwajib segera mengambil tindakan agar tiada yang terlepas daripada komplot menjatuhkan Perdana Menteri.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

20 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Kerisauan Yang Membawa Ketenangan di Sabah - Dr. Aliakbar Gulasan

11:09 PM 0 Comments A+ a-



KERISAUAN YANG MEMBAWA KETENANGAN DI SABAH

September 19 dan 20 merupakan giliran PAS Sabah menjadi tuan rumah bagi program besar Perhimpunan Istiqamah hingga kemenangan(PIHAK 14.0) dan Munaqasyah ucapan dasar presiden. Suasana semasa dalaman PAS, seperti yang diketahui umum, sedikit sebanyak tercalit rasa kerisauan akan kejayaan dan sambutan program seumpama ini. Pun begitu, atas kebiasaan dan rutin dalam parti Islam ini, mesej daripada ucapan presiden dalam muktamar yang lepas mesti disampaikan ke akar umbi.


Seingat saya, program yang seumpama ini pada tahun-tahun yang lepas, kita meletakkan kehadiran ahli tidak pernah melebihi 350 orang.

Tahun ini Sabah mengadakan program ini di Sandakan. PAS negeri secara berani mensasarkan jumlah kehadiran seramai 500 orang. Satu angka yang dicadangkan secara berani dan angka ini tidak pernah disasarkan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kerisauan lenyap dan timbul pula ketenangan dan kesayuan. Kehadiran untuk ceramah PIHAK 14.0 dan Munaqasyah ucapan presiden diluar daripada kebiasaan. Dewan Pandu Puteri yang menjadi lokasi kedua-dua program ini penuh sesak. Penyokong dan pendokong PAS dari seluruh pelusuk negeri Sabah datang berbondong-bondong. Kerusi dewan sejumlah 500 hanya berjaya menampung sebahagian daripada peserta. Sebahagian terpaksa berdiri dan duduk bersila di atas lantai.

Keadaan ini menghilangkan kerisauan dan menimbulkan ketenangan. PAS Sabah tidak tercedera sebenarnya. Malah semakin kuat dan kukuh. Ditambah pula dengan penyerahan permohonan borang keahlian baru seramai 521 orang.

Memang benar PAS sebenarnya tidak tercedera. Hanya mereka yang matang sahaja akan terus istiqamah dalam perjuangan parti ini. Dan lebih ramai akan yang terus bersama PAS.

Dr. Aliakbar Gulasan
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Sabah


Sila kongsi artikel ini...

Dalam Mana-mana Tamadun Tiada Kebebasan Mutlak - Fathi Yusof

10:54 PM 0 Comments A+ a-



DEMONSTRASI DAN PERLEMBAGAAN
Dalam Mana-mana Tamadun Tiada Kebebasan Mutlak

oleh: Fathi Yusof

1. Perhimpunan jalanan menjadi pilihan rakyat untuk menyuarakan sokongan dan bantahan. Kenapa?

Saya tak pasti pandangan yang mengatakan bahawa perhimpunan jalanan menjadi pilihan rakyat ini satu pandangan yang benar atau tidak. Memanglah kita lihat beberapa minggu ini banyak terdapat perhimpunan besar. Ia nampak ketara kerana masing-masing dengan identiti sendiri, dengan warna yang tersendiri. Setiap perhimpunan ini pula mendapat perhatian meluas dari media baik media massa, atau media sosial.

Perhatian dan ulasan ada yang berbentuk positif, dan ada juga yang negatif.

Tapi, saya tidak fikir ia menjadi pilihan utama sebab zaman ini, kita boleh suarakan bantahan dan sokongan dengan macam-macam cara. Saluran internet memang sudah banyak digunakan, dan ia mudah, cepat dan meluas.

Mungkin kaedah perhimpunan jalanan ini menjadi pilihan beberapa kelompok kerana ia lebih mendapat perhatian ramai. Jadi suara mereka lebih didengari. Konsepnya berasaskan logik mudah, iaitu semakin besar perhimpunan itu, semakin kuat sokongan kepada perjuangan mereka. Sebab itu masing-masing cuba menghimpun seramai mungkin peserta. Bila satu pihak berhimpun, pihak yang bersaing akan cuba untuk membuktikan bahawa mereka lebih kuat dengan membuat perhimpunan yang lebih besar. Begitulah seterusnya.

Saya fikir, dorongan utama ialah politik. Untuk dapat sokongan politik.

Jangan lupa dari sudut lain, perhimpunan yang besar begitu bukan sahaja untuk menyatakan suara, bahkan juga untuk menguatkan semangat dan solidarity penyokong sesuatu kelompok atau parti. Mereka datang dengan semangat, dan pulang dengan semangat yang bertambah berganda-ganda. Itu hak mereka. Mereka boleh berhimpun, asalkan jangan buat kacau.

2. Minta Doktor terangkan hak berhimpun mengikut Perlembagaan Persekutuan?

Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin kebebasan berhimpun melalui Perkara 10. Ia termasuk dalam tiga kebebasan politik iaitu berhimpun, bersuara dan berpersatuan. Kebebasan ini penting. Manusia secara semula jadi ada kebebasan untuk bertemu orang lain. Bertemu dalam kumpulan yang ramai dipanggil berhimpun. Jadi ia satu yang semula jadi.

Bahkan perkara yang biasa dibuat seperti pembelajaran di sekolah, kuliah-kuliah ilmu, kenduri kahwin, mesyuarat di dewan orang ramai, dan majlis rumah terbuka sebenarnya bentuk-bentuk perhimpunan. Bagi orang Islam solat lima waktu di masjid menjadi perhimpunan rutin. Seminggu sekali berhimpun hari Jumaat, dan himpunan besar di Arafah dan di Tanah Suci sekali setahun.

Maka, mustahil hak berhimpun ini dinafikan terus. Mustahil manusia dihalang untuk berhimpun.

Cuma dari konteks undang-undang isunya lebih menjurus kepada ‘perhimpunan tempat awam’ – dan sedikit sebayak berkaitan dengan keselamatan dan politik. Dalam hal ini kerajaan tetap tidak boleh nafikan hak rakyat untuk berhimpun. Bila bercakap dalam konteks demokrasi, hak berhimpun merupakan satu hak yang penting untuk mewujudkan persaingan politik yang adil dan sihat.

3. Apa keperluan wujudnya Akta Perhimpunan Aman 2011 jika Perlembagaan menjamin hak berhimpun?

Dalam mana-mana tamadun, tiada kebebasan mutlak. Pemerintah boleh mengawal kebebasan untuk kepentingan awam.
Perlu juga disebut, biasanya hak berhimpun dikaitkan dengan keamanan. Perhimpunan yang dibenarkan ialah perhimpunan aman. Kita biasa jumpa hak untuk berhimpun ini disebut sebagai hak untuk mengadakan perhimpunan aman atau ‘peaceful assembly’. Frasa ini digunakan dalam Perkara 20, Pengisytiharan Sejagat Hak-hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1948. Jadi nak pastikan sesuatu perhimpunan itu aman perlu ada garis panduan. Perlu ada undang-undang.

Jadi dalam Perlembagaan, kebebasan di bawah Perkara 10 ini tertakluk kepada sekatan-sekatan undang-undang yang boleh diluluskan oleh Parlimen jika didapati perlu dan sesuai untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Sekatan ini dibenarkan melalui Perkara 10(2)(b). Saya berpendapat, pengecualian ini perlu. Cuma mahkamah sewajarnya diberikan ruang yang lebih luas untuk menilai sama ada sekatan yang dibuat oleh Parlimen itu munasabah atau tidak.

