Penjelasan dan Kronologi Berkaitan Isu 'ALQAMAH Dengan Pelaku Status - Mohd Danial Madani
PENJELASAN DAN KRONOLOGI BERKAITAN ISU 'ALQAMAH DENGAN PELAKU STATUS
oleh: Mohd Danial Madani
Sebagaimana yang kita maklumi kisah ini telah lama tersebar ditanah air kita Malaysia dan usaha untuk membetulkan dan mencegah serta memberi penerangan agar ia tidak disebarkan lagi telah pun dibuat oleh ramai para asatizah kita sehingga ke hari ini. Berkaitan dengan status Ustaz Ahmad Dasuki di FB pula saya ada beberapa point penting untuk dikongsikan agar isu ini difahami dengan baik
1. Status FB beliau berkaitan kisah sahabat Nabi saw 'Alqamah telah ditulis sejak 21 Julai 2015. Beliau jelas mengatakan bahawa 'Alqamah tidak mampu untuk mengucap kerana telah menderhakai ibunya
2. Sejurus daripada itu, ramai para ikhwah telah memberi nasihat dan teguran berkaitan kisah tersebut dengan menyatakan kisah itu palsu atau tidak sahih yang telah dinilai ramai ulama' besar dalam hadis
3. Ada juga yang telah memberi teguran di ruangan private setelah itu, tetapi beliau menjawab dengan jawapan, "belajar lagi dan banyakkan guru" tanpa memberi jawapan ilmiah iaitu sumber atau ulama' mana yang sebut tentang riwayat hadis itu
4. Status beliau tetap tidak didelete bahkan dibiarkan dibaca oleh puluhan ribu manusia dan followers yang mencecah 700 ribu likes. Ini membuatkan ramai orang terus baca, share dan menyampaikan perkara yang tidak thabit dari Nabi saw.
5. Sebulan seminggu setelah itu saya membuat teguran baik di whatsapp kerana kebetulan saya telah mempunyai no hp beliau yang saya terima dari sahabat baik sejak beberapa tempoh sebelum itu. Disebabkan saya perasan beliau ada whatsapp maka saya mengambil jalan untuk bertanya sekali lagi apakah sumber atau hujah yang beliau miliki untuk terus menyebarkan kisah tersebut
6. Sebelum ini saya pernah whatsapp hanya memberi salam dahulu, tetapi disebabkan beliau tidak respon saya biarkan sebab saya anggap beliau sibuk, tapi pada kali ini saya beri salam dan tanya khabar sehingga beliau memberi respon dan izinkan saya untuk bertanya. Sila rujuk cara saya berhubung dengan beliau dengan cara yang hormat, tetapi bagaimana beliau menjawab kepada saya?
7. Setelah berbincang dengan seorang ilmuan hadis kami bersetuju untuk hebahkan perkara ini dan ia tidak dikira sebagai aib kerana
🚫 Beliau telah ditegur banyak kali dan telah sampai kepada beliau kebenaran tetapi beliau tetap tidak delete status di page FB beliau
🚫 Beliau tidak delete status fb berkenaan menunjukkan beliau masih reda dengan kisah itu maka zahirnya ia masih tersebar dan ini jelas satu kemungkaran yang diambil berat oleh para ulama' hadis untuk dicegah
🚫 Beliau gagal menyampaikan hujah secara ilmiah bahkan menjawabnya dengan dalih iaitu banyakkan belajar dan berguru lagi. Soalan: Berapa ramaikah guru yang diperlukan lagi untuk menyelesaikan isu ini? dan berapa lama lagi tempoh untuk belajar untuk menyelidiki kisah ini?
🚫 Sesetengah orang menberi cadangan agar tidak menyebut nama beliau dan hanya fokus untuk memberi penjelasan sahaja tanpa meng"aibkan"
Ini jelas salah dalam bermualamat dengan inividu yang telah menyampaikan hadis palsu dengan sengaja dan masih menyebarkan setelah diberi teguran dan peringatan kerana
📌 Masyarakat masih akan mengambil kisah ini daripada beliau, jadi wajar masyarakat tahu bahawa beliau silap dan tiada hujah yang dikemukakan
📌 Jika penerangan hadis palsu telah dibuat, tetapi apakah beza jika orang yang menyampaikan tetap menyampaikan kisah ini. Maka ia tetap tersebar dan kebanyakan masyarakat adalah golongan yang tak mampu untuk melihat dimanakah kebenaran yang sebenar. Jadi disebabkan beliau mempunyai followers yang ramai maka wajar untuk diberi peringatan untuk isu hadis ini SAHAJA agar tidak diambil darinya terutama kisah 'Alqamah ini.
