Salah Faham DAP Dalam Memahami Perbezaan Antara Dasar Serta Prinsip Muafakat PR Dengan Persefahaman Melalui Sebuah Kerjasama Politik Dalam PR

10:15 PM 0 Comments A+ a-



SALAH FAHAM DAP DALAM MEMAHAMI PERBEZAAN ANTARA DASAR SERTA PRINSIP MUAFAKAT PR DENGAN PERSEFAHAMAN MELALUI SEBUAH KERJASAMA POLITIK DALAM PR.

(Kenyataan dari Lim Kit Siang Dirujuk).


PR tidak boleh disalahgunakan sebagai alat untuk memerangkap PAS agar membelakangkan Dasar dan Prinsipnya melalui pembentukan satu Dasar serta Prinsip bersama yang DAP mahukan melalui Pakatan Rakyat.

PR hanyalah satu bentuk Kerjasama Politik @ Tahaluf Siasi dalam isu-isu yang disepakati sahaja serta pada masa yang sama menyediakan ruang Demokrasi buat seluruh parti komponen PR untuk terus kekal memperjuangkan Dasar serta Prinsip asal parti masing-masing.

Inilah kesilapan awal DAP yang keliru dengan segala takrifan yang wujud sejak awal lagi dari kerjasama politik ini sehingga sanggup menuduh PAS mencabuli 'Dasar serta Prinsip Muafakat Bersama' sedangkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II serta Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355) sangat berkaitrapat dengan Dasar serta Prinsip PAS.

Dan kerana itu, saya melihat cubaan untuk membentuk satu 'Dasar dan Prinsip Muafakat Bersama' melalui kerjasama politik ini tidak seharusnya disalahgunakan untuk menghalang PAS serta parti komponen PR yang lain dari memperjuangkan Dasar serta Prinsip asal masing-masing.

Tindakan menyalahgunakan 'Dasar dan Prinsip Muafakat Bersama PR' itu untuk menekan Dasar dan Prinsip asal parti komponen yang lain adalah satu tindakan yang menyanggahi persefahaman yang wujud antara parti komponen PR sejak awal lagi.

PAS tidak boleh dituduh mencabuli 'Dasar serta Prinsip Muafakat Bersama PR' itu kerana PAS tidak pernah bersetuju dengan takrifan seperti ini.

Inilah punca konflik di dalam Pakatan Rakyat.

Lebih-lebih lagi apabila perjanjian bersama untuk 'Setuju Untuk Tidak Bersetuju' dalam perkara yang melibatkan Dasar serta Prinsip asal setiap parti komponen PR itu dicabuli.

PAS tidak pernah mencabuli perjanjian itu.

Huzir Sulaiman
26/7/15 @ 8 Syawal 1436H

 

--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.