Kalau dulu, kawalan utama ialah Akta Polis 1967. Sekatannya agak ketat. Perlu ada permit polis yang agak susah untuk dapat, dan kadang-kadang ada syarat yang pelik-pelik. Permit itu pula boleh batal saat-saat akhir tanpa sebab munasabah dan macam-macam lagi. Akta Polis ini juga agak keras dalam memberikan kuasa untuk menyuraikan sesuatu perhimpunan.

Kadang-kadang peserta tidak diberi masa yang munasabah untuk bersurai, lantas terus ditangkap atau disembur dengan asap pemedih mata. Akta ini ada unsur undang-undang drakonian, atau undang-undang zalim. Suhakam atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia pun ada buat beberapa bantahan.

Lalu sebagai gantinya, muncul Akta Perhimpunan Aman 2012 atau Akta 736. Apa yang menarik tidak seperti Akta Polis, akta ini menegaskan tentang hak berhimpun secara aman. Jadi akta ini ada dua fungsi utama iaitu memberikan hak berhimpun secara aman dan mengawal perhimpunan agar tidak menjelaskan keselamatan, ketenteraman awam dan hak orang lain. Menarik juga akta ini ada menyebut tentang demokrasi.

Secara keseluruhannya, akta ini banyak melonggarkan cengkaman Akta Polis. Satu langkah yang sangat baik. Tapi, kawalan tetap perlu. Saya kira kawalan yang disebut dalam akta itu munasabah.

Cuma, perhatian sekarang bukan pada peruntukan undang-undang yang ada dalam akta itu. Masalah utama kini ialah pada penguatkuasaan dan pendakwaan. Penguatkuasaan sepatutnya adil, tanpa berat sebelah atau pilih bulu. Jika satu kumpulan diberi amaran keras, maka kumpulan yang lain, walau pun mungkin pro kerajaan perlu diberikan amaran yang serupa. Penguatkuasa undang-undang seperti polis perlu profesional dan jangan kelihatan memihak. Keduanya ialah soal pendakwaan. Kuasa pendakwaan ada pada institusi Peguam Negara. Kuasa ini perlu digunakan secara saksama, berani, telus dan tegas.

4. Sekiranya satu pihak berhimpun mempertahankan hak kemudian pihak yang lain bertindak serupa. Adakah ia suatu amalan yang sihat dalam demokrasi?

Jika terlalu banyak perhimpunan dan masing-masing mahu tunjuk kuat, maka akhirnya rakyat menjadi mangsa. Kita lihat apa yang berlaku di Mesir dan Thailand. Demonstrasi jalanan mungkin boleh mencapai kehendak pihak yang berhimpun, tetapi ia mencetuskan masalah baru. Jika pihak yang dahulunya naik kerana himpunan jalanan dapat menjadi pemerintah, dia akan berdepan dengan risiko ditentang dengan cara yang sama. Jadi masalah semakin kusut.

Jadi, perhimpunan jalanan tidak sepatutnya digunakan untuk meraih sokongan politik untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Dalam konteks politik, ia hanya sesuai sebagai satu bentuk advokasi politik iaitu untuk menyatakan bantahan tentang sesuatu dasar atau untuk menyuarakan keperitan hidup rakyat. Jika pengajur himpunan letakkan matlamat himpunan untuk menjatuhkan kerajaan, maka bukan satu langkah yang sihat.

Cuma perlu diingatkan juga bahawa rakyat akan terdorong untuk berhimpun untuk membantah jika mereka lihat institusi demokrasi semakin terhalang. Misalnya, jika pilihan raya tidak bersih dan adil maka mereka merasakan bahawa penyertaan melalui kaedah biasa adalah sia-sia. Begitu juga bila media massa seperti televisyen, radio dan akhbar arus perdana terlalu berat sebelah dan terkongkong, mereka akan merasakan bahawa jalan raya adalah tempat terbaik untuk meluahkan rasa hati. Selain itu ruang penglibatan rakyat dalam proses membuat keputusan dalam negara juga perlu dilebarkan. Dasar-dasar negara tidak boleh dimonopoli oleh orang politik, tetapi perlu dirangka melalui penglibatan awam. Semua faktor-faktor ini perlu diambil kira.

Jadi jika wujud kecenderungan kuat rakyat untuk berhimpun, dan setiap perhimpunan berbentuk bantahan menjadi popular, maka langkah terbaik kerajaan bukanlah mengongkong dan menekan. Kongkongan dan penindasan sebenarnya lebih menguatkan alasan untuk mereka membantah. Langkah yang patut dibuat ialah segara membaiki kelemahan dan mengajak rakyat untuk memahami realiti yang ada.

5. Bagaimanakah perhimpunan atau demonstrasi jalanan boleh menjadi elemen penting dalam mengukur pelaksanaan demokrasi?

Kayu ukur demokrasi banyak. Hak untuk berhimpun adalah salah satu daripadanya. Kita tidak boleh hanya melihat perhimpunan atau demonstrasi jalanan, tapi kita perlu lihat hak berhimpun itu secara keseluruhan.

Biasanya ukuran tahap amalan demokrasi dalam konteks kebebasan berhimpun dibuat berasaskan empat elemen iaitu peruntukan Perlembagaan yang memberikan hak berhimpun, undang-undang yang mengawal himpunan, kawalan ke atas hak himpunan oleh badan penguat kuasa undang-undang termasuk kuasa pendakwaan dan hak-hak lain yang berkaitan dengan kebebasan berhimpun seperti kebebasan bersuara, bergerak dan berpersatuan.

Jadi jangan kita ukur demokrasi dengan banyak atau besarnya perhimpunan. Ini tidak betul. Kadang-kadang di negara demokratik, perhimpunan langsung tidak ada, atau terlalu kecil. Buat apa rakyat berhimpun di jalanan kalau kerajaan dah buat yang terbaik. Ada juga negara yang tidak demokratik, tapi rakyat berhimpun tiap-tiap hari – macam perhimpunan di Dataran Tahrir sebelum Husni Mubarak jatuh di Mesir.

6. Apa pandangan Islam berkaitan berhimpun membantah kerajaan?

Bila bercakap dalam soal hak asasi ini pandangan Islam agak menarik. Islam menekankan soal tanggungjawab atau amanah, bukannya hak atau kebebasan. Jika semua orang berfikir tentang amanah dan menunaikan amanah masing-masing, soal hak akan selesai dengan sendiri. Asas kepada amanah dalam Islam ialah kemuliaan manusia yang diberikan secara fitrah oleh Allah kepada manusia.

Jadi sebelum kita bercakap soal ‘berhimpun membantah kerajaan’, kita perlu ingat bahawa Islam meletakkan tahap akauntabiliti kerajaan yang sangat tinggi. Kerajaan mesti telus dan mesti sentiasa bersedia untuk ditegur. Ruang komunikasi dalaman dan luaran perlu luas. Sebenarnya jika ia benar-benar berlaku, rakyat tidak perlu langsung untuk berhimpun.

