Respon Awal Terhadap Bajet 2016 - che'GuBard

11:56 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan umum
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
23 okt 2015

RESPON AWAL TERHADAP BAJET 2016


Secara umumnya Bajet 2016 ini memberikan banyak insentif atau bantuan kepada rakyat. Daripada kenaikan BR1M, kenaikan gaji dan bonua kepada penjawat awam, insentif kepada Sabah dan Sarawak dan pelbagai lagi. Tetapi ia kurang langkah-langkah fiskal untuk berhadapan dengan kelembapan ekonomi.

Walaupun Najib cuba untuk menunjukkan GST adalah langkah yang tepat tetapi dengan pengumuman beberapa tambahan barangan bebas GST menunjukkan Najib akhirnya terpaksa akur dengan hakikat rakyat tertekan dengan pengenalan cukai ini. Selain itu, seperti biasa Najib akan mengumumkan pelbagai projek perumahan rakyat tetapi tidak banyak yang diberikan untuk meningkatkan pemilikan rumah untuk kelompok kelas pertengahan.

Walaupun pelbagai inisiatif diumumkan tetapi jika sistem penyampaian kerajaan masih kekal ditakuk lama, hasrat negara berpendapatan tinggi sukar untuk direalisasikan. Bajet ini tidak mengangkat permasalahan kelembapan ekonomi, kejatuhan nilai Ringgit dan peningkatan mendadak kos sara hidup sebaliknya hanyalah satu usaha PM untuk mengekalkan fixed depositnya di kawasan luar bandar, Sabah dan Sarawak apatah lagi menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak nanti.

Bajet ini juga nampaknya terlalu memberikan penumpuan lokal semata. Seharusnya dalam fenomena penurunan ringgit ia juga seharusnya memberikan kesempatan dan penumpuan pengembangan pasaran komoditi seperti minyak sawit dan industri eksport Malaysia.

Malaysia juga pernah menjadi negara pemimpin sistem kewangan Islam. Kita pernah bangga dengan sukuk patuh syariah dan seumpamanya namun kelihatan agak kurang tumpuan masa kini.

Bajet setiap tahun disusun dalam bahasa sangat indah namun menjadi kegusaran SAMM sehingga kini ialah sistem penyampaian yang tiris dan tidak tepat masih berleluasa. Hairan kenapa ahli parlimen termasuk pembangkang tidak mendesak untuk dibahaskan laporan audit dahulu sebelum bajet dibentangkan dan laporan audit juga bukan sekadar menjadi acara kejutan tahunan tanpa tindakan konkrit.

Dari aspek kenaikan gaji kakitangan awam nampaknya kerajaan masih tidak ada jawapan terhadap implikasinya iaitu kenaikan harga barang yg akhirnya bukan sahaja memberi kesan penjawat awam yg menerima kenaikan atau imbuhan tetapi akan turut dideritai oleh pekerja swasta dan kategori pakerja sendiri yg tidak mengalami tambahan pendapatan. Sudahlah dijerut kenaikan barang April lepas kerana GST kini sekali lagi.

Kita bangga mengejar ke arah negara berpendapatan tinggi (secara purata pendapatannya) namun masalah utama Malaysia masih agihan ekonomi tak serata dan bagaimana kesediaan menghadapi Inflasi yg sama ghairah dgn usaha menjadi negara berpendapatan tinggi.

Sekian.

che'GuBard
Pengasas SAMM


Sila kongsi artikel ini...

Short take on Najib Budget 2016 - Sivarajan PSM

8:38 PM 0 Comments A+ a-



Short take on Najib Budget 2016 .

1. Increase of minimum wage welcomed as it was scheduled anyway for revision this year 2015. An increase of RM100 is very small in comparison with GST 6% and increase of CPI. RM100 does not make much a difference in the workers real wages .


2. Najib claims that

“GST collection up RM39 billion from RM27 billion in 2015. National revenue would be reduced by RM21 billion without GST.
Without added tax revenue, the government would have to borrow to pay civil servants’ salary, national credit rating would deteriorate, and borrowing cost would increase.”

