Buat Rakan Yang Sudah Tawar Hati Dengan PAS - Nik Abduh

4:27 PM 1 Comments A+ a-




Buat Rakan Yang Sudah Tawar Hati Dengan PAS...



Saya alu-alukan pemegang jawatan dalam parti PAS yang telah tawar hati dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS hari ini untuk keluar daripada PAS. Itu sebahagian daripada jalan penyelesaian paling aman, dihormati, budiman dan boleh dikira sebagai 'penyelesaian bersama'.

Ramai bertanya saya, bagaimana isu dalaman PAS akan cepat berakhir? Saya jawab, apabila penyakit itu keluar dengan sendiri tanpa perlu dibedah buang.

Gagal patuh pada arahan parti adalah penyakit. Mana ada parti boleh maju jika arahan parti tidak didengar?

Tiada pahala lagi buat anda jika anda kekal dalam PAS dengan terus memegang jawatan dalam parti yang diamanahkan ke atas anda oleh ahli PAS. Anda tidak lagi mampu melaksanakan program dan arahan parti. Dan jika anda laksanakan pun, anda laksanakan untuk tujuan sebaliknya, mempromosi gerakan lain dan menghuduhkan wajah PAS. Macamana nak dapat pahala?

Pahala mudah saja. Laksanakan amanah. Dosa pun mudah. Khianati amanah.

Dalam jamaah Islam, kita wajib dengar dan patuh pada ketua. Itu nas dalam al Quran. Jika kita tak puas hati, kita tegur. Jika tegur kita tak didengar, kita boleh lawan ketika ruang tukar pemimpin dibuka untuk kita iaitu di muktamar dan pemilihan parti setiap dua tahun. Itu syarie dan demokratik.

Jika kita sudah hilang kepercayaan, tak boleh lagi dengar dan tak boleh lagi patuh, maka kita kena letak jawatan. Tak payah pun nak letak jawatan. Ia kerja 'volunteer'. Tak payah juga nak tukar ke jamaah lain. Itu hak kita pun.

Orang nak tuduh apa, itu tuduhan. Anda tak salah pun. Salah anda ialah kekal dalam jamaah atau parti yang anda telah hilang kepercayaan sehingga gagal lagi untuk dengar dan patuh arahan ketua, bahkan mensabotaj parti dengan menggunakan jawatan yang anda pegang untuk merosakkan parti.

Orang lain boleh mempersoal jamaah baru anda, syarie atau tidak. Anda pun berhak mempertahankan 'ijtihad' anda keluar PAS. Syarie atau tidak. Tetapi anda tak punya sedikit pun hujah syarie untuk kekal dalam PAS, dan dengan amanah jawatan yang anda masih pegang itu, anda gunakan untuk sabotaj PAS. Itu khianat dan tidak ada khianat sejelas itu.

Kecuali anda sudah menganggap PAS sudah mengkhianati Islam dan memusuhi Islam. PAS sudah bertukar menjadi musuh ugama dan umat. Ketika itu, pasti anda memiliki hujah untuk meruntuhkan PAS dari dalam. Nabi pun pernah menghancurkan musuh ugamanya dengan menghantar jenteranya ke dalam jentera musuh.

Tetapi, hujah anda perlu cukup kuat untuk mengatakan PAS adalah musuh Islam, lalu anda punya hujah syarie yang lumayan untuk khianati PAS daripada dalam.

Mampukah anda? PAS sudah tinggalkan al Quran dan al Sunnah? PAS sudah bersekongkol dengan musuh ugama? PAS sudah mentakfirkan sesama muslim atau sudah menghalalkan darah sesama muslim? Semua itu sesat. Adakah anda temuinya dalam PAS?

Maksud saya, sebelum anda berhasrat memanjangkan masa untuk terus bersama PAS dengan terus memegang jawatan parti dengan tujuan mengkhianati PAS dari dalam, anda perlu dulu bersandar pada ijtihad yang lebih kritikal dan sukar berbanding ijtihad 'berhijrah' ke parti atau gerakan baru. Yang ini lebih mudah. Kitab-kitab pun banyak boleh dirujuk.

