Saya berasa amat kesal dan dukacita dengan cara pemecatan YBhg Dato' Hamidah Osman - Muhyiddin Yassin

9:46 PM 0 Comments A+ a-



Saya berasa amat kesal dan dukacita dengan cara pemecatan YBhg Dato' Hamidah Osman daripada UMNO. Sebagai bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian, Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia dan Exco Kerajaan Negeri Perak, beliau tentunya telah banyak berjasa kepada UMNO dan kerajaan.

Yang menimbulkan persoalan ialah asas dan proses pemecatan beliau daripada parti. Berdasarkan kenyataan Dato' Hamidah, pertuduhan ke atas beliau adalah kerana beliau menghadiri satu majlis bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun Dr Mahathir adalah bekas Presiden UMNO dan masih merupakan ahli UMNO.

Saya ingin bertanya, adakah menghadiri satu majlis bersama bekas Presiden UMNO, yang turut dihadiri oleh ramai pemimpin dan ahli UMNO yang lain, merupakan satu kesalahan disiplin? Jika ia adalah satu kesalahan disiplin, maka saya rasa ramailah ahli UMNO yang terpaksa dilucutkan keahlian mereka dan tinggallah UMNO sebagai parti yang semakin kehilangan ahli dan penyokong.

Dato' Hamidah juga menyatakan bahawa beliau tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO. Justeru, adakah cara pemecatan Dato' Hamidah mematuhi kehendak Perlembagaan UMNO dan prinsip 'due process of law'? Saya tidak fikir pemecatan seseorang ahli boleh dibuat dengan hanya menghantar surat tunjuk sebab tanpa memanggil ahli yang berkenaan membela diri.

Ada pihak yang berhujah MT boleh memecat seorang ahli tanpa perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin sepertimana yang berlaku dalam kes pemecatan keahlian YBhg Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Mereka ini tidak tahu sejarah. Lembaga Disiplin hanya diwujudkan selepas Pindaan Perlembagaan UMNO pada tahun 2000, iaitu dua tahun selepas Anwar dipecat daripada parti.

Selaku Pengerusi JK Pindaan Perlembagaan UMNO pada waktu itu, saya telah mengusulkan supaya satu Lembaga Disiplin yang bebas dan terdiri daripada ahli-ahli yang tidak berkepentingan dalam parti diwujudkan. Tujuannya ialah supaya sebarang keputusan yang diambil oleh Lembaga Disiplin tidak berat sebelah, `without fear or favour', adil, telus dan pihak yang diadili akan dapat menerima keputusan yang dijatuhkan keatasnya.

Jika benar dakwaan Dato' Hamidah bahawa beliau tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin untuk membela diri, maka tindakan memecat beliau daripada parti adalah jelas bercanggah dengan semangat Perlembagaan UMNO. Selain itu, pemecatan keahlian di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO juga seharusnya menjadi pilihan terakhir terhadap seseorang ahli jika beliau telah melakukan satu kesalahan besar yang melanggar Perlembagaan UMNO dan Tataetika Ahli UMNO.

Saya sedar sebagai Ahli MT, saya terikat dengan sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh MT. Cuma adalah menjadi kewajipan saya untuk menyatakan pandangan saya mengenai sesuatu perkara yang dilihat bercanggah dengan kehendak Perlembagaan parti.

Saya bimbang beberapa perkara pelik yang berlaku di dalam UMNO sejak kebelakangan ini membayangkan semakin terhakisnya sikap bertanggungjawab, adil dan beramanah dalam kalangan sesetengah pemimpin parti.

Kepada segelintir mereka ini, saya ingin berpesan. Ingatlah, UMNO bukan parti milik mana-mana individu. UMNO adalah parti milik seluruh umat Melayu! Jangan dihiris hati orang Melayu dengan tindakan tidak amanah dan tidak bertanggungjawab anda semua!

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Presiden UMNO


Sila kongsi artikel ini...

Parti UMNO DI Ambang Kejatuhan - Khairuddin Abu Hassan

8:44 PM 0 Comments A+ a-



PARTI UMNO DI AMBANG KEJATUHAN

Pemimpin-pemimp
in tertinggi umno masakini sedang menodai serta menempa kejatuhan buat parti keramat ini dengan pelbagai tindak-tanduk yang tidak popular.

Hampir keseluruhan ahli-ahli majlis kerja tertinggi umno dapatlah diibaratkan seperti 'lembu dicucuk hidung' ditarik ke kiri dan kanan secara membisu saja. Mereka takut untuk bersuara atau mempersoalkan keputusan-keputusan yang tidak popular yang bakal membuatkan keseluruhan ahli-ahli serta rakyat semakin jelek dengan parti ini masakini.

Praktis dan tradisi umno yang berpuluhan tahun memperuntukkan timbalan presiden untuk merasmikan mesyuarat sayap-sayap parti kini telah dirongkaikan!! Kenapa tahun ini baru nak dibenarkan ketua-ketua sayap sendiri merasmikan pembukaan mesyuarat masing-masing?!

Najib tun razak dah pimpin umno serta kerajaan hampir 6 tahun. Kenapa najib tun razak tak tukarkan tradisi sejak 6 tahun yang lepas seandainya cadangan ini baik untuk sayap-sayap?!

Kenapa budak hingusan 'flip-flop' khairy jamaluddin serta sharizat jalil tak mencadangkan sejak mula menjadi ketua pemuda serta ketua wamita untuk mereka merasmikan mesyuarat sayap masing-masing?!

Atau adakah mereka takut pada buah pemikiran dan mesej yang bakal disampaikan oleh tan sri mahyuddin yassin kelak pada ucaptama mesyuarat sayap-sayap parti?!

Hampir setiap tahun timbalan presiden membuat ucaptama yang lebih bernas dari ucaptama presiden di perasmian persidangan sayap-sayap parti!! Mesej, hujah, fakta, semangat dan stail ucapan timbalan presiden lebih baik dari presiden umno!! Lihatlah dan bandingkanlah ucaptama timbalan presiden dibandingkan dengan ucapan presiden yang bagaikan 'langit dengan bumi' pada persidangan tahun 2014. Majoriti ahli-ahli umno puji ucapan tan sri mahyuddin yassin dibandingkan dengan najib tun razak!!

Kepimpinan umno masakini sedang mengamalkan dasar ala 'otokratik' yakni pecat serta ambil tindakan disiplin keatas siapa saja yang bersuara mengkritik dasar yang tidak sehaluan dengan kalangan puak mereka yang kaki bodek minda lemah otak udang!!

Saya secara jujur dan ikhlas ingin sarankan kepada keseluruhan ahli-ahli umno di seluruh tanahair agar tolak puak-puak bangang kaki bodek minda lemah otak udang ini sebelum umno hancur!!

Kita membuat teguran ikhlas adalah kerana sayangkan kepada parti keramat ini yang sedang dinodai dan dirosakkan oleh kalangan bangang minda lemah otak udang yang hanya mahu membodek pemimpin-pemimpin atasan walaupun dasar-dasar masakini umno tidak popular di kalangan akar umbi!!

Kita tidak harus takut pada manusia sesama manusia walaupun presiden parti!! Namun kita mesti pegang utuh pada amanah Allah swt serta rakyat yang telah mengamanahkan kepada kita untuk memimpin bangsa, agama serta tanahair yang tercinta ini secara terbaik mungkin.

Dalam apa jua keadaan; saya akan tetap lawan kemungkaran secara habis-habisan demi mempertahankan kebenaran yang berkekalan!! Insya-Allah....

LAWAN TETAP LAWAN atas dasar kebenaran!


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.