Tan Sri Khaled Abu Bakar (KPN) Tolong Jawap!! Jangan Lari Dari Fakta Sebenar - Khairuddin Abu Hassan

11:00 PM 0 Comments A+ a-



TAN SRI KHALED ABU BAKAR (KPN) TOLONG JAWAB!! JANGAN LARI DARI FAKTA SEBENAR!!


Khairuddin Abu Hassan

Apa status siasatan laporan polis saya keatas najib tun razak, rosmah mansor, riza aziz dan jho low??!!

Adakah polis sudah memanggil mereka untuk proses siasatan?! Kalau belum; kenapa?!


Sekiranya tan sri khalid abu bakar buat kenyataan nak panggil tun dr mahathir mohamad kerana menghadiri perhimpunan BERSIH 4; mengapa najib tun razak, rosmah mansor, riza aziz dan jho low tidak boleh dipanggil?! Apa istimewanya mereka ini?!

Kenapa PDRM pilih kasih dan praktik 'double standard' dalam siasatan mereka?!

Keseluruhan rakyat Malaysia sedang memerhati dan negara-negara luar juga sedang melihat pihak penguatkuasa kita yang amat tidak berkredibiliti, tidak telus, tidak adil, tidak professional serta tidak amanah!!

Malahan, kuasa eksekutif kita sudah nampak salahguna kuasa di dalam menangani kes skandal 1MDB!!

Perkara yang patut diberi keutamaan untuk menyiasat polis tidak siasat!! Perkara-perkara yang tidak patut siasat direka-cerita untuk menyiasat!!

Akhirnya PDRM hanya dapat malu!! Lihat saja reka-cerita mereka mengenai justo yang akhirnya dinafikan oleh polis thailand kononnya terlibat dengan memalsukan dokumen-dokumen petrosaudi!!

Pembohongan terhadap clare brown (editor sarawak report) juga dimalukan oleh INTERPOL yang menyatakan mereka tidak mempunyai asas untuk menahan clare brown dan menolak fahaman politik sempit Malaysia!! PDRM malu besar!! Putrajaya pun malu besar!!

Tadi TV3suku keluarkan berita fitnah kononnya tun dr mahathir mohamad membiayai kos operasi sarawak report di london. Itu satu pembohongan dan penipuan yang tidak berasas sama sekali!! Saya lebih mengenali clare brown!! Macam-macam reka-cerita dibuat untuk melakukan 'character assasination' terhadap para pengkritik mereka!! Namun kita semua jangan risau kerana rakyat tidak bodoh semacam mereka semua!!

Saya mempunyai hak untuk mengetahui kedudukan atau status laporan polis keatas najib tun razak, rosmah mansor, riza aziz serta jho low!!

Tan sri khalid abu bakar tolong beri pencerahan dan jangan menyimpang dari asas sebenar kes skandal 1MDB!!
Jangan terlalu kalut dengan isu-isu lain!! Laporan polis saya dah lama buat tapi habuk pun tak ada!! Inilah imej PDRM masakini yang sedang ditertawakan oleh seluruh dunia!!



Sila kongsi artikel ini...

Kaitkan BERSIH 4 dengan Perkauman Bukti UMNO Berniat Jahat - Salahuddin Ayub

7:11 PM 0 Comments A+ a-



KAITKAN BERSIH 4 DENGAN PERKAUMAN BUKTI UMNO BERNIAT JAHAT

Saya terpanggil untuk memberi reaksi kepada kenyataan pemimpin Umno yang cuba mengaitkan himpunan Bersih 4 pada 29 hingga 30 Ogos lalu, dengan isu perkauman.

Saya dengan tegas menjelaskan bahawa tidak timbul langsung isu perkauman dalam Bersih 4 seperti yang cuba diapi-apikan oleh pemimpin Umno itu.


Saya sendiri tidak akan mengikuti himpunan bermula Bersih 1 hingga Bersih 4, jika dengan jelas atau berselindung ia bertujuan mahu menjatuhkan kerajaan dengan kekerasan, menghapuskan kuasa aja-raja Melayu atau mempertikai hak dalam Perlembagaan.

Tetapi, semua rakyat termasuk saya sendiri, turun menyertai Bersih atas kesedaran yang tinggi dan sebab yang jelas, iaitu menuntut pilihan raya yang adil dan ketidakadilan dalam urus tadbir kerajaan seperti rasuah dan salah guna kuasa.

Ingin saya tegaskan bahawa, rakyat yang turun ke himpunan Bersih tidak boleh dikaitkan dengan isu perkauman kerana yang turun itu terdiri daripada pelbagai kaum.