Untuk mendapat petunjuk daripada kitab-kitab bahawa PAS telah mengkhianati ugama, saya fikir kitab itu belum dikarang lagi..

Justeru saya sarankan anda perlu segera keluar PAS. Anda akan dihormati. Makin cepat makin dihormati. Semua faham bahawa anda lakukannya dengan budiman dan penuh tanggung jawab. Yang menuduh bukan-bukan terhadap tindakan anda, saya kira mereka bodoh dan tiada ilmu di dada. Mereka tidak sedar bahawa itulah cara anjuran ugama. Tinggalkan amanah yang tak tertanggung dan berikannya kepada yang bersedia menanggungnya. Itulah kemuliaan.

Anda dikenali kerana anda berada di atas sebagai pemimpin. Anda dipuji dan dipuja. Tahukah anda, orang lain tertahan daripada dikenali dan dipuji kerana wujudnya anda di jawatan itu? Jawatan hanya satu. Daripada sepuluh, seratus atau seribu yang berhak, hanya satu yang boleh ke jawatan itu. Anda orangnya hari ini. Anda tentu tahu mengapa anda diberi jawatan itu kan? Kerana mereka yakin anda akan laksanakan amanah. Jika tidak, pasti mereka memilih yang lain daripada sepuluh, seratus atau seribu yang sedia menanti itu.

Antara amanah ialah laksanakan arahan ketua yang lebih atas. Atau, sekurang-kurangnya anda tidak mengkhianati mereka dengan cara yang salah di sisi ugama, apatah mensabotaj parti.

Lihat, PAS kini memiliki nama-nama baru sebagai pemimpin. Dalam masa yang pantas, mereka sudah dikenali di mana-mana dan sedikit masa lagi mereka mungkin mampu membuktikan bahawa mereka adalah lebih baik daripada anda. Mereka hanya menunggu di belakang selama mana anda berada di depan memegang amanah itu. Mereka tidak kisah pun mereka tidak dikenali kerana wujudnya anda di depan.

Justeru bagi anda yang belum meletakkan jawatan, gagahkan diri anda dengan berkata, "Di belakang aku masih ada sepuluh, seratus atau seribu orang lagi yang bersedia mengganti dan mengambil amanah ugama ini untuk memimpin umat di saf hadapan.

Ini adalah penyelesaian bersama yang memudahkan kedua-dua pihak yang pernah bersama kerana Allah. Biarlah berpisah pun 'keranaNYA' juga. Penuh pahala insya Allah.

Krisis dalam PAS sudah berakhir dengan masing-masing telah berkeputusan. Samada kekal di bahtera asal walau apa badai melanda atau turun dan naik bahtera baharu. Tidak boleh sama sekali anda menebuk bocor bahtera lama untuk anda beralasan, "Saya berhijrah ke bahtera baru kerana bahtera lama telah bocor."

Saya menulis sebagai ingatan agar tiada khianat secara sengaja. Saya juga masih dalam rasa sedih berpisah. Anda adalah abang dan kawan saya dulu. Biar kekal kawan walau berjauhan.. Allah, di tanganNYA ajal dan tempat hujung setiap sesuatu.

"Bagi setiap berita itu, ada ajal hujungnya. Dan kamu semua pasti akan mengetahuinya." - al ayat


Oleh: Nik Mohamad abduh Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas


Sila kongsi artikel ini...

Bauksit: Jangan Pertaruhkan Keselamatan Rakyat - Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS

3:10 PM 0 Comments A+ a-



"Bauksit: Jangan Pertaruhkan Keselamatan Rakyat"

KENYATAAN AKHBAR
LAJNAH ASAS TANI & ALAM SEKITAR
PAS MALAYSIA (LATAS)

Sikap Kerajaan Negeri Pahang yang masih gagal dalam menangani isu pencemaran Bauksit yang menghantui penduduk di Kuantan Pahang selama ini amat dikesali.