Kalau sesebuah kerajaan melakukan kesalahan, dan tiada ruang yang munasabah untuk menegur, atau ruang yang ada terlalu sempit maka tidak salah untuk menyatakan bantahan melalui perhimpunan aman. Tujuannya bukan untuk menimbulkan kekacauan tetapi untuk menyatakan rasa hati. Ia salah satu bentuk amar makruf dan nahi mungkar sebagai mana yang dianjurkan oleh Islam. Mereka sekadar bersuara, dan tidak boleh dianggap bughah atau penderhaka.

7. Adakah Islam membenarkan usaha menjatuhkan kerajaan melalui kaedah itu?

Islam mengutamakan keamanan. Jika ingin menukar pemerintah pun perlu dibuat secara aman. Hari ini kita ada pilihan raya. Ia satu kaedah yang sesuai untuk memilih atau menukar kerajaan. Walau pun banyak kelemahan, tapi saluran demokrasi ini membuka ruang yang luas bukan sahaja untuk menawarkan kerajaan baru bahkan juga untuk mendidik rakyat menjadi warga negara yang peka dengan perkembangan semasa.

Kaedah kekerasan seperti perang mendatangkan banyak kemusnahan. Dalam prinsip Islam terdapat kaedah memilih darurat yang ringan berbanding darurat yang besar. Jika seseorang tidak berpuashati dengan kerajaan yang zalim sekali pun, dia perlu mengukur dan menilai terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang bentuk pendekatan yang keras. Dia perlu tanya adakah tindakan mereka akan mendatangkan mudarat atau kerosakan yang lebih besar? Jika ya, dia perlu elakkan.

Biasanya tunjuk perasaan atau demonstrasi yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan secara revolusi mendatangkan banyak kemusnahan, kematian dan kerosakan. Perkara ini perlu menjadi pertimbangan. Tambahan pula dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum seperti Malaysia. Soal keamanan dan kemakmuran menjadi agenda penting.

Perhimpunan jalanan biasanya meningkatkan tahap emosi. Emosi marah, geram, sedih atau taksub. Semua ini boleh membawa kepada permusuhan.

Tapi pada hemat saya, perhimpunan jalanan yang berlaku hari ini bukan bertujuan untuk menggerakkan revolusi. Ia sekadar satu luahan perasaan dan bantahan. Ia termasuk dalam kategori amar makruf dan nahi mungkar. Cuma mereka yang terlibat perlu sentiasa menjaga adab dan tidak terbawa-bawa dengan ledakan emosi.

8. Kita melihat terdapat perbezaan cara negara-negara di seluruh dunia menangani perhimpunan seperti di Barat lebih terbuka sekali gus membuktikan mereka lebih demokrasi dari Malaysia. Komen doktor?

Kebebasan perlu bergerak seiring dengan pembangunan ilmu dan peradaban. Bagaimana mungkin kita memberikan kebebasan yang luas kepada kelompok yang jahil dan rendah nilai budaya. Rakyat yang jahil mudah dimanipulasi, dan mudah diperdaya. Jika mereka dapat kebebasan mereka mungkin menyalahgunakan kebebasan mengikut telunjuk orang yang memperalatkan mereka.

Oleh itu, kerajaan dan golongan cendekiawan dalam masyarakat mempunyai peranan besar untuk meninggikan tahap kesedaran dan membina budaya yang positif. Kebebasan diberikan secara bertahap sesuai dengan peningkatan dalam pendidikan dan tamadun.

Dalam hal ini, jika kita ingin mengambil pelajaran dari model dari negara lain, kita perlu melihat secara menyeluruh. Kita tidak boleh hanya ingin mengimport kebebasan dan hak asasi mereka, tanpa menyedari bahawa mereka telah membangunkan budaya ilmu, disiplin dan peradaban sekian lama. Orang Islam punya sejarah peradaban yang hebat, tapi bila orang Islam tidak mengamalkan agama sendiri, maka berlakulah kemunduran. Kemunduran yang saya maksudkan bukan kemunduran ekonomi, tapi kemunduran ilmu, peradaban dan budaya.

Jadi, kalau orang tanya, mana yang lebih penting? Kebebasan atau pendidikan atau ilmu. Jawabnya pendidikan. Jadi usah sibuk ingin mencontohi kebebasan Barat, mulakan dulu dengan perkara yang lebih penting iaitu pendidikan, kesedaran dan peradaban.

Manusia yang tinggi ilmu dan adab pasti bebas. Jika ditindas sekalipun mereka sentiasa ada jalan untuk bangkit. Jika mereka tidak diberi ruang untuk bangkit, mereka akan membina benih-benih kebangkitan.

9. Beberapa negara seperti di Timur Tengah jatuh bangun kerajaan berpunca dari demonstrasi jalanan seperti semasa 'Arab Spring'. Apa yang sepatutnya rakyat Malaysia ambil pengajaran daripada peristiwa itu?

Di zaman Hosni Mubarak, rakyat berhimpun besar-besaran di Dataran Tahrir. Selama beberapa hari. Ekonomi hampir lumpuh, aktiviti harian terjejas teruk. Rakyat berhimpun waktu itu kerana mereka percaya itulah satu-satunya jalan yang ada untuk menjatuhkan Mubarak, pemimpin yang korup dan menindas. Akhirnya Mubarak tumbang.

Tapi bila Muhammad Mursi menjadi Presiden baru, cara sama digunakan. Akhirnya tentera melucutkan kuasa Mursi. Di bawah pemerintahan tentera pimpinan Jeneral Fatah Al-Sisi, rakyat cuba menggunakan perhimpunan untuk menentang, tetapi Al-Sisi menggunakan kekerasan untuk menghentikannya. Apa yang berlaku di Mesir menunjukkan bahawa bantahan melalui perhimpunan mungkin boleh menyelesaikan satu masalah tetapi ia mendatangkan masalah yang lain selepas itu.

Begitu juga pengalaman di Thailand. Kumpulan baju kuning dan baju merah bersilih ganti mengadakan demostrasi dan bantahan jalanan. Bila kerajaan dipimpin pro baju merah, baju kuning ke jalan raya membantah. Begitulah sebaliknya.

Antara pengajarannya, perhimpunan jalanan himpunan jalanan tidak sepatutnya digunakan untuk meruntuhkan kerajaan, sebaliknya sebagai satu kaedah untuk menyatakan suara rakyat.
Oleh itu sebaik-baiknya perhimpunan ini mesti mempunyai tema khusus dan fokus dalam tuntutannya.

Keduanya, kebebasan berkait rapat dengan pembangunan ilmu dan peradaban. Jika kebebasan terlalu luas diberikan kepada rakyat yang rata-ratanya jahil dan tiada disiplin, mereka mudah dipergunakan untuk agenda politik golongan yang jahat.

Ketiganya, keamanan berkait rapat dengan tahap demokrasi. Jika sesebuah kerajaan membuka ruang demokrasi melalui pelbagai saluran, biasanya saluran himpunan jalanan kurang menjadi pilihan. Oleh itu, interaksi rakyat dan pemerintah perlu sentaisa berlaku dalam semua peringkat. Setiap rassa tidak puas hati perlu disalurkan dengan lancar, dan perlu dan tindak balas yang memuaskan.

Keempat, perhimpunan jalanan yang tidak terkawal punya kesan besar kepada kestabilan sesebuah negara. Dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, kawalan yang munasabah amat penting.

