Kisah Yang Berulang - Hasbie Muda

11:54 PM 0 Comments A+ a-



KISAH YANG BERULANG

1. Konservatif dan progresif adalah dua istilah yang kerapkali diletakkan bagi mewakili dua pihak yang bertembung dalam mana-mana organisasi.

2. Konservatif daripada perkataan 'conserve' adalah suatu kecenderungan untuk kekal dengan pendekatan lama/tradisional manakala progresif daripada perkataan 'progress' adalah kecenderungan untuk mengguna-pakai pendekatan baru apabila cara lama terbukti gagal. Konservatif tidak semestinya buruk manakala progresif tidak semestinya baik. Ia bergantung pada apa hala tuju sesebuah organisasi.


3. Pemimpin progresif dalam PAS yang ditewaskan dalam Muktamar PAS yang lalu bukan semuanya progresif sejak awal mereka terlibat dalam politik. Sebahagiannya adalah kelompok muda konservatif dan 'keras' yang berperanan dalam menjatuhkan Dato' Asri Muda dalam Muktamar PAS pada tahun 1982. Pendekatan keras Pemuda PAS ketika itu yang memanipulasi sentimen Revolusi Iran untuk mendesak Asri turun setahun sebelum pemilihan parti adalah suatu yang tidak wajar walaupun mereka mungkin mempunyai alasan yang berasas.

4. Hasil pengalaman dan pergaulan mereka kemudiannya mematangkan mereka untuk memahami konteks politik Malaysia dengan lebih berpijak. Kelompok muda yang konservatif itu kemudiannya secara beransur-ansur menjadi progresif. Malangnya, pada usia mereta yang matang dalam politik, kelompok progresif itu pula dijatuhkan oleh kelompok muda PAS yang konservatif.

5. Saya percaya bahawa pemimpin konservatif dan 'keras' yang menguasai PAS yang hari ini sebahagiannya akan berubah menjadi progresif kerana mereka akan belajar daripada pengalaman dan dinamikan politik yang mereka akan tempuhi pada masa yang akan datang. Tetapi saya juga percaya bahawa apabila mereka cuba melakukan perubahan dalam parti, mereka juga akan dijatuhkan oleh kelompok muda yang konservatif pada ketika itu.

6. Begitulah kisah yang yang akan terus berulang-ulang dalam PAS. Perubahan untuk melonjakkan PAS sebagai parti pemerintah negara ini akan terus digagalkan kerana akan sentiasa muncul 'penjaga' parti yang didoktrin untuk memastikan PAS kekal dengan cara yang lama.

7. Jika ada anak muda pada dekad 1950-an atau 1960-an yang mengimpikan PAS sebagai teraju kerajaan Malaysia, barangkali hari ini sedang meniti usia senja mereka dengan kekecewaan kerana beberapa perubahan penting tidak berjaya dilakukan.

8. Ubah.

 

--


Sila kongsi artikel ini...

Mahasiswa Berpolitik : Kerajaan Jangan Bersandiwara

11:44 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

MAHASISWA BERPOLITIK : KERAJAAN JANGAN BERSANDIWARA


1. Merujuk kepada kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh pada Khamis lalu (23 Julai 2015) yang bersetuju supaya mahasiswa universiti diberi ruang lebih luas dalam sistem demokrasi negara, termasuk melibatkan diri dalam politik, DPPM mengingatkan pihak Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan agar tidak bersandiwara dalam isu ini.

2. DPPM melihat sikap dan tindakan Kerajaan dalam mendepani mahasiswa yang terlibat dalam politik sendiri pun tidak selari dengan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 yang sepatutnya akta ini dimansuhkan terus.

3. Pentadbiran universiti juga bersikap cauvinis, paranoid dan tidak profesional berurusan dengan kepimpinan dan gerakan mahasiswa yang konsisten menuntut penambahbaikkan dalam segenap sektor pentadbiran negara dan universiti termasuk prestasi sektor pendidikan negara kita.

4. Pidato Jelajah Kerajaan Mahasiswa, Pidato Umum DS Anwar Ibrahim di UM, insiden UM8, tindakan ke atas pejuang isu air di UKM (‪#‎UKM13‬), insiden ‪#‎UIA3M‬ dan insiden merampas mikrofon semasa Dialog GST di UIAM dan terkini isu 11 orang pimpinan mahasiswa UIAM yang bakal dikenakan tindakan berikutan kenyataan media berhubung isu yang melibatkan PM cukup menjadi bukti kegagalan Kerajaan berhubung dan berinteraksi dengan kumpulan mahasiswa.

5. Pindaan pelbagai undang-undang dan peraturan kononnya untuk memperlihatkan keterbukaan Kerajaan hanyalah bertujuan memerangkap mahasiswa yang komited memperjuangkan kepentingan awam sekalipun di luar pagar kampus.

6. Sedangkan perjuangan mahasiswa ini sendiri adalah kesan daripada tekanan serta bebanan yang dihadapi rakyat secara umumnya dan mahasiswa khususnya berikutan pelaksanaan GST, hutang PTPTN, peningkatan kos sara hidup dan kelemahan serta ketirisan yang berlaku dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara sehingga berlakunya skandal 1MDB, Tabung Haji, MARA dan kejatuhan merudum nilai Ringgit.

7. DPPM menyokong penuh tindakan berani dan semangat kepedulian yang tinggi golongan mahasiswa terhadap situasi negara, pentadbiran Kerajaan dan kehidupan rakyat kerana mahasiswa merupakan generasi teras kepada ketamadunan dan pembangunan bangsa dan negara Malaysia yang lebih aman, makmur, sejahtera dan berkebajikan.

AHMAD TAUFIQ BIN KAMARUDDIN
Pengarah,
Jabatan Pembangunan Mahasiswa,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Ahad, 26 Jul 2015 | 10 Syawal 1436 H

 



--


Sila kongsi artikel ini...

PAS Kawasan Bukit Katil sebagai 'Role Model' kepada PAS Kawasan lain di seluruh negara dalam menjalinkan hubungan dengan GHB

11:19 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN AKHBAR PAS KAWASAN BUKIT KATIL

Saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan PAS Kawasan Bukit Katil sebagai 'Role Model' kepada PAS Kawasan lain di seluruh negara dalam menjalinkan hubungan dengan GHB dalam gerakerja membebaskan rakyat dari belenggu kerajaan Umno/BN.