Adalah tidak benar sama sekali untuk mendakwa Bersih 4 cuba mencetuskan isu perkauman dengan melatarbelakangkannya dengan tragedi 13 Mei.

Bagi saya, tuduhan yang dibuat oleh pemimpin ini sangat jahat dan rasis.

Jika kita masih ingat, ketika himpunan Besih 1, ramai orang Melayu menyertainya, namun pemimpin Umno yang sama jugalah ketika itu menuduh bahawa Melayu yang turun ke himpunan itu adalah barua kepada orang Cina, kononnya Cina sibuk berniaga, orang Melayu pula hendak menjatuhkan negara.

Oleh yang demikian, saya daripada Parti Amanah Negara (Amanah) ingin menjelaskan sikap kita bahawa penyertaan dalam himpunan Bersih 4 adalah untuk bersama tuntutan rakyat dan tidak timbul langsung isu perkauman seperti yang cuba dimainkan.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Pengerusi
Parti Amanah Negara (Amanah)
2 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Najib Gagal Sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri - Zulhazmi Shariff

2:22 PM 0 Comments A+ a-



NAJIB GAGAL SEBAGAI MENTERI KEWANGAN DAN PERDANA MENTERI.

Najib Tun Razak merupakan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia yang mengawal selia Kementerian Kewangan.

Kementerian Kewangan Malaysia berfungsi antaranya ialah :


a) Menggubal dan melaksanakan dasar fiskal dan kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan Memperkukuhkan daya saing dan ketahanan ekonomi negara

b) Mempastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah.

c) Menjamin kekayaan negara diagihkan dengan saksama serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Pada 26 OGOS 2015 yang lepas Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan suatu Jawatankuasa Khas Ekonomi yang dianggotai oleh beberapa individu berikut :

a) Tan Sri Dato' Seri Utama Nor Mohamed Yakcop, Timbalan Pengerusi, Khazanah Nasional Bhd

b) Tan Sri Dato 'Azman Mokhtar, Pengarah Urusan, Khazanah Nasional Bhd

c) Tan Sri Andrew Sheng Len Tao, Ketua Penasihat kepada Suruhanjaya Peraturan Perbankan China

d) Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Pengerusi Eksekutif, Symphony Life Berhad

e) Dato Sri Nazir Tun Abdul Razak, Pengerusi, Kumpulan CIMB

f) Datuk Seri Dr K. Govindan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, RAM Holdings Berhad

g) Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia

h) Dato Abdul Farid Alias, Pengerusi, Persatuan Bank-Bank di Malaysia

i) Datuk Seri Saw Choo Boon, Presiden, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia

Penubuhan JKE ini adalah suatu bukti jelas bahawa Najib Tun Razak telah gagal berfungsi sebagai Menteri Kewangan sekali gus gagal sebagai Perdana Menteri. Najib Tun Razak telah membuktikan beliau gagal menerajui Kementerian Kewangan untuk berfungsi secara sendiri sehingga terpaksa mendapatkan bantuan individu luar dari Kementerian.

NAJIB GAGAL. TURUN NAJIB. TURUN BN.

BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF
02092015


Sila kongsi artikel ini...

Perutusan DS Anwar Ibrahim mengenai Bersih 4

1:39 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

Perutusan DS Anwar Ibrahim mengenai Bersih 4

DS Anwar Ibrahim telah menyampaikan perutusan berikut melalui peguam beliau pada 1 September 2015:


"Saya ucap tahniah kepada beratus ribu rakyat Malaysia yang sertai perhimpunan aman Bersih 4; ianya merupakan suatu kejayaan yang amat besar yang memberi fokus penting kepada tuntutan-tuntutan BERSIH yang sah dan patut.

Perhimpunan ini membuktikan rakyat Malaysia matang dan bertanggungjawab dalam melaksanakan hak mereka untuk bersuara dan berhimpun secara aman.

Walaupun diugut dan berbagai halangan oleh pihak kerajaan, namun rakyat cekal meneruskan perjuangan perubahan dan menetang rasuah dan penipuan.

Saya juga alu-alukan kehadiran Tun Mahathir dan Dr. Siti Hasmah dalam turut menyertai perhimpunan Bersih 4."

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN


Sila kongsi artikel ini...