Pemimpin PAS Negeri telah menggunakan segala saluran yang ada khususnya dengan agensi yang berkaitan, Kerajaan Negeri sehingga ke sidang Dewan Undangan Negeri untuk mendesak satu tindakan yang drastik demi keselamatan dan kesihatan Rakyat.

Saya kecewa kerana pandangan dan teguran PAS dibakulsampahkan seolah-olah pemimpin UMNO/BN sanggup mempertaruhkan keselamatan dan kesihatan Rakyat malah para Pelancong yang selalu berkunjung ke daerah itu demi kepentingan pelombong semata-mata.

PAS Pusat juga ingin mendesak Kerajaan Negeri malah Perdana Menteri untuk mendedahkan laporan siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar(DOE) dengan seberapa segera ke pengetahuan umum termasuk langkah-langkah perlindungan segera yang perlu diambil oleh Rakyat.

Kenapa hasil laporan siasatan DOE itu masih tidak didedahkan sehingga ke hari ini? lebih-lebih lagi selepas pendedahan New Strait Times(NST) pada 5 Ogos yang lalu berkenaan kandungan Arsenik yang tinggi dari sampel ikan yang diambil dari Sungai dan Pantai Pengorak. Bukankah pendedahan berterusan kepada Arsenik boleh menyebabkan penyakit kanser kepada kulit, salur pernafasan, dan buah pinggang? Selain masalah kepada penghidap lelah, kandungan bayi serta pesakit jantung lebih-lebih lagi kandungan Arsenik dari sampel yang diambil mencatatkan bacaan 100 kali ganda dari had yang dibenarkan Akta Makanan 1985.

Isu perlombongan Bauksit bukanlah isu politik tetapi adalah isu kemanusiaan dan PAS Pusat melalui Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitarnya amat bersetuju malah menyokong NGO Geram (Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit) untuk terus menganjurkan Himpunan Rakyat pada 22 Ogos ini di Kuantan Pahang.

Selepas isu Lynas, Cameron Highlands, perlombongan emas di Raub, pembalakan, pencemaran sungai, perlombongan bijih besi termasuk pusat insinerator di Blue Valley, kini isu Bauksit pula di Gebeng Kuantan, kenapa isu alam sekitar masih tidak henti-henti menghantui Rakyat di Negeri ini?

Demi keselamatan dan kesihatan Rakyat di Pahang khususnya, PAS ingin merayu kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama untuk menguburkan UMNO/BN dalam PRU ke-14 nanti.

“HIJAUKAN BUMI MALAYSIA”

HJ MUHAMMAD SANUSI MD NOR
PENGERUSI LAJNAH ASAS TANI & ALAM SEKITAR
PAS PUSAT
14 OGOS 2015 / 28 SYAWAL 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Kejatuhan Ringgit : Kena Pulih Semula Kestabilan Politik Negara - Dewan Ulamak PAS

2:38 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

KEJATUHAN RINGGIT : KENA PULIH SEMULA KESTABILAN POLITIK NEGARA

1. Semalam, nilai Ringgit telah melepasi paras RM4 berbanding dolar AS sejak ia mula mengalami penyusutan nilai pada akhir tahun 2014 lepas. Ia merupakan nilai terendah dalam tempoh 17 tahun lalu; iaitu sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1998. Ada telahan ia akan menjangkau sehingga RM4.10.

2. Para peniaga yang mengimport barang keperluan harian sudah mula galak untuk menaikkan harga barang kepada para pengilang dan pengedar. Kesan berantainya tentulah sedang atau bakal dirasai oleh pengguna cepat atau lambat.

