Harapan Baru Sik Fokus Membangkitkan Isu Rakyat Marhaen.

10:41 PM 0 Comments A+ a-




HARAPAN BARU SIK FOKUS MEMBANGKITKAN ISU RAKYAT MARHAEN.

Melihat dari situasi dan faktor tekanan ekonomi dan kesengsaraan hidup rakyat marhaen dipedalaman Sik ,Kami dari harapan Baru kawasan Sik Akan meneruskan memperjuangkan nasib rakyat dengan membangkitkan isu2 yg tak dipedulikan oleh pihak yg bertanggungjawab menyelesaikan masalah setempat.

Sik mempunyai potensi untuk berdaya saing dengan kawasan2 yg lebih membangun bg membantu rakyat pedalaman kawasan ini mengeluarkan mereka dari terumbu kemiskinan tegar yg masih memerlukan pemerhatian penuh.

Harapan Baru Sik percaya ada kaedah yg boleh diselesaikan dengan cara bijak untuk menarik pelancong asing datang kekawasan pedalaman ini bg menaiktaraf ekonomi masyarakat setempat.

Agenda memajukan kawasan Sik amatlah dialu2kan tetapi biar sesuatu pembangunan itu dilaksanakan dengan amanah tanpa keuntungan peribadi terutama pemerintah kerajaan negeri kedah termasuk wakil rakyat yg diangkat.

Kawasan pelancongan seperti tasik beris dan empangan muda adalah dua tempat yg berpotensi bg menarik pelancong luar dan dalam negeri.Tetapi oleh kerana kelemahan BN gagal menguruskan sektor ini dengan baik ,kita lihat pembangunan dikawasan Sik berjalan dengan begitu lembab.

Harapan Baru Sik merupakan kuasa pembangkang yg ketiga ( Third voice ) yg akan menentang secara lantang seandainya kawasan Sik ini dilacurkan untuk keuntungan peribadi mana2 pihak dengan menggunakan projek rakyat tetapi ada agenda ( Buat duit peribadi) dengan menipu mata rakyat.

Harapan Baru Kawasan Sik akan berusaha menggunakan pelbagai saluran bg menaikkan isu rakyat marhaen diambil peduli hingga keakar umbi pedalaman.

HarapanBaru Kawasan Sik
3 Ogos 2015





--


Sila kongsi artikel ini...

Najib Wajib Yakinkan Rakyat Dan Masyarakat Dunia - Husam Musa

10:05 PM 0 Comments A+ a-



NAJIB WAJIB YAKINKAN RAKYAT DAN MASYARAKAT DUNIA

Kenyataan media SPRM bersendiri hari ini (bukan atas nama Task Force 1MDB) tentulah mengembirakan PM.

Namun, jika Malaysia mengamalkan keluhuran undang-undang secara bebas, terlepaskah Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak daripada sebarang kesalahan jenayah dengan pendedahan hasil siasatan SPRM bahawa wang RM 2.6 billion dalam akaun peribadi beliau adalah wang penderma?


Pengumuman ini bukan sahaja gagal menutup dakwaan jenayah pecah amanah terhadap Perdana Menteri malah membuka lebih banyak ruang kekeliruan dan pertanyaan.

Jika benar wang tersebut adalah wang penderma, bagaimana SPRM boleh mencapai hasil tersebut dalam keadaan Perdana Menteri belum dipanggil memberikan keterangan?

Kenapakah dakwaan awal berkenaan wang tersebut disalurkan dari akaun 1MDB boleh pula bertukar kepada wang penderma hanya selepas 48 jam pejabat SPRM diserbu cawangan khas?

Jika SPRM bersifat telus dalam penyiasatan dan temuannya, SPRM harus mendedahkan senarai penderma dan jumlah yang diderma dan setiap daripada mereka hendaklah disiasat apa tujuan didermakan dengan jumlah yang begitu besar disalurkan.

Ini adalah kerana menjadi kesalahan bagi Perdana Menteri menerima wang secara peribadi tanpa sebarang balasan jika penderma mempunyai hubungan atau kepentingan dengan tugas rasmi Perdana Menteri menurut seksyen 165 Kanun Keseksaan. Siapakah yang sanggup menderma jumlah sebanyak itu jika tidak berharap sebarang balasan?

Walauapapun usaha yang cuba dilakukan, persoalan asas akaun tersebut adalah akaun persendirian Perdana Menteri masih gagal dinafikan. Sebarang alasan berkenaan tujuan wang tersebut disalurkan hanya perkara sekunder yang tidak mampu melepaskan Perdana Menteri daripada dakwaan jenayah.