Then why did they allocate up to 20 billion to Value Cap , Government investment company to buy stocks and prop up the stock market . ValueCap will invest in undervalued shares on Bursa Malaysia. (Sept,2015)

Take money from the rakyat to play stocks !

3. Seven measures to improve GST treatment with effect from Jan 1, 2016, including zero rating of controlled medicines and food items like soybean-based milk and organic-based milk for infants and children- Does that mean a price reduction of the above items from what we were charged since April, 2015 OR just omitting the GST 6% line in the bill.
Will we actually see a price reduction? I doubt so.

4. Malaysian consumers to get rebates on mobile pre-paid cards equivalent to GST amount paid, effective Jan 1, 2016 to Dec 31, 2016.- finally , after being ripped off by mobile companies since April, 2015.

5. Income tax increased from 25 percent to 26 percent for the super rich ! people earning between RM 600,000 and RM 1 million. 1% increase ! Wow! Hope all those super rich are not telling their accountants to declare their yearly remuneration below RM600K.

6. Transport and Highways - They should have allocated an amount to nationalize several Highway companies so that the rakyat will not be burdened with ever increasing tol rates . Especially all those short distance highways that the rakyat is forced to travel on a daily basis in the heart of Kuala Lumpur . SPRINT, SILK,LDP,KESAS,LEKAS, PLUS Bt Tiga,Sg.Rasa ,Grand Saga etc,.

7. Najib mentioned that the Government has agreed in principle on the TPPA, but will wait for Parliamentary debate. Wow , Najib !

What is the purpose of Parliamantary debate if you have already decided. What is the use of the CBA, Cost Benefit Analysis if government has already decided.

Even the text is not out yet for scrutiny ! Government should only make a decision after the text has been scrutinised by various stake holders and debated .

Sivarajan . SUA.PSM


Sila kongsi artikel ini...

Gantung Wakil Rakyat Tidak Menyelesaikan Persoalan 1MDB - Fakhrulrazi Mokhtar

2:58 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

GANTUNG WAKIL RAKYAT TIDAK MENYELESAIKAN PERSOALAN 1MDB

1. Pemuda AMANAH Nasional melahirkan rasa dukacita atas tindakan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Gelang Patah, YB Lim Kit Siang. Penggantungan sebagai ahli Dewan Rakyat selama 6 bulan adalah keterlaluan dan mencemar perjalanan demokrasi berparlimen negara ini.


2. Penasihat DAP itu hanya melakukan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat untuk mempersoalkan kebrobrokan dan skandal yang berlaku melibatkan kepentingan rakyat termasuklah isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

3. Skandal 1MDB bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng memandangkan ia telah menjadi isu yang hangat diperbual serta dipertikaikan, bukan sahaja di dalam negara, hatta di seluruh dunia. Isu ini seolah-olah tidak diambil perhatian serius oleh pihak kerajaan untuk memperjelaskan perkara yang sebenar.

4. Parlimen adalah platform check and balance (semak dan imbang), wakil rakyat berhak meminta penjelasan secara terperinci berhubung apa jua perkara dan pihak kerajaan wajib serta bertanggungjawab untuk menjawab sebarang persoalan yang dibangkitkan.

5. Sewajarnya semua pihak terutama wakil rakyat yang bertanggungjawab mengundi usul penggantungan tersebut memikirkan perkara yang lebih besar iaitu apa yang dibangkitkan oleh Lim Kit Siang. Perkara-perkara di sudut teknikal tidak sepatutnya diperhangatkan hingga menenggelamkan isu asas yang lebih utama.

6. Anak muda kini cakna kepada perkembangan negara, apabila berlakunya tindakan ke atas wakil rakyat disebabkan membawa aspirasi rakyat, kelompok ini sangat gusar dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap perkara seperti ini.

7. Kami sangat berharap agar isu 1MDB diberikan ruang yang secukupnya di dalam Dewan Rakyat agar ke semua wakil rakyat dapat membahaskan secara terperinci seterusnya dijelaskan oleh pihak kerajaan.

‪#‎HarapanBaru‬
‪#‎IslamRahmatUntuk‬ Semua

USTAZ HAJI MOHD FAKHRULRAZI MOHD MOKHTAR
Naib Ketua,
Pemuda AMANAH Nasional

23 Oktober 2015


Sila kongsi artikel ini...

