Bajet 2016 Bajet PM Najib 7- 9 Kupang - Mahfuz Omar

6:29 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

BAJET 2016 BAJET PM NAJIB 7- 9 KUPANG.

1. Bajet 2016 yang diumumkan oleh Dato' Seri Najib berjumlah RM267.22 bilion dengan sejumlah RM215.22 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM52 bilion untuk perbelanjaan pembanggunan tidak pun memberikan apa-apa yang melegakan rakyat yang sedang mengalami kesempitan hidup akibat daripada kenaikan harga minyak, Tol, GST, kejatuhan nilai ringgit dan skandal 1MDB.


2. Rakyat tidak peduli pun tentang bajet Najib kerana bajet ini tidak akan mengubah apa apa persekitaran dan melonjakan ekonomi negara dan pengukuhan nilai ringgit Malaysia serta meringankan kos sara hidup. Bajet yang tiada apa pun yang baru dan tiada faktor "wow" yang dapat melegakan rakyat. Apa diharap pada bajet Najib 2016 jika rakyat sudah tahu kesempitan hidup mereka disebabkan kebobrokan Najib dan kerajaan BN sendiri.

3. Bajet Najib 2016 tidak pun dapat melonjakkan nilai ringgit Malaysia kembali seperti masa Najib ambil alih jawatan PM sejak 2009 dengan kedudukan nilai matawang ringgit RM3.60 untuk USD1 dan pada hari bajet dibentangkan 23 Oktober 2015 ditutup dengan RM4.21 untuk USD1. Pada 24 Oktober 2015 harga tukaran di pengurup wang KLIA 2 RM4.57 untuk USD1. Ini bermakna kita memerlukan 7 ke 9 kupang tambahan bagi menyamai nilai pada 2009 untuk USD1.Ini petanda krisis kepercayaan terhadap kepimpinan Najib dan kerajaan BN begitu parah.Bertuah Malaysia memiliki PM 9 kupang.

4. Tiada yang baru dan tiada faktor "wow" yang melegakan rakyat untuk keluar dari kesempitan hidup. Impak GST tidak dirasai walaupun kutipan GST mencecah RM27 bilion untuk tahun 2015 dan mengunjurkan kutipan sebanyak RM39 bilion untuk tahun 2016.

5. Pemberian Brim dari RM950 setahun untuk dibelanjakan sehari RM2.60 kupang dinaikan RM50 bersamaan . 14 sen sehari kepada RM1000 setahun untuk dibelanja sehari RM2.70.sehari tidak mampu untuk membeli ikan temenung yang sekilo mencecah RM10-RM14.00. Begitu juga dengan kehidupan masyarakat bandar di Lembah Kelang khususnya masyarakat pekerja dengan pergerakan yang dikepung dengan kenaikan tol. Bajet Najib sebenarnya hendak menyuruh rakyat makan nasi dengan sambai teloq rebus belah 16.

6. Habis apa yang baru dan mengejutkan dari bajet Najib sehingga rakyat kata wau rasa lega. Sebenarnya, kita semua terkejut dengan terpaksa tambah 7 kupang untuk dapat USD1 banding dengan waktu Najib ambil alih jawatan PM pada tahun 2009 hanya RM3.60 kupang berbanding hari ini jam 9 pagi 28 Oktober 2015 RM4.28 untuk USD1. Ini lah kehebatan Najib dengan ETP, GTP entah berapa banyak P dan rakyat pun pelan pelan P kerana Najib tak mau P.

KALAU RAKYAT TAK MAU P PASTIKAN NAJIB DAN BN KENA P.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
28 Okt 2015/15 Muharram 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Watak Zaharudin Muhammad Jatuhkan Pas Terengganu? - Husam Musa

1:39 PM 0 Comments A+ a-



Watak Zaharudin Muhammad Jatuhkan Pas Terengganu?

Zaharuddin Muhammad nampaknya galak menulis sehari dua ni, nak pertahankan Kelantan dari jatuh.

Caranya dengan menyerang saya.


Jika dunia ilmiah dipilih, saya bersedia mengemukakan hujah saya mengapa Pas kalah di Kedah, dalam mana-mana seminar.

Sebahagian darinya pernah saya kemukakan kepada Lajnah Politik Pas Pusat enam atau tujuh bulan sebelum kekalahan itu termeterai.

Elok benar satu seminar diadakan untuk bedah siasat kekalahan sepenggal, bukan sahaja di Kedah bahkan juga Terengganu.

Itu gaya Al Qur'an ketika berbicara tentang kekalahan di Uhud dan Hunain.

Allah membedahnya sehingga ia kekal sebagai kajian post mortem sampai hari ini. Dengan cara itu, pelajaran boleh di tekuni.

Saya menunggu jika ada mana pihak untuk menganjurkan seminar kekalahan Kedah dan Terengganu dan hampir tewasnya Pas di Kelantan 2004.

Jika Zaharudin dapat dijemput bersama, saya berterima kasih.