Saya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Penyelaras GHB Kawasan Bukit Katil, Haji Bakrin Sidek dan hampir kesemua AJK GHB Bukit Katil.


Kami di Bukit Katil mengharapkan tiada unsur-unsur di luar yang mengganggu kami di Bukit Katil untuk bekerjasama. PAS Kawasan Bukit Katil dan GHB Bukit Katil mempunyai musuh yang sama dan sangat sedikit perbezaan antara kami.

Insya Allah kami akan tunjukkan 'izzah Islam kami. Takkanlah PAS Bukit Katil tidak boleh ber'tahallus siyasi' dengan GHB Bukit Katil yang sama aqidah.

Kami akan tunjukkan contoh bahawa berbaik dan bekerjasama lebih baik dari bergaduh dan berperang dingin.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil



--


Sila kongsi artikel ini...

Menanti Pendamai - Hafiz Habil

11:15 PM 0 Comments A+ a-



Menanti pendamai

Dalam 1 program tarbiyah anjuran Pemuda Pas Lembah Pantai, kami menziarahi mantan Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, jika x silap saya sekitar bln 9 tahun 2014 bertempat di rumahnya di Ampang.


Beliau menceritakan kpd kami sewaktu Almarhum Ust Fadzil Nor memimpin pas, antara tindakan Ust Fadzil yg mengundang kontroversi adalah berkunjung ke rumah DSAI sebaik sahaja DSAI dipecat sbg TPM.

Dua org pimpinan yg kuat menentang adalah Hj Mohd Sabu & Mahfuz Omar...perkara ini sy akui sebab selepas DSAI dipecat, sy telah hadir suatu majlis ceramah di Taman Melewar & pada ketika itu Haji Mohd Sabu masih menghentam DSAI.

Apabila mengetahui perkara ini Ust Fadzil terus meminta Ahmad Lutfi membawanya ke rumah Hj Mohd Sabu di Shah Alam...berlaku dialog yg kadangkala tegang tetapi Ust Fadzil menjawab segala persoalan yg dibangkitkan dgn baik...akhirnya Hj Mohd Sabu berpuashati dgn penjelasan yg diberikan.

Kemudian Ust Fadzil meminta Ahmad Lutfi terus membawanya berjumpa Mahfuz Omar di Alor Star, pertemuan dibuat di rumah Mahfuz....berlaku dialog & sepertimana Hj Mohd Sabu, akhirnya Mahfuz Omar berpuas hati dgn penjelasan Ust Fadzil & tidak lg mengkritik tindakannya.

Sehingga skrg sy masih memikirkan bagaimana seorang yg bertaraf presiden sanggup turun mengetuk pintu rumah pimpinan yg lantang x bersetuju dgnnya.

Dan sy berdoa pada Allah agar ada watak pendamai dlm krisis yg berlaku dlm pas kini.

InsyaAllah ada jalan keluar...& bukan sekadar mengeluarkan kenyataan media @ mencurah minyak ke dalam api yg sedang marak.


oleh : Hafiz Habil



--


Sila kongsi artikel ini...

Tahaluf Siyasi dan Bai'ah: Tahniah PAS kerana berjaya membuka minda masyarakat - Khalil Hadi

10:28 PM 0 Comments A+ a-

Muhammad Khalil Abdul Hadi

Tahaluf Siyasi dan Bai'ah: Tahniah PAS kerana berjaya membuka minda masyarakat

Sekarang begitu hangat dibincangkan di alam maya berkait dengan Tahaluf Siyasi dan Bai'ah Berbagai-bagai pandangan yang diberikan; ada yang positif dan ada yang negatif.


Bagi saya apa yang berlaku ini adalah kejayaan PAS melontarkan istilah-istilah Politik Islam sehingga dibincangkan di dalam masyarakat, yang pada satu ketika ianya begitu asing sekali. Istilah-istilah itu menjadi buah mulut di dalam masyarakat termasuk non-Muslim. Media massa juga memainkan peranan.

Samalah juga seperti istilah-istilah Ekonomi Islam seperti; mudharabah, murabahah dan lain-lain lagi. Satu ketika ianya begitu asing tetapi sekarang ini dibincangkan di serata pelusuk dunia. Istilah-istilah itu tidak asing lagi hatta kepada masyarakat bukan Islam sekali pun.

Saya sarankan wacana terbuka ini diteruskan supaya masyarakat lebih mengetahui berkait dengan Syariah Islam yang menjadi cara hidup kepada manusia.

Tahniah kepada PAS!

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua DPPM
10 Syawwal 1436 / 26 Julai 2015




--


Sila kongsi artikel ini...

Lucut Dan Turunkan Pangkat Ketua Polis Negara - Mahfuz

10:17 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

Lucut Dan Turunkan Pangkat Ketua Polis Negara.

1. Saya terkejut dengan tindak tanduk Tan Sri Khalid, Ketua Polis Negara yang tidak memperlihatkan profesionalisma beliau sebagai seorang Ketua Polis Negara.


Tindakan beliau yang membawa bersamanya empat Pegawai Penyiasat dari Bukit Aman ke Thailand untuk menemui Xavier Andre Justo bagi menyoal siasat kes yang dikatakan pemalsuan dokumen berkaitan 1MDB sesungguhnya suatu yang sangat memalukan.

2. Apa lah malang nasib Malaysia mempunyai Ketua Polis Negara seperti beliau yang hanya selayaknya menjadi Ketua Balai Polis Keroh Perak sahaja.

Persoalannya, Khalid telah menghabiskan Wang Negara sedangkan hakikatnya mereka tidak pun berjaya untuk berjumpa dengan Justo. Sepatutnya Tan Sri Khalid boleh berhubung melalui telefon terlebih dahulu dengan pihak Polis Thailand untuk mendapatkan kepastian apakah Pihak Thailand bersedia memberi laluan kepada Polis Malaysia untuk berjumpa dan menyoal siasat Xavier Andre Justo.

Amat malang Ketua Polis Negara ini telah melakukan kebodohan dan membawa kerugian pada negara setelah negara mengalami masalah kewangan yang kronik akibat Skandal 1MDB. Kini, Tan Sri Khalid pula bertindak membazir dan menghabiskan kantong negara yang sudah sememangnya kempis.