Penubuhan Jawatankuasa Penasihat Syariah dalam Pindaan Akta KWSP (2015) di Dewan Rakyat - Khairuddin Aman Razali

2:44 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN KUALA NERUS

Khamis 22hb Oktober 2015

Penubuhan Jawatankuasa Penasihat Syariah dalam Pindaan Akta KWSP (2015) di Dewan Rakyat

Sidang Dewan Rakyat pada 20, 21dan 22 Oktober membahaskan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan 2015). Antara perkara penting yang dicadangkan untuk dipinda ialah penubuhan Jawatankuasa Penasihat Syariah bagi menasihati Lembaga dan Panel Pelaburan dalam memastikan pengurusan akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mematuhi prinsip Shariah, termasuk caruman, pelaburan dan dividen. Nasihat Jawatankuasa Penasihat Syariah pula adalah mengikat Lembaga dan Panel Pelaburan menurut seksyen 23D (2).

Pelaburan Haram KWSP

Selama 3 hari perbahasan saya berpeluang untuk berucap dan mencelah ketika penggulungan Timbalan Menteri terbabit. Dalam ucapan perbahasan, saya menyokong usaha pindaan ini kerana ia bakal menyelamatkan caruman orang-orang Islam daripada terlibat dengan pelaburan yang haram. Pelaburan KWSP ialah dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Instrument Pasaran Wang yang kedua-duanya berasaskan faedah Riba. Begitu juga pinjaman korporat yang sebahagiannya berasaskan faedah Riba. Pelaburan dalam Ekuiti juga ada yang tidak mematuhi Shariah.

Untuk tahun 2014 pelaburan KWSP berjumlah RM597 bilion. Sebanyak RM157 bilion (26%) dilaburkan dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia, RM13 bilion dalam Instrument Pasaran Wang, RM154 bilion (25%) dalam Pinjaman dan Bon Korporat, RM257 bilion (43%) dalam Ekuiti dan RM14 bilion dalam Hartanah.

Pencarum di kalangan muslim yang prihatin dengan hukum-hakam Islam terpaksa membersihkan Dividen yang mereka terima kerana sebahagiannya adalah daripada hasil keuntungan pelaburan yang tidak patuh Shariah.

Zakat KWSP

KWSP adalah tabung simpanan wang yang tentunya terikat dengan hukum zakat bagi wang simpanan menurut Islam namun KWSP sebagai pengurus dana sebelum ini tidak membayar zakat bagi wang tersebut.

Fatwa-fatwa yang ada oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atau Jawatankuasa Fatwa Negeri lebih fokus kepada tanggungjawab pencarum yang tidak mempunyai kuasa penuh atau sempurna milik terhadap caruman mereka. Berdasarkan situasi itu, fatwa-fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa beberapa negeri menfatwakan bahawa pencarum tidak perlu membayar zakat melainkan apabila mengeluarkan caruman mereka daripada KWSP.

Alasan Shariahnya ialah wang caruman dalam pemilikan KWSP “tidak sempurna milik” bagi pencarum. Hal ini kerana syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP untuk mengeluarkan caruman menunjukkan pencarum tidak mempunyai kuasa ke atas wang simpanan tersebut untuk dibelanjakan bagi keperluan dirinya kecuali apabila telah tiba masa yang ditetapkan atau dengan tujuan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ia hanya sempurna milik apabila dikeluarkan oleh pencarum sekiranya cukup nisab. Justeru, kewajipan membayar zakat ialah apabila pencarum mengeluarkannya daripada KWSP.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 1982 dan jawatankuasa fatwa negeri seperti Selangor pada 2001 dan Johor pada 2008 dan 2012 mensyaratkan zakat dikeluarkan selepas cukup “haul” setahun wang tersebut dikeluarkan.

Tetapi fatwa terakhir oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2006 dan Selangor pada 2007 ialah menggalakkan pencarum membayarnya sebaik dikeluarkan tanpa menunggu tempoh setahun.