Ada pun ayat ayat dalam tulisan Zaharudin berbentuk ugutan dan unsur fitnah, saya telah pun mengarahkan peguam mengambil tindakan.

Bersama tulisan fitnah Ustaz Masri Yusuf, seorang guru YIK dan se orang petugas di pejabat Perhubungan Pas Negeri Sembilan untuk tindakan saman malu.

Bagaimana orang berpendidikan Islam boleh sewenang wenang memfitnah?

Tujuan belajar agama adalah untuk mencapai syurga tiba tiba larangan Allah terus dilanggar.

Bolehkah menuju syurga?

Husam Musa
15 Muharram 1437/28 Oktober 2015




Sila kongsi artikel ini...

Perkauman Sempit di Malaysia - Nur Hadi Mohamad

11:30 AM 0 Comments A+ a-



PERKAUMAN SEMPIT DI MALAYSIA

Kejadian 'Mat Salleh' samseng pukul cermin kereta sampai pecah adalah bukti betapa suburnya budaya perkauman sempit di negara kita.

Kau ada nampak kelibat Ali Tinju muncul pertahankan mangsa (Melayu)? Kau ada baca kenyataan dari Jamal Penjilat Tegar? Mana pergi ayahanda-ayahanda PEKIDA? Mana dia pahlawan-pahlawan PERKASA. Semuanya buat bodoh. Depa tak ambil peduli pun.

Sebab apa? Sebab samseng itu BUKAN CINA! 'Mujurlah' kejadian berlaku antara Melayu dengan 'Mat Salleh'. Bukan Melayu dengan CINA!

Kau bayangkan kalau kejadian itu berlaku antara Melayu dengan Cina. Aku yakin di laman sosial akan viral tahap gaban terutamanya dari Melayu atau Cina yang berpenyakit 'Sawan Kaum'. Yg Melayu akan maki Cina. Yg Cina pun akan kutuk Melayu. Biasanya begitulah.

Kemudian muncul pula 'berok-berok' dari merata tempat berkumpul kononnya mahu mempertahankan kaum masing-masing.

Aku nak ingatkan. Kesalahan, kezaliman atau kekejaman tidak mengenal kaum dan agama. Jika Abu mencuri di kedai telefon milik orang Cina, yg salah bukan bangsa Abu (Melayu) dan bukan agama Abu (Islam). Yang salah ialah ABU. Jika Ah Chong pukul budak Melayu, yg salah bukan bangsa Ah Chong (Cina) dan bukan agama Ah Chong (Buddha). Yg salah ialah AH CHONG.

Letakkan kesalahan tu pada Abu dan Ah Chong sudah la. Yang jadi bangang kait sekali bangsa dan agama Abu dan Ah Chong tu kenapa?

Seorang lelaki Melayu buat salah, kita kutuk Melayu. Seorang lelaki Cina buat salah, kita maki Cina. Sampai bila pun rakyat negara kita tak akan mampu bersatu disebabkan kebodohan segelintir masyarakat kita. Buanglah perangai jijik tu. Dalam kubur malaikat tak tanya pun kau bangsa apa. Bukannya kau dapat tiket ekspress ke syurga dengan sikap taksub kepada bangsa yg kau pegang


Sila kongsi artikel ini...

Afiq Bin Ayob: Sila Pm Saya - Zaharuddin Muhammad

9:28 AM 0 Comments A+ a-



AFIQ BIN AYOB: SILA PM SAYA.

Saya terbaca sebaran laporan SPRM daripada Mohd Afiq bin Ayob tentang kenyataan media laporan rasuah berkaitan Exco kelantan.

Pertamanya, saya sendiri mencari dokumen yang ada jika benar-benar wujud. Jika ia benar-benar wujud saya mahu mendapatkannya untuk saya sendiri lawan jika ia benar berbukti dan berfakta.


Saya sendiri akan pergi buat laporan SPRM di samping membawanya ke Mesyuarat PAS Pusat jika ia benar-benar genuine dan betul. Tetapi setakat beberapa isu yang dibangkitkan, ia adalah fitnah. menyebut angka tidak semestinya fakta. Fakta ialah apabila ia dibuktikan.

Kalau sesiapa yang ada contact Mohd Afiq bin Ayob sila PM saya. Saya tidak mahu kelantan jadi seperti Kedah. Dato Pakhrol jaja penyelewengan ke hulu ke hilir, tapi masa jumpa dengan PAS pusat, satu poin pun tak dibangkitkan, apatah lagi dibuktikan. Kata ada pihak dah report penyelewengan Arwah Dato Seri Azizan, tapi hanya berita cyber trooper, realitinya tiada report SPRM pun. Tapi disebarkan konon-kononnya dibuat report supaya orang kata: "U Azizan menyeleweng, dah ada orang report sprm pun". Tujuan supaya masyarakat berhukum sebelum hasil siasatan berlaku.

Cuma saya tahu, ada beberapa orang yang telah disekat daripada melakukan bubble terhadap duit rakyat. Saya ada bukti terhadap cubaan ini. Isu ini tak guna report SPRM sebab ia tak menjadi sebab dah di'block' awal.

