Tiada kawasan dan cawangan PAS yang akan terbubar - Tuan Ibrahim Tuan Man

7:01 PM 0 Comments A+ a-



Tiada kawasan dan cawangan PAS yang akan terbubar


PAS Pusat menegaskan bahawa tidak akan ada kawasan yang terbubar walaupun ada pimpinannya dan sebahagian ahlinya keluar.

Parti mengambil maklum adanya usaha beberapa pimpinan kawasan dan cawangan yang akan bertindak demikian. Namun, kita mempunyai peruntukan dalam perlembagaan parti bagi meneruskan aktiviti parti.


Kawasan akan terus kekal dengan barisan kepimpinan baru yang akan mengambil alih pentadbiran kawasan dan cawangan berkenaan. Sebagaimana ombak di lautan yang tidak dihenti dijana, PAS mempunyai sumber kekuatan untuk menggantikan ombak yang hilang.

Bagi pimpinan dan ahli yang ingin meninggalkan parti, terima kasih atas khidmat dan sumbangan kepada parti selama ini. Parti menghormati hak samada untuk kekal bersama parti atau keluar daripada parti. Walaupun ini bukan penyelesaian terbaik, namun ia tetap ialah satu penyelesaian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh ahli PAS yang terus istiqamah dengan parti.

Kepada para ahli PAS, mari bersama saya dan para pemimpin PAS untuk meneruskan perjuangan dan aktiviti parti, meningkatkan mujahadah, mengikhlaskan niat dalam perjuangan dan bersabar dalam menempuh segala mehnah dalam perjuangan ini. Selagi mana kita berada di atas landasan benar, Allah akan membantu kita. InsyaAllah.

Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS
19 Ogos 2015



Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.