Kisah Yang Berulang - Hasbie Muda

11:54 PM 0 Comments A+ a-



KISAH YANG BERULANG

1. Konservatif dan progresif adalah dua istilah yang kerapkali diletakkan bagi mewakili dua pihak yang bertembung dalam mana-mana organisasi.

2. Konservatif daripada perkataan 'conserve' adalah suatu kecenderungan untuk kekal dengan pendekatan lama/tradisional manakala progresif daripada perkataan 'progress' adalah kecenderungan untuk mengguna-pakai pendekatan baru apabila cara lama terbukti gagal. Konservatif tidak semestinya buruk manakala progresif tidak semestinya baik. Ia bergantung pada apa hala tuju sesebuah organisasi.


3. Pemimpin progresif dalam PAS yang ditewaskan dalam Muktamar PAS yang lalu bukan semuanya progresif sejak awal mereka terlibat dalam politik. Sebahagiannya adalah kelompok muda konservatif dan 'keras' yang berperanan dalam menjatuhkan Dato' Asri Muda dalam Muktamar PAS pada tahun 1982. Pendekatan keras Pemuda PAS ketika itu yang memanipulasi sentimen Revolusi Iran untuk mendesak Asri turun setahun sebelum pemilihan parti adalah suatu yang tidak wajar walaupun mereka mungkin mempunyai alasan yang berasas.

4. Hasil pengalaman dan pergaulan mereka kemudiannya mematangkan mereka untuk memahami konteks politik Malaysia dengan lebih berpijak. Kelompok muda yang konservatif itu kemudiannya secara beransur-ansur menjadi progresif. Malangnya, pada usia mereta yang matang dalam politik, kelompok progresif itu pula dijatuhkan oleh kelompok muda PAS yang konservatif.

5. Saya percaya bahawa pemimpin konservatif dan 'keras' yang menguasai PAS yang hari ini sebahagiannya akan berubah menjadi progresif kerana mereka akan belajar daripada pengalaman dan dinamikan politik yang mereka akan tempuhi pada masa yang akan datang. Tetapi saya juga percaya bahawa apabila mereka cuba melakukan perubahan dalam parti, mereka juga akan dijatuhkan oleh kelompok muda yang konservatif pada ketika itu.

6. Begitulah kisah yang yang akan terus berulang-ulang dalam PAS. Perubahan untuk melonjakkan PAS sebagai parti pemerintah negara ini akan terus digagalkan kerana akan sentiasa muncul 'penjaga' parti yang didoktrin untuk memastikan PAS kekal dengan cara yang lama.

7. Jika ada anak muda pada dekad 1950-an atau 1960-an yang mengimpikan PAS sebagai teraju kerajaan Malaysia, barangkali hari ini sedang meniti usia senja mereka dengan kekecewaan kerana beberapa perubahan penting tidak berjaya dilakukan.

8. Ubah.

 

--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.