Mahfuz Omar: Sidang Meja Bulat Pembentukan Pakatan Pembangkang, Moga Ada Sinar di Hujung Terowong Demi Rakyat dan Malaysia Tercinta

11:10 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media

SIDANG MEJA BULAT PEMBENTUKAN PAKATAN PEMBANGKANG, MOGA ADA SINAR DI HUJUNG TEROWONG DEMI RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA.

1. Cadangan Ketua Pembangkang YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk mengadakan Sidang Meja Bulat pada 22 September 2015 di kalangan pimpinan parti-parti politik pembangkang dan ngo-ngo mesra pembangkang untuk perubahan bagi menubuhkan pakatan pembangkang yang baru sudah tentu disambut gembira oleh rakyat Malaysia.


2. Kegembiraan rakyat Malaysia sudah tentu didorong kepada ingin melihat kembali penyatuan pembangkang bagi membawa perubahan mengatasi krisis besar negara, kejatuhan nilai ringgit, skandal 1MDB yang membebankan rakyat berpunca daripada salahguna kuasa serta harapan untuk melihat Malaysia kembali ke landasan yang betul.

3. Harapan tidak akan bertukar menjadi kenyataan jika pimpinan parti-parti pembangkang tidak bersedia bertolak ansur. Pada saya, apa yang penting ialah jadikan pertemuan di Sidang Meja Bulat itu nanti sebagai satu permulaan untuk mencari titik pertemuan dengan kebijaksanaan komunikasi. Hindarkan lah daripada meletakkan berbagai syarat pertemuan kerana syarat pertemuan akan hanya menggagalkan pertemuan dan perbincangan. Dahulukan lah pertemuan dan perbincangan, pasti ada keberkatan.

4. Saya memahami betapa sukar untuk mereka yang telah terlajak kata atas nama pendirian dan dibayangi dengan kemungkinan pelbagai label politik hipokrit dan politik munafik yang akan dilontarkan oleh mereka yang ingin melihat penyatuan pembangkang gagal. Walaubagaimanapun, saya penuh yakin semua label tersebut akan ditenggelamkan oleh ombak jiwa besar dan berpemikiran jauh oleh pimpinan-pemimpin politik berpengalaman dan berjiwa besar untuk rakyat dan Malaysia tercinta. Rakyat ingin melihat perubahan kuasa politik daripada kerakusan kepada kejujuran, daripada salahguna kuasa kepada bersama rakyat berkongsi kuasa.

5. Saya mengharap kepada pimpinan parti-parti politik pembangkang akan segera memenuhi impian rakyat yang mengharap dan menanti. Jangan lah dibiarkan penantian ini menjadi satu penyeksaan kerana tanpa perubahan politik, negara dan rakyat akan terus terseksa dengan pemerintahan umno bn. Tamatkan penyeksaan ini dengan linangan airmata gembira. Jadikan lah Sidang Meja Bulat itu nanti untuk bersama rakyat membulatkan tekad untuk membina sebuah Malaysia Baharu dengan politik jujur mewarnai Malaysia tercinta.

SIDANG MEJA BULAT UNTUK TEKAD YANG BULAT MEMBINA MALAYSIA TERCINTA.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
18 Sept 2015/4 Zulhijjah 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Hukum Perjuangan Kaum - Dr. MAZA

10:21 PM 0 Comments A+ a-




HUKUM PERJUANGAN KAUM?

Soalan : Dr Asri, apakah pandangan Islam mengenai perjuangan memartabatkan bangsa? Ada yang kata tak Islamik, ada yang kata asabiyyah. Ada pula yang berkata Islam sama sekali tidak peduli masalah kaum. Kita di Malaysia orang Melayu beragama Islam, salahkah jika kita berjuang mengangkat hak bangsa melayu? Harap Dr Asri dapat jelaskan kekeliruan ini.

Saifuddin, Johor.



Jawaban Dr. MAZA:
Allah ialah tuhan untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Islam adalah agama Allah yang diutuskan agar dianuti oleh setiap bangsa tanpa sebarang diskriminasi. Dalam masa yang sama Islam akui kewujudan manusia berpuak dan berbangsa. Allah Tuhan Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia dalam keadaan demikian dengan hikmah yang begitu banyak. Di sini saya sebut beberapa perkara untuk memahami isu ini;

1. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau inggeris atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)

“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).

2. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.

3. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) (maksudnya):

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:

“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).

4. Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini. Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).

5. Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga. Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah: (maksudnya)

“Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37)

6. Nabi s.a.w juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ertinya, walaupun Islam menentang ‘asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.

7. Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanati puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).

Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah.

8. Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi keperluan yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.

9. Kesimpulannya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.


Sila kongsi artikel ini...

Memorandum Berkenaan Tragedi Kren - SAMM

9:35 PM 0 Comments A+ a-



MEMORANDUM BERKENAAN TRAGEDI KREN

18 September 2015

Yang Di Hormati Salman bin Abdul-Aziz Al Saud


Pemerintah Arab Saudi

Dihantar melalui

Saudi Arabian Embassy in Kuala Lumpur, Malaysia

4th Floor, Wisma Chinese Chamber of Commerce
No. 258, Jalan Ampang
P.O. Box 12002
50450 Kuala Lumpur
Malaysia

Mekah Berubah Menjadi Tanah Elitis

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan rakan sekutu gerakan muda di Malaysia ingin merakamkan rasa amat dukacita dengan insiden kren pembinaan jatuh di kawasan Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi. Takziah kepada semua waris-waris mangsa yang meninggal dunia. Moga "syahid" buat mereka di sana.

SAMM menghargai pengumuman pembayaran ganti rugi atau saguhati yang diumumkan oleh kerajaan Saudi baru-baru ini.

Ya, kami beriman dengan qada' dan qadar tetapi kita juga harus meneliti punca, mengakui masalah dan membaikinya.

SAMM melihat insiden ini berlaku berpunca daripada kecuaian keselamatan di tapak projek. Kerajaan Arab Saudi harus
bertanggungjawab sepenuhnya di atas kemalangan yang dahsyat ini. Bagaimana kren pembinaan boleh runtuh ketika jutaan umat Islam dari serata dunia tertumpu untuk melaksanakan Rukun Islam yang kelima ini? Seharusnya Arab Saudi mempertingkatkan aspek keselamatan menjelang musim haji ini. Kontraktor kapitalis kaya yang meraih untung tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Malah mereka di dalam kerajaan yang membenarkan perkara ini berlaku harus dihukum supaya ia menjadi pengajaran besar buat semua.

Isu ini juga perlu dilihat sebagai kegagalan bukan sahaja Arab Saudi malah dunia Islam keseluruhannya dalam mempertahankan kesucian dan warisan sejarah Islam di Tanah Haram. Sedar atau tidak, mengakui atau tidak hakikatnya 85% warisan sejarah telah dimusnahkan atau berubah kononnya atas nama pembangunan.

Kaabah - kiblat umat Islam ketika solat, kelihatan sangat kecil, tersembunyi disebalik binaan hotel-hotel mewah. Monumen-monumen mewah bertambah banyak dan Mekah telah bertukar dari kota ibadah kepada pusat membeli belah. Mekah kini menjadi kota elitis.

Mekah turut terperangkap dengan perlumbaan menonjolkan kelas kehidupan manusia. Tidak lagi menonjolkan ajaran Islam bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah, yang membezakan hanya iman dan taqwa.

SAMM juga amat kesal dengan sikap negara-negara Islam, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan, khususnya Malaysia yang selama ini mengambil pendirian berdiam diri terhadap tindakan Saudi tersebut. Tanah Haram yang sepatutnya mengembalikan zuhud hakikat manusia kini telah menjadi medan mewah, malah tidak keterlaluan Kaabah menjadi semakin kerdil.

Rentetan itu, SAMM tanpa berselindung menyuarakan pandangan sudah tiba masanya untuk dunia Islam memikirkan secara serius agar Tanah Haram ini harus ditadbir oleh sebuah jawatankuasa bebas Islam Sedunia atau sebagai pemulaan kerajaan Saudi sendiri harus membuka ruang untuk dunia islam sama berperanan dalam menjaga kesucian tanah haram ini.

Ibadah Haji dan tanah haram telah menjadi sumber kekayaan tanpa henti digali kapitalis berkepentingan perlu dihentikan segera. Agama bukan bahan dagangan atau medan menunjuk kemegahan kemewahan dunia

Dihantar oleh
Megat Khairul Anuar


Sila kongsi artikel ini...

