Tolak Pemimpin Kurang Ajar dan Rasis - Sofi Wahab

10:14 PM 0 Comments A+ a-



PRESS STATEMENT - TOLAK PEMIMPIN KURANG AJAR DAN RASIS

Rakyat Malaysia seharusnya menolak pemimpin dan parti yang kurang ajar yang mengeluarkan ucapan untuk mahu 'melempang' kaum Cina. Ucapan tersebut memang kurang ajar, biadap dan tidak bertamadun.

Mana mungkin seorang pemimpin yang memegang jawatan bertaraf timbalan menteri boleh mengeluarkan kenyataan biadap dan kurang ajar seperti itu. Ianya jelas mengguriskan hati bukan sahaja kaum Cina malah semua rakyat Malaysia yang kita hidup dalam suasana harmoni dan aman damai.


Kenyataan seperti ini adalah kenyataan seorang yang angkuh dan samseng yang langsung tidak tahu menilai dan menghargai perasaan orang lain.

Kenyataan itu juga boleh menimbulkan suasana tidak baik di kalangan rakyat Malaysia yang majmuk dan berbilang agama dan kepercayaan.

Saya menggesa pemimpin berkenaan menarik balik dan memohon maaf dengan seberapa segera bagi menjernihkan kekeliruan yang timbul dan mengekalkan suasana harmoni yang sedia ada.

Saya menyokong kenyataan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik menyifatkan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina yang dibuat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai "kurang ajar".

Malah, Dr Ling juga berkata anggota Parlimen Pasir Salak itu perlu memohon maaf kepada rakyat Cina di negara ini atas keterlanjurannya.

Khamis lalu, Tajuddin mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Duta Besar China ke Malaysia Huang Huikang melawat Jalan Petaling pada 25 September lalu.

Beliau kemudian menafikan membuat kenyataan begitu.

Lawatan Huang itu dilakukan sehari sebelum perhimpunan berbau perkauman dianjur pihak tertentu yang membuat beberapa desakan bagi 'mengubah' keadaan di pusat komersial didominasi peniaga Cina itu.

Huang didakwa menimbulkan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan bahawa negara China menentang sebarang bentuk ekstremisme dan rasis terhadap kaum tertentu.

Sofi Wahab
Pengarah Komunikasi Parti AMANAH Negara Negeri Melaka
Pengerusi Parti AMANAH Negara Kawasan Bukit Katil


Sila kongsi artikel ini...

Fokus Agenda Besar Pakatan Harapan, Jangan Sibuk Salahkan Orang Lain - Salahuddin Ayub

6:44 PM 0 Comments A+ a-



FOKUS AGENDA BESAR PAKATAN HARAPAN, JANGAN SIBUK SALAHKAN ORANG LAIN

www.amanahnegara.org

1. Semua parti-parti pembangkang tidak terkecuali AMANAH hendaklah sentiasa melakukan koreksi diri dan fokus kepada agenda besar yang menjadi harapan rakyat sekarang ini.


2. Ini adalah keperluan yang mendesak ketika ini daripada sibuk menuding jari kononnya orang lainlah yang membawa angkara perpecahan dan masalah kepada parti sendiri.

3. Menyalahkan penubuhan PAKATAN HARAPAN sebagai punca pergolakan dan perpecahan tanpa melakukan muhasabah dan penambaikan serta nilai tambah, adalah merupakan sikap yang terbelakang yang jauh sekali gagal untuk memimpin perubahan masa yang semakin kritikal.

4. AMANAH berpandangan pintu rundingan dan meja perbincangan sentiasa terbuka luas kepada semua parti-parti pembangkang di negara ini untuk berbincang tentang kepentingan rakyat dan negara.

5. AMANAH sebagai pemain baharu dipersada politik tanah air akan sentiasa melakukan koreksi diri untuk memperkukuhkan peranan kami dalam PAKATAN HARAPAN. Janganlah kita leka menyalahkan orang lain dan tidak melakukan apa-apa sumbangan untuk sama-sama melaksanakan agenda besar PAKATAN HARAPAN yang menjadi aspirasi rakyat ini.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara
4 Oktober, 2015


Sila kongsi artikel ini...

Sumbangan Buat Mangsa Kebakaran Kg Simnul Sabah - Hishamuddin Abdul Karim

4:47 PM 0 Comments A+ a-



SUMBANGAN BUAT MANGSA KEBAKARAN KG SIMUNUL, SABAH


Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan simpati dan berdukacita atas insiden kebakaran yang menimpa penduduk Kampung Simunul, Semporna, Sabah. Takziah diucapkan kepada semua mangsa insiden.

Sebagai tanda simpati, Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Kebajikan & Prihatin Rakyat akan melancarkan kutipan derma untuk disalurkan kepada keluarga mangsa bermula pada 4 – 11 Oktober 2015 melalui akaun Maybank (Tabung Rakyat Prihatin : 564025400414). Penyerahan sumbangan kepada wakil penduduk akan disampaikan oleh pihak kami antara 13 – 15 Oktober 2015.