3. Saya meminta pihak yang bertanggungjawab dalam perlantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara agar segera melucutkan jawatan beliau dan diturunkan pangkat ke jawatan Ketua Balai sahaja.

Malaysia memerlukan Ketua Polis Negara yang lebih cekap, berwibawa dan berkemampuan serta telus dalam melaksanakan tugas.

Selamatkan Malaysia!

DATO' MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
26 Julai 2015/ 10 Syawal 1436H





--


Sila kongsi artikel ini...

Salah Faham DAP Dalam Memahami Perbezaan Antara Dasar Serta Prinsip Muafakat PR Dengan Persefahaman Melalui Sebuah Kerjasama Politik Dalam PR

10:15 PM 0 Comments A+ a-



SALAH FAHAM DAP DALAM MEMAHAMI PERBEZAAN ANTARA DASAR SERTA PRINSIP MUAFAKAT PR DENGAN PERSEFAHAMAN MELALUI SEBUAH KERJASAMA POLITIK DALAM PR.

(Kenyataan dari Lim Kit Siang Dirujuk).


PR tidak boleh disalahgunakan sebagai alat untuk memerangkap PAS agar membelakangkan Dasar dan Prinsipnya melalui pembentukan satu Dasar serta Prinsip bersama yang DAP mahukan melalui Pakatan Rakyat.

PR hanyalah satu bentuk Kerjasama Politik @ Tahaluf Siasi dalam isu-isu yang disepakati sahaja serta pada masa yang sama menyediakan ruang Demokrasi buat seluruh parti komponen PR untuk terus kekal memperjuangkan Dasar serta Prinsip asal parti masing-masing.

Inilah kesilapan awal DAP yang keliru dengan segala takrifan yang wujud sejak awal lagi dari kerjasama politik ini sehingga sanggup menuduh PAS mencabuli 'Dasar serta Prinsip Muafakat Bersama' sedangkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II serta Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355) sangat berkaitrapat dengan Dasar serta Prinsip PAS.

Dan kerana itu, saya melihat cubaan untuk membentuk satu 'Dasar dan Prinsip Muafakat Bersama' melalui kerjasama politik ini tidak seharusnya disalahgunakan untuk menghalang PAS serta parti komponen PR yang lain dari memperjuangkan Dasar serta Prinsip asal masing-masing.

Tindakan menyalahgunakan 'Dasar dan Prinsip Muafakat Bersama PR' itu untuk menekan Dasar dan Prinsip asal parti komponen yang lain adalah satu tindakan yang menyanggahi persefahaman yang wujud antara parti komponen PR sejak awal lagi.

PAS tidak boleh dituduh mencabuli 'Dasar serta Prinsip Muafakat Bersama PR' itu kerana PAS tidak pernah bersetuju dengan takrifan seperti ini.

Inilah punca konflik di dalam Pakatan Rakyat.

Lebih-lebih lagi apabila perjanjian bersama untuk 'Setuju Untuk Tidak Bersetuju' dalam perkara yang melibatkan Dasar serta Prinsip asal setiap parti komponen PR itu dicabuli.

PAS tidak pernah mencabuli perjanjian itu.

Huzir Sulaiman
26/7/15 @ 8 Syawal 1436H

 

--


Sila kongsi artikel ini...

Harapan Baru Menyokong Rally Kebebasan Media

10:13 PM 0 Comments A+ a-



Harapan Baru Menyokong Rally Kebebasan Media

Harapan Baru memandang serius perkembangan mutakhir politik negara serta mengecam tindakan menjerut kebebasan media oleh pihak kerajaan Umno-BN.

Keputusan Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan berkuatkuasa 27 Julai ini dan terdahulu menyekat laman ‘Sarawak Report’ adalah tindakan terdesak sebuah kerajaan yang tidak mampu menangani penerangan dan pendedahan pihak media bersabitan dengan pelbagai dakwaan skandal tentamg urusniaga syarikat milik kerajaan 1MDB.

Harapan Baru berpendirian bahawa peruntukan perundangan sedia ada suduh cukup untuk menyelesaikan sebarang pertikaian dalam laporan media, tanpa perlu menggunakan undang-undang drakornian Akta Cetak dan Penerbitan 1984 yang menyekat dan menindas media.

Kalau pun ada pertikaian tentang aspek etika tentang cara The Edge Media Group mendapatkan maklumat sehari dua ini, ia tidak boleh dijadikan sebab penggantungan tersebut.

Pendedahan kedua-dua media ini telah banyak menerangkan dan mendedahkan pelbagai salah-laku urusniaga 1MDB. Kerajaan wajar menjawab atau menafikan segala dakwaan dengan bukti yang kukuh serta konkrit dan bukan dengan langkah menghukum mereka dengan penggantungan.

Bagaimanakah kebenaran dan pencerahan boleh menjejaskan ketenteraman awam? Bukankah ketenteraman dan kepentingan awam akhirnya akan terjejas dengan berleluasanya skandal dan salah-laku pengurusan 1MDB?

Apakah kerajaan terus-terusan ingin menutup salah-laku 1-MDB termasuk terkini dakwaan skandal RM 2.6 bilion dalam akaun PM dan RM2 juta dalam akaun isterinya? Bukankah ini akan mengukuhkan lagi persepsi buruk terhadap kerajaan?

Justeru Harapan Baru akan bersama-sama dalam rally solidariti dan semua tindakan bagi menyatakan l
Kebersamaan kami menentang tekanan terbaru kerajaan ini melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (PPPA) untuk menyekat kebebasan media serta menuntut penghapusan Akta zalim PPPA.

Hj Mohammad Sabu
Pengerusi Gerakan Harapan Baru.
26 Julai 2015.



--


Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Rasmi Vincent Bikana

10:11 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN RASMI VINCENT BIKANA

"Saya sudah bermain bola sepak di sini (Terengganu) bermula dari tahun 2013. Kini, saya sudah dapat membiasakan diri dengan cara kehidupan dan budaya masyarakat di sini. Saya suka tinggal di negeri ini. Saya sangat rapat dengan penduduk tempatan terutama penyokong bola sepak Terengganu.


Sepanjang saya menjadi pemain bola sepak Terengganu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) terutama Pengurusan Pasukan Liga Super telah melayan, menjaga dan membantu saya dengan begitu baik. Saya tidak pernah ada sebarang masalah dengan PBSNT. Sebelum ini saya pernah bermain dengan banyak pasukan dan mendapat tawaran dari banyak pasukan dan ternyata PBSNT juga menjadi pilihan saya dan juga membantu karier saya.