Himpunan Merah, Sepatut Najib Larang Daripada Awal Lagi - Ustaz Idris Ahmad

9:11 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media (20)
Himpunan Merah, Sepatut Najib Larang Daripada Awal Lagi.
Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas
18/9/15


Pada hari ini Datuk Seri Najib menyatakan kerajaan tidak akan berkompromi perihal keselamatan, dan akan mengambil tindakan kepada mereka yang menimbulkan provokasi di dalam Himpunan 16 September. Sepatutnya beliau daripada awal lagi melarang himpunan tersebut kerana ia tidak jelas dari segi matlamat. Kelibat beberapa anggota kabinet dan pimpinan Umno kelihatan dalam himpunan tersebut. Ia lebih kepada untuk mengalih isu negara yang melanda negara.

Himpunan yang telah berlangsung dengan beberapa insiden yang tragis. Dinamakan "Himpunan Rakyat Bersatu" dengan memakai baju merah berlangsung di Padang Merbok di ibu negara pada Rabu lalu, diterajui Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) yang dianjurkan sebagai tindak balas membantah perhimpunan BERSIH 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lepas.

Ungkapan yang tidak sedap di dengar dan kain rentang yang tertulis dengan tulisan yang tidak patut ditulis kelihatan di dalam himpunan tersebut. Himpunan ini merosakkan sambutan Hari Malaysia yang sepatutnya disambut dengan penuh harmoni dan mahabbah sesuai dengan masyarakat majmuk.

Himpunan yang lebih kepada emosi sahaja. Mereka tahu bahawa orang Melayu cukup termakan dengan emosi. Apa yang hendak diemosikan lagi. Sepatutnya Umno yang menjadi tonggak kuasa mesti ada tindakan yang pro aktif untuk menaikkan taraf hidup orang Melayu. Pemimpin Umno kena suluh cermin dan letak tangan atas kepala mencari sebab kenapa Melayu tertinggal. Buangkan sikap diskriminasi kerana berbeza ideologi, mesti buta warna untuk membantu kepada mereka yang memerlukan. Negara sudah 58 tahun Merdeka dan sudah ada Sebelas Rancangan Malaysia. Tetapi kemanakah wang berbilion telah dihabiskan. Persoalannya ke manakah orang Melayu sekarang?.

Tindakan polis tidak membenarkan melalui jalan Petaling satu langkah yang bijak. Lebih baik mencegah daripada mengubat. Berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku ketika emosi memuncak. Di dalam keadaan polis melarang itu pun mereka yang tidak bertanggungjawab cuba membuat provok sehingga berlaku kekecohan.

Nasib baik tidak terjadi apa-apa yang lebih mudarat. Jika ada pula satu pihak yang menyambut provokasi tersebut maka sudah tentu akan menimbulkan suasana yang tidak diingini. Waktu itu yang kalah menjadi abu, yang menang menjadi arang. Pas tegas menolak sebarang himpunan yang boleh mencetuskan keharmonian kaum dan menganggu kehidupan masyarakat majmuk.


Sila kongsi artikel ini...

AMANAH Pandang Serius Jenayah Bunuh Yang Sedang Berlaku - Salahuddin Ayub

6:11 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

AMANAH PANDANG SERIUS JENAYAH BUNUH YANG SEDANG BERLAKU

www.harapanbaru.net


1. AMANAH memandang serius dengan suasana yang sedang berlaku di dalam Negara kita tentang kejadian jenayah bunuh yang bermotifkan politik dan ianya mengacam keselamatan negara kita ketika ini yang sewajarnya dipandang berat oleh pihak keselamatan kita.

2. Penemuan Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais daripada Jabatan Peguam Negara yang dibunuh kejam serta yang terbaru kejadian tembak seorang mangsa yang dipercayai berasal dari Felda Bukit, Kuantan di Restoran Aliff bersebelahan Berjaya Mengamall awal pagi ini.

3. Pihak Pasukan Keselamatan terutamanya Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) perlu meningkatkan keselamatan kita berikutan kes-kes berprofil tinggi termasuk menggunakan senjata api yang kerap berlaku dan ianya adalah isu keselamatan yang perlu diambil tindakan tegas.