3. Penganalisis ekonomi hampir sepakat bahawa kejatuhan 38% harga minyak mentah Brent sejak Jun 2014 lalu memberikan kesan yang sangat besar kepada kejatuhan nilai Ringgit memandangkan minyak merupakan salah satu bahan eksport utama negara.

4. Pengukuhan nilai dolar AS berikutan kemungkinan Rizab Persekutuan Amerika (US Federal Reserve) menaikkan kadar faedah pada September ini terus memacu permintaan terhadap dolar AS justeru memberikan tekanan kepada Ringgit. Kejatuhan matawang yuan, China, juga turut memberikan tekanan kepada Ringgit.

5. Pun begitu, isu pertikaian ke atas hutang 1MDB dan cara penyelesaiannya, isu aliran wang yang sangat besar dari luar ke akaun peribadi YAB Perdana Menteri dan skandal tuduhan rasuah dalam pembelian bangunan Dudley House, Melbourne, Australia oleh MARA Inc. yang telah menarik perhatian antarabangsa kepada Malaysia tidak dapat dinafikan telah menjatuhkan keyakinan antarabangsa terhadap Ringgit.

6. Keadaan ini bertambah rumit dengan pelbagai spekulasi dan provokasi yang wujud dalam negara sendiri khususnya akibat sikap tidak berhemah dan tidak berhikmah pihak Kerajaan menanganinya dan pihak pembangkang menjuarainya.

7. Untuk mengawal kejatuhan Ringgit, cadangan samada Bank Negara menggunakan Rizab Antarabangsanya untuk “membeli” Ringgit dalam pasaran atau membuat tambatan Ringgit sepertimana yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir sewaktu menghadapi krisis dahulu atau cadangan-cadangan lainnya bolehlah dan amat patut dikaji oleh Kerajaan dengan melibatkan ahli parlimen, ahli akademik, para mufti dan cendekiawan ekonomi Islam.

8. Nilai Ringgit juga boleh kembali kuat jika permintaan terhadap eksport terus meningkat dan pelaburan asing bertambah. Asas ekonomi mesti dipastikan kukuh berlandaskan tuntutan Islam pada aspek prinsip dan praktikalnya.

9. Namun, paling signifikan untuk berhadapan bagi menyelesaikan situasi ini buat masa ini dan untuk jangka masa panjang ialah dengan kembali memulihkan kestabilan politik dalam negara kita agar kepercayaan dan keyakinan antarabangsa terhadap Malaysia kembali meningkat.

10. Parti pemerintah dan pembangkang walaupun berselisih dalam banyak isu dan agenda, tidak harus bersikap keterlaluan apabila berkait dengan perkara yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat. Tidak cukup dengan bacaan untuk menyelamatkan survival politik masing-masing sebagai asas bertindak, bacaan terhadap geopolitik antarabangsa juga harus dibuat pertimbangan bagi memastikan negara kita terus berdaulat.

11. Mungkin sudah tiba masanya cadangan penyelesaian melibatkan semua parti sama ada pemerintah dan pembangkang diwacanakan secara tulus dan disusuli dengan komitmen daripada semua pihak untuk menyediakan mekanisme ke arah merealisasikannya agar politik di negara kita lebih bermaruah dan berkesan.

12. Rakyat sudah semakin muak dengan kemelut politik dan krisis ekonomi berpanjangan tanpa sebarang penyelesaian sedang mereka mengeluh akibat kenaikan harga barang, cukai GST yang menjadikan pendapatan mereka susut nilai dan peluang pekerjaan yang disaingi oleh hampir 2 juta warga asing.

Sekian.

"Beristiqamah Sehingga Kemenangan"

‪#‎ke‬ arah Malaysia Baru

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Jumaat, 14 Ogos 2015 | 29 Syawal 1436 H
_____



Sila kongsi artikel ini...

14/8/2015 Berita perletakan jawatan PAS cawangan Bukit Bayan Bukit Katil Melaka.