Baru-baru ini, saya di kaitkan dengan isu naturalisasi. Untuk makluman, saya amat berminat jika saya boleh mendapat kerakyatan sebagai rakyat Malaysia. Sejujurnya saya ingin menghabiskan karier bolasepak saya di Malaysia terutamanya di Terengganu.

Saya gembira kerana telah terpanggil menyertai Malaysia XI menentang Liverpool FC baru-baru ini. Jika saya dapat menjadi rakyat Malaysia, saya mahu bermain untuk pasukan Malaysia dan membantu pasukan bola sepak Malaysia dengan sedaya upaya saya".

Vincent Bikana.
26 Julai 2015





--


Sila kongsi artikel ini...

Surat Cinta Berbau Syurga Buat Ustaz Dr Rozaimi - Ahmad Syakir

8:27 PM 0 Comments A+ a-



SURAT CINTA BERBAU SYURGA BUAT USTAZ DR ROZAIMI

Ke hadapan kakanda Ustaz Dr Muhamad Rozaimi yang saya segani, maafkan saya kerana menukilkan satu coretan khas buat kakanda Ustaz Dr dalam ruangan ini. Coretan ini bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan namun ingin menjernihkan kembali tali silaturrahim agar dapat disimpul lagi erat.


Saya dan kakanda pernah berada di dalam bahtera keilmuan yang sama. Kita sama-sama merintis peluang untuk diri merasai nikmat mengutip seberapa banyak ilmu di Dataran Syuhada Mu’tah suatu ketika dahulu biarpun berbeda pada zaman.

Keilmuan ustaz dalam bidang hadith tidak dapat dinafikan lagi, perbahasan secara ilmiah khususnya dalam Ilmu Takhrij Hadith, Rijal Hadith, Manahij Muhaddithin, Asbab Wurud Hadith dan sebagainya mampu menyedarkan masyarakat akan kepentingan ilmu ini. Kakanda banyak dirujuk oleh masyarakat awam bagi mengenalpasti antara status hadith yang sahih ataupun palsu. Alhamdulillah.

Saya tahu bahawa ramai yang tidak senang dengan pendekatan yang saya bawa. Namun saya terinspirasi daripada semangat Surah Syura Ayat 40, menongkah arus menerjang badai insya-Allah. Saya mengikuti secara dekat tentang apa yang belaku dalam ruangan FB Kakanda Ustaz Dr. Sedikit terkilan dek kelakuan sesetengah insan yang tidak begitu tepat dalam tindakan sehingga terpalit kesan negatif kepada jamaah ini. Jamaah yang diajar supaya beradab dan berakhlak.

Saya dengan rendah diri memohon kemaafan buat Kakanda Ustaz Dr. di atas kelakuan tersebut. Saya secara langsung telah menegur dan permohonan maaf secara terbuka sudah dilakukan Alhamdulillah. Terimalah kemaafan kami dengan hati yang terbuka walaupun dilakukan di ruangan peribadi, saya khuatir akan tindakan tersebut menghitamkan lagi keadaan yang sudah kelam.

Semoga respon balas secara ilmiah “Artikel Ustaz Zaharudin” diterima juga oleh kami dengan hati yang terbuka. Sambutlah salam ukhuwwah ini dengan roh kebenaran bersulamkan keikhlasan demi menggapai syurga-Nya. Lantas terimalah surat cinta berbau syurga daripada saya yang serba kekurangan ini.

“istiqamah Menuju Kemenangan”

Ahmad Syakir Bin Mohd Nassuruddin
Ketua Penerangan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang Kelantan.

 




--


Sila kongsi artikel ini...

Ujian Sambungan Tajuk

8:21 PM 0 Comments A+ a-

Ujian sambungan Kandungan

--


Sila kongsi artikel ini...

Kronologi Isu Hudud Di Kelantan. - Che Ibrahim Mohamed

7:55 PM 0 Comments A+ a-



KRONOLOGI ISU HUDUD DI KELANTAN.

1. Selepas menang pd 21/10/1990, Kerajaan Pas Kelantan telah menubuhkan Jkuasa Pindaan Enakmen-Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan utk mengkaji semua enakmen2 yg sedang berkuatkuasa sebelumnya iaitu:
i . Enakmen Keluarga Islam 1984,
ii . Kanun Jenayah Syariah 1985,
iii . Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982.


Jkuasa tersebut terdiri drp:
1. Dato Abd Halim Ab Rahman (TMB kelantan)
2. Ahli Jkuasa
- Hj Idris Othman
( Penasihat U2 Kelantan)
- Dato Daud Muhammad
( Qadhi Besar Kelantan)
- Ust Ismail Noh
- ust Husin Ibrahim
- ust Mohd Daud
Al Iraqy
- Wan Mutallib Embong
- Ust Harun Taib
- Syed Ibrahim Syed
Mohamad
- Tun Salleh Abas
- Tan Sri Ahmad Ibrahim
- Dato Dr Mahmud Saedon
- Che Ibrahim Mohamed
( Setiausaha)

2. Sekitar thn 1992, Dr Mahadhir dlm ucapannya di satu program rasmi di Kuala Terengganu telah mencabar Kerajaan Kelantan menjalankan hukum hudud, lalu Jkuasa yg sedang bermesyuarat pd hari tersebut bersetuju menyahut cabaran berkenaan dan menukar agenda perbincangan kpd menggubal enakmen berkaitan hukum hudud.

3. Pada 24/11/1993 Kerajaan Kelantan telah meluluskan enakmen Kanun Jenayah Syariah ii 1993.

4. Pada april 1994, YAB TGNA telah menghantar permohonan rasmi kpd YAB PM untuk memberi laluan kpd kelantan melaksanakan enakmen tersebut.

5. Pada julai 1994 Dr Mahadhir dgn bahasa yg agak kasar telah menolak permohonan tersebut dgn amaran tidak teragak2 mengambil tindakan tegas jika Kerajaan Kelantan meneruskan hasratnya.

6. Semenjak itu usaha2 utk melaksanakan hudud telah dihentikan dan ditukar kpd usaha2 menjelaskan kpd masyarakat tentang hukum hudud melalui sambutan Hari Hudud dan seminar/wacana.