Apa yang dijelaskan di atas ialah berhubung tanggungjawab pencarum di saat mereka tidak mempunyai milik penuh terhadap pengurusan wang simpanan mereka. Bagaimana pula dengan KWSP sendiri sebagai pemegang amanah yang mempunyai kuasa untuk menguruskan caruman tersebut? Jika mahu, mereka mampu bertindak bagi pihak pencarum bagi mengeluarkan zakat simpanan para pencarum yang sepatutnya dibayar.

Bayangkan sekiranya KWSP mengambil tanggungjawab membayar zakat bagi wang simpanan orang Islam yang diuruskan oleh mereka. Sekiranya diandaikan 600 bilion dana pelaburan KWSP sekarang dengan 60% nya adalah milik caruman orang Islam tentu sahaja zakat tahunan yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang layak untuk mendapat zakat setiap tahun menjangkau 9 bilion setahun. Zakat ini boleh digunakan untuk manfaat pencarum KWSP yang termasuk dalam Asnaf Zakat.

Jawatankuasa Syariah Perlis pernah menfatwakan pada 1 Disember 1990 bahawa KWSP bertanggungjawa

b mengeluarkan zakat bagi pihak pencarum Islam. Teks fatwanya ialah: “Wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang berkuatkuasa sekarang ini tidak diwajibkan zakat ke atas pencarumannya kerana wang tersebut bukan milik sempurna bagi pencarum seperti yang dijelaskan oleh wakil KWSP Encik Roslan bin Putih dalam perbincangan dengan ahli-ahli Jawatankuasa Syariah pada 22 Jamadil Awam 1411 bersamaan 1 Disember 1990. Oleh kerana jumlah wang tersimpan dalam KWSP adalah melebihi nisab dan mencukupi haul maka ianya tetaplah wajib zakat. Oleh itu Jawatankuasa Syariah berpendapat pihak KWSP bertanggungjawab mengeluarkan zakat bagi pihak pencarum-pencarum Islam sepertimana yang diamalkan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji.”
( rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/zakat-kwsp )

Saya dimaklumkan oleh Timbalan Menteri terbabit dalam perbincangan di luar Dewan Rakyat bahawa tabungan KWSP tidak dikenakan cukai oleh kerajaan. Justeru, secara dasarnya tiada peruntukan untuk dikenakan zakat. Oleh itu saya mengambil peluang dalam sesi celahan penggulungan oleh Timbalan Menteri pada petang ini mencadangkan agar pindaan akta berkaitan jika perlu wajar dibuat untuk membolehkan KWSP membayar zakat. Ia bukan sahaja memudahkan urusan pencarum melibatkan tanggungjawab zakat malah memberi keuntungan kepada umat Islam khususnya pencarum sendiri yang mungkin sebahagiannya termasuk dalam kategori yang layak menerima bantuan zakat.

Sekian.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
At Takiri


Sila kongsi artikel ini...

Isu Tol: Pas Bersedia Menggalas Mandat - Dr Mohd Zuhdi Marsuki

12:36 PM 0 Comments A+ a-



ISU TOL: PAS BERSEDIA MENGGALAS MANDAT

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyarankan kepada mana-mana parti politik dan pimpinan politik mempunyai rasa kebertanggungjawaban yang tinggi dalam mengemukakan cadangan-cadangan ke arah mengatasi kemelut yang dihadapi oleh rakyat. Cadangan-cadangan yang dikemukakan hendaklah holistik, iaitu mengambil kira semua aspek golongan-golongan berkepentingan dan realistik, iaitu mengambil kira semua kedudukan berkaitan status negara pada hari ini. Sebagai sebuah parti yang bersedia menggalas mandat menerajui negara, PAS ingin menjadi sebuah parti yang bertanggungjawab kepada semua rakyat dan negara dengan memberikan penyelesaian yang holistik dan realistik sehingga memuaskan hati semua pihak.