2:16 PM 0 Comments A+ a-





14/8/2015 Berita perletakan jawatan PAS cawangan Bukit Bayan Bukit Katil Melaka.

oleh:
Jauhar Muhammad Dawi

Pada jam 9 malam semalam ketua cawangan PAS Bukit Bayan Bukit Katil En Shamsir bin Mohd 46 tahun bersama-sama 4 orang yang lain telah meletakan jawatan mereka.

En Shamsir bin Mohd merupakan Ketua cawangan yang di lantik semasa mesyuarat agong sejak tahun 2013 lagi dan juga pada sesi 2015-2017.


Perletakan jawatan ini di buat atas sebab-sebab:

1) Kami tidak dapat menjalankan amanah yang telah di berikan kepada kami dalam mesyuarat agong yang lepas.

2) Kami telah tidak sehaluan dengan pimpinan pelbagai peringkat yang ada hari ini.

3) Kami rasa kecewa dengan segala tohmahan dan keegoan sesetengah pihak di dalam jemaah PAS.

Cawangan Bukit Bayan ini di bawah DUN Bukit Baru dimana Dr Khalid Kassim adalah calon PAS yang memenangi pilihanraya pada tahun 2013. Ada di kalangan mereka yang meletakan jawatan juga merupakan bekas calon PAS pada pilihanraya pada tahun 2008 iaitu Tuan Hj Bakrin bin Sidek. Beliau juga merupakan pengerusi kelab veteran PAS Negeri Melaka sehingga sekarang.

Perletakan jawatan ini menunjukan akar umbi PAS di kawasan DUN menang amat tidak bersetuju dengan corak pimpinan pusat yang ada sekarang. Mereka juga bukan orang yang kecewa di sebabkan kekalahan dalam pertandingan peringkat cawangan tetapi mereka menganggap hala tuju PAS pada masa sekarang adalah tidak sesuai dengan demografi politik pantai barat.

Antara sebab perletakan jawatan ini ialah mereka merasakan pemilihan peringkat pusat yang lepas tidak menunjukan akhlak dalam gerakan Islam di mana banyk fitnah dan tomahan di lemparkan kepada pimpinan yang bertanding tanpa ada tegahan keras daripada Tuan Guru Presiden. Ia mengakibatkan hubungan sesama ahli menjadi rengang.

Oleh yang demikian mereka merasakan keputusan yang di buat semalam adalah tepat atas dasar prinsip bukan kerana perkara yang lain. Selepas ini kemungkinan akan ada lagi berita tergempar di kawasan Bukit Katil. Sama- sama kita nantikan.




Sila kongsi artikel ini...

Penyelesaian Kes Saman Tan Sri Khalid Ibrahim Vs Dato' Saifuddin Nasution Ismail danParti Keadilan Rakyat - Rafizi

12:33 PM 0 Comments A+ a-



14 OGOS 2015

PENYELESAIAN KES SAMAN TAN SRI KHALID IBRAHIM vs DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL dan PARTI KEADILAN RAKYAT

Kedua-dua pihak plaintif (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan defendan-defendan (Dato' Saifuddin Nasution Ismail dan Parti Keadilan Rakyat) telah bersetuju untuk menyelesaikan kes saman plaintif di luar mahkamah.


Dato' Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir sebagai saksi defendan telah berbincang dengan kedua-dua pihak plaintif dan defendan pagi ini. Sebagai menghormati beliau dan mengambil kira kepentingan masyarakat terutamanya dengan latar belakang kemelut politik negara akibat skandal melibatkan Dato' Seri Najib Tun Razak, kedua-dua pihak bersetuju perkara-perkara berikut:

1) Tan Sri Khalid Ibrahim menarik balik saman;

2) Dato' Saifuddin Nasution Ismail dan KEADILAN memohon maaf kepada Tan Sri Khalid Ibrahim; dan

3) Tan Sri Khalid Ibrahim memohon maaf kepada Dato' Saifuddin Nasution Ismail dan KEADILAN.