10. Pandangan doktor sekiranya rakyat Malaysia memilih untuk mengasaskan kerajaan melalui perhimpunan atau demonstrasi.

Sistem pilihan raya negara kita masih beroperasi dengan baik, walau pun ada kelemahan-kelemahan tertentu. Jadi, mereka yang ingin memberikan sumbangan politik atau ingin membuat perubahan politik wajar menyertai sistem pilihan raya. Kemenangan parti yang berbeza di peringkat negeri menjadi bukti bahawa ruang pilihan raya merupakan kaedah yang berkesan.

Dalam masa yang sama kerajaan perlu meningkatkan tahap keadilan dan kebebasan dalam pilihan raya. Pada tahun 2011, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. Saya fikir, jawatankuasa ini telah memberikan banyak cadangan yang bernas. Seeloknya kerajaan melaksanakannya secara menyeluruh. Buat masa ini terdapat beberapa cadangan seperti berkaitan Akta Parti Politik, kawalan dalam perbelanjaan parti, pengukuhan SPR sebagai badan bebas dapat dilaksanakan.

Begitu juga dalam urusan persempadanan. Perbezaan ketara antara peratusan jumlah undi popular dan peratusan komposisi kerusi dalam Dewan Rakyat perlu diberi perhatian. Jika tidak ditangani segera rakyat mungkin mempertikaikan kesahihan pilihan raya itu sendiri.

Saya percaya dengan keprihatinan dan kewibawaan kepimpinan yang ada sekarang, isu-isu ini dapat ditangani dengan baik. Semua ini adalah langkah-langkah perlu untuk melemahkan sebarang bentuk usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang, iaitu protes jalanan atau demonstrasi.

Kita tentunya tidak mahu negara kita terdedah dengan usaha menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. Kita mahukan keamanan dan kedamaian. Apa yang perlu dipupuk ialah amanah, kasih sayang, disiplin dan saling memahami. InsyaAllah saya percaya jika elemen-elemen ini diutamakan Malaysia akan terus memacu pertumbukan menjadi negara yang dapat memayungi rakyatnya untuk mendapat kebahagiaan yang sebenar.


Sila kongsi artikel ini...

Jaguh Malay First, Sudah Jadi Chinese First - Lokman Adam

10:32 PM 0 Comments A+ a-



JAGUH MALAY FIRST, SUDAH JADI CHINESE FIRST
Oleh Lokman Adam

Saya antara orang yang tidak bersetuju bila PESAKA memutuskan untuk menghimpunkan orang Melayu di Padang Merbok. Bukan saya tidak bersetuju kerana mereka mahu berhimpun untuk menunjukkan bahawa orang Melayu mampu bangkit jika maruah mereka disentuh. Tetapi, saya tidak setuju terhadap pemilihan lokasi kerana amat mustahil padang sebesar Padang Merbok itu bisa dipenuhkan.

Sepanjang tempoh mengepalai puluhan siri demonstrasi sejak 1998, lokasi sekitar Kuala Lumpur yang biasanya kita pilih untuk berhimpun ialah sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan lorong-lorong sekitar Dataran Merdeka. Sebabnya sangat mudah, kita akan kelihatan ramai bila bersesak di lokasi sempit dan kita juga tahu DBKL pasti tidak akan mengizinkan penggunaan Dataran Merdeka. Itulah sebabnya kenapa sehingga kini BERSIH dan Pembangkang tidak pernah bersetuju bila pihak berkuasa mengarahkan supaya perhimpunan mereka beralih ke padang.

Namun, Perhimpunan Rakyat Bersatu atau MERAH 169 jelas telah membuktikan bahawa saya silap. Bukan takat silap, tapi sangat silap. Dalam keadaan perhimpunan yang dianjurkan secara mengejut, tanpa kesempatan untuk merancang dengan teratur, tanpa publisiti meluas, dengan ketidaktentuan samaada jadi berhimpun atau tidak, kehadiran lebih 250,000 peserta jelas telah membuktikan bahawa orang Melayu sememangnya akan bangkit bersatu bila pemimpin mereka dihina dan maruah mereka dicabar. Apapun, kita kena terima hakikat bahawa penyatuan Melayu pada 16 September lalu, tidak mungkin akan berjaya tanpa penzahiran sikap biadap dan kurang ajar penyokong DAP diperhimpunan BERSIH4.

Melihat kebangkitan Melayu yang luar biasa bahangnya itu, mulalah mengelupur sesetengah pihak termasuk beberapa rakan komponen BN. Antara yang lantang bersuara termasuklah Timbalan Presiden MCA yang menyatakan bahawa "jantung mereka berdarah" akibat perhimpunan itu. Wee Ka Siong juga antara yang lantang mendesak Perdana Menteri pada Mesyuarat Kabinet 2 dan 9 September lalu agar Perhimpunan Merah 169 dibatalkan. Tapi bila Ketua Pemuda MCA menyatakan ahli MCA tidak dihalang untuk menyertai BERSIH 4 dan tidak akan diambil tindakan, tidak pula kita dengar Ka Siong mendesak Ketua Pemudanya Sin Woon untuk menarik balik kenyataannya. Reaksi Ka Siong ini tidaklah menghairankan, untuk menang di kawasan Ayer Hitam sememangnya beliau perlu dilihat sebagai juara masyarakat Cina.

Apa yang menghairankan saya ialah bila membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO yang satu ketika dahulu terkenal dengan ungkapan "I am Malay First, Malaysian Second". Bukan setakat saya terkejut dengan perubahan sikap Muhyiddin, Presiden Gerakan, Mah Siew Keong juga turut melahirkan rasa terkejut beliau. Apapun, sudah pastilah beliau gembira bila pahlawan Malay First sudah jadi Chinese First. Ketika berucap dalam satu program dialog dengan Persatuan Cina dan rakyat di Pagoh semalam, Muhyiddin mengatakan Perhimpunan MERAH 169 bukan sahaja telah memberikan kesan negative, tetapi perhimpunan itu juga telah melukakan perasaan bangsa lain.

Dalam ucapan yang sama, Muhyiddin mengesa agar MCA dan Gerakan berani menyuarakan bantahan mereka demi mencari penyelesaian dalam pelbagai masalah kini. Kata Muhyiddin lagi, Perhimpunan Merah tersebut diadakan untuk memenuhi agenda politik pihak tertentu, bukan untuk rakyat. Menurut Muhyiddin, semua bangsa merasa kurang selesa dengan penganjuran perhimpunan MERAH 169 dan peniaga-peniaga di Jalan Petaling terpaksa menutup kedai akibat ketakutan.

Baru sahaja minggu lepas Muhyiddin menyatakan kesetiaannya terhadap Parti dengan harapan agar beliau tidak dipecat sebagai ahli UMNO. Namun, ayat-ayat yang keluar dari mulut Muhyiddin di Pagoh jelas membuktikan beliau masih menangguk di air yang keroh dan cuba menghasut MCA dan Gerakan untuk menjayakan agenda undi tidak percaya terhadap PM. Saya nak bertanya kepada Muhyiddin 3 perkara. Pertama, adakah BERSIH bebas dari "Agenda Politik"dan benar-benar ikhlas untuk Rakyat? Kedua, adakah ketika Perhimpunan BERSIH dianjurkan, orang Melayu dan bangsa lain di Malaysia selesa melihat gambar dan patung pimpinan mereka dipijak, disepak dengan selipar serta penyapu? Ketiga, jika beliau bersimpati dengan Peniaga Jalan Petaling yang terpaksa tutup kedai ketika Perhimpunan Merah, tidakkah beliau bersimpati dengan peniaga-peniaga Melayu dan bangsa lain di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India dan beberapa lokasi lain akibat BERSIH dan puluhan demonstrasi pembangkang selama ini? Sepatah harampun saya tidak dengar komen Muhyiddin tentang BERSIH 4, lebih-lebih lagi bila mentornya sendiri, Tun Mahathir turut hadir BERSIH 4.

