Perkukuh Jentera Pemuda, Persada Izzah Islam Bersama PAS : DPPN Kedah

11:12 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
15 Syawal 1436 | 31 Julai 2015

"Perkukuh Jentera Pemuda, Persada Izzah Islam Bersama PAS"


1. Pemuda PAS Negeri Kedah telah mempertingkatkan persiapan secara lebih berfokus menghadapi perkembangan terbaru politik tanah air yang dijangka mencetuskan pelbagai kemungkinan.

2. Ia juga selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan Ketua Pemuda PAS Malaysia dan setelah semua Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan seluruh Kedah selesai melengkapkan struktur organisasi kerja mereka.

3. Secara umum, selain meneliti koordinasi dan pembahagian kerja ahli-ahli Pemuda PAS hingga ke Cawangan di semua kawasan, tumpuan khusus juga akan digerakkan kepada sesi penerangan dan menemui masyarakat terutama anak muda.

4. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah melihat perubahan mesti direalisasikan setelah Kerajaan Negeri Kedah pimpinan BN gagal mengadakan sebarang lonjakan penting untuk kemakmuran negeri Kedah. Malah, Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Mahathir jelas tidak mempunyai tekad yang kuat untuk memacu Kedah ke arah lebih baik.

5. BN dilihat semakin 'membusuk' dengan kemelut dalaman, penyelewengan, pemborosan, salah urus tadbir dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin atasan mereka terhadap rakyat. Mereka sewenangnya menggunakan kuasa dan jawatan untuk mengaut kepentingan peribadi.

6. Oleh itu, kecintaan, keadilan dan kesejahteraan Islam wajib disemai serta dijadikan tarikan utama menjalin dan menyatukan hubungan Pemuda PAS dengan masyarakat. Pemuda PAS berperanan meyakinkan rakyat bahawa Islam adalah panduan dari Allah dan penyelesaian kepada segala kemelut membelengu hidup rakyat, di mana PAS adalah wadah Islam yang akan menjayakan semua hasrat tersebut.

7. Kesediaan rakyat untuk kembali memberi kepercayaan kepada PAS bagi menerajui pentadbiran negeri perlu disambut dengan kesepaduan Pemuda PAS Kedah di semua peringkat. Iaitulah melalui peneguhan wahdatul fikr dan wahdatul amal kepada setiap dasar dan prinsip Islam. Setiap unsur perpecahan atau usaha memecah belahkan PAS hanyalah menguntungkan Umno.

8. Sebagai langkah seterusnya bagi melaksanakan fokus dan gerak kerja yang telah ditetapkan, semua entiti utama Pemuda PAS iaitu PASTI, Jabatan Amal dan ARC akan mengadakan aktiviti mendekatkan PAS dengan masyarakat secara lebih giat lagi disamping agenda tarbiah, kebajikan serta kepemudaan yang sudah dilaksanakan.

9. Menyedari beratnya amanah dan hasrat ini, seluruh Pemuda PAS Kedah diingat memperteguhkan ilmu, amalan dan kesatuan secara istiqamah, agar perintah Allah untuk meninggikan agama-Nya dapat dilaksanakan.

USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah




--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.