4. AMANAH mengharapkan agar seluruh rakyat bertenang dan mengambil sikap berhati-hati dengan suasana yang sedang berlaku serta jaminan keselamatan adalah tanggungjawab besar bagi sesebuah kerajaan yang perlu diterjemahkan dengan tindakan yang sewajarnya.

Amanah. Progresif. Peduli.


SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
18 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Khairuddin Abu Hassan - Jabatan Imegresen Malaysia Melarang Serta Senarai Hitam Saya ke Luar Negara Atas Arahan Polis

4:48 PM 0 Comments A+ a-



JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA MELARANG SERTA SENARAI HITAM SAYA KE LUAR NEGARA ATAS ARAHAN BUKIT AMAN (PDRM)

Saya sepatutnya berlepas ke new york serta london jam 10:30 pagi hari ini tetapi telah dilarang, disekat dan disenarai-hitam oleh jabatan imigresen malaysia atas arahan polis di raja malaysia (pdrm).


Pihak jabatan imigresen malaysia dan polis di raja malaysia tidak memberi sebarang notis secara terus-menerus kepada saya!! Semua persiapan membeli tiket kapal-terbang serta tempat-tempat penginapan di new york serta london mengalami kerugian kerana saya tidak dibenarkan keluar negara tanpa sebarang alasan munasabah!!

Pada jam 8 pagi tadi saya telah pergi ke ibu pejabat jabatan imigresen malaysia di putrajaya untuk mendapatkan penjelasan dari bahagian keselamatan pasport tetapi malangnya pihak pegawai imigresen malaysia hanya memaklumkan bahawa ini adalah atas arahan dari ibu pejabat polis di raja malaysia bukit aman.

Peguam saya, matthias chang turut hadir bersama ke ibu pejabat imigresen kerana beliau turut dikenakan tindakan yang sama seperti saya tanpa sebarang alasan yang konkrit!!

Arahan melarang saya ke luar negara adalah dari pihak ibu pejabat polis bukit aman dan bukannya dari jabatan imigresen malaysia!!

Apa yang mendukacitakan saya ialah pihak jabatan imigresen malaysia hanya menyatakan kepada saya tiada alasan spesifik bagi melarang saya ke luar negara cuma pihak ibu pejabat polis bukit aman hanya memaklumkan jabatan imigresen malaysia bahawa larangan ke atas diri saya adalah atas alasan 'sebab-sebab khas'!!

Pihak penguatkuasa undang-undang di negara kita telah salah-guna kuasa untuk menahan saya ke luar negara tanpa sebarang alasan-alasan yang kukuh serta munasabah!! Mereka hanya memberi alasan 'sebab-sebab khas' saja!!

Pihak pdrm mesti memberi alasan terperinci kepada saya apa yang dimaksudkan dengan alasan 'sebab-sebab khas' itu?!

Adakah kerana mereka takut dengan tindakan saya untuk meneruskan perjuangan bagi menegakkan kebenaran kearah menyiasat kes skandal kewangan 1MDB di luar negara?!

Saya telah membuat laporan polis di lyon, peranchis, berne di switzerland, london, singapura serta hong kong kerana tidak yakin lagi dengan pihak penguatkuasa undang-undang di negara kita yang tidak mahu menyiasat kes skandal 1MDB ini secara telus dan professional!! Sepatutnya mereka mesti membuat penyiasatan secara komprehensif keatas semua laporan-laporan polis yang telah saya buat keatas najib tun razak, rosmah mansor, riza aziz, jho low, keluarga jho low, tan sri zeti akhtar aziz, tan sri lodin wok kamaruddin serta keseluruhan ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB!!

Namun, pihak penguatkuasa undang-undang di negara kita nampak tidak adil, berat sebelah serta bacul untuk melaksanakan tanggungjawab mereka secara amanah!!

Kalangan ini bukan saja berdosa sesama manusia tetapi juga berdosa dengan tuhan kerana penakut untuk bertindak berteraskan kebenaran!! Dalam erti-kata yang lain, pihak penguatkuasa undang-undang di negara kita turut bersubahat untuk membuat penutupan keatas segala kemungkaran di dalam kes skandal kewangan 1MDB serta salah guna kuasa najib tun razak berserta ahli keluarganya!!