PM mesti berusaha lebih keras untuk meyakinkan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia najis yang berbau kini tiada kena mengena dengan beliau. Apa lagi di waktu penyiasat jenayah pula ditahan dan.diburu? Oleh negara atau oleh penjenayah yang diburu?

SELAMATKAN NEGARA !!!

Husam Musa
3 Ogos 2015

s

--


Sila kongsi artikel ini...

Tukar pimpinan tidak akan menyelesaikan skandal.Tukar atau turunkan Najib tidak akan selesaikan masalah. - Zulhazmi Shariff

10:00 PM 0 Comments A+ a-



Tukar pimpinan tidak akan menyelesaikan skandal...
Tukar atau turunkan Najib tidak akan selesaikan masalah.....

Kedua-dua kenyataan di atas aku bersetuju.... Tetapi kalau dok asyik keluar kenyataan tapi haram tak buat apa... tak berusaha untuk selesaikan masalah.. macamana masalah nak selesai....????


Pendekatan untuk selesaikan masalah mesti ada.... Antaranya buat permulaan menyelesaikan masalah ialah menurunkan Najib. Ya betul kalau Najib turun, yang akan ganti ialah pemimpin Umno juga tapi pendekatan yang berikutnya ialah teruskan menjatuhkan Umno......

Kita memang tak percaya langsung dah pada Umno... Siapa pun kalau dari Umno, tetap akan meneruskan sistem dan/atau dasar yg dibawa oleh Umno. Punca segala masalah ialah sistem dan/atau dasar umno yg tidak peduli rakyat sebaliknya pedulikan diri sendiri shj.

Bila Najib diturunkan... Penggantinya buat masa sekarang ialah Umno juga tetapi Umno yang baru naik tidak boleh dibiarkan selesa kerana ianya Umno.

Sama seperti parti lama aku.... Depa tukar kepimpinan..... Kalau dengan tukar kepimpinan tak selesai masalah... buat apa depa sebok guna chai untuk tukar kepimpinan?? Jelas bahawa tukar kepimpinan tu adalah pendekatan pertama... Diikuti dengan pendekatan seterusnya ialah mematikan terus era kepimpinan lama......

Apa yang perlu sekarang ialah mencari pendekatan paling sesuai untuk menjatuhkan Umno dlm PRU14 nanti.....

Pengundi hanya akan mengundi kita apabila mereka percaya kita mampu mentadbir bukan saja mampu berceramah mendedahkan penyelewengan.

BERANI BERUBAH

ZULHAZMI SHARIFF
03082015



s



--


Sila kongsi artikel ini...

Wang Rm2.6Billion Adalah Sumbangan Penderma Kata SPRM! - PAS Terengganu

9:58 PM 0 Comments A+ a-



WANG RM2.6BILLION ADALAH SUMBANGAN PENDERMA KATA SPRM!

Untuk pemahaman rakyat Malaysia agar tidak menjadi lurus bendul, Kenyataan Media Rasmi SPRM yg menyatakan "Wang RM2.6Billion yg dimasukkan ke akaun peribadi DS Najib adalah sumbangan Penderma" secara langsung dan jelas mengesahkan:

1. Wang Sebanyak RM2.6Billion memang benar telah dimasukkan ke Akaun Peribadi DS Najib.


2. Segala penafian bahawa cerita wang RM2.6billion telah dimasukkan ke akaun peribadi DS Najib itu yg disifatkan sebagai rekaan dan fitnah ternyata bohong kerana disahkan betul oleh tindakan siasatan SPRM.

3. TS Muhyiddin Yassin punya sebab yg lebih dari munasabah untuk meminta penjelasan urusan pergerakan wang ke akaun peribadi ini yg terlalu besar jumlahnya.

4. Jika benar ini adalah kerana ada pihak yg luarbiasa pemurahnya memberi derma RM2.6Billion kepada DS Najib maka atas tujuan apa?

Bukankah sudah ada peraturan di Bank Negara yg mewajibkan maklumat diberi untuk tujuan apa kemasukan ke akaun peribadi untuk jumlah melebihi nilai tertentu?

Jika maklumat telah diberi ketika itu, apa maklumatnya? Jika tidak diberi, siapa yg beri kebenaran masuk wang tidak ikut peraturan?
Adakah salahguna kuasa sebagai Menteri Kewangan berlaku? DS Najib juga adalah Menteri Kewangan dan urusan wang itu bersifat akaun peribadi.