Terang lagi bersuluh bahawa kini Muhyiddin sama terdesak dengan Tun Mahathir. Bila gagal mendapatkan sokongan daripada bangsa Melayu, kini mereka berdua sanggup menjadi pejuang bangsa lain agar mereka terua kekal releven dan diingati. Nasihat saya pada Tan Sri Muhyiddin, "Harimau Mati Tinggalkan Belang, Manusia Mati Tinggalkan Nama". Kalau iapun hendak tingalkan nama, tinggalkanlah nama yang baik sebelum kita mengadap Ilahi.


Sila kongsi artikel ini...

Patut Bai'ah Cerai Isteri Jika Ponteng Sidang Parlimen - Zainulfaqar Yaacob

10:01 PM 0 Comments A+ a-



PATUT BAI'AH CERAI ISTERI JIKA PONTENG SIDANG PARLIMEN

Bai'ah cerai angkat martabat isteri dalam perjuangan Islam, kata bekas pemimpin parti Islam terdahulu kami.

Sesetengah menganggap lafaz bai'ah sebegitu kononnya mengangkat martabat isteri di sini agama.


Segelintir lain berpendapat lafaz sebegitu seakan lebih mempertahankan kepentingan partinya, berbanding kepentingan rakyat hatta kemuliaan Islam itu sendiri - Islam Rahmat Ke Seluruh Alam.

Sindir saya begini, jika parti Islam tersebut lebih mengutamakan kepentingan rakyat terbanyak, patut lafaz bai'ah cerai talak isteri jika ponteng perbahasan di parlimen.

Ini kerana ponteng persidangan Dewan Rakyat ertinya mengabaikan kepentingan rakyat terbanyak.

Mengutamakan Islam ertinya mengutamakan kepentingan rakyat terbanyak, berbanding kepentingan parti Islam terdahulu itu.

Kalau diri sendiri rajin ponteng sidang dewan rakyat di Parlimen, jangan pula lafaz bai'ah parti Islam berkenaan demi mengutamakan keserakahan politik melampau pemimpin parti Islam terbabit semata-mata.

Sesungguhnya Islam agama kasih sayang, maka pemimpin terbabit hatta parti Islam terdahulu elok jangan memperolok-olok kedudukan wanita atau agama Islam sendiri.

Islam memartabatkan institusi kekeluargaan atas rasa kasih sayang di antara suami, isteri dan anak-anak, bukanlah sebaliknya.

Firman Allah S.W.T:

وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ
Maksud:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." [Surah Ar-Room: 22]

Jangan keserakahan politik melampau peribadi diri sendiri sampai mahu meruntuhkan institusi kekeluargaan umat Islam yang lain.

Kalau 'negara Islam' sekecil keluarga inipun mahu diruntuhkan atas serakah politik peribadi, bayangkan jika pemimpin melampau terbabit mentadbir negara.

"ISLAM RAHMATAN LIL 'ALAMIN"

ZAINULFAQAR YAACOB
Ketua Penerangan
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Pulau Pinang


Sila kongsi artikel ini...

Sekali lagi WSJ portal mengejar rating yang berkentingan yang konsisten menyebar fitnah yang terancang - Armand Azha

7:40 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Akhbar
Armand Azha
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Briged Kesatria

Sekali lagi WSJ portal mengejar rating yang berkentingan yang konsisten menyebar fitnah yang terancang.


Saya selaku Exco Pemuda UMNO Malaysia ingin mengingatkan rakyat Malaysia ini merupakan kali kedua WSJ secara angkuh mengakui bahawa ia pernah melihat dokumen siasatan dan transkrip Laporan Interim Ketua Audit Negara.

Minggu lepas, seorang anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Dr Hj Puad Zarkashi telah menyatakan rasa kesal kerana tindakan masih belum diambil ke atas pihak yang secara jelas telah melanggar undang-undang negara. Beliau juga telah menyelar sikap tidak apa dan ambil mudah anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) seperti Tony Pua dan Tan Seng Giaw, sedangkan perkara ini amat serius.

Penjualan maklumat siasatan yang sulit sedangkan siasatan masih belum dimuktamadkan adalah satu jenayah yang amat serius dan boleh menzalimi pihak yang sedang disiasat.

Pada waktu yang sama, ia adalah satu permainan persepsi yang jahat yang bukan sahaja boleh mendatangkan kesan buruk kepada 1MDB, tetapi juga kepada ekonomi negara.

Saya dengan ini mendesak agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat setiap anggota PAC.

Saya juga mendesak agar PAC sekarang dibubarkan dan anggota baru yang lebih berintegriti dilantik bagi menggantikan anggota sedia ada yang dilihat lebih suka bermain politik dan diragui intergriti mereka.

Adakah mereka dibelakang maklumat-maklumat yang bocor pada WSJ mahupun Sarawak Report? Ini persoalan yang harus diamik kira oleh pihak berkuasa.

Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berdiri teguh atas kenyataan saya diatas.

Sekian, terima kasih


Sila kongsi artikel ini...

Gesa Kerajaan Beri Perhatian Isu Pendidikan Disamping Ranking Universiti - Nik Abduh

6:57 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media Rasmi
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

GESA KERAJAAN BERI PERHATIAN ISU PENDIDIKAN DI SAMPING RANKING UNIVERSITI


1. DPPM menggesa kerajaan memberi perhatian terhadap pelbagai isu pendidikan di samping kedudukan ranking universiti yang bertambah baik. Peningkatan ranking beberapa universiti awam terutamanya Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan taraf akademik di negara yang semakin baik.

2. DPPM menyambut baik peningkatan ranking UM yang melonjak kepada kedudukan 146, manakala USM dan UPM masing-masing meningkat kepada kedudukan 289 dan 331. Ia menggambarkan status universiti di Malaysia yang semakin baik dan usaha mengangkat martabat akademik di negara ini perlu dipertingkatkan lagi.

3. Namun, usaha tersebut perlu seiring dengan peningkatan kualiti pendidikan dan kebajikan kepada para pelajarnya. Pelbagai isu-isu kebajikan para pelajar seperti isu pendidikan percuma yang tidak mendapat reaksi yang positif dari pihak kerajaan, malah sehingga kini tiada usaha digemblengkan bagi merealisasikan hasrat pendidikan percuma di negara ini.

4. Begitu juga sasaran 24,300 pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan 40,000 pemegang Ijazah Sarjana yang disasarkan kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 yang melabuhkan tirainya tahun ini. Apakah kita masih 'on track' ke arah mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD menjelang 2023?

5. Tambahan pula, isu "hutang pendidikan" yang dijana kerajaan terhadap rakyatnya sendiri melalui "bantuan" pendidikan PTPTN. Ramai dikalangan pelajar yang baru bergraduasi dikelilingi dengan hutang mencecah puluhan ribu ringgit. Apakah ia suatu isu terpencil bagi kerajaan yang kelihatannya lebih memperbesarkan isu ketidakbayaran hutang berkenaan?

6. Ini termasuk juga isu campur tangan parti pemerintah di beberapa universiti tempatan yang menyebabkan langkahan sumbang terhadap tahap kebebasan akademik di negara kita. Kesemua ini perlu diperbaiki dan diperhatikan secara serius oleh pihak kerajaan.