7. Pada thn 2011, isu hudud dibangkitkan semula dan Kerajaan Kelantan telah bersetuju menubuhkan satu Jkuasa Teknikal yg dipengerusikan oleh Mohd Amar Abdullah, Exco Agama dan pendidikan ketika itu utk mengkaji dan membuat pindaan enakmen tersebut, namun tidak ada apa2 tindakan yg dibuat.

8. Selepas PRU 13 2013, Kelantan ditadbir oleh satu barisan pemimpin baru tanpa TGNA dan Husam Musa sbg exco kanan sblmnya, lalu Husam dlm satu sidang DUN membangkitkan kembali isu hudud dan selepas itu, Dr Asyraf Wajdi serta Dato Jamil Khir Bahrom membuat kenyataan bersedia utk membantu Kerajaan Kelantan utk melaksanakan hudud.

9. Sekitar awal 2014, Dato Ahmad Yakob, MB Kelantan telah mengumumkan akan melaksanakan hudud mulai 2015 dan bersedia hilang jawatannya sbg MB demi tujuan tersebut.

10. Semenjak itu kerja2 berkaitan hudud mula digiatkan semula dan akhirnya menemui sesuatu yg diluar jangkaan semua pihak, iaitu KJS II 1993 yg diluluskan pada thn 1993 belum diwartakan dan proses pewartaannya tidak dapat dibuat kerana naskah asal RUU tersebut yg telah ditandatangi oleh al Sultan tidak ada dalam simpanan Pej Penasihat Undang2.

8. Akhirnya Kerajaan Kelantan terpaksa membentang semula enakmen tersebut atas nama Kanun Jenayah Syariah II ( 1993) 2015 sbg ganti kpd naskah asal enakmen thn 1993 yg hilang entah dimana.

Sejarah baru pun tercipta selepas itu.....

Di tulis oleh:

Che Ibrahim Mohamed
Ketua Pas Cawangan Kepala Jambatan,
DUN Pasir Pekan, Tumpat
Kelantan.



--


Sila kongsi artikel ini...

KRAM Malaysia : Dalam apa pun keadaan kita hanya inginkan perubahan dan ISLAH.

4:59 PM 0 Comments A+ a-



Assalamualaikum

Pesanan Buat Ahli-Ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia

Dalam apa pun keadaan kita hanya inginkan perubahan dan ISLAH.

Kita ingin perubahan pada pemerintah agar lebih amanah, berkebajikan kepada rakyat, mengagih kekayaan negara seadilnya dan memelihara keamanan dalam negara.

Kita tidak mahu pemerintah rakus mengikut hawa nafsu mereka.

Maka kita lakukan ISLAH.

Pada waktu yang sama kita inginkan pembangkang yang mantap. Berani dan tepat bila melakukan
teguran. Mendapat kepercayaan rakyat bukan menjerit toghut sana dan toghut sini tanpa mendapat seat di Parlimen.

Bila dua parti besar sama kuat maka wujudlah dwi-parti yang membuka ruang untuk menguntungkan pengurusan negara dan berlakunya check and balance.

Kita lakukannya kerana Allah.

Ada tuduhan IKRAM, JIM atau IRC menyelusup masuk ke sana sini, katakan kepada mereka ilmu al-Quraan yang kita pelajari; memang untuk diresapkan ke segelinap inici bumi ini demi kebaikan negara dan ummah.

Mereka boleh menilai dengan bebas dan matang terhadap amal ikhlas kita semua.

Kata2 Nabi Shuaib a.s (antaranya) sentiasa segar dalam ingatan kita ketika kita duduk dalam usrah saban minggu.

قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِنْ كُنْتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَرَزَقَنِي مِنْهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أُخَالِفَكُمْ إِلَىٰ مَا أَنْهَاكُمْ عَنْهُ ۚ إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

Nabi Syuaib berkata:

"Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? AKU HANYA BERTUJUAN HENDAK MEMPERBAIKI SEDAYA UPAYA KU; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali"

He said: "O my people! see ye whether I have a Clear (Sign) from my Lord, and He hath given me sustenance (pure and) good as from Himself? I wish not, in opposition to you, to do that which I forbid you to do. I only desire (your) betterment to the best of my power; and my success (in my task) can only come from Allah. In Him I trust, and unto Him I look"

Hud 88

Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus

Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia



 


--


Sila kongsi artikel ini...

PAS perlu segera nyatakan halatuju politiknya, yang logikal dan praktikal.

1:13 PM 0 Comments A+ a-

oleh Ahmad Sabki Yusof

Hari ini, saya bercadang untuk menulis lanjut tentang krisis organisasi PAS dan memberi cadangan. Kali ini mengenai kepimpinan.

Tapi oleh kerana ramai yang memberikan komen-komen dalam tulisan pagi semalam, saya kemukakan beberapa maklum balas sebelum terus menulis dan memberi cadangan kepada PAS.

Pertamanya, saya tidak lagi memegang apa-apa jawatan di dalam PAS, hanya ahli biasa. Jadi tak salah rasanya mencadang di dinding FB ini. Sehingga semalam, FB ini pun sudah lama tidak dikemaskini, mungkin lebih dari 7 tahun.

Seterusnya terima kasih kepada yang memberikan komen – samada menyokong atau menolak, itu hak tuan-tuan sebagai pembaca. Jazakallahu khair.

Pernyataan saya yang menarik respon ramai dalam tulisan tersebut mungkin diambil dari para: “Mereka yang percaya model politik UMNO/BN lebih baik untuk Islam dan Melayu mula menunjuk sikap tidak mesra Pakatan Rakyat dan apa yang berlaku selepas itu adalah sejarah yang kita semua tahu”.

Ada yang mengadakan saya terpengaruh dengan cybetroopers, ada yang kata itu fitnah dan tohmahan dan ada yang mengatakan itu falasi.

Bila saya menulis perkara tersebut, bukan saya membuat tuduhan, jauh sekali saya mencetuskan fitnah, tapi ini adalah pemerhatian saya sepanjang berada di lingkaran kepimpinan pusat sejak 2003 hingga 2013 (dalam Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa PAS Pusat).

Ada juga komen minta saya menyalahkan DAP. Saya belum sampai ke situ. Tunggulah dalam penulisan yang lain.