Di samping itu, kewujudan sesebuah parti politik dalam negara ini bukan semata-mata untuk mendapatkan teraju pemerintahan negara, tetapi yang juga penting parti-parti politik harus terlibat dalam memberikan pendidikan politik kepada rakyat. Salah satu aspek pendidikan politik yang terpenting ialah memandu rakyat supaya mereka boleh membuat keputusan politik yang betul dan menarik rakyat untuk bersama-sama terlibat membuat dasar. Sesebuah parti politik dan seseorang pemimpin politik dalam mengemukakan sesuatu cadangan bagi menghadapi sesuatu masalah, perlu mengemukakan kesemua pilihan-pilihan kepada rakyat dan berunding bersama-sama mereka untuk membuat keputusan yang tepat. Adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab mengemukakan sesuatu cadangan yang separa masak, kemudian menggula-gulakan rakyat supaya mudah termakan dengan janji manis tersebut.

Dua hari yang lalu, PPP telah memberi maklumbalas kepada cadangan separa masak Pakatan Harapan (PH), yang berhasrat menghapuskan tol Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pulau Pinang 1, dengan membebankan pembayar-pembayar cukai jalan lain yang jarang atau tidak pernah menggunakan lebuhraya tersebut. Cadangan untuk menggunakan dana dari kutipan cukai jalan sekitar RM 2.3 billion setahun untuk menyelengggara Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pulau Pinang 1, adalah satu cadangan yang sambi lewa dan culas. Dana dari kutipan cukai jalan yang sekarang hanya digunakan untuk menyelenggara jalanraya-jalanraya tidak bertol yang anggaran panjangnya 100,000 km di seluruh negara, sudah pasti tidak mencukupi sekiranya selepas ini digunakan pula untuk menyelenggara Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.

Kos untuk menyelenggara Lebuhraya Utara Selatan yang panjangnya hampir 960 km adalah begitu tinggi ditambah lagi dengan kos menyelenggara Jambatan Pulau Pinang. Dianggarkan sebanyak RM 1 billion diperlukan untuk lebuhraya ini bagi menyelenggara, membiayai operasi dan lain-lain urusan berkaitan setiap. Sekiranya kos ini dipindahkan bebannya kepada pembayar-pembayar cukai jalan, sudah pasti kutipan cukai jalan berjumlah RM 2.3 billion setahun yang sebelum ini digunakan hanya untuk 100,000 km jalanraya-jalanraya tidak bertol, tidak lagi mencukupi menampung penyelengggaran tersebut. Cadangan ini bukan sahaja tidak adil kepada pembayar-pembayar cukai yang jarang atau langsung tidak menggunakan lebuhraya tersebut, bahkan berkemungkinan menyebabkan cukai jalan selepas ini terpaksa dinaikkan.

Selain daripada itu, perlu dipertimbangkan bahawa syarikat konsesi yang mengendalikan Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pulau Pinang ini, 49% kepentingannya dimiliki oleh KWSP yang mewakili 13 juta orang pencarum. Dalam membina dan menyelenggara lebuhraya di bawah kendaliannya, syarikat konsesi ini menanggung hutang sekitar RM 11 billion, dengan pengertian lain KWSP dan pencarum-pencarumnya juga terbeban dengan liabiliti tersebut. Sekiranya cadangan simplistik menghapuskan tol Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pulau Pinang oleh Setiausaha Agung DAP baru-baru ini diambil, daripada mana dana diperolehi untuk melepaskan liabiliti ini? Atau selepas ini KWSP dan pencarum-pencarumnya akan terpaksa menanggung hutang tanpa memperolehi pendapatan sepatutnya dari pelaburan mereka?

Cadangan yang dikemukakan oleh PH melalui Setiausaha Agung DAP ini turut menimbulkan tanda tanya, bagaimana pula tol-tol lebuhraya yang lain. Mengapa hanya Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pulau Pinang dihapuskan, sedangkan tol-tol di sekitar Lembah Kelang yang lebih membebankan penduduk kota yang menggunakannya sehari-hari tiada pula cadangan penghapusan. Lebuhraya Utara Selatan selalunya digunakan oleh mereka yang memandu dari satu bandar ke satu bandar yang lain dengan kekerapan bagi seseorang yang amat rendah. Manakala tol-tol yang berada di sekitar Lembah Kelang terpaksa dilalui oleh jutaan orang penduduk kota setiap hari untuk pergi ke tempat kerja. Mengapa tol-tol ini tidak disentuh? Malah lebih menarik untuk ditanya, kenapa kerajaan negeri dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP sendiri, merancang untuk membina tiga lagi lebuhraya seumpamanya di Pulau Pinang, kalau dia benar-benar berhasrat menghapus tol di Malaysia.