7. DPPM ingin menegaskan sekali lagi bahawa isu pendidikan di negara kita masih lagi penuh dengan kelompangan. Tugas menaiktaraf ranking terletak dibahu ahli akademik, manakala tugas menaiktaraf kualiti dan kebajikan terletak dibahu pihak berkuasa, maka bergeraklah seiring mencapai status pendidikan yang terbaik di dunia.

Sekian.

NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
(Ahli Parlimen Pasir Mas)

Ahad, 20 September 2015 | 6 Zulhijjah 1436H


Sila kongsi artikel ini...

kevin Morais Diculik Di Depan Orang Ramai, Kenapa Tiada yang Melaporkan? - Sri Sanjeevan Ramakrishnan

6:20 PM 0 Comments A+ a-



KEVIN MORAIS DICULIK DI DEPAN ORANG RAMAI, KENAPA TIADA YANG MELAPORKAN?

oleh:
Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Teka teki kehilangan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais akhirnya terjawab bilamana mayatnya ditemui bersimen di dalam tong konkrit di Subang Jaya pada 16 September lalu.

Rakaman CCTV menyaksikan kereta Proton Perdana milik Morais dihalang sebelum beliau ditarik keluar dan dibawa lari.


Kejadian penculikan ini berlaku di tengah-tengah jalanraya dan disaksikan oleh pengguna jalanraya yang lain. Namun apa yang mendukacitakan ialah tiada laporan polis dibuat mana-mana pihak berkenaan kes ini.

Sudah tentu jika ianya kejadian penculikan, pasti akan ada pergelutan antara Morais dan penculik. Namun rakaman CCTV tidak menunjukkan ada pengguna jalan raya lain yang datang membantu.

Di sini jelas menunjukkan sikap individualistik masih menebal di kalangan rakyat Malaysia. Dalam konteks mencegah jenayah, sebenarnya sikap suka menjaga tepi kain orang lain harus ada dalam masyarakat. Majoriti rakyat masih kurang kesedaran diri mahu melaporkan kejadian jenayah yang berlaku di depan mata.

Di pihak MyWatch, apa yang menjadi harapan kami ialah mahu melihat setiap individu mempunyai kesedaran jenayah yang tinggi. Individu seperti ini mampu melahirkan masyarakat yang komited memerangi jenayah.



Sila kongsi artikel ini...

RM 1 B Geran Khas Untuk Perbadanan Wakaf Nasional - Husam Musa

5:56 PM 0 Comments A+ a-



RM 1 B Geran Khas Untuk Perbadanan Wakaf Nasional

Sehari dua ini sibuk dengan apa yang dinamakan Perhimpunan Kebangkitan Melayu. Sebagai tindak balas kepada “Ancaman Cina”.

Adakah orang Melayu Islam boleh 'survive' dengan semangat hangat-hangat tahi ayam seperti ini?


Satu daripada cara untuk membangunkan kekuatan orang Melayu adalah ekonomi.

Satu dari cara membangunkan ekonomi orang Melayu Islam ialah membangunkan hartanah wakaf di seluruh Negara.

Saya difahamkan terdapat 11,000 (sebelas ribu) hektar tanah-tanah wakaf di seluruh Negara, termasuk di Pulau Pinang.

Jika jumlah ini dicampurkan dengan tanah-tanah wakaf di bawah pelbagai institusi dan kadang-kadang orang perseorangan, jumlahnya mungkin lebih besar lagi.

Angka ini adalah besar dan signifikan. Pada umumnya harta-harta Wakaf banyak yang tinggal terbiar tidak diberikan nilai komersial mengikut perkembangan semasa. Sebahagian tanah-tanah ini kedudukannya sangat strategik.

Di Turki kini terdapat Persidangan Wakaf pada setiap tahun untuk membolehkan ulama, fukaha dan ahli-ahli ekonomi Islam kontemporari membincangkan kaedah-kaedah dan hukum-hakam kontemporari bagi menjadikan tanah-tanah wakaf sebagai sumber kekuatan ekonomi yang penting.

Pada zaman Khalifah Uthmaniah, pengurusan harta wakaf telah mencapai kemuncaknya sehingga universiti-universiti, hospital bahkan termasuk hospital bagi pesakit jiwa telah didirikan dengan menggunakan dana wakaf.

Apabila dana wakaf masih berlebihan, hidupan liar di hutan diberikan makanan di musim dingin bagi mengelakkan binatang-binatang ini mati kesejukan dan kelaparan.

Malaysia berkemampuan untuk menghidupkan semula model pembangunan harta wakaf sepertimana di zaman keagungannya di bawah Khalifah Uthmaniah.

Selalu dilaungkan, orang Melayu pupus di tengah bandar di Pulau Pinang.

Bayangkan jika tanah-tanah wakaf di Pulau Pinang dimajukan dengan benar-benar amanah, kedudukan orang Melayu boleh dimartabatkan.

Satu dari halangan pemajuan itu ialah komplikasi hukum yang tidak dileraikan.

Penyelesaian isu komplikasi hukum bagi tanah-tanah wakaf di Pulau Pinang boleh menjadi pencetus baru kekuatan ekonomi orang-orang Islam yang telah pupus oleh pengabaian Barisan Nasional yang memerintah Pulau Pinang.

Menjelang budget tidak lama lagi, apa kira RM1 billion diletakkan untuk dana pembangunan wakaf Malaysia?

Di sesetengah negeri, harta wakaf ini terletak di bawah Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Satu kaedah konsultansi tentunya boleh dicari bagi mengharmonikan apa jua keadaan yang ada bagi tujuan menjadikan hartanah dan harta wakaf satu kekuatan ekonomi orang-orang Melayu Islam.

Yb. Haji Husam Musa
ADUN Salor
20hb. September 2015/6 Zulhijjah 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Wahai Anakku - Tuan Ibrahim Tuan Man

4:54 PM 0 Comments A+ a-



Wahai anakku,

Janganlah kerana polemik politik ini menjadikan kamu jauh dari Allah dengan kesibukan kamu. Uruslah politik kamu agar selaras dengan tuntutan syarak, agar kesibukanmu menjadikannya ibadah yang menyelamatkan kamu dari kemurkaan Tuhanmu di akhirat. Lantaran itu, peliharalah akhlakmu samada waktu kamu suka atau kamu benci. Peliharalah tulisanmu, kata-kata dan ucapanmu agar ia tidak menjarakkan kamu dari rahmat Allah, dan memecahkan ukhuwah dalam jamaah.

Wahai anakku.
Perjuangan ini mempunyai pelbagai medan. Janganlah engkau memasuki sesuatu medan tanpa persediaan ilmu. Nanti kamu tewas dengan provokasi mereka yang sengaja mengujimu atau memperdayakanmu.
Janganlah kerana engkau kecewa dengan satu medan lalu kamu berputus asa dari jalan dakwah ini. Kerana akan tentu ada medan yang sangat sesuai untukmu. Mungkin medan politik akan menyesakkan nafas mu dan mengundang kekecewaan kamu. Tetapi medan dakwah, tarbiah atau medan kebajikan terbuka luas untukmu.


