Tiada ahli kabinet yang bersetuju dengan adik Perdana Menteri? - Tuan Ibrahim

1:01 AM 0 Comments A+ a-



Tiada ahli kabinet yang bersetuju dengan adik Perdana Menteri?

Penggantungan akhbar The Edge oleh kerajaan dan saman Perdana Menteri terhadap Harakahdaily tidak akan menyebabkan isu 1MDB mati mahupun terhentinya perbincangan rakyat mengenai 1MDB.

PAS mengingatkan kerajaan bahawa kemelut isu 1MDB dan dakwaan duit 1MDB telah masuk ke akaun persendirian Perdana Menteri tetap perlu dijawab walaupun The Edge digantung.


Isu 1MDB ini tidak akan lenyap. Malah, sebarang cubaan dan tindakan kerajaan yang kelihatan seperti menghalang isu 1MDB ini dibincang dan dilaporkan cuma akan menyemarakkan kemarahan rakyat. Zaman menakut-nakutkan sudah tiada lagi.

Kerajaan dinasihatkan usah membuat kerja bagaikan menggunakan kertas membalut api. Ia sekadar akan menyemarakkan api itu lagi.

Sudah tiba masanya, kepimpinan kerajaan yang sayang negara untuk bersuara daripada memdiamkan diri demi kesinambungan kerjaya politik diri dan orang tertentu.

Apakah tiada ahli kabinet yang bersetuju dengan adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak yang turut mengkutuk penggantungan akhbar The Edge?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
25 Julai 2015





--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.