Satu Lagi Projek Yang Rugi Puluh Jutaan Ringgit. Akhirnya Mb Terengganu Mengaku SMK Alor Limbat Tak Boleh Digunakan

12:48 AM 0 Comments A+ a-



SATU LAGI PROJEK YANG RUGI PULUH JUTAAN RINGGIT.

AKHIRNYA MB TERENGGANU MENGAKU SMK ALOR LIMBAT TAK BOLEH DIGUNAKAN

Bila kita timbulkan isu SMK Alor Limbat ini sebelum pembinaan lagi, kita dituduh memfitnah, tiada isu kata mereka.


Sekarang dengan pengesahan oleh Menteri Besar Terengganu, wang rakyat ternyata hangus lagi. Berpuluh juta ringgit lagi. Sekolah yg sepatutnya boleh menempatkan anak anak untuk pendidikan menengah kini disahkan tidak akan digunakan oleh Kementerian.

Tahniah MB kerana berani mengaku projek ini gagal.

Kesudahannya macamana? Rakyat mahu tengok betulkah Kerajaan akan saman juruperunding dan kontraktor yg terlibat.

Tidak seperti projek Stadium Negeri yg runtuh yang melibatkan kerugian beratus juta ringgit dan proses saman menyaman yg tidak mengembalikan wang kerajaan, akhirnya rakyat dapat tengok sendiri yg jadinya saling tutup fail sahaja. Kali ini Kementeriankah yg akan menyaman? Siapa Konsultan? Siapa Kontraktor? Wang siapa yg sebenarnya kerajaan guna, wang persekutuankah atau wang ehsan yg hakikatnya menipu wang royalti petroleum Terengganu?

Menarik bila dikatakan barangan sekolah yg banyak jumlahnya itu dihantar ke sekolah lain.

Saya harap bukan macam membahagi bahagikan harta pusaka atau faraid. Kerajaan kena ada senarai inventorinya. Senarai barangnya. Serah kepada siapa? Duduk di mana?

Bukankah semua itu "HAK MILIK KERAJAAN" yang sebenarnya hak rakyat?

Pohon Ketua Audit Negara jangan pejam mata isu ini. Atau macam Peguam Negara, nak kena tukar juga macam tukar Kabinet Kayu?

Saya simpati pada MB. Kerana saya jangka panjang lagi senarai pengakuan kegagalan projek projek bernilai ratusan juta wang rakyat Terengganu kena dibuat di masa akan datang. Antaranya Projek Kompleks Tekstil dan Projek Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir. Atau juga projek jambatan boleh angkat Drawbridge di Seberang Takir..

Itupun jika beliau sempat bertahan lama sebagai MB.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan PAS
Kuala Terengganu
30hb. Julai 2015







--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.