Surat Jawatan Kuasa Rumah & Gerai PSM kepada Menteri Besar Pahang

10:55 PM 0 Comments A+ a-



J/KUASA TANAH, RUMAH & GERAI (JTRG)
C/O PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) Cameron Highlands

31 JULAI 2015


MB PAHANG, DATO SRI ADNAN YAAKOB,
1. SELESAIKAN SEGERA MASALAH 14 KELUARGA DI CAMERON HIGHLANDS!
2. BERIKAN KEMUDAHAN PINJAMAN KERAJAAN KEPADA PEMBELI RUMAH PR1MA YANG TIDAK MAMPU!
JIKA MASALAH INI TIDAK DISELESAIKAN SEBELUM 31/8/2015, MAKA KAMI AKAN DUDUK & BANTAH DI WISMA SRI PAHANG!!!

Janji MB Pahang hanya boleh selesaikan 1 kes dalam 1½ tahun

Kami wakil-wakil JTRG ingin meluahkan rasa ketidakpuasan hati berkenaan terhadap:
1. Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Pahang dan;
2. Pejabat Tanah & Daerah Cameron Highlands (PTDCH)
kerana melambat-lambatkan pemprosesan permohonan tanah, rumah & gerai seperti yang telah dijanjikan oleh MB Pahang pada 19/2/2014. Kesemua masalah ini telah diperjuangkan sejak tahun 2008.

Kemuncak perjuangan ini ialah apabila 31 orang ditahan dan dimasukkan ke dalam lokap selama sehari kerana berkumpul untuk meminta temujanji MB Pahang pada 10/7/2012. Selepas penahanan tersebut, MB Pahang telah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa kesemua masalah penduduk yang ditahan akan diselesaikan.

Selepas hampir 1½ tahun berlalu, kerajaan Pahang hanya mampu menyelesaikan 1 daripada 15 permohonan yang telah dikemukakan. Yang lebih menyedihkan, 10 permohonan masih lagi berada di peringkat pertama di PTDCH. 4 permohonan pula masih diproses di UPEN.

Kami sudah menulis beberapa kali kepada MB Pahang meminta beliau masuk campur dan menunaikan janji, namun tidak ada apa-apa berlaku.

PR1MA untuk rakyat miskin atau kroni pemaju?

Siapakah yang mengaut keuntungan di dalam projek PR1MA yang dibina di bawah pengawasan SUK Pahang? Pemaju projek PR1MA atau rakyat miskin?

Berapakah subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada pemaju untuk setiap rumah PR1MA di Pahang? Bagaimanakah keluarga miskin, yang tidak mampu untuk membayar wang pendahuluan boleh mendapatkan pinjaman bank untuk membeli rumah PR1MA?

Kenapakah kerajaan Pahang tidak mahu memberikan pinjaman kerajaan untuk keluarga yang tidak mampu?

Rumah PR1MA yang termurah di Cameron Highlands ialah RM120,000. Beberapa keluarga miskin di Cameron Highlands telah menulis kepada MB Pahang & SUK Pahang meminta kerajaan menukar keseluruhan bayaran rumah ini kepada pinjaman kerajaan. Keluarga-keluarga ini mampu membayar di antara RM300-RM400 sebulan. Namun tiada sebarang jawapan dari kerajaan Pahang. Rumah bukan komoditi perniagaan!

Protes Bantah & Duduk di Wisma Sri Pahang

Jika MB Pahang, SUK Pahang, PTDCH dan UPEN masih lagi berpura-pura tidak boleh mendengar rintihan penduduk Cameron ini, maka kami tiada jalan lain dari duduk & bantah di Wisma Sri Pahang pada bulan September 2015. Kami akan memberikan masa sehingga 31/8/2015 untuk kerajaan Pahang menyelesaikan masalah-masalah ini.

Yang benar,
Wakil JTRG yang bertandatangan



1
--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.