Sebelum saya pergi lebih lanjut, saya perhatikan ramai di kalangan ahli PAS yang cukup fobia dan melenting apabila bercakap soal kerjasama politik bersama UMNO/BN – seolah-olah menimbangkan kerjasama politik bersama UMNO/BN adalah satu dosa yang mutlak dalam apa jua keadaan. Pada saya ini adalah pandangan politik yang cetek.

PAS bebas menimbangkan apa jua strategi dan pendekatan dalam politik selagi mana ianya boleh membantu PAS mencapai matlamatnya dan ianya tidak bercanggah dengan shari’ah – termasuk dalam soal membina hubungan dengan UMNO. Maka mempertimbangkannya tidak menjadi satu dosa. Apa yang penting ia perlu melalui proses membuat keputusan mengikut sistem yang sedia ada di dalam parti, untuk melihat dari sudut keuntungan politik dan juga samada ianya bertentangan dengan shari’ah.

Proses ini berlaku selepas PAS memenangi kerusi dan berpeluang menubuhkan beberapa kerajaan negeri selepas PRU-12. Penilaian rasmi parti telah dibuat, dan akhirnya PAS memutuskan untuk bersama PKR dan DAP dan menubuhkan Pakatan Rakyat.

Tapi untuk mereka yang terlibat dalam operasi dan kepimpinan politik, mereka tidak boleh mengelak dari terus membuat penilaian demi penilaian. Malah pimpinan mesti membuat penilaian. Ya, kerana ijtihad politik boleh berubah dari masa ke masa.

Dan tentunya, walau berapa kalipun Presiden PAS pertegas bahawa PAS memilih Pakatan Rakyat dan komited dengan Pakatan Rakyat, tetap ada yang menilai dan mempunyai pandangan peribadi yang berbeza – terutama sekali setelah melalui isu-isu sukar dalam pentadbiran negeri bersama PKR dan DAP terutamanya di Selangor dan apabila berpolemik melibatkan prinsip agama seperti hudud, kalimah Allah dan sebagainya.

Pada saya tidak ada salahnya kalau mana-mana pimpinan berpandangan model politik UMNO/BN lebih selamat untuk Islam dan Melayu, selagi mana ianya pandangan peribadi dan mereka masih patuh pada keputusan parti. Apa yang salah apabila tindakan dan sikap politik yang diambil bertentangan dengan keputusan rasmi parti pada waktu tersebut.

Ya, ada pemimpin PAS yang memegang pandangan model kolisi politik UMNO/BN lebih baik untuk Islam dan Melayu berbanding model Pakatan Rakyat. Dan tidak kurang juga kalangan pimpinan PAS yang berpandangan Pakatan Rakyat tidak lagi sesuai untuk PAS tapi tidak pula menerima model kolisi politik UMNO/BN. Kedua-dua kecenderungan ini mempengaruhi tindakan politik yang tidak mesra Pakatan Rakyat.

Anda tanya, mana buktinya ada kumpulan pimpinan yang berpandangan begitu?

Oleh kerana saya berada bersama kepimpinan pusat, bukti-bukti itu berlegar di keliling saya, dari 2008 hingga sekarang. Sebahagiannya saya kutip dari pergaulan dengan rakan-rakan pimpinan (saya mengenali dekat semua pimpinan PAS Pusat – melainkan seorang dua yang baru menduduki JK PAS Pusat untuk kali pertama tahun ini), sebahagiannya saya kutip melalui perbahasan dalam mesyuarat dan sebahagian lagi melalui pengalaman sendiri dalam peristiwa-peristiwa signifikan sejak 2008.

Sudah banyak yang terdedah dan didedahkan. Anda sendiri mampu mencarinya.

Saya tidak berminat untuk bercakap tentang individu dan peristiwa, saya hanya ingin bercakap tentang idea.

Cukup jelas dan meyakinkan saya, tapi saya tak perlu memaksa tuan-tuan mempercayainya. Tuan-tuan boleh terus dengan apa yang tuan-tuan percaya, dan saya teruskan dengan apa yang saya tahu.

Cadangan saya tetap sama - PAS perlu segera nyatakan halatuju politiknya, yang logikal dan praktikal.

Jumpa lagi di hari Sabtu, minggu depan. InshaAllah.


Ahmad Sabki Yusof
26 Julai 2015



--


Sila kongsi artikel ini...

1MDB : Kekang Media Suatu Tindakan Melulu - Nik Abduh

11:29 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
9 SYAWAL 1436H / 25 JULAI 2015

1MDB : KEKANG MEDIA SUATU TINDAKAN MELULU


Oleh : Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah tindakan kerajaan yang secara melulu mengambil tindakan terhadap beberapa media berhubung isu 1MDB. Tindakan ini menggambarkan sikap tidak profesionalisme kerajaan dalam menangani sesuatu isu yang tidak memberi keuntungan kepadanya. Ia juga telah mencalar hak demokratik dan kebebasan media untuk mendedahkan isu-isu penyelewengan yang melibatkan hak awam dan negara.

2. Penggantungan permit surat khabar mingguan dan akhbar kewangan harian The Edge, dan juga kes saman terhadap Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily, Taufek Yahya menunjukkan kerajaan begitu terburu-buru bertindak dalam menghukum aktivisme media di dalam negara.

3. Isu asas yang perlu diperhatikan di sini adalah jawapan mengenai skandal 1MDB yang masih menjadi tanda tanya. Malah, sehingga hari ini tiada laporan rasmi dikemukakan bagi membuktikan pengurusan kewangan 1MDB bersih daripada pelbagai dakwaan. Ironinya, media pula yang menjadi sasaran pihak kerajaan seolah-olah ingin menutup perkara yang masih kabur.

4. Lebih malang lagi, masih tiada tindakan diambil terhadap media antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) yang telah mendedahkan pengaliran wang dengan jumlah yang besar ke dalam akaun Perdana Menteri. Pihak WSJ sendiri telah mengakui kesahihan laporan pendakwaan yang diterbitkan media berkenaan. Jadi, sebagaimana tuntutan rakyat agar tindakan undang-undang diambil terhadap WSJ selepas Perdana Menteri menolak dakwaan tersebut dan demi menjaga maruah negara, mengapa masih tiada tindakan lanjut diambil jika benar skandal 1MDB adalah suatu fitnah pembangkang?

