Mukhriz Perlu Dedahkan - Jangan Sembang Saja - Zul Hazmi Shariff

11:53 AM 0 Comments A+ a-




MUKHRIZ PERLU DEDAHKAN - JANGAN SEMBANG SAJA.

Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir dalam jawapan kepada soalan tambahan dari Adun BN Bukit Lada Ahmad Lebai Sudin di Dewan Undangan Negeri Kedah semalam seperti yang dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today berkata kelulusan permit pembalakan di Kedah adalah semasa pentadbiran PAS Kedah pada tahun 2008 - 2013 dahulu.


Beliau seterusnya berkata bahawa Kerajaan Kedah pimpinannya sekarang terpaksa memberikan lesen pembalakan bagi mengelakkan Kerajaan disaman oleh syarikat yang mendapat konsesi.

Free Malaysia Today tidak melaporkan secara lengkap kenyataan atau jawapan Dato' Seri Mukhriz tersebut tentang bila kelulusan diberikan, berapa banyak kelulusan diberikan, di kawasan mana kelulusan permit itu diberikan, syarikat mana yang diberikan permit pembalakan dan berapakah nilai premium balak yang diperolehi oleh Kerajaan. Ini menimbulkan pelbagai persoalan di fikiran rakyat.

Justeru, Dato' Seri Mukhriz wajar untuk mendedahkan semua persoalan tersebut. Fakta tersebut amat penting untuk menentukan samada jawapan Mukhriz di dalam Dewan Undangan Negeri itu benar atau semata-mata alasan. Mukhriz tidak boleh hanya sembang sahaja. Buktikan.

Sebagai warga negeri Kedah, saya memohon Menteri Besar Kedah mendedahkan perkara-perkara berikut :

a) Bilakah permit-permit pembalakan diluluskan.
b) Siapakah yang memberikan kelulusan.
c) Kawasan pembalakan yang diluluskan.
d) Syarikat pembalakan yang diberikan permit.
e) Nilai perolehan Kerajaan daripada pembalakan yang diluluskan.

YAB Menteri Besar adalah anak Tun Dr Mahathir. Beranilah dalam tindakan, jangan seperti anak Tun Razak yang sedang menggelabah.

Mohon Penjelasan.

BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF19082015




Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.