Bersih 4 dan PAS - Tuan Ibrahim Tuan Man

10:48 AM 0 Comments A+ a-



Bersih 4 dan PAS

PAS menyokong tuntutan Bersih untuk pilihanraya yang bersih, dan kehadiran wakil PAS Naib Presiden Ustaz Idris Ahmad adalah bukti sokongan PAS. PAS tidak melarang ahlinya untuk menyertai perhimpunan kali ini. Yang berbeza - cuma PAS tidak kerah ahli kerana sudah ada banyak program parti yang telah diaturkan terlebih dahulu. Ahli boleh memilih samada pergi atau tidak, tanpa sebarang kongkongan.

Impak terbesar Bersih 4 ialah bermulanya era penerimaan demonstrasi aman sebagai sebahagian daripada amalan demokrasi negara kita. Rakyat Malaysia membuktikan demonstrasi boleh dibuat secara aman, pihak kerajaan BN pula menunjukkan mereka boleh mengawal demonstrasi dengan baik. Cuma yang pelik ialah tindakan berlembut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau memberi amaran keras untuk mengambil tindakan terhadap baju Bersih 4. Apakah beliau sedang menyiapkan dirinya untuk menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?


PAS hadir dengan sepenuh tenaga setiap demonstrasi Bersih mahupun anti-GST yang lepas. Hanya kali ini, PAS tidak mengerahkan ahlinya di Bersih 4, oleh itu, kesannya adalah minima. Malah, melalui laporan pelbagai media, difahamkan ketiadaan PAS dirasai kali ini berbanding perhimpunan Bersih sebelumnya. Ini sekaligus membuktikan PAS sebagai parti pembangkang terbesar terus menjadi faktor besar di arus perdana politik negara.

Namun begitu, saya kesal dengan persepsi negatif dan fitnah yang sengaja dibina terhadap PAS, terutamanya pada Presiden PAS, sehingga wujudnya insiden-insiden tidak beradab dan melampaui batas seperti memijak gambar Presiden PAS yang sengaja dibuat untuk menimbulkan kebencian terhadap parti dan Presiden PAS. PAS ingin melahirkan dukacita dan kekesalan yang amat sangat dengan insiden tidak beradab ini. Insiden-insiden penghinaan sebegitu, walaupun terpencil, oleh para provokasi sudah pasti akan menimbulkan ketidakselesaan yang tidak perlu. Ini membuktikan keputusan PAS adalah tepat kali ini untuk tidak mengerahkan ahlinya.

Perjuangan PAS menuntut perubahan total bersama rakyat Malaysia yang inginkan perubahan akan diteruskan melalui pendekatan lain seperti Kongres Rakyat yang bakal diadakan 12 September ini. Semua yang berminat melihat kejatuhan Umno-BN dialu-alukan menyertai Kongres Rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
2 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Penjelasan dan Kronologi Berkaitan Isu 'ALQAMAH Dengan Pelaku Status - Mohd Danial Madani

2:19 AM 0 Comments A+ a-



PENJELASAN DAN KRONOLOGI BERKAITAN ISU 'ALQAMAH DENGAN PELAKU STATUS

oleh: Mohd Danial Madani
s 


Sebagaimana yang kita maklumi kisah ini telah lama tersebar ditanah air kita Malaysia dan usaha untuk membetulkan dan mencegah serta memberi penerangan agar ia tidak disebarkan lagi telah pun dibuat oleh ramai para asatizah kita sehingga ke hari ini. Berkaitan dengan status Ustaz Ahmad Dasuki di FB pula saya ada beberapa point penting untuk dikongsikan agar isu ini difahami dengan baik

1. Status FB beliau berkaitan kisah sahabat Nabi saw 'Alqamah telah ditulis sejak 21 Julai 2015. Beliau jelas mengatakan bahawa 'Alqamah tidak mampu untuk mengucap kerana telah menderhakai ibunya

2. Sejurus daripada itu, ramai para ikhwah telah memberi nasihat dan teguran berkaitan kisah tersebut dengan menyatakan kisah itu palsu atau tidak sahih yang telah dinilai ramai ulama' besar dalam hadis

3. Ada juga yang telah memberi teguran di ruangan private setelah itu, tetapi beliau menjawab dengan jawapan, "belajar lagi dan banyakkan guru" tanpa memberi jawapan ilmiah iaitu sumber atau ulama' mana yang sebut tentang riwayat hadis itu

4. Status beliau tetap tidak didelete bahkan dibiarkan dibaca oleh puluhan ribu manusia dan followers yang mencecah 700 ribu likes. Ini membuatkan ramai orang terus baca, share dan menyampaikan perkara yang tidak thabit dari Nabi saw.