Persetujuan ini dimeterai dan difailkan di mahkamah seperti di dalam dokumen mahkamah yang disertakan bersama.

Bagi pihak KEADILAN, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


Sila kongsi artikel ini...

Pilihan Wadah Politik - Hasbie Muda

12:00 PM 0 Comments A+ a-



PILIHAN WADAH POLITIK
Hasbie Muda

1. Ramai adik mahasiswa dan rakan FB yang bertanyakan saya sama ada mereka perlu join GHB atau kekal dengan PAS. Kebanyakan mereka faham dengan apa yang melanda PAS mutakhir ini.

2. Saya tidak suka mendoktrin atau memaksakan pilihan tertentu kepada mereka. Buatlah pilihan ikut pertimbangan yang rasional. Mungkin ini nasihat untuk yang lain juga.

3. Saya katakan bahawa PAS tidak gagal sebagai sebuah gerakan Islam (Harakah Islamiah). Urusan tarbiyah, dakwah, kebajikan, pendidikan awal Islam dan pelbagai aspek ternyata PAS di depan berbanding gerakan Islam yang lain. Soal keahlian juga memperlihatkan PAS jauh meninggalkan rakan-rakannya yang lain.

4. PAS hanya kurang berjaya sebagai sebuah parti politik. Ukuran parti politik tidak dapat tidak adalah prestasi dalam pilihan raya serta keberkesanan berkhidmat apabila menjadi kerajaan. Selepas gagal dalam 13 pilihan raya sebelumnya, tidak ada tanda bahawa pilihan raya akan datang akan menjanjikan keputusan yang lebih baik selagi mana PAS kekal dengan pendekatan dan cara fikir yang lama. (Bahagian ini akan saya kupas panjang dalam penulisan akan datang).

5. Jika anda lebih cekap dan berkesan dalam meyumbang kepada PAS sebagai sebuah gerakan Islam, saya nasihatkan kekallah dengan PAS. Tetapi jika anda mahukan parti yang serius dan fokus untuk merampas teraju Putrajaya daripada UMNO dan Barisan Nasional, pilihan lain wajar dipertimbangkan secara serius.

6. Buatlah pilihan berdasarkan manfaat hasil kecekapan yang terbaik. Jika anda join GHB, PKR ataupun DAP tetapi tak ada apa-apa kemahiran yang boleh disumbangkan sebagaimana anda berada dalam PAS, maka bagi saya ia sia-sia. Begitu juga jika anda kekal dalam PAS tetapi potensi dan bakat hanya terbiar dalam peti ais, ia juga sia-sia.

7. Buatlah pilihan yang terbaik. 8. Semoga Allah menunjukkan jalan


Sila kongsi artikel ini...

Kebebasan Akademik dan Minda Negara Maju - Dr Maszlee Malik

8:52 AM 0 Comments A+ a-



Kebebasan Akademik dan Minda Negara Maju

Hanif Mahpa dan Afiqah Zulkifli merupakan nafas baru penyambung tradisi intelektualisme dan usaha pemugaran aktivisme mahasiswa.


Saya mengenali mereka melalui aktivisme yang mereka terlibat samada yang bercorak akademik mahupun kemanusiaan. Selain bersikap non-partisan, kedua mereka konsisten di dalam membawa budaya berfikir dan minda jiwa merdeka di kalangan siswa dan siswi UIAM selari dengan ruh kebebasan akademik yang sepatutnya menjadi tunjang mana-mana institusi pengajuan tinggi yang bermaruah dan berintegriti.

Keberanian mereka menganjuran forum GST yang melibatkan wakil UMNO dan PKR adalah cerminan terhadap minda siswa kelas dunia. Adalah sesuatu yang lazim dan normal bagi mana-mana IPT di negara-negara maju dan dunia pertama untuk menganjurkan program-program pertukaran ide, debat ataupun forum yang melibatkan semua pihak agar tahap intelektualisme siswa dan siswi tidak di'Pandir'kan. Kedua mereka mempunyai jiwa siswa negara maju dan juga minda kelas dunia di atas penganjuran forum seumpamanya.

