Gadai Harta Milik Negara Bolehkah Dibanggakan? - Khairuddin Abu Hassan

9:06 PM 0 Comments A+ a-



GADAI HARTA MILIK NEGARA BOLEHKAH DIBANGGAKAN?!

Najib tun razak jangan cepat syok sendiri!! Kaedah penyelesaian masalah syarikat bebanan hutang 1mdb tidak harus dipuji sama sekali!!

Budak sekolah tingkatan 6 pun boleh fikir macam najib tun razak selesai masalah bebanan hutang syarikat 1mdb!! Saya secara peribadi tak minat mengenai program rasionalisasi 1mdb tetapi lebih berminat untuk tahu mana duit-duit pelaburan 1mdb dulu berada pada masakini?!

Mana pergi duit-duit pelaburan di kepulauan caymen sejumlah lebih kurang rm7 billion?! Apa jadi dengan kononnya duit sejumlah hampir rm4 billion yang sepatutnya disimpan di bank bsi singapura?! Apa jadi dengan duit kumpulan wang amanah pencen (kwap) sejumlah rm4 billion?! Kenapa bayar tanah di ayer hitam pulau pinang dengan kadar harga begitu tinggi berharga rm1.3 billion?! Kenapa pinjam melalui syarikat goldman sachs bayar faedah setinggi kadar 12%?! Mengapa beli janakuasa letrik dengan harga amat tinggi dari kadar harga pasaran?! Banyak lagi yang harus dijawab oleh najib tun razak serta 1mdb!!

Kini negara malaysia telah hilang kepentingan pemilikan sebahagian dari hartanah di bandar malaysia sg besi kerana 60% ekuitinya telah dibeli oleh syarikat china rail engineeting corpiration (crec)!!

Rakyat malaysia telah hilang sebahagian daripada hartanah pusaka milik kerajaan kepada syarikat asing!! Ini satu pengkhianatan kerana harta milik negara terpaksa digadai kepada orang luar!!

Apakah kaedah penyelesaian hutang syarikat 1mdb sepertimana yang diumumkan oleh najib tun razak boleh dibanggakan serta boleh diterima secara waras?!

Hakikatnya, kaedah ini amat jijik kerana rakyat malaysia telah hilang sebahagian daripada hartanah paling potensi di negara kita kepada kuasa luar!! Kita sepatutnya mempertahankan segala harta milik kerajaan dan negara bukan menggadaikannya untuk membayar hutang syarikat 1mdb


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.