Lepas bajet ni saya nak release beberapa poin berkaitan Hussam yang saya kenali. Fokus lawan UMNO dulu.


Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Media laporan rasuah kait Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan seorang Datuk beralamat di Istana Negara bersangkutan aktiviti pembalakan

9:26 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media laporan rasuah kait Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan seorang Datuk beralamat di Istana Negara bersangkutan aktiviti pembalakan

Kenyataan media.


27 Oktober 2015

Saya Mohd Afiq Bin Ayob, mewakili pengundi muda luar Kelantan hari ini telah memfailkan aduan rasmi berkaitan rasuah bernilai lebih RM5 juta bersangkutan kegiatan pembalakan di negeri Kelantan.

Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya alasan untuk memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian bukti yang saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes ini.

Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan

· pembayaran wang kepada seorang Exco Kerajaan Negeri

· ‘sumbangan’ kenderaan Toyota fortuner termasuk Salinan perjanjian jualbelinya

· Pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan

· ‘sumbangan’ RM 32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang exco kerajaan negeri

· ‘sumbangan’ ‘tile’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana billnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan

· Pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan Salinan cek disertakan.

· Dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta)

· Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.

Semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang Datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.

Dokumen bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Lebih pelik lagi kegiatan Exco Kerajaan negeri Kelantan yang dimaksudkan turut melibatkan seorang Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara dan dari carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat dengan pimpinan kerajaan pusat.

Selaku anak muda Kelantan saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini. Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional.

Kami memberi masa 30 hari kepada SPRM untuk menyesaikan, jika tidak saya dan teman – teman tidak punya banyak pilihan selain dari mendedahkan semua dokumen dan bukti terbabit kepada rakyat. Kami bersedia mencetak semua bukti tersebut untuk edaran kepada rakyat khususnya seluruh negeri Kelantan. Pelaku yang mengotori Kerajaan Kelantan harus disingkirkan segera.

Dalam pada masa itu kami sedia untuk bertemu YAB Datuk Menteri Besar bagi menjelaskan dan menyerahkan semua dokumen bukti terbabit dengan syarat, exco terbabit perlu digantung khidmat tugas serta merta sepanjang penyiasatan ini dan selepas terbukti bersalah Kerajaan Negeri sendiri harus bertindak ke atas Exco ini selain dari tindakan undang – undang oleh SPRM.

Sekian.
Mohd Afiq Bin Ayob


Sila kongsi artikel ini...

AMK Mencalonkan Tokoh-Tokoh Muda Untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak

9:23 AM 0 Comments A+ a-



AMK MENCALONKAN TOKOH-TOKOH MUDA UNTUK PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK

Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Angkatan Muda Keadilan (AMK) selesai menjalankan bengkel dua hari bersama-sama calon AMK di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak bermula 26 hingga 27
Oktober 2015.


Ini merupakan sebahagian aktiviti Jawatankuasa Pilihan Raya AMK Pusat
bagi membantu kemenangan calon-calon AMK dengan kerjasama Jawatankuasa Pilihan Raya KEADILAN Pusat dan Jawatankuasa Pilihan Raya KEADILAN Sarawak.

Calon-calon mengadakan perbincangan dengan YB See Chee How, Pengarah
Pilihan Raya KEADILAN Sarawak; YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua AMK
Malaysia; YB Dr Afif Bahardin, Timbalan Ketua AMK Malaysia; YB Tan Kar
Hing, Pengarah Pilihan Raya AMK Malaysia; Raymond Ahuar, Naib Ketua
AMK Malaysia; YB Chang Lih Kang, Setiausaha AMK Malaysia dan
pimpinan-pimpinan lain.

Berikut merupakan calon-calon AMK:

1. Abdul Raafidin Majidi, DUN Nangka (Ketua AMK Sarawak), 32 tahun
2. Mohamed Shalleh Shawkatali, DUN Satok (Naib Ketua AMK Sarawak), 34 tahun
3. Steve Teo Jia Jun, DUN Senadin (Ketua AMK Miri), 25 tahun
4. Musa Ngog, DUN Tarap, (Ketua AMK Mambong), 33 tahun

Selain itu, dua calon mendapat dokongan AMK dan Wanita KEADILAN secara bersama:

1. Jamilah Baharuddin, DUN Simunjan (Ketua Biro Alam Sekitar AMK
Malaysia), 29 tahun
2. Elia Bit, DUN Marudi (Ketua AMK Baram), 27 tahun

Kekuatan utama AMK Sarawak berteraskan latarbelakang calon-calon yang
berusia 20an dan 30an dan berasal daripada pelbagai kaum dan latarbelakang aktivisme dan profesional.

Isu-isu jurang pembangunan, peluang pekerjaan dan ekonomi setempat,
pencabulan Tanah NCR dan menyuarakan suara generasi muda Sarawak akan
menjadi fokus calon-calon AMK Sarawak.

ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.