5. Mengapa begitu lama tempoh masa untuk beri jawapan wang RM2.6Billion adalah hasil sumbangan?

6. Adakah berlaku elemen rasuah dari sumbangan sebesar itu yg melibatkan balasan yg membabitkan mana mana kepentingan, aset atau kedaulatan negara?

7. Hakikat bahawa TS Muhyiddin Yassin sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri pun tidak tahu menahu berhubung urusan 'akaun peribadi' DS Najib ini menjadikan kemungkinan besar Kabinet tak pernah dimaklumkan, pemimpin2 paling kanan dalam UMNO pun tidak dimaklumkan.

8. Sebarang percubaan mengaitkan wang berkenaan untuk Dana Pilihanraya Umum ke 13 yg berlangsung pada tahun 201 yg lalu akan memungkinkan kemenangan BN dalam PRU 13 yg lalu dicemari salahlaku melibatkan penggunaan Dana Pilihanraya yg menyalahi peraturan dan undang undang.

Ini adalah beberapa persoalan mudah yg perlukan penjelasan lanjut oleh DS Najib.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ketua Penerangan PAS
Kuala Terengganu
(AJK Penerangan PAS Pusat)
3hb Ogos 2015





--


Sila kongsi artikel ini...

Isu Pembiayaan Politik Helah Menutup Skandal #1MDB - Rafizi Ramli

8:30 PM 0 Comments A+ a-

ISU PEMBIAYAAN POLITIK HELAH MENUTUP SKANDAL 1MDB

Sejak beberapa hari yang lepas, ada cubaan yang tersusun oleh pimpinan Umno untuk membawa isu baru iaitu pembiayaan parti-parti politik. Perkara ini mula-mula disebut oleh Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan disambut sendiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Dalam ucapannya di Seremban, Dato’ Seri Najib mengumumkan kesediaan beliau untuk menyatakan punca kewangan Umno dan penyumbang-penyumbang kepada dana Umno lalu mencabar parti-parti pembangkang untuk turut menyatakan punca kewangan kami.

Operasi harian KEADILAN termasuk membayar gaji kakitangan di ibupejabat, sewa pejabat-pejabat KEADILAN negeri dan perbelanjaan ibupejabat ditampung oleh potongan gaji oleh wakil rakyat KEADILAN. KEADILAN mempunyai 29 ahli parlimen dan 40 ADUN di seluruh negara. Ahli Parlimen dan ADUN di Selangor dan Pulau Pinang (negeri yang diperintah pakatan pembangkang) menyumbang 20% dari gaji bulanan kepada KEADILAN. Ahli Parlimen dan ADUN dari negeri lain menyumbang 10% dari gaji bulanan kepada KEADILAN.

Bagi perbelanjaan lain, KEADILAN mengadakan majlis mengutip derma dari semasa ke semasa terutamanya menjelang pilihanraya. Kutipan dana dari majlis mengutip derma ini bergantung kepada kehadiran – ada yang berjaya mengutip dari RM50,000 sehingga RM500,000 bergantung berapa banyak tiket dijual.

Walau bagaimana pun, isu pembiayaan parti-parti politik ini hanyalah helah yang dimainkan oleh Umno dan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Saya berpandangan bahawa isu ini ditimbulkan untuk menutup dua persoalan besar yang tidak boleh dijawab oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak:

1. Ke manakah wang RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB dan benarkah wang itu telah diambil oleh individu-individu yang rapat dengan Perdana Menteri seperti Jho Low?

2. Kenapakah RM2.6 bilion yang sebahagiannya dituduh turut berasal dari dana 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri?

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Azalina Othman setakat ini memberi gambaran seolah-olah dana RM2.6 bilion itu kononnya adalah sumbangan dermawan antarabangsa kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak dan bukannya dana 1MDB.

Saya tidak terkejut sekiranya Dato’ Seri Najib Tun Razak melalui jurucakapnya seperti Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam masa beberapa minggu ini akan menjual cerita-cerita berikut:

1. Dana RM2.6 bilion itu adalah derma dari orang kaya dari Timur Tengah secara peribadi kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak. Derma itu digunakan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk membiayai kempen pilihanraya Umno dan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu

2. Ada bukti dalam bentuk dokumen bahawa kononnya dana RM2.6 bilion itu adalah derma kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak

3. Oleh kerana dokumen itu, maka pemindahan RM2.6 bilion itu bukanlah berunsur rasuah dan hanyalah sumbangan politik seperti mana kes RM40 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Dato’ Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah satu ketika dahulu.

