Harapan Baru Menyokong Rally Kebebasan Media

10:13 PM 0 Comments A+ a-



Harapan Baru Menyokong Rally Kebebasan Media

Harapan Baru memandang serius perkembangan mutakhir politik negara serta mengecam tindakan menjerut kebebasan media oleh pihak kerajaan Umno-BN.

Keputusan Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan berkuatkuasa 27 Julai ini dan terdahulu menyekat laman ‘Sarawak Report’ adalah tindakan terdesak sebuah kerajaan yang tidak mampu menangani penerangan dan pendedahan pihak media bersabitan dengan pelbagai dakwaan skandal tentamg urusniaga syarikat milik kerajaan 1MDB.

Harapan Baru berpendirian bahawa peruntukan perundangan sedia ada suduh cukup untuk menyelesaikan sebarang pertikaian dalam laporan media, tanpa perlu menggunakan undang-undang drakornian Akta Cetak dan Penerbitan 1984 yang menyekat dan menindas media.

Kalau pun ada pertikaian tentang aspek etika tentang cara The Edge Media Group mendapatkan maklumat sehari dua ini, ia tidak boleh dijadikan sebab penggantungan tersebut.

Pendedahan kedua-dua media ini telah banyak menerangkan dan mendedahkan pelbagai salah-laku urusniaga 1MDB. Kerajaan wajar menjawab atau menafikan segala dakwaan dengan bukti yang kukuh serta konkrit dan bukan dengan langkah menghukum mereka dengan penggantungan.

Bagaimanakah kebenaran dan pencerahan boleh menjejaskan ketenteraman awam? Bukankah ketenteraman dan kepentingan awam akhirnya akan terjejas dengan berleluasanya skandal dan salah-laku pengurusan 1MDB?

Apakah kerajaan terus-terusan ingin menutup salah-laku 1-MDB termasuk terkini dakwaan skandal RM 2.6 bilion dalam akaun PM dan RM2 juta dalam akaun isterinya? Bukankah ini akan mengukuhkan lagi persepsi buruk terhadap kerajaan?

Justeru Harapan Baru akan bersama-sama dalam rally solidariti dan semua tindakan bagi menyatakan l
Kebersamaan kami menentang tekanan terbaru kerajaan ini melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (PPPA) untuk menyekat kebebasan media serta menuntut penghapusan Akta zalim PPPA.

Hj Mohammad Sabu
Pengerusi Gerakan Harapan Baru.
26 Julai 2015.



--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.