Turki Masuk Perangkap NATO Kerana Kelemahan Erdogan - Wan Fayhsal

12:35 AM 0 Comments A+ a-



TURKI MASUK PERANGKAP NATO KERANA KELEMAHAN ERDOGAN

oleh Wan Fayhsal

Merujuk kepada jatuhnya jet pejuang Russia di sempadan udara Turki-Syria, ada banyak perkara perlu kita fahami sebelum menunding jari ke atas kerajaan Turki secara membabi buta.

Ada banyak persamaan antara Erdogan dan Najib.

Kedua-dua dituduh dengan skandal yang menggugat negara. Erdogan dengan skandal korupsi anaknya dan Najib dengan 1MDB.

Kedua-dua diburu media yang dedahkan skandal secara sistematik.

Kedua-dua skandal tersebut berlaku secara "cross border".

Kedua-dua pemimpin tersebut menjadi sasaran kuasa besar: Turki antara NATO dan Russia; Malaysia antara Amerika dan China.

Turki adalah negara penting yang akan memastikan pengaruh Russia di Eropah kekal relevan melalui projek pipeline TANAP yang menghubungkan gas daripada Russia melalui Laut Hitam terus ke Eropah. Turki menjadi pintu masuk penting selepas NATO berjaya menghancurkan Ukraine yang menjadi transit penting kepada gas Russia untuk dihantar ke Eropah.

Putin sedar hal ini sebab itu Putin banyak bantu Erdogan dalam kerjasama ekonomi untuk bantu Turki "decouple" daripada NATO sikit demi sedikit.

Putin secara peribadi jemput Erodgan ke Moscow untuk rasmikan Masjid terbesar di Eropah. Bukankah ini satu "cue" agar Turki terima hakikat yang Russia lebih jujur menerima Islam dan Muslim sebagai sekutu walaupun kedua-duanya tahu orang Turki dan Slav (Russia) adalah musuh tradisi. Ini kerana dalam sejarah panjang, Turki merampas Constantinople daripada Byzantine yakni empayar peradaban Slavic dan Ortodoks Kristian yang Russia bangga meneruskannya kini untuk berhadapan Peradaban Barat Sekular-Promothean.

Turki adalah satu-satunya ahli NATO yang BUKAN daripada Kesatuan Eropah (EU). Ini menunjukkan Turki hanyalah bidak catur buat NATO. Kalau mereka jujur, Turki patut diberi ruang untuk masuk EU bersama dengan ahli NATO yang lain.

Tapi sayang "Sultan" Erdogan terperangkap dan ada "baggage" skandal rasuah. Hal ini memudahkan "deep state" tinggalan Kemalist iaitu Ergenekon yang masih bersarang dalam tentera dan kehakiman untuk membelit Erdogan.

Erdogan silap memusuhi Gulen. Ego Erdogan ini sedang memakan dirinya dan Turki bila diheret masuk ke kancah NATO vs Russia yang sepatutnya Turki tidak mudah tercabar dengan permainan destabilisasi di Syria yang mana jualan minyak daripada IS diseludup masuk melalui Turki.

Hal ini juga membuktikan "Stratejik Derenlik" Davutoglu GAGAL TERUK. Hanya menjadi teori di atas kertas, tidak berfungsi sama sekali di saat ini.

Sudah tentu suasana di Turki lebih dahsyat berbanding kita kerana tahap "escalation" di sana melibatkan Syria, IS dan Russia secara langsung manakala kita di Malaysia masih belum sampai ke tahap itu dalam hal Laut China Selatan.

Persoalannya adakah kita ingin belajar atau tidak daripada kegagalan Turki yang kronik ini bila menjadi buah catur kuasa besar dan berada di pihak yang salah???

Sebab itu saya berulang kali menyeru para pembaca untuk "decode" tulisan saya yang tersiar di The New Strait Times tahun lalu bertajuk "‘Pelanduk’ on the pivot: Is Malaysia Three ‘S’ (3S) ready": http://www.rausyanfikir.com/…/pelanduk-on-pivot-is-malaysia…

Ini kerana kita juga bakal diuji oleh Allah SWT dengan hal yang sama.

Selagi mana kita ada kepimpinan yang lemah dan boleh diugut, kita juga akan menerima nasib yang sama seperti Turki untuk dilaga-lagakan dengan kuasa besar.

Semoga Allah lindungi Turki, umat Islam dan Malaysia daripada fitnah akhir zaman ini.

Allahumma Amin!

rajah: struktur "deep state" Ergenekon yang Erdogan terpaksa bertarung saban tahun tapi kini mula berkuasa semula kerana kelemahan Erdogan sendiri.


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.