4. Berdasarkan perkara ini, siasatan ke atas 1MDB dan dana RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi Perdana Menteri akan menyimpulkan bahawa tidak ada unsur rasuah dan kes ditutup begitu sahaja

Isu-isu yang dibawa kebelakangan ini berkaitan pembiayaan parti-parti politik hanyalah untuk mempersiapkan orang ramai dengan skrip yang telah disediakan iaitu siasatan berkenaan 1MDB dan dana di dalam akaun peribadi 1MDB mendapati tiada unsur rasuah dan kes ditutup begitu sahaja.

Saya yakin rakyat Malaysia yang celik tidak akan termakan dengan putar alam begini. Saya juga berharap pimpinan Umno yang masih ada sedikit maruah seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengkritik Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya rakyat tidak diperbodohkan dengan cerita dongeng kononnya dana RM2.6 bilion ini adalah sumbangan derma orang kaya Timur Tengah kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


 
--


Sila kongsi artikel ini...

Siapakah begitu murah hati derma RM2.6 bilion tanpa syarat? - Tuan Ibrahim Tuan Man

8:21 PM 0 Comments A+ a-



Siapakah begitu murah hati derma RM2.6 bilion tanpa syarat?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan bahawa RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukan 1MDB.

Kini, timbul beberapa persoalan lanjut:


1. Mengapakah akaun itu ditutup jikalau ia dianggap bukan satu kesalahan?

2. Siapa penderma yang sebegitu murah hati?

3. Apakah ini derma dan bukan rasuah untuk habuan tertentu? Apakah siasatan SPRM telah melihat perkara ini?

4. Apakah syarat-syarat derma RM2.6 bilion? Sudah dibayangkan derma sebesar ini dilakukan tanpa syarat ke akaun Perdana Menteri.

5. Apakah ini sekadar permainan perakaunan?

6. Jika betul ia bukan duit 1MDB, mengapa sehingga kini saman kepada Wall Street Journal masih tertangguh?

7. Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara?

8. Mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri berdiam diri apabila ada akaun perseorangan yang memiliki dana sebanyak RM2.6 bilion?

9. Mengapa Najib mengambil masa sebegitu lama untuk menjawab persoalan ini, lebih-lebih lagi setelah pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail serta penahanan beberapa pegawai Bank Negara dan SPRM berkaitan dengan kebocoran maklumat siasatan?

10. Apakah peranan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil? Apakah polis mengetahui di mana beliau berada?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS

3 Ogos 2015



 
--


Sila kongsi artikel ini...

Hasil Siasatan Berkaitan Dana RM2.6 Bilion (Sumbangan Penderma) - SPRM

8:00 PM 0 Comments A+ a-

Hasil Siasatan Berkaitan Dana RM2.6 Bilion


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.
 
Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.
 
Walau bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.
 
SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh.
 
Mengenai siasatan polis ke atas pegawai-pegawai SPRM, SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya.
 
SPRM mengulangi bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas.
 
Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.
 
Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.
 
SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.
 
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 OGOS 2015




--


Sila kongsi artikel ini...

Kenyataan Balas Mufti Negeri Paris Itu Telahpun Menunjukkan Ternyata Memang Terbit Dari Pihak Beliau - Pondok Ledang

5:00 PM 0 Comments A+ a-

oleh:  
Pondok Ledang

1. Kenyataan balas mufti negeri paris itu telahpun menunjukkan bahawa KENYATAAN yang berbau hasutan dan mencipta keraguan di WhatsApp agar orang ramai tidak menderma wang mereka ke pusat pengajian Darul Hadis tersebut TERNYATA MEMANG TERBIT DARI PIHAK BELIAU.

2. Beliau tidak sedikitpun menafikan perbuatan kejinya itu. Malah lebih busuk lagi, beliau tidak sedikitpun mahu meminta maaf secara terbuka kepada orang ramai setelah entah kali yg keberapa telah membuat onar dan fitnah dalam negara ini.

3. Lebih dahsyat dari itu, kenyataan balasnya itu pula seolah-olah membuka pekung di dada sendiri apabila beliau seoalah-olah hendak memberitahu bahawa beliau cuba mewujudkan satu agenda tersembunyi dan perbincangan tertutup bagaimana hendak menyerang mana-mana ulama atau institusi pendidikan agama yang tidak sealiran dengan mereka.