Apa yang penting jangan kamu meninggalkan medan jihad ini kerana di sinilah kita mengenali perjuangan, ketabahan dan kesabaran. Di sinilah, kita bertemu dengan teman sebenar, mengenali kasih sayang dan persahabatan. Di sini jualah kita ditarbiah oleh mereka yang telah membuktikan iman mereka kepada apa yang mereka ucapkan. Berbahagialah mereka yang telah membenarkan iman mereka kepada Allah, maka kita hanya menunggu giliran berikutnya.

Wahai anakku,
Jangan sesekali engkau memecahkan jamaah ini semata-mata kerana engkau kecewa dengan seseorang, kerana kita diajar dan ditarbiyahkan penyertaan kita kerana Allah. Thiqahlah kepada sesaorang yang ilmunya lebih hebat dari kita, atau pengalamannya yang lebih lama dari kita atau kerana tuanya atau dekatnya dia dengan Allah atau banyaknya amalan dan hafalannya. Atau apa sahaja yang menjadikan engkau Thiqah kepada seseorang.

Wahai anakku.
Janganlah engkau pisahkan mereka yang berada dalam perjuangan ini kerana tindakan engkau memisahkan mereka hanya akan mengundang perpecahan, perkelahian, putusnya hubungan dan silaturahim sesama jamaah. Alangkah baiknya kalau kamu sabar seketika gelombang fitnah sedang marak ini. Jangan kamu melawannya atau bersama dengan gelombang fitnah tersebut. Kesabaran mu yang sedikit ini lebih baik daripada kamu berpenat menanggung bebanan selepas berlalunya fitnah ini apatah lagi di akhirat nanti.

Senyumanmu akan mereda tekanan perasaanmu.
Tuan Ibrahim Tuan Man


Sila kongsi artikel ini...

Ayuh Jayakan Himpunan Fastaqim H60K! - Nurul Islam Mohamed Yusoff

2:48 PM 0 Comments A+ a-



Ayuh Jayakan Himpunan Fastaqim H60K!

Oleh : Nurul Islam Mohamed Yusoff

Penganjuran Himpunan Fastaqim H60K pada 17 Oktober 2015 kelak adalah tepat pada masanya di dalam meraikan kesediaan dan keupayaan PAS sebagai gerakan pembaharuan politik untuk merungkai kecelaruan di dalam negara sekarang ini. Saya dan rakan-rakan menyokong penuh penganjuran Himpunan Fastaqim ini dan perancangan sedang dilakukan bagi membantu pihak penganjur menjayakan agenda himpunan ini.


Ada pihak yang menganggap Himpunan Fastaqim ini sebagai gerakan massa gelombang hijau bagi mengatasi himpunan kuning Bersih dan himpunan merah Melayu. Walau apa pun tanggapannya, himpunan ini sebenarnya bukanlah dianjurkan sebagai suatu bentuk pertandingan tetapi ianya menjadi sebagai sebahagian medan tarbiyah PAS di dalam mengukuhkan iltizam ahli-ahlinya untuk terus istiqamah sehingga mencapai kemenangan.

Rakyat tidak lagi mahu sekadar melakukan himpunan protes. Rakyat mahu melihat pengisian bermakna dengan forum dan diskusi, duduk bertemu dengan pimpinan dari pelbagai peringkat serta peluang meningkatkan tahap spiritual dan membina kekuatan dalaman sebagai persediaan memimpin perubahan. Inilah agenda yang akan dilaksanakan di dalam Himpunan Fastaqim H60k ini.

Di samping itu juga, saya melihat himpunan ini sebagai satu kesinambungan dari apa yang telah dicapai sewaktu Kongres Rakyat pada 12 September yang lalu. Himpunan ini akan menjadi medan penting bagi menggembelingkan tenaga bagi menjayakan usul-usul rakyat yang telah dilakarkan oleh kongres tersebut.

Terdapat juga pihak yang menabur kesangsian akan keupayaan PAS untuk memimpin perubahan negara. Hakikatnya PAS kian mendapat tempat di kalangan rakyat untuk menggantikan UMNO sebagai parti politik teras. Ini dapat dilihat dari fenomena peningkatan jumlah keahlian baru dari serata negara yang menyertai PAS sejak kebelakangan ini. Himpunan gergasi ini akan menjadi satu lagi bukti akan daya tarikan PAS menggembeling tenaga perubahan mengikut acuan yang telah digagaskan oleh Islam.

Harapan saya agar Himpunan Fastaqim ini akan menjadi antara titik tolak penting di dalam menggembeling kekuatan ahli PAS dan masyarakat bagi melakukan perubahan total untuk negara.


Sila kongsi artikel ini...

Anak Melayu vs Anak Cina - Saiful Nang

1:16 PM 0 Comments A+ a-



ANAK MELAYU VS ANAK CINA

Anak Melayu belajar dari tadika sampai universiti semua mengikut SUKATAN PELAJARAN. Umur 25 tahun baru masuk bidang pekerjaan selepas selesai ijazah sarjana. Umur 60 tahun dah bersara walaupun sihat untuk bekerja sampai umur 80 tahun. Baru nak pandai dan bijak, dah kena bersara. Bila ada anak, jawatan bapak dalam kerajaan tak boleh diwaris kepada anak


Anak Cina Triang tak pergi sekolah macam saya. Tapi umur 14 tahun dah ambil alih kedai runcit bapak dan mereka BELAJAR TANPA SUKATAN PELAJARAN (Pelajaran mereka tiada sukatan dan tiada batasan). Umur 16 tahun dah buka cawangan. Umur 19 tahun buka supermarket, umur 25 tahun semasa kita terima ijazah dan bergambar dengan topi leper berambu itu mereka sudah ada cawangan supermarket seluruh negeri. Kita keluar dengan segulung ijazah dan bekerja dengan mereka.

Perbandingan di atas itu antara budak paling bijak Melayu dan budak drop-out Cina. Tidaklah kita nak kata jangan pergi sekolah tetapi lihat juga orang Cina pergi sekolah, balik sahaja sekolah tolong mak ayah jaga kedai. Orang Melayu balik rumah tengok "Diari Akademi" and all the lagho thing.

Anak Melayu berhibur pergi fun-fair di Pekan Triang dan tengok wayang di Odeon. Anak Cina jaga kaunter tiket funfair dan Odeon yang orang Melayu bayar.

Orang Melayu Raya, orang Cina yang kaya. Orang Cina raya, orang Melayu yang susah kerana semua kedai Cina tutup.

Saya bukan nak rasis. Tak semua Cina macam tu, tak semua Melayu begitu. Tapi untuk maju, lihatlah keburukan diri untuk diperbaiki dan lihatlah kebaikan orang untuk dicontohi.

Umur 25 tahun Anak Cina ada RM20 Juta, anak Melayu hutang PTPTN RM20 Ribu

Belajar BERSUKATAN atau belajar TIADA SUKATAN? Menteri boleh kata sistem pendidikan kita yang terbaik. Mungkin ayatnya tidak habis, sistem pendidikan kita yang terbaik MENGHASILKAN HAMBA DAN BUKAN TUAN. Jika benar sistem pendidikan kita yang terbaik, mengapa Datuk Seri Hishamuddin Hussein semasa menjadi Menteri Pelajaran Malaysia tetapi masih hantar anak ke Sekolah Antarabangsa?

SAIFUL NANGPengamal Pendidikan Tanpa Sukatan.


Sila kongsi artikel ini...