5. Sebulan seminggu setelah itu saya membuat teguran baik di whatsapp kerana kebetulan saya telah mempunyai no hp beliau yang saya terima dari sahabat baik sejak beberapa tempoh sebelum itu. Disebabkan saya perasan beliau ada whatsapp maka saya mengambil jalan untuk bertanya sekali lagi apakah sumber atau hujah yang beliau miliki untuk terus menyebarkan kisah tersebut

6. Sebelum ini saya pernah whatsapp hanya memberi salam dahulu, tetapi disebabkan beliau tidak respon saya biarkan sebab saya anggap beliau sibuk, tapi pada kali ini saya beri salam dan tanya khabar sehingga beliau memberi respon dan izinkan saya untuk bertanya. Sila rujuk cara saya berhubung dengan beliau dengan cara yang hormat, tetapi bagaimana beliau menjawab kepada saya?

7. Setelah berbincang dengan seorang ilmuan hadis kami bersetuju untuk hebahkan perkara ini dan ia tidak dikira sebagai aib kerana

🚫 Beliau telah ditegur banyak kali dan telah sampai kepada beliau kebenaran tetapi beliau tetap tidak delete status di page FB beliau

🚫 Beliau tidak delete status fb berkenaan menunjukkan beliau masih reda dengan kisah itu maka zahirnya ia masih tersebar dan ini jelas satu kemungkaran yang diambil berat oleh para ulama' hadis untuk dicegah

🚫 Beliau gagal menyampaikan hujah secara ilmiah bahkan menjawabnya dengan dalih iaitu banyakkan belajar dan berguru lagi. Soalan: Berapa ramaikah guru yang diperlukan lagi untuk menyelesaikan isu ini? dan berapa lama lagi tempoh untuk belajar untuk menyelidiki kisah ini?

🚫 Sesetengah orang menberi cadangan agar tidak menyebut nama beliau dan hanya fokus untuk memberi penjelasan sahaja tanpa meng"aibkan"

Ini jelas salah dalam bermualamat dengan inividu yang telah menyampaikan hadis palsu dengan sengaja dan masih menyebarkan setelah diberi teguran dan peringatan kerana

📌 Masyarakat masih akan mengambil kisah ini daripada beliau, jadi wajar masyarakat tahu bahawa beliau silap dan tiada hujah yang dikemukakan

📌 Jika penerangan hadis palsu telah dibuat, tetapi apakah beza jika orang yang menyampaikan tetap menyampaikan kisah ini. Maka ia tetap tersebar dan kebanyakan masyarakat adalah golongan yang tak mampu untuk melihat dimanakah kebenaran yang sebenar. Jadi disebabkan beliau mempunyai followers yang ramai maka wajar untuk diberi peringatan untuk isu hadis ini SAHAJA agar tidak diambil darinya terutama kisah 'Alqamah ini.

📌 Disebabkan orang ramai ada juga yang sebut beliau ada hujah walau pada hakikatnya satu pandangan ulama' pun tidak dikemukakan maka wajar untuk beritahu sikap beliau terhadap ilmu dan penguasaan beliau terhadap ilmu hadis serta tiada sumber betul sebagai rujukan untuk isu kisah 'AlQAMAH ini. Maka printscreen itu adalah wajar disebarkan agar orang tahu bahawa beliau tidak mempunyai hujah dan sumber yang betul dalam isu ini. Itu bukti bahawa beliau silap dan kisah ini wajib ditarik balik dan followers mesti tahu dalam (BAB INI SAHAJA) bahawa beliau tidak mahu menerima kebenaran setelah ditegur.

📌 Tidak ada unsur aib kerana dalam proses membetulkan kefahaman masyarakat dalam isu penyebaran hadis palsu maslahat adden iaitu agama adalah menjadi lebih aula untuk dijaga. Maka jika beliau tarik balik status itu seperti yang dilakukan oleh Dato Dr Fadzilah Kamsah sebelum ini adalah wajar untuk dijadikan contoh, Dato' tidak kehilangan peminat bahkan masyarakat bertambah sayang dan hormat pada kerendahan hati beliau

كان شعبة يقول : تعالوا حتى نغتاب في الله ساعة . يعني نذكر الجرح والتعديل
وذكر ابن المبارك رجلاً فقال : يكذب ، فقال له رجل : يا أبا عبد الرحمن تغتاب ! ، قال : اسكت ، إذ لم تبين كيف يعرف الحق من الباطل

Syu'bah berkata: Mari kita duduk seketika untuk mengumpat kerana Allah (iaitu menyebut tentang Jarh Wa Ta'dil)

Ibn al- Mubarak menyebut kepada seorang lelaki, dia menipu! Seorang lelaki berkata: Wahai Aba Abdurrahman apakah kau mengumpat? Berkata Ibnu al-Mubarak: Diam! Jika ia tidak dijelaskan perihalnya bagaimana mahu mengetahui diantara haq dan batil!

