Kenyataan Rasmi Vincent Bikana
KENYATAAN RASMI VINCENT BIKANA
"Saya sudah bermain bola sepak di sini (Terengganu) bermula dari tahun 2013. Kini, saya sudah dapat membiasakan diri dengan cara kehidupan dan budaya masyarakat di sini. Saya suka tinggal di negeri ini. Saya sangat rapat dengan penduduk tempatan terutama penyokong bola sepak Terengganu.
Sepanjang saya menjadi pemain bola sepak Terengganu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) terutama Pengurusan Pasukan Liga Super telah melayan, menjaga dan membantu saya dengan begitu baik. Saya tidak pernah ada sebarang masalah dengan PBSNT. Sebelum ini saya pernah bermain dengan banyak pasukan dan mendapat tawaran dari banyak pasukan dan ternyata PBSNT juga menjadi pilihan saya dan juga membantu karier saya.
Baru-baru ini, saya di kaitkan dengan isu naturalisasi. Untuk makluman, saya amat berminat jika saya boleh mendapat kerakyatan sebagai rakyat Malaysia. Sejujurnya saya ingin menghabiskan karier bolasepak saya di Malaysia terutamanya di Terengganu.
Saya gembira kerana telah terpanggil menyertai Malaysia XI menentang Liverpool FC baru-baru ini. Jika saya dapat menjadi rakyat Malaysia, saya mahu bermain untuk pasukan Malaysia dan membantu pasukan bola sepak Malaysia dengan sedaya upaya saya".
Vincent Bikana.
26 Julai 2015
--
Sila kongsi artikel ini...