PPP melihat hasrat rakyat untuk menghapuskan tol tidak boleh dilakukan hanya dengan mengemukakan cadangan-cadangan simplistik untuk meraih populariti. Bagi menangani isu ini, rakyat perlu didedahkan dengan kesemua pilihan-pilihan yang ada, analisa kos manfaat, dampak negatif yang kemungkinan timbul dan lain-lain lagi aspek berkaitannya, kemudian proses rundingan berterusan bersama rakyat dan pihak berkepentingan perlu dilakukan sehinggalah hasrat menghapuskan tol tercapai. Proses seperti inilah yang sedang diterokai oleh PAS, IKATAN dan hampir 200 NGO dalam KONGRES RAKYAT dalam mengatasi sesuatu masalah rakyat dan negara termasuklah isu tol. PPP akan mengemukakan kesemua pilihan-pilihan (opsyen) berkaitan isu tol ini kepada rakyat melalui KONGRES RAKYAT dalam tempoh masa terdekat, sehingga satu hari nanti hasrat rakyat menghapuskan Tol tercapai.

Dr Mohd Zuhdi Marsuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

23 Oktober 2015
10 Muharram 1437


Sila kongsi artikel ini...

Bahagian 1 - Kenapa Yb Lim Kit Siang Digantung? Zulhazmi Shariff

11:34 AM 0 Comments A+ a-



BAHAGIAN 1 - KENAPA YB LIM KIT SIANG DIGANTUNG?

Pada Isnin 19/10/2015 semasa mencelah perbahasan Ahli Parlimen Sepang YB Hanipa Maiden, YB Lim Kit Siang (LKS) bertanya, adakah tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin menghentikan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara [PAC] daripada menyiasat skandal 1MDB adalah salah guna kuasa kerana Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat tidak mempunyai peruntukkan membolehkan Speaker bertindak demikian. YB LKS seterusnya bertanya adakah tindakan Tan Sri Speaker itu suatu tindakan diktator.

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Adakah Yang Berhormat Sepang
bersetuju bahawa tadi kita dengar satu tafsiran daripada Tuan Yang di-Pertua mengenai Standing Order 77. Itu sahaja tafsiran sahaja. Oleh sebab adakah Yang Berhormat Sepang setuju bahawa Tuan Yang di-Pertua semua Tuan Yang di-Pertua saya hormat, tidak ada kuasa untuk memberhentikan PAC daripada bermesyuarat. Itu satu salah guna kuasa.

Oleh sebab, itu tafsiran keputusan sama ada Standing Order 77 tidak mencegah PAC daripada bermesyuarat sungguh tidak ada. Oleh sebab tidak ada pengerusi ialah dewan yang mulia ini bukan Tuan Yang di-Pertua. Tidak ada peruntukan diberi kuasa kepada Tuan Yang di-Pertua untuk berhentikan satu jawatan kuasa khasnya PAC daripada bermesyuarat. Adakah Yang Berhormat Sepang bersetuju ini satu salah guna kuasa yang Tuan Yang di-Pertua tidak patut berlaku dan ini merupakan satu sabotaj
penyiasatan 1MDB, satu skandal besar antarabangsa. Itulah.

YB LKS digantung melalui suatu usul kerana dikatakan mengjina Speaker kerana mengatakan Speaker salah guna kuasa dan diktator.

Adakah benar Speaker salah guna kuasa seperti yang dikatakan oleh YB LKS?

Untuk mengetahuinya kita perlu lihat asal usul perbahasan dan meneliti Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang berkaitan.

Perbahasan pd hari tersebut berkaitan perlantikan Penngerusi PAC yang baru kerana Pengerusi PAC dan beberapa anggota PAC telah hilang kelayakan kerana dilantik oleh Najib menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. Apabila PAC tidak mempunyai Pengerusi, Speaker telah menangguhkan semua prosiding siasatan PAC yang telah dijadualkan sementara menunggu perlantikan Pengerusi baru. Ini yang dipertikaikan. Adakah Speaker mempunyai kuasa menghentikan prosiding PAC dan adakah tindakan tersebut adalah salah guna kuasa.

