Kenaikan Tarif Air Johor 25% Tidak Boleh Diterima - Jimmy Puah 潘伟斯 PKR Johor

11:08 PM 0 Comments A+ a-



KENAIKAN TARIF AIR JOHOR 25% TIDAK BOLEH DITERIMA


1. Saya merujuk kepada pengumuman mengejut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) bahawa berkuatkuasa 1-8-2015, tarif air Johor untuk kegunaan domestik dan bukan domestik akan dinaikan seperti berikut:-

DOMESTIC

Volume Existing Tariff Rate New Tariff Rate

0-20 m3 RM0.60 RM0.80

20-35m3 RM1.65 RM2.00

>35m3 RM2.96 RM3.00

NON-DOMESTIC

Volume Existing Tariff Rate New Tariff Rate

0-35 m3 RM2.60 RM2.80

>35m3 RM2.96 RM3.30

2. Kenaikan ini membawa tariff air domestik daripada RM1.05 semeter padu kepada RM1.31 semeter padu untuk 35 meter padu pertama, satu kenaikan sebanyak 25%.

3. Sememangnya Johor telah menerajui ranking tariff air paling tinggi di seluruh Malaysia sebelum kenaikan tariff air iaitu 328% (hamper 3 kali ganda) lebih mahal daripada negeri Pulau Pinang yang membayar RM0.32 semeter padu untuk jumlah air yang sama di Johor.

4. Dengan kenaikan terbaru ini, jurang jarak di antara paling tinggi dan rendah kini telah dilebarkan kepada 410% (hamper 4 kali ganda) dan kali terakhir negeri Johor mengadakan pengkajian tariff air adalah pada November 2010, tidak sampai 5 tahun pun.

5. Juga adalah amat malu bagi rakyat Johor bahawa Johor merupakan negeri pertama di Malaysia yang membuat kajian semula dan peningkatan tariff air selepas perlaksanaan GST. Saya percaya ada kemungkinan besar negeri lain juga akan membuat kajian semula pada masa yang terdekat memandangkan ada precedent.

6. Saya telah pada banyak kali, baik di dalam Dewan negeri atau diluar mendesak Kerajaan Negeri Johor untuk menurunkan tariff air Johor kerana langsung tidak ada justifikasi mengapa tariff air di Johor begitu tinggi.

7. Selalunya, jawapan yang diberi kepada saya oleh kerajaan negeri adalah kadar tariff bergantung kepada beberapa factor termasuk cabaran geografi, kepadatan penduduk dan juga tahap pencemaran sumber air. Namun penjelasan ini nyata tidak boleh diterima memandangkan tariff air di negeri Sabah dan Sarawak masih lebih rendah daripada Johor dan negeri Selangor yang lebih berindustri daripada Johor bukan sahaja mempunyai kadar tariff air yang lebih rendah, malah kerajaan negeri Selangor mampu member air percuma 20 meter padu kepada rakyatnya.

8. Pada siding DUN bulan Mei lepas, sekali lagi saya mohon pengesahan daripada pihak kerajaan negeri samada kerajaan boleh janji kepada rakyat kadar tariff air tidak akan naik pada tahun ini tetapi kerajaan tidak menjawap permintaan saya.

9. Seterusnya, peningkatan 25% ini sebenarnya adalah lebih tinggi daripada yang dipohon oleh pihak SAJ. Pada 23/9/2014, Exco Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Luar Wilayah Datuk Ir Hasni Mohamad telah menyatakan SAJ ada membuat permohonan untuk kenaikan 20% tariff air and beliau sendiri mengulas bahawa kerajaan negeri akan mempertimbangkan permohonan tersebut dalam lingkungan kenaikan 10 – 12% sahaja yang dianggap munasabah.

10. Kenaikan kadar tariff baru 25% ini membuktikan kerajaan Johor telah gagal membela kepentingan dan nasib rakyat Johor. Pada masa sekarang, dimana kesan GST masih dirasai dengan kenaikan harga-harga barang dan Ringgit Malaysia yang lemah berserta dengan kenaikan harga minyak, kerajaan negeri sepatutnya memperkenalkan rancangan atau polisi yang dapat mengurangkan beban rakyat dan bukannya memilih masa ini untuk menambahkan beban kehidupan mereka.

11. Seterusnya, kenaikan tarif air bukan domestik juga akan membawa limpahan kenaikan kos pengeluaran dan akhirnya kos ini juga akan ditanggung oleh pengguna akhir, yang akan membawa kesan kenaikan kos sara hidup rakyat.

12. Kerana membenarkan kenaikan ini, SPAN dan Kerajaan BN Negeri Johor telah mengkhianati amanah rakyat dan sekaligus menyusahkan kehidupan rakyat Johor yang kini terpaksa menanggung kos lebihan kehidupan harian.

13. Jugalah amat dukacita, kenyataan SPAN langsung tidak memberi apa-apa alasan atau justifikasi kenaikan tariff air. Ini adalah satu sikap dan tindakan yang tidak bertanggungjawap.

14. Akhirnya, saya mendesak kerajaan negeri Johor dan SPAN untuk serta merta membatalkan implementasi kadar tarif air yang berkuatkuasa 1/8/2015. Dan sebagai protes simbolik, saya tidak akan hadir pada sambutan hari raya rumah terbuka SAJ di Larkin, Johor Bahru pada 3/8/2015 dan saya juga menyeru kesemua ahli dewan untuk membuat sedemikian.

Jimmy Puah Wee Tse
Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor merangkap ADUN Bukit Batu
31/7/2015




s




--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.