Rakyat tidak bodoh!! Rakyat sedang memerhatikan secara jarak dekat akan semua salah guna kuasa yang diamalkan oleh kepimpinan kerajaan pada masa ini!!

Dengan izin Allah swt; seandainya pertukaran kepimpinan berlaku di negara kita, semua penguatkuasa undang-undang yang berkonspirasi dengan pihak pemerintah untuk menutup segala kemungkaran masakini mesti ditangkap, didakwa seterusnya dihukum!!

Saya telah dipanggil untuk proses siasatan di ibu pejabat pdrm di bukit aman pada hari isnin depan jam 11pagi.

Tadi apabila saya menanya melalui perbualan talipon dengan pegawai siasatan tersebut beliau mengesahkan bahawa saya akan disoal-siasat oleh pihak polis di raja malaysia kerana telah menghantar bahan bukti kes skandal 1MDB kepada pejabat peguam negara switzerland!!

Sebelum ke bukit aman pada hari isnin depan; saya ingin menanya pihak pdrm apakah tindakan saya mengikut lunas undang-undang untuk menyerah bahan bukti yang sama saya hantar kepada pihak polis di negara kita ke pejabat peguam negara di berne, switzerland itu menyalahi undang-undang?! Adakah tindakan saya ini boleh dianggap sebagai jenayah?!

Saya mempunyai hak untuk membuat laporan di mana-mana negara di serata dunia dengan syarat mengikut lunas undang-undang antarabangsa!! Undang-undang di tanahair kita dah jadi undang-undang 'tungging-terbalik' dan pihak penguatkuasa undang-undang di malaysia tidak mahu bertindak!! Jadi, apakah tindakan saya untuk melaporkan kepada peguam negara di switzerland satu kesalahan jenayah?!

Tambahan pula, kes skandal 1MDB membabitkan beberapa bank-bank dari switzerland dan terdapat beberapa akaun-akaun yang disyakki bersangkutan dengan kes skandal ini dibuka di negara tersebut!! Maknanya, saya mempunyai 'locus standi' untuk buat laporan di switzerland kerana pengubahan wang haram berlaku di sana!!

Namun tidak mengapa!! Jangan kita gusar!! Saya yang mewakili keseluruhan rakyat malaysia yang inginkan kebenaran dalam kes 1MDB akan pergi ke ibu pejabat polis bukit aman pada isnin depan jam 11am dan akan memberi kerjasama yang sepatutnya kepada pdrm!!

Tetapi sekiranya mereka tidak dapat memberi alasan kukuh untuk menahan perjalanan saya ke luar negara dan tidak menarik balik larangan tersebut; saya akan bertindak mengikut lunas undang-undang keatas semua pihak yang terbabit atas dasar salah guna kuasa!!

Pdrm yang imejnya telah mengalir ke dalam longkang pada hari ini cukup-cukuplah dan jangan terlalu asyik untuk bertindak tanpa mengikut lunas undang-undang yang berteraskan kepada keluhuran perlembagaan di tanahair kita yang tercinta ini!!

Sebesar zarah pun saya tidak takut dengan pdrm yang semakin haprak pada hari ini dan sudah tiba masanya untuk saya letak semula ataupun pulih semula imej pdrm yang amat teruk di kacamata rakyat di malaysia!!

Ingat pdrm!! Malaysia ada undang-undang yang berteraskan kepada perlembagaan negara!! Malaysia bukan negara koboi!! Malaysia adalah sebuah negara yang berperlembagaan dan berdaulat!!


Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Akhbar Tentang Persidangan Meja Bulat Buat Pakatan Baru Pembangkang - Mat Sabu

11:30 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN AKHBAR TENTANG PERSIDANGAN MEJA BUAT PAKATAN BARU PEMBANGKANG

1. Ketika menyampaikan Pidato Presiden pada Majlis Pelancaran Perdana Parti Amanah Negara (AMANAH) di Shah Alam, kelmarin, saya telah menegaskan betapa keperluan pakatan baharu perlu diwujudkan dengan segera.

2. Di Malaysia, apabila kita memilih cara demokrasi dan pilihan raya untuk memperoleh kuasa atau menambah kekuatan di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, maka tidak ada jalan lain melainkan mengadakan pakatan politik dengan parti-parti lain.


3. Untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN), parti-parti politik yang lain tidak boleh bersendirian, kerana BN menguasai sepenuhnya jentera kerajaan, media dan sebagainya. Hanya kesatuan rakyat melalui pakatan parti-parti politik sahaja jalan terbaik untuk membuat perubahan, seperti yang pernah dicapai Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

4. Oleh itu, jemputan daripada Ketua Pembangkang Parlimen dan juga Presiden Parti Kedilan Rakyat, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail untuk diadakan sidang meja bulat membincangkan pembentukan pakatan baharu amat dialu-alukan.

5. Kami daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) memberi komitmen penuh untuk hadir dan akan memberi pandangan-pandangan ke arah pembentukan pakatan baharu itu.

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
18 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Amanah Negara Sarawak tidak menyokong Himpunan Rakyat (Merah)

8:37 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan media

17 Sept 2015

Amanah Negara Sarawak tidak menyokong Himpunan Rakyat (Merah) yang diadakan semalam di Kuala Lumpur.Ia lebih bersifat kepada perkauman sedangkan itu bukannya suara hati rakyat Malaysia sebenarnya. Amat mendukacitakan sekali kerana di sebalik ketidak tentuan ekonomi, penyusutan nilai mata wang Ringgit dan kadar pengangguran yang tinggi bukan pula isu utama.


Tata kelola kerajaan pemerintah yang membelakangkan undang-undang memberi kegelisahan kepada majoriti rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak.Masalah luar bandar Sarawak masih besar. Ia dipandang sebelah mata sahaja.

Tahun 2020 kian menjelang tetapi adakah ia akan berjaya jika isu-isu yang sepatutnya sudah selesai sejak 50 tahun lalu terus dibawa?Suara-suara tuntutan autonomi dari Sarawak merupakan mesej jelas kepada Kerajaan Persekutuan untuk lebih profesional dalam menguruskan pentadbiran.Sarawak terdapat banyak kaum dan etnik, kerjasama antara kaum perlu diperkukuhkan.

Negara memerlukan kerjasama semua bukannya pengamalan budaya rasuah untuk mendapatkan sokongan. Kalau ada pihak yang cuba menyimbah minyak ke dalam api, ia bakal memusnahkan semua pihak.

Amanah-Progresif-Peduli

William Mangor
Timbalan Pengerusi Amanah Negara Negeri Sarawak


Sila kongsi artikel ini...

MPF statement on the recent claim by an UMNO Supreme Council member and ex Minister that racism is justified in Islam

8:13 AM 0 Comments A+ a-



MPF statement on the recent claim by an UMNO Supreme Council member and ex Minister that racism is justified in Islam

17 September 2015

PRESS RELEASE: ISLAM ABHORS RACISM


At the recent red shirt rally, a speaker was reportedly quoted as saying that he is a racist and that Islam allowed racism.

We are surprised and taken aback by this statement and would like to reiterate and remind everyone that Islam abhors and rejects racism.

The Quran states emphatically,

"O Mankind, We created you from a single (pair) of a male and a female and made you into nations and tribes, that you may know each other. Verily the most honored of you in the sight of God is he who is the most righteous of you" (Quran 49:13).

The prophet too reminded us in his last sermon,

"An Arab has no superiority over a non-Arab nor a non-Arab has any superiority over an Arab; also a black has no superiority over white, nor a white has any superiority over black, except by piety and good action (Taqwa)..." (Bukhari, Muslim, Tirmidhi, Ahmad)

It is evident that the most righteous in Islam is determined by God consciousness and good deeds. And clearly not lineage, colour or ethnicity.

The speaker is reported to have used tribalism as a justification for his racism. Tribalism or asabiyah is explicitly forbidden in Islam and cannot be a justification for one race claiming superiority over another.

The Messenger of Allah (pbuh) said, "He is not one of us who calls for asabiyyah, (tribalism) or who fights for asabiyyah or who dies for asabiyyah." (Abu Dawud)

There are numerous other Quranic and Hadith injunctions forbidding racism. Islam is a religion for all mankind and no one group or individual can lay claim to its exclusivity or superiority over another. To do so would be going against the very basic tenets of Islam.

Board of Directors

Muslim Professionals Forum


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.