PAC diperuntukkan di dalam Peraturan 77 Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan.

Peraturan 77 (2) menyatakan bahawa PAC hendaklah mempunyai seorang Pengerusi dan Naib Pengerusi yang dilantik oleh Majlis dan tidak kurang 6 dan tidak lebih 12 anggota yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih.

Peraturan 77 (3) menyatakan bahawa jika dalam ketiadaan Pengerusi dan Naib Pengerusi oleh kerana uzur atau sebab-sebab lain, anggota PAC blh memilih sesiapa saja dari kalangan anggota untuk mempengerusikan prosiding PAC.

Masalah mula timbul apabila Pengerusi PAC dilantik menjadi menteri dan hilang kelayakan sebagai Pengerusi. Dalam keadaan ini dengan tiba-tiba Speaker mengarahkan prosiding PAC ditangguhkan sementara Pengerusi baru dilantik. Ini suatu tindakan yang salah kerana Speaker tiada sebarang kuasa mengganggu perjalanan PAC kerana PAC berjalan atas kapasiti sendiri. PAC hanya bertanggungjawab kepada Majlis bukan Speaker.

Apabila Speaker mengarahkan prosiding PAC ditangguhkan, ianya suatu tindakan yang salah.

Speaker menggunakan Peraturan 100 yang menyatakan bahawa dalam keadaan tiada peruntukkan yang jelas, Speaker mempunyai kuasa tetapi mengambil Peraturan 100 itu juga salah kerana Peraturan 100 ialah berkaitan perjalanan mesyuarat bukan perjalanan Jawatankuasa.

YB LKS mengatakan Speaker salah guna kuasa dan sememangnya betul jadi tidak sepatutnya YB LKS diusulkan digantung. YB LKS ingin mempertahankan kedudukan Speaker bukan menghina Speaker. Speaker yang dimaksudkan bukan orang yang menjawat jawatan Speaker tetapi institusi Speaker Dewan itu agar tidak dicemari dengan tindakan yang salah.

Zulhazmi Shariff
23102015


Sila kongsi artikel ini...

Resolusi Sidang Anak Muda – “Wishlist” Bajet 2016 - Pemuda AMANAH Nasional

7:03 AM 0 Comments A+ a-



RESOLUSI SIDANG ANAK MUDA – “WISHLIST” BAJET 2016

Sidang Anak Muda berkenaan Bajet 2016 yang telah berlangsung pada 20 Oktober 2015, telah bersetuju untuk mengemukakan 9 desakan berikut kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak:


1) Kerajaan perlu mengambil langkah segera mengurangkan ketirisan dan pembaziran dalam usaha mengurangkan beban hutang negara, terutama dengan adanya hasil tambahan GST.

2) Inisiatif perlu dimulakan di setiap peringkat untuk membangun model ekonomi baru yang tidak hanya menjadikan wang dan pertumbuhan material sebagai kayu ukur; sebaliknya didasarkan atas nilai-nilai Islam contohnya dengan memberi insentif untuk mengembangkan institusi waqaf.

3) Anak muda mahukan budaya kolektif dan kerjasama serta menolak budaya individualistik dan kronisme yang diakibatkan oleh perlumbaan mengejar pertumbuhan ekonomi yang pesat.

4) Kerajaan perlu serius untuk memastikan pendidikan yang berkualiti dan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat; pendidikan yang diharapkan adalah pendidikan yang mampu milik dengan kualiti yang bertaraf antarabangsa.

5) Tumpuan perlu diberi kepada pembangunan keluarga muda secara menyeluruh, dengan melihat aspek memulakan perkahwinan, pemilikan rumah, kos kesihatan dan kos hidup harian.

6) Jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar perlu dirapatkan untuk mengelakkan masalah pembangunan tertumpu di Lembah Klang.

7) Kerajaan perlu merangka polisi, membuat pelan tindakan dan memberi peruntukan untuk memastikan kualiti alam sekitar tidak diabaikan dalam usaha pembangunan yang pesat; tumpuan perlu diberi kepada masalah kualiti udara, pembuangan sampah yang dan lain-lain masalah alam sekitar yang berkaitan.