5. DPPM ingin menegaskan sekali lagi bahawa sepatutnya laporan rasmi terhadap siasatan 1MDB dikeluarkan dan diutamakan terlebih dahulu oleh pihak kerajaan. Tindakan keras terhadap media hanya akan menambahkan lagi wasangka rakyat terhadap ketelusan siasatan 1MDB yang dijalankan oleh pihak kerajaan.

 



--


Sila kongsi artikel ini...

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor. Menyokong Mursyidul Am Pas Berhubung Kerusi Dun Dan Parlimen PAS

11:26 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SELANGOR.
MENYOKONG MURSYIDUL AM PAS BERHUBUNG KERUSI DUN DAN PARLIMEN PAS

Kenyataan ini menegaskan bahawa Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr.Haron Din dan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor berhubung isu yang sedang berlaku dalam parti mutakhir ini. Kenyataan dewan ini menyokong bahawa:


1. Semua wakil rakyat yang telah diamanahkan mewakili parti melalui kerusi Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) wajib meletakkan jawatan dan menyerahkan semula kerusi-kerusi tersebut kepada PAS.

2. Wakil rakyat yang terbabit apabila menyertai penubuhan parti baru yang akan diisytiharkan oleh GHB adalah haram menikmati gaji dan elaun daripada jawatan tersebut kerana kerusi yang dimenangi adalah merupakan amanah dan mandat daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

3. Kemenangan yang diraih adalah hasil pengorbanan ahli-ahli PAS setelah mereka yang dipilih menjadi calon dalam pilihan raya yang lalu berikrar untuk setia dalam perjuangan , tidak khianat kepada parti dan penggundi-penggundi yang telah memberikan mandat kepada calon-calon yang bertanding atas asas dasar parti bukannya faktor peribadi.

4. Maka yang demikian,demi menjaga maruah diri dan agar tidak terus hidup memakan harta syubhat mereka yang terlibat perlu meletakkan jawatan dan bertanding semula dengan kekuatan sendiri.

Kamalulhysham Mohd Suhut
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
09 Syawal 1436/25 Julai 2015


--


Sila kongsi artikel ini...

Hukum Daya Tarikan - Law Of Attraction.- Aiman Athirah Al Jundi

1:20 AM 0 Comments A+ a-



Hukum Daya Tarikan - Law Of Attraction.

Kalau diteruskn pendekatan MEMPERTIKAIKAN "each other"...ia hanya akan melorong serta mengheret kepada "Iklim Saling Berjawab" kelak.

Semakin tiada henti.
Bahkan adalah sangat membuang masa mencari siapa salah pada perkara yang sebenarnya sudah luput keperluannya. Ia ibarat menjerumuskan diri ke perangkap rasa dan juga perangkap masa.

Adalah lebih baik meraikan perbedaan yang sudah berlanjutan sekian lama. Umum tahu itu.

Kemudian urus lah perubahan sama ada dari dalam ke luar mahupun dari luar ke dalam yang akhirnya berlaku kini apa yang sudah berlaku.

Seterusnya, fokus kepada kekuatan masing-masing yang boleh menyumbang kepada memposisikan "Islam Rahmat Sekalian Alam" sebagai solusi kepada kepada rakyat, negara hatta dunia seluruhnya.

Jujurlah, kita tidak mungkin boleh mengharapkan sesuatu kebaikan jika kita sendiri memilih untuk berterusan "berputar" di lingkaran permusuhan dan kebencian.

Ini hukum alam, Law Of Attraction. You will get what you give.

Let us moving forward.

Harapan Baru! 😉

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
25 Julai 2015/ 8 Syawal 1436H





--


Sila kongsi artikel ini...

Tiada ahli kabinet yang bersetuju dengan adik Perdana Menteri? - Tuan Ibrahim

1:01 AM 0 Comments A+ a-



Tiada ahli kabinet yang bersetuju dengan adik Perdana Menteri?

Penggantungan akhbar The Edge oleh kerajaan dan saman Perdana Menteri terhadap Harakahdaily tidak akan menyebabkan isu 1MDB mati mahupun terhentinya perbincangan rakyat mengenai 1MDB.

PAS mengingatkan kerajaan bahawa kemelut isu 1MDB dan dakwaan duit 1MDB telah masuk ke akaun persendirian Perdana Menteri tetap perlu dijawab walaupun The Edge digantung.


Isu 1MDB ini tidak akan lenyap. Malah, sebarang cubaan dan tindakan kerajaan yang kelihatan seperti menghalang isu 1MDB ini dibincang dan dilaporkan cuma akan menyemarakkan kemarahan rakyat. Zaman menakut-nakutkan sudah tiada lagi.

Kerajaan dinasihatkan usah membuat kerja bagaikan menggunakan kertas membalut api. Ia sekadar akan menyemarakkan api itu lagi.

Sudah tiba masanya, kepimpinan kerajaan yang sayang negara untuk bersuara daripada memdiamkan diri demi kesinambungan kerjaya politik diri dan orang tertentu.

Apakah tiada ahli kabinet yang bersetuju dengan adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak yang turut mengkutuk penggantungan akhbar The Edge?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
25 Julai 2015





--


Sila kongsi artikel ini...

Salahuddin: Harapan Baru (HB) Sedia Berbincang Dengan Semua Pihak Demi Kepentingan Rakyat

12:47 AM 0 Comments A+ a-



Harapan Baru (HB) Sedia Berbincang Dengan Semua Pihak Demi Kepentingan Rakyat.




1. Gerakan Harapan Baru (HB) bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak dalam usaha mendepani isu-isu kepentingan rakyat dan negara.

2. Situasi politik, ekonomi dan sosial negara sekarang ini sangat kritikal dan memerlukan komitmen semua pihak untuk menyelamatkan rakyat yang semakin terkesan kehidupan seharian mereka.

3. HB telah dan akan terus menemui NGOs, parti-parti politik serta individu-individu berpengaruh serta institusi-institusi penting dalam masyarakat bagi memperkukuhkan lagi iltizam bersama memperjuangkan isu-isu rakyat.

4. Berdasarkan senario terkini politik tanah air, HB tidak menolak kemungkinan akan berlakunya ketidakpastian politik, sekaligus membawa kepada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lebih awal.

