1MDB : Kekang Media Suatu Tindakan Melulu - Nik Abduh

11:29 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
9 SYAWAL 1436H / 25 JULAI 2015

1MDB : KEKANG MEDIA SUATU TINDAKAN MELULU


Oleh : Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah tindakan kerajaan yang secara melulu mengambil tindakan terhadap beberapa media berhubung isu 1MDB. Tindakan ini menggambarkan sikap tidak profesionalisme kerajaan dalam menangani sesuatu isu yang tidak memberi keuntungan kepadanya. Ia juga telah mencalar hak demokratik dan kebebasan media untuk mendedahkan isu-isu penyelewengan yang melibatkan hak awam dan negara.

2. Penggantungan permit surat khabar mingguan dan akhbar kewangan harian The Edge, dan juga kes saman terhadap Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily, Taufek Yahya menunjukkan kerajaan begitu terburu-buru bertindak dalam menghukum aktivisme media di dalam negara.

3. Isu asas yang perlu diperhatikan di sini adalah jawapan mengenai skandal 1MDB yang masih menjadi tanda tanya. Malah, sehingga hari ini tiada laporan rasmi dikemukakan bagi membuktikan pengurusan kewangan 1MDB bersih daripada pelbagai dakwaan. Ironinya, media pula yang menjadi sasaran pihak kerajaan seolah-olah ingin menutup perkara yang masih kabur.

4. Lebih malang lagi, masih tiada tindakan diambil terhadap media antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) yang telah mendedahkan pengaliran wang dengan jumlah yang besar ke dalam akaun Perdana Menteri. Pihak WSJ sendiri telah mengakui kesahihan laporan pendakwaan yang diterbitkan media berkenaan. Jadi, sebagaimana tuntutan rakyat agar tindakan undang-undang diambil terhadap WSJ selepas Perdana Menteri menolak dakwaan tersebut dan demi menjaga maruah negara, mengapa masih tiada tindakan lanjut diambil jika benar skandal 1MDB adalah suatu fitnah pembangkang?

5. DPPM ingin menegaskan sekali lagi bahawa sepatutnya laporan rasmi terhadap siasatan 1MDB dikeluarkan dan diutamakan terlebih dahulu oleh pihak kerajaan. Tindakan keras terhadap media hanya akan menambahkan lagi wasangka rakyat terhadap ketelusan siasatan 1MDB yang dijalankan oleh pihak kerajaan.

 



--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.