Mahfuz Omar: Mengutuk Tindakan Perdana Menteri Najib Mempergunakan Pasukan Polis untuk Menangkap Datuk Khairuddin Abu Hassan

11:20 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

MENGUTUK TINDAKAN PERDANA MENTERI NAJIB MEMPERGUNAKAN PASUKAN POLIS UNTUK MENANGKAP DATUK KHAIRUDDIN ABU HASSAN

1. Saya ingin melahirkan rasa terkejut dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pasukan polis yang telah menangkap bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaaan atas dakwaan kononnya Khairudin telah melakukan cubaan melaksanakan aktiviti yang menggugat sistem demokrasi berparlimen. Bagi saya, penangkapan Khairuddin ini jelas menunjukkan pasukan polis telah dipergunakan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak bagi menutup mulut sesiapa sahaja yang cuba untuk membongkar penyelewengan yang berlaku di dalam kes 1MDB yang turut berkait dengan penyaluran wang sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

2. PDRM berkewajipan untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia bagaimana tindakan Khairudin yang menggunakan saluran perundangan dengan cara membuat laporan rasmi kepada pihak-pihak berkuasa Malaysia, Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat agar sisasatan dilakukan terhadap kes 1MDB, boleh dianggap sebagai perbuatan yang menggugat sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. Tafsiran mahkamah atau peguam manakah manakah yang digunakan PDRM untuk mengatakan sebarang aduan rasmi kepada pihak berkuasa adalah suatu tindakan yang bersalahan dengan prinsip-prinsip di dalam sistem demokrasi berparlimen?

3. Sesungguhnya rakyat Malaysia yang waras dapat melihat bahawa yang tergugat dengan laporan demi laporan yang dibuat oleh Khairudin bukanlah sistem demokrasi berparlimen atau Perlembagaan negara ini, tetapi yang sebenarnya tergugat dan merasa sangat takut dengan siasatan-siasatan yang bakal dijalankan oleh agensi penguatkuasa di seluruh dunia tidak lain tidak bukan ialah Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Maka cara paling mudah untuk melindungi Najib dan Rosmah ialah dengan menangkap individu-individu yang berani seperti Khairuddin meskipun terpaksa menggunakan pertuduhan-pertuduhan yang tak masuk akal untuk menutup mulut mereka dan seterusnya menakut-menakutkan rakyat Malaysia yang lain agar tidak lagi bercakap tentang ke mana perginya wang 1MDB atau bagaimana RM40 juta wang dari SRC International boleh ‘berakhir’ di dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

4. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mendesak supaya Khairuddin dibebaskan segera dan tidak diancam atau disekat pergerakannya. Jika Perdana Menteri merasakan Khairuddin melakukan perbuatan fitnah ke atas dirinya, maka saya mencabar Perdana Menteri agar memfailkan saman di mahkamah. Jangan sekali-kali menyalahgunakan kuasa dengan memperalatkan pasukan polis dan lain-lain agensi kerajaan untuk menekan Khairuddin atau sesiapa sahaja yang menggunakan kaedah dan saluran yang sah untuk menuntut siasatan dijalankan ke atas Perdana Menteri di dalam kes 1MDB dan juga kes-kes yang lain yang membabitkan Perdana Menteri.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA”

DATO’ MAHFUZ HAJI OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
20 Sept 2015/6Zulhijjah 1436


Sila kongsi artikel ini...

Pilihanraya Kampus (PRK) 2015: Martabatkan Kuasa Semak & Imbang Mahasiswa Terhadap Politik Negara - Pemuda PAS

8:47 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media Rasmi
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) 2015: MARTABATKAN KUASA SEMAK & IMBANG MAHASISWA TERHADAP POLITIK NEGARA

1. DPPM mengucapkan tahniah kepada seluruh mahasiswa yang telah dan akan menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin mahasiswa di universiti dalam piliharaya kampus (PRK) yang berlangsung.

2. DPPM percaya bahawa seluruh mahasiswa pasti berhajat kepada sebuah barisan kepimpinan yang berdaya saing, karismatik dan berani untuk memimpin dan memperjuangkan hak mahasiswa tanpa takut terhadap tekanan atau ugutan mana-mana pihak.

3. Justeru, PRK mestilah dilaksanakan secara tertib, bebas dan adil oleh pihak pentadbiran universiti agar ia berlangsung dalam suasana politik matang yang dapat mengangkat nilai keintelektualan mahasiswa dan sifat kebertanggungjawaban pemimpin mahasiswa sekaligus menjadi medan menyubur dan mendidik mahasiswa untuk menghadapi proses demokrasi di luar alam kampus kelak.

4. DPPM berpendirian bahawa kuasa semak dan imbang yang dipunyai oleh golongan mahasiswa ini mesti diakui dan dimartabatkan ke arah pembangunan politik negara yang lebih bermoral dan kompeten pada masa hadapan.

5. Atas justifikasi tersebut, DPPM mengecam dan mengutuk bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti tertentu kerana bersikap tidak bertanggungjawab dan tidak telus dalam melaksanakan PRK termasuk pada prosedur dan peraturan piliharaya khususnya untuk merumitkan urusan calon yang vokal terhadap pentadbiran universiti dan Kerajaan serta untuk memenangkan calon tajaan universiti.

6. Hal yang demikian telah mengundang kejelekan kepada minat calon-calon yang bebas daripada tajaan universiti untuk memboikot PRK di UM, insiden berdarah dan penafian hak calon-calon di UKM seterusnya terdapat calon-calon yang disuruh mengaku sebagai calon pro-universiti sebagai pengesahan terhadap kemenangan mereka di UIAM.

7. Seperti di UIAM (Gombak), kumpulan We Unite For Islam (WUFI) memenangi 14 daripada 23 kerusi yang dipertandingkan dengan menguasai lebih 70% daripada keseluruhan undi untuk kerusi lokal dan memenangi 6 kerusi tanpa ditandingi - selain memenangi 10 daripada 12 kerusi di UIAM Kuantan.

8. Tetapi terdapat individu tertentu dalam kalangan pihak pentadbiran bersama jentera pro-aspirasi universiti telah memanipulasi kedudukan 5 calon kerusi internasional serta ‘memaksa’ 3 calon kerusi lokal mengesahkan bahawa mereka bukan calon WUFI justeru menguarkan-uarkan bahawa pro-universiti telah memenangi PRK UIAM dengan mendapat 12 kerusi iaitu lebihan 1 kerusi berbanding WUFI.

Baca: http://m.harakahdaily.net/…/37469-pro-m-menang-besar-dalam-…

9. Tindakan-tindakan terdesak seperti ini hanya merosakkan integriti pentadbiran universiti dan ketelusan proses pilihanraya kampus serta suatu bentuk pendidikan budaya politik kotor untuk generasi masa depan negara.

10. Oleh itu, DPPM menuntut pihak pentadbiran universiti menguruskan PRK dengan penuh berhemah, berintegriti dan bebas daripada pengaruh politik, atau membentuk jawatankuasa dari kalangan mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai persatuan mahasiswa.

11. DPPM sekali lagi merayu dan menyeru agar semua pihak; mahasiswa, pensyarah dan pentadbir di universiti, orang awam, ahli-ahli politik dan Kerajaan memberikan perhatian serius terhadap pembangunan pendidikan politik golongan mahasiswa agar golongan ini dimartabatkan sebagai kuasa semak dan imbang yang sangat berkesan terhadap politik negara.

Sekian.

AHMAD TAUFIQ BIN KAMARUDDIN
Pengarah,
Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM),
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Sabtu, 19 September 2015 | 5 Zulhijjah 1436H


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.