Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengecam sekeras-kerasnya penahanan Syukri Razab - Nik Nazmi

10:53 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengecam sekeras-kerasnya penahanan Syukri Razab (Setiausaha Pengelola AMK Pusat) dan Adam Adli di bawah Akta Hasutan sebentar tadi.

Kedua-dua pemuda ini telah ditahan di Dang Wangi pada hari ini, setelah memberi kerjasama dengan pihak polis dan menghadirkan diri secara sukarela ke balai polis tersebut.


AMK menganggap ini sebagai satu taktik ancaman pihak polis ke atas ahli politik dan aktivis berkaitan himpunan ‪#‎TangkapNajib‬ yang akan diadakan esok di perkarangan Sogo.

Walaupun telah memberi jaminan untuk membenarkan perhimpunan aman, pihak polis masih menggunakan undang-undang yang tidak relevan untuk mewajarkan tindakan mereka, dan dengan itu telah melanggar hak kebebasan awam yang telah dijamin oleh perlembagaan negara.

Tindakan ini dikira telah melanggar kedaulatan undang-undang negara dan lebih mengancam prinsip demokrasi negara.

Kami menyeru pihak polis untuk menghentikan taktik ugutan ini dan menghormati hak rakyat untuk berhimpun serta menyuarakan pandangan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

31 Julai 2015


--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.