📌 Disebabkan orang ramai ada juga yang sebut beliau ada hujah walau pada hakikatnya satu pandangan ulama' pun tidak dikemukakan maka wajar untuk beritahu sikap beliau terhadap ilmu dan penguasaan beliau terhadap ilmu hadis serta tiada sumber betul sebagai rujukan untuk isu kisah 'AlQAMAH ini. Maka printscreen itu adalah wajar disebarkan agar orang tahu bahawa beliau tidak mempunyai hujah dan sumber yang betul dalam isu ini. Itu bukti bahawa beliau silap dan kisah ini wajib ditarik balik dan followers mesti tahu dalam (BAB INI SAHAJA) bahawa beliau tidak mahu menerima kebenaran setelah ditegur.
📌 Tidak ada unsur aib kerana dalam proses membetulkan kefahaman masyarakat dalam isu penyebaran hadis palsu maslahat adden iaitu agama adalah menjadi lebih aula untuk dijaga. Maka jika beliau tarik balik status itu seperti yang dilakukan oleh Dato Dr Fadzilah Kamsah sebelum ini adalah wajar untuk dijadikan contoh, Dato' tidak kehilangan peminat bahkan masyarakat bertambah sayang dan hormat pada kerendahan hati beliau
كان شعبة يقول : تعالوا حتى نغتاب في الله ساعة . يعني نذكر الجرح والتعديل
وذكر ابن المبارك رجلاً فقال : يكذب ، فقال له رجل : يا أبا عبد الرحمن تغتاب ! ، قال : اسكت ، إذ لم تبين كيف يعرف الحق من الباطل
Syu'bah berkata: Mari kita duduk seketika untuk mengumpat kerana Allah (iaitu menyebut tentang Jarh Wa Ta'dil)
Ibn al- Mubarak menyebut kepada seorang lelaki, dia menipu! Seorang lelaki berkata: Wahai Aba Abdurrahman apakah kau mengumpat? Berkata Ibnu al-Mubarak: Diam! Jika ia tidak dijelaskan perihalnya bagaimana mahu mengetahui diantara haq dan batil!
📌 Tiada usaha menjatuhkan seseorang dilakukan dan kepentingan peribadi. Kita mengiktiraf bahawa semua orang ada kebaikan yang baik dan akhlak yang mulia cuma mungkin tersilap dalam beberapa perkara dan keadaan. Termasuk saya yang menulis. Followers harus bertenang kerana teguran telah dibuat dan masa sebulan telah berlalu tanpa ditarik balik. Maka teguran terbuka dengan kesalahan terbuka adalah wajar dan mengikut kaedah methodologi ulama' hadis
عن ابن عُلية أنه قال في الجرح : إن هذا أمانة ليس بغيببة
Dari Ibn 'Ulayyah menyebut tentang al-Jarh: Bahawa ini adalah amanah bukan GHIBAH
8. Saya tetap mendoakan beliau dan tidak berniat langsung bermusuh dengannya serta tiada kepentingan peribadi. Semoga ia menjadi pelajaran besar buat saya dan kita semua agar menyemak status hadis sebelum menyebarkan atau bersedia ditegur jika menyebarkan hadis tidak sahih mahupun palsu atau menjadi insan tawaduk setelah ditegur kesalahan jika ia benar-benar telah jelas salah.
9. Kita harapkan masyarakat lebih berjaga-jaga dan mengambil berat dalam isu penyebaran kisah dan hadis yang tidak sahih lalu dinisbahkan pada Nabi saw dan agama yang mulia ini.
10. Masyakarat wajib tahu bahawa kemulian dan maruah para sahabat mesti dijaga dan ini melibatkan akidah seseorang. Para sahabat Nabi adalah mulia untuk direndahkan sebegitu semisal kisah Tha'labah dan 'Alqamah. Ambillah dari kisah-kisah pengajaran yang sahih dan jauh dari keraguan dan kritikan ulama' besar hadis.
Allah swt berfirman:
وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Orang-orang terdahulu lagi yang pertama-tama dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha pada mereka dan merekapun ridha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya itulah kemenangan yang besar
(At Taubah : 100)
Wallahu'alam bissawab
Sila kongsi artikel ini...