BERSIH 4: Di Mana Kesopanan dan Kesusilaan? - Yusni Mat Piah
BERSIH 4: DIMANA KESOPANAN DAN KESUSILAAN?
Penerangan PAS Pulau Pinang melahirkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan biadap beberapa peserta BERSIH 4 yang bertindak biadap memijak gambar muka YB Dato' Seri Presiden PAS disaat sedang berlangsungnya himpunan. Amat malang lagi apabila gambar Presiden PAS itu dalam keadaan berpelukan bersama Presiden UMNO yang sudah tentu mengundang kemarahan seluruh ahli-ahli PAS.
Selaku Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kurang ajar peserta BERSIH 4 terbabit dan menggesa individu terbabit segera tampil memohon maaf secara terbuka dan saya juga menuntut agar pihak penganjur BERSIH 4 tampil memberi penjelasan samada mereka merestui dan bersetuju dengan aksi biadap tersebut.
Tindakan yang dilakukan oleh peserta BERSIH 4 tersebut nyata suatu yang memalukan rakyat Malaysia.Tanggapan umum rakyat Malaysia pastinya melihat BERSIH 4 gagal dalam membawa imej demontrasi yang baik dalam menentang kezaliman rejim pemerintah. 'Budaya kuning' dan tidak berakhlak itu bukan suatu budaya yang diterima dalam negara Malaysia apatah lagi Islam itu sendiri.
Justeru itu bagi mewakili kepimpinan dan seluruh ahli pas Pulau Pinang saya menuntut agar pihak penganjur BERSIH 4 bertanggungjawab diatas insiden tersebut dan memohon maaf kepada YB. Dato' Seri Presiden PAS diatas kebiadapan yang telah ditunjukkan oleh peserta himpunan.
Beristiqamah Hingga Kemenangan
MOHD YUSNI BIN MAT PIAH
Ketua Penerangan PAS
Pulau Pinang.
31 Ogos 2015/16 Zulkaedah 1436H
Sila kongsi artikel ini...