Malangnya minda kelas pertama dan juga negara maju mereka tidak dihargai. Sebagai balasannya kedua mereka telah dikenakan hukuman yang berat oleh pihak pentadbir UIAM. Hal ini amat dikesalkan dan sekaligus menambahkan lagi rekod reputasi negatif UIAM di mata masyarakat akademik antarabangsa. Lagak seumpama ini hanya membariskan UIAM setaraf dengan mana-mana universiti dunia ketiga dari segi ruang kebebasan akademik.

Pihak pentadbir wajib mengkaji semula keputusan mereka dan telah sampai masanya untuk mempertingkatkan cara fikir dan cara bertindak. Usah kerana ambisi peribadi individu tertentu yang rakus keduniaan dan dangkal mindanya, nilai intelektualisme dan kebebasan akademik diperkosa.

Siswa dan siswi perlu bangkit dengan minda masyarakat negara maju yang berjiwa merdeka dan berdaya saing di dalam segenap lapang kehidupan.... Sapere aude!

Dr Maszlee Malik
Presiden
Academic Staff Association (ASA)
UIAM


.


Sila kongsi artikel ini...

Alkisah cicak - Tuan Ibrahim Tuan Man

7:55 AM 0 Comments A+ a-



Alkisah cicak

Ketika makan di kedai, ada seekor cicak jatuh ke atas bahu seorang wanita. Wanita itu menjerit ketakutan dan melompat-lompat panik menyapu cicak itu daripada bahunya sehinggakan semua pelanggan yang ada turut dapat merasa kepanikan wanita tersebut.

Cicak itu kemudiannya tercampak ke makanan seorang wanita di meja sebelah. Wanita itu turut menjerit panik dan marah-marah.
Pembantu kedai berlari untuk menyelamatkan keadaan.


Dalam keadaan kucar-kacir menghalau cicak tadi, wanita itu terpukul cicak ke arah badan pembantu kedai yang datang membantu.
Namun, pembantu kedai itu tidak menjerit.

Dalam keadaan tenang, pembantu itu menangkap cicak yang separuh pengsan itu di dalam tangan dan membuangnya keluar daripada kedai.

Melihat keadaan ini bersama anak angkatnya, Ustaz Fahmi bertanya:

“Apakah cicak itu bermasalah atau wanita itu bermasalah?”

Anak angkat itu menjawab: “Siapa tak terkejut dengan cicak yang tetiba jatuh ke bah?”

Ustaz Fahmi menjawab: “Jika cicak itu bermasalah, mengapa pembantu kedai itu tidak terkacau dengan cicak yang tercampak di badannya?”

“Ia bukan cicak itu. Ia adalah kegagalan manusia menguruskan gangguan yang disebabkan cicak itu, yang menyebabkan wanita-wanita tadi panik.”

Anak angkat tersenyum.

“Rupanya bukan jeritan bapa saya atau bos saya atau isteri saya yang mengganggu saya, tapi kegagalan saya menguruskan gangguan yang disebabkan jeritan mereka yang mengganggu saya.

Rupanya bukan trafik jam yang mengganggu saya, tapi kegagalan saya menguruskan gangguan yang disebabkan trafik jam yang mengganggu saya. Betul tak ayah?”

Ustaz Fahmi tersenyum lalu menjawab:

“Masalah itu bukan masalah. Tapi reaksi kamu pada masalah yang menjadi masalah dalam hidup. Jangan memberikan reaksi kepada apa yang berlaku tapi bertindaklah ke apa yang berlaku dengan sewajarnya.”

Wahai anakku,
Kegembiraan datang bukan kerana semua perkara adalah betul di dalam hidup kamu. Kegembiraan datang kerana sikap kamu terhadap semua perkara adalah betul.


Senyum



Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.