5. Adalah sangat penting bagi semua pihak bersedia untuk duduk semeja pada saat yang cukup kritikal ini.

6. HB sentiasa bersedia memberikan apa saja sumbangan yang terbaik untuk memastikan hasrat dan cita-cita perjuangan rakyat dapat dilaksanakan dengan seutuhnya.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Pengerusi
Harapan Baru (HB)
25 Julai 2015/ 8 Syawal 1436H


--


Sila kongsi artikel ini...

rungkaikanlah kekeliruan anda itu dengan menghadiri sesi dialog, wacana dan diskusi yang dianjurkan oleh GHB - Mohd Fitri Bin Asmuni

12:44 AM 0 Comments A+ a-

oleh: Mohd Fitri Bin Asmuni

Pagi semalam saya bersarapan dengan Lotpi Yusob, sahabat lama semasa belajar di universiti dulu. Sekarang beliau merupakan Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Malaysia.

Seringkali kami bertemu, perkara yang sering kami bualkan adalah berkaitan politik. Beliau dan keluarganya adalah penyokong PAS. Begitu juga saya.

Walaubagaimanapun, perubahan angin politik dalaman PAS pasca Muktamar PAS ke-61 yang lalu telah membawa saya untuk menyertai Gerakan Harapan Baru manakala sahabat saya itu kekal berada di dalam PAS. Perubahan itulah yang membuatkan kami teruja untuk bertemu pagi semalam.

Banyak hal berkaitan PAS dan GHB yang kami bualkan. Ada perkara yang kami sepakati dan ada juga perkara yang kami berbeza pandangan. Beliau sedikit kritikal atau "reserve" terhadap masa depan GHB tetapi dalam masa yang sama tidak menafikan kesilapan dan kelemahan pimpinan PAS sedia ada.

Akhirnya kami mengambil sikap "Agree to disagree". Beliau menghormati keputusan saya untuk bersama ‪#‎HarapanBaru‬ dan saya juga menghormati keputusannya untuk kekal bersama PAS. Pun begitu, ukhwah kami tetap utuh dan erat sekalipun di atas platform yang berbeza.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah, saya lebih suka bersemuka dan berbincang secara berdepan terhadap isu-isu yang melingkari persoalan antara PAS dengan GHB. Banyak persoalan, kekusutan dan kekeliruan boleh dirungkaikan (kalaupun tidak semua) melalui kaedah tersebut berbanding melalui Whatsapp, Facebook dan Telegram.

Bagi saya, penggunaan media sosial seperti Facebook, Whatsapp atau Telegram lebih banyak mencetuskan pergaduhan dan perbalahan berbanding penyelesaian kerana ia bukan medium yang diciptakan untuk tujuan tersebut. Tetapi saya lihat lebih ramai yang berani untuk bersuara di medan sosial sehingga sebahagiannya menjadikan medium sebegitu sebagai medan fitnah dan label-melabel tetapi bacul apabila diajak untuk berdialog, berdiskusi atau berwacana.

Oleh itu, kepada masyarakat di luar sana yang keliru dan dikelirukan mengenai GHB, rungkaikanlah kekeliruan anda itu dengan menghadiri sesi dialog, wacana dan diskusi yang dianjurkan oleh GHB di tempat anda. Anda juga dialu-alukan menganjurkan sesi tersebut dan jemputlah wakil-wakil GHB yang berautoriti untuk berwaca dan berdiskusi.

Saya juga optimis terhadap kesediaan mana-mana pimpinan GHB untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk pimpinan PAS sendiri jika mereka dipanggil untuk berwacana dan berdialog mengenai masa depan dan hala tuju GHB.

Elakkan politik fitnah, budayakan politik wacana.

Saya optimis, anda bagaimana?






--


Sila kongsi artikel ini...

Arahan Khas Dewan Pemuda PAS Malaysia - Nik Mohamad Abduh

12:37 AM 0 Comments A+ a-



ARAHAN KHAS
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
9 SYAWAL 1436H / 25 JULAI 2015

Dewan Pemuda PAS kini bersiap sedia mengerahkan jenteranya di seluruh negara bagi memulakan gerak kerja kepemudaannya yang lebih menyeluruh sebaik selesai program Ramadhan yang telah berakhir dengan sambutan Hari Raya Idil Fitri minggu lepas.


Justeru saya mengingatkan dan mengarahkan seluruh jentera pemuda PAS untuk menumpukan 5 peratus daripada kekuatannya untuk menjawab persoalan-persoalan yang berkait kekalutan dalaman yang tercetus pasca muktamar PAS baru-baru ini.

Begitu juga, 15 peratus daripada kekuatan pemuda PAS hendaklah ditumpukan kepada program pemerkasaan semula jentera pemuda akibat krisis yang melanda Pakatan Rakyat yang berakhir dengan terbatalnya hubungan tahaluf siyasi dengan DAP.

Manakala 80 peratus daripada kekuatan jentera Dewan Pemuda PAS di seluruh negara hendaklah digembeling dan dikerah untuk terus melaksanakan gerak kerja 'core business' pemuda PAS membina Malaysia melalui santunan terhadap isu-isu rakyat dan negara.

Saya berharap sehingga hujung 2015 nanti, Dewan Pemuda PAS sudah mampu menyerap segala isu dalamannya dan mengerahkan 100 peratus kekuatannya untuk berdenyut nadi bersama rakyat dan anak muda negara.

Dewan Pemuda PAS sedar betapa anak muda negara hari ini memerlukan suntikan semangat dan jati diri yang kental bagi menghadapi cabaran semasa kehidupan dan masa depan mereka sebagai generasi pewaris negara. Mereka mestilah disedarkan dan dibimbing dengan benar dan betul bagi berhadapan isu-isu politik, ekonomi, pekerjaan, sosial, keselamatan, alam sekitar dan segala kebejatan dalam pelbagai sektor akibat kerosakan yang melanda negara sepanjang pemerintahan puluhan tahun BN.

Sebagai langkah pertama sempena bulan kemerdekaan tahun ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan jelajah 'Wacana Kemerdekaan' yang melibatkan 100 buah bandar dan pekan di seluruh negara bagi menjelaskan isu-isu rakyat dan anak muda. Lebih 40 pemimpin anak muda Pemuda PAS telah bersedia untuk turun padang bermula pertengahan Ogos nanti.

Nantikan kehadiran kami. Selamat membina Malaysia yang lebih baik.

Terima Kasih



Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia





--


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.