Ahli Dewan Negeri PAS Selangor Beri Tumpuan Kepada Isu Rakyat - Iskandar Abdul Samad

5:13 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Akhbar

AHLI DEWAN NEGERI PAS SELANGOR BERI TUMPUAN KEPADA ISU RAKYAT.

Pre Council Ahli-Ahli Dewan Negeri (ADN) PAS Selangor pada 14 Ogos lepas bersetuju agar mereka menumpukan perhatian kepada isu-isu rakyat.


Mereka bersetuju rakyat amat memerlukan pembelaan dan tidak sewajarnya diheret ke dalam sebarang polemik politik.

Menurut mereka rakyat mahu masalah-masalah mereka diselesaikan dan pentadbiran kerajaan negeri di semua peringkat berjalan dengan baik. Mereka juga sudah tentu menuntut agar segala perancangan kerajaan negeri dilaksanakan dengan jayanya.

Di antara perkara-perkara yang akan menjadi tumpuan ADN-ADN tersebut adalah yang melibatkan perumahan, pihak berkuasa tempatan, kemudahan awam, tanah, pembangunan masyarakat, hal ehwal Islam dan pendidikan.

Pre Council tersebut telah diadakan sebelum Dewan Negeri Selangor bersidang minggu hadapan. Seramai 12 ADN telah hadir pada pertemuan yang diadakan di Shah Alam itu.

Mereka adalah,

1.) Dato' Iskandar Abdul Samad (Chempaka)
2.) Dato' Dr Ahmad Yunus Khairi (Sijangkang)
3.) Haji Zaidi Talib (Taman Templer)
4.) Haji Shafie Ngah (Bangi)
5.) Mohd. Khairuddin Othman (Paya Jaras)
6.) Ir. Haslin Hasan (Tg Sepat)
7.) Haji Razali Hasan (Dusun Tua)
8.) Haji Khasim Abdul Aziz (Lembah Jaya)
9.) Dr Hajjah Halimah Ali (Selat Kelang)
10.) Dr Haji Abdul Rani Osman (Meru)
11.) Ustaz Hasbullah Ridzwan (Gombak Setia)
12.) Hajjah Norhanim Ismail (Seri Serdang)

Seorang lagi ADN PAS, Ustaz Sallehin Mukhyi (Sabak) tidak hadir kerana perlu menghadiri program PAS Pusat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selain dari itu, PAS Selangor melarang pimpinannya membuat sebarang kenyataan akhbar kecuali yang berkaitan jawatan kerajaan yang mereka pegang atau yang melibatkan kawasan masing-masing. Hanya Pesuruhjaya, Setiausaha dan Ketua Penerangan dibenarkan membuat sebarang kenyataan akhbar atau ulasan yang melibatkan isu-isu politik semasa.

YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
16 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.