8) Kerajaan perlu merancang polisi jangka panjang untuk membina masyarakat yang berdikari, berkeusahawanan dan tidak terlalu bergantung pada kerajaan.

9) Kerajaan wajar memberi peruntukan kepada pembangunan pendidikan ekonomi dan kewangan untuk melahirkan generasi yang celik ekonomi dan bebas daripada masalah pengurusan kewangan.

PEMUDA AMANAH NASIONAL

22 Oktober 2015

www.amanahnegara.org


Sila kongsi artikel ini...

Bajet 2016 : Beri fokus wanita bawah 40 tahun - Mas Ermieyati Samsudin

3:09 AM 0 Comments A+ a-



Bajet 2016 : Beri fokus wanita bawah 40 tahun.

Fokus harus diberi kepada golongan wanita muda terutama berumur bawah 40 tahun pada pembentangan
Bajet 2016 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan pada Jumaat ini.


Beberapa pengumuman Perdana Menteri juga diharap dapat memberi sedikit sebanyak kesan positif terhadap peningkatan kos sara hidup golongan sasar sekali gus memberi pulangan terutama dalam ekonomi negara.

Antara sasaran anak muda terutama wanita muda yang berkeluarga dan mempunyai anak adalah isu pusat penjagaan anak.

Beberapa inisiatif diharap dapat diumum supaya mengurangkan beban kos sara hidup terutama d bandar-bandar besar negara ini.

Selain itu, Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang diperkenalkan sejak 2011 harus dipergiatkan dengan lebih banyak penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ia usaha berterusan untuk mengurangkan statistik pengangguran siswazah yang sekian lama menjadi salah satu isu negara.

Selain SL1M, program-program lain yang berkaitan juga harus dipertingkatkan atau pengenalan program baru untuk memastikan isu pengangguran anak muda segera menemui noktahnya.

Dalam pada itu, Kerajaan sewajarnya memberi lebih penekanan dan melihat beberapa inisiatif dari percambahan usahawan-usahawan muda atas talian sebagai langkah pengembangan sektor ekonomi negara.

Kerajaan harus memberi perhatian sewajarnya dengan memperkenalkan skim serta bantuan dalam membantu mereka mengembangkan sektor perniaagan yang mereka ceburi.

Puteri UMNO turut berharap Bajet 2016 dapat memberi sinar baru kepada golongan muda seiring dengan transformasi ke arah negara maju menjelang 2020.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO
22 Oktober 2016


Sila kongsi artikel ini...

Dr Asyraf Wajdi Dusuki : Usah Spin Isu Penggantungan Lim Kit Siang. Dia Digantung Kerana Menghina Dewan Bukan Isu Rakyat

12:00 AM 0 Comments A+ a-



USAH SPIN ISU PENGGANTUNGAN LIM KIT SIANG. DIA DIGANTUNG KERANA MENGHINA DEWAN BUKAN ISU RAKYAT

Lim Kit Sang bukannya digantung kerana dia menyanggah isu 1MDB tetapi kerana kebiadaban kenyataanya yg dianggap satu penghinaan kepada institusi Parlimen kerana sesuka hati mendakwa Yang Dipertua Dewan Rakyat menyalah guna kuasa dan melabelkannya diktator. Yang Dipertua masih berlaku adil dengan memberinya peluang untuk menarik balik tuduhan yg dianggap menghina Yang Dipertua dan mohon maaf. Bahkan 3 hari tempoh diberikan.


Malah pagi tadi saya turut berada di dalam Dewan di mana Yang Dipertua sekali lagi beri peluang untuk LKS tarik balik kenyataan biadabnya namun masih ingkar. Justeru Dewan Rakyat sebagai institusi legislatif tertinggi negara tiada pilihan kecuali membawa usul penggantungan beliau selama 6 bulan bagi mempertahankan maruah Dewan yang mulia.

Dakwaan kononnya isu 1MDB tidak dibenarkan dibahaskan adalah tidak benar sama sekali kerana sesiapa sahaja ada peluang berbahas mengenainya selepas pembentangan Bajet, iaitu bermula minggu depan.


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.