📌 Tiada usaha menjatuhkan seseorang dilakukan dan kepentingan peribadi. Kita mengiktiraf bahawa semua orang ada kebaikan yang baik dan akhlak yang mulia cuma mungkin tersilap dalam beberapa perkara dan keadaan. Termasuk saya yang menulis. Followers harus bertenang kerana teguran telah dibuat dan masa sebulan telah berlalu tanpa ditarik balik. Maka teguran terbuka dengan kesalahan terbuka adalah wajar dan mengikut kaedah methodologi ulama' hadis

عن ابن عُلية أنه قال في الجرح : إن هذا أمانة ليس بغيببة

Dari Ibn 'Ulayyah menyebut tentang al-Jarh: Bahawa ini adalah amanah bukan GHIBAH

8. Saya tetap mendoakan beliau dan tidak berniat langsung bermusuh dengannya serta tiada kepentingan peribadi. Semoga ia menjadi pelajaran besar buat saya dan kita semua agar menyemak status hadis sebelum menyebarkan atau bersedia ditegur jika menyebarkan hadis tidak sahih mahupun palsu atau menjadi insan tawaduk setelah ditegur kesalahan jika ia benar-benar telah jelas salah.

9. Kita harapkan masyarakat lebih berjaga-jaga dan mengambil berat dalam isu penyebaran kisah dan hadis yang tidak sahih lalu dinisbahkan pada Nabi saw dan agama yang mulia ini.

10. Masyakarat wajib tahu bahawa kemulian dan maruah para sahabat mesti dijaga dan ini melibatkan akidah seseorang. Para sahabat Nabi adalah mulia untuk direndahkan sebegitu semisal kisah Tha'labah dan 'Alqamah. Ambillah dari kisah-kisah pengajaran yang sahih dan jauh dari keraguan dan kritikan ulama' besar hadis.

Allah swt berfirman:

وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Orang-orang terdahulu lagi yang pertama-tama dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha pada mereka dan merekapun ridha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya itulah kemenangan yang besar

(At Taubah : 100)

Wallahu'alam bissawab


Sila kongsi artikel ini...

BERSIH 4: Di Mana Kesopanan dan Kesusilaan? - Yusni Mat Piah

2:01 AM 0 Comments A+ a-



BERSIH 4: DIMANA KESOPANAN DAN KESUSILAAN?

Penerangan PAS Pulau Pinang melahirkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan biadap beberapa peserta BERSIH 4 yang bertindak biadap memijak gambar muka YB Dato' Seri Presiden PAS disaat sedang berlangsungnya himpunan. Amat malang lagi apabila gambar Presiden PAS itu dalam keadaan berpelukan bersama Presiden UMNO yang sudah tentu mengundang kemarahan seluruh ahli-ahli PAS.


Selaku Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kurang ajar peserta BERSIH 4 terbabit dan menggesa individu terbabit segera tampil memohon maaf secara terbuka dan saya juga menuntut agar pihak penganjur BERSIH 4 tampil memberi penjelasan samada mereka merestui dan bersetuju dengan aksi biadap tersebut.

Tindakan yang dilakukan oleh peserta BERSIH 4 tersebut nyata suatu yang memalukan rakyat Malaysia.Tanggapan umum rakyat Malaysia pastinya melihat BERSIH 4 gagal dalam membawa imej demontrasi yang baik dalam menentang kezaliman rejim pemerintah. 'Budaya kuning' dan tidak berakhlak itu bukan suatu budaya yang diterima dalam negara Malaysia apatah lagi Islam itu sendiri.

Justeru itu bagi mewakili kepimpinan dan seluruh ahli pas Pulau Pinang saya menuntut agar pihak penganjur BERSIH 4 bertanggungjawab diatas insiden tersebut dan memohon maaf kepada YB. Dato' Seri Presiden PAS diatas kebiadapan yang telah ditunjukkan oleh peserta himpunan.

Beristiqamah Hingga Kemenangan

MOHD YUSNI BIN MAT PIAH
Ketua Penerangan PAS
Pulau Pinang.
31 Ogos 2015/16 Zulkaedah 1436H


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.