Sehubungan dengan itu, pihak kami menyeru seluruh rakyat Malaysia berusaha meringankan beban mangsa kebakaran di kalangan penduduk Kampung Simunul yang diuji dengan musibah kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Sumbangan yang dihulurkan oleh semua rakyat Malaysia diucapkan jutaan terima kasih dan didoakan agar mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.
Sekian, terima kasih.

“Mempersiap Generasi Kemenangan”
“Beristiqamah Hingga Kemenangan”

HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM
Lajnah Kebajikan & Prihatin Rakyat
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ahad, 4 Oktober 2015 | 20 Zulhijjah 1436H



Sila kongsi artikel ini...

Jawapan Ke Atas Tuduhan AMANAH Perampas Aset Milik PAS Johor - Aminolhuda Hasan

11:31 AM 0 Comments A+ a-



JAWABAN KEATAS TUDUHAN AMANAH PERAMPAS ASET MILIK PAS JOHOR

Amanah Johor seawal penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset bagi menangani aset sepencarian semasa bersama PAS. Keanggotaan jawatankuasa ini adalah terdiri daripada kalangan peguam, perunding hartanah, profesional dan asatizah. Satu panduan telah dikeluarkan iaitu ;
1. Aset yg dlm geran tanah atas nama PAS adalah menjadi aset milik PAS.
2. Aset yg dlm geran tanah atas nama pemegang amanah bagi pihak PAS adalah menjadi aset milik PAS.
3. Aset yg dlm geran tanah masih atas nama pemilik asal dan pemilik asal tersebut telah meninggal dunia maka aset itu menjadi milik PAS.
4. Aset yg dlm geran tanah masih atas nama pemilik asal dan pemilik asal masih hidup maka tuantanah berhak untuk memberikan atau mewakafkan tanah tersebut samada kpd PAS atau AMANAH.


Bangunan yg didirikan diatas tanah adalah mengikut definisi Tanah dlm Kanun Tanah Negara (KTN) dimana bangunan yg terdapat diatas tanah adalah menjadi sebahagian drp tanah. Dengan kata lain hakmilik keatas bangunan adalah merujuk kepada pemilik tanah tersebut.

Panduan diatas jelas menunjukkan bertapa terbukanya Amanah Johor dalam penentuan pemilikan aset sepencarian ketika bersama PAS. (Secara statistiknya peluang Amanah untuk menuntut aset sepencarian bersama PAS adalah 12.5% sahaja).

Insiden yang diviralkan dalam media baru-baru ini berkaitan dengan pemilikan sebuah markas oleh Amanah di Tenggara sebenarnya tidak lari darpada panduan yang dinyatakan diatas (rujuk panduan 'd').

Penyelesaian yang dibuat oleh Amanah Pontian ke atas sebuah markas milik Amanah Pontian tetapi sanggup menjadikannya sebagai bangunan gunasama antara Amanah dan PAS menunjukan contoh keterbukaan Amanah Johor.

Adalah diharap kenyataan diatas dapat menjawab beberapa tuduhan tidak berasas yang menuduh Amanah Johor adalah perampas aset milik PAS.

YB Tn. Hj. Aminolhuda Hasan
Pengerusi AMANAH Johor
3 Oktober 2015


Sila kongsi artikel ini...

Terima Kasih ROS, Parti Amanah Negara Kini Sah Bergerak Sebagai Parti Politik - Anuar Tahir

3:18 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

TERIMA KASIH ROS, PARTI AMANAH NEGARA KINI SAH BERGERAK SEBAGAI PARTI POLITIK

www.amanahnegara.org


1. Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), khususnya Ketua Pengarah Datuk Mohammad Razin Abdullah, atas kelulusan penggunaan nama Parti Amanah Negara.

2. Dengan pengumuman beliau kepada media semalam, maka telah sah bahawa Parti Amanah Negara kini adalah sebuah parti politik berdaftar dan boleh memainkan peranannya selaras dengan hak yang diperuntukkan perlembagaan, seperti parti-parti politik lain.

3. Sejak dari awal, ROS telah memberi kerjasama sangat baik kepada kami dan kami juga sangat menghormati sikap profesional yang ditunjukkan mereka.

4. Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia, di atas pengorbanan dan kepercayaan yang telah diberikan kepada pihak kami sehingga penubuhan Parti Amanah Negara akhirnya dapat direalisasikan.

5. Setinggi-tinggi penghargaan juga kami rakamkan kepada semua pihak yang telah menyumbang apa sahaja dalam usaha menjayakan kewujudan parti ini.

6. Tidak ketinggalan juga, kepada seluruh rakyat Malaysia, sama ada parti politik, NGOs dan individu prihatin, yang telah memberi sokongan dan dorongan berterusan kepada kami sejak daripada awal sehinggalah parti ini diluluskan.

7. Akhir sekali, mewakili Parti Amanah Negara, saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus bersama kami melakar politik Malaysia baharu dengan pendekatan inklusif dan progresif menerjemahkan "Islam Rahmat Untuk Semua".

HJ MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
3 Oktober 2015




Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.