4. Malah lebih hanyir daripara itu, beliau seakan-akan menghalalkan perbuatan hasad dengki tersebut dengan mengatakan perkara itu adalah NORMAL dalam mana-mana WhatsApp Group. Bermoralkah mufti sebegini??

5. Kenyataan beliau sebanyak tujuh point itu hanya memperlihatkan bahawa beliau cuba mengalihkan isu sebenar setelah malu dan setelah terperanjat apabila melihat kenyataan media daripada pihak Darul Hadis telah mendapat liputan media yang meluas.

6. Orang awam di Malaysia ini khususnya para pencinta ilmu bukan semuanya bodoh seperti yg disangkanya. Isunya bukanlah kenyataan rasmi atau bukan rasmi seperti yang beliau cuba bangkitkan untuk mengelirukan umat, tetapi isunya mengapa begitu busuk sekali perangai beliau? dan kedengkian tahap gaban apakah yg telah mewarnai diri beliau sehingga sanggup mengeluarkan tema hasutan terhadap sebuah institusi pendidikan Islam di tanahair sendiri?

7. Mengenai hadis musalsal, janganlah anda hendak menipu umat lagi. Kenyataan anda itu seolah-olah hendak mengambarkan semua hadis musalsal itu tidak sahih bahkan palsu. Kenyataan Imam Az-Zahabi rahimahullah yg anda sertakan itu tidak sedikit pun menyokong kenyataan anda. Malah berlawanan dengan yg anda katakan. Atau anda yg jahil dalam memahami bahasa ulamak hadis. Oleh itu janganlah putaq alam dan mengelirukan orang awam lagi.

8. Seandainya mufti tersebut berkeahlian dan amanah dalam bidang hadis, tentulah beliau sanggup mengutarakan pandangan para muhaddisin yang telah sepakat mengatakan: "Bahawa darjat hadis musalsal itu ada yang sahih, hasan, dhaif, bahkan maudhu', tetapi tidak harus meriwayatkan yg maudhu' melainkan bersama penjelasannya." Al-Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Ashqolani rahimahullah, seorang tokoh hadis yg agung berkata : “Antara hadis musalsal yg paling sahih yg diriwayatkan di dunia adalah Al-Musalsal bi Qira’ati Surat As-Shaff.” Al-Imam Ash-Shakhawi rahimahullah juga berkata : "Hadis Musalsal yg paling sahih adalah Musalsal Bi Suratis Shaff, kemudian Musalsal bil Awwaliyyah." Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti rahimahullah pula menambah dengan Hadis Musalsal Bil Huffaz dan Fuqaha'". Memadailah perkataan tokoh-tokoh hadis ini dapat menggambarkan bahawa bukan semua hadis musalsal itu tidak sahih dan batil.

9. Mengenai Musalsal memakaikan serban, para ulamak hadis yg benar-benar ahli telah pun memberikan komentar dan turut meriwayatkannya. Al-Hafiz Abu Amru Solahuddin Muhammad bin Ibrahim As-Solihi Al-Maqdisi rahimahullah turut meriwayatkannya sebagaimana di dalam kitab Musalsalatnya. Beliau meriwayatkan drpd Imam Az-Zahabi rahimahullah sendiri, sementara As-Syams Az-Zahabi meriwayatkan drpd Al-Muslim bin ‘Alaan Al-Qisi, drpd Yusuf bin Abdil Mu’thi, drpd Abi Thohir As-Silapi. Kesemua perawi itu mengatakan: “Telah memakaikanku serban oleh setiap fulan akan serbannya dan melepaskan ekornya dibelakangku”. Mengenai musalsal ini, ulamak hadis mengatakan bahawa ia termasuk hadis musalsal yg nadir dan tidak mengeluarkannya drpd kalangan ahli ilmu melainkan sedikit.

10. Jika ingin dibangkitkan tentang gambar-gambar Mudir Darul Hadis itu bersama orang-orang yang soleh, mufti tersebut harus cermin diri dan bermuhasabah, apakah kelebihan “aku” berfoto dengan warga yahudi berbanding mereka yg berfoto bersama ulamak solihin? Apakah ada anjuran dalam syariat untuk duduk bersama kaum solihin khususnya para ulamak berbanding duduk dan tersengih dengan orang yahudi yg disebut dalam al-Quran bahawa mereka tidak akan sekali-kali redha terhadap kamu sehinggalah kamu mengikuti millah mereka?

11. Secara peribadi, admin harap mufti tersebut sudah-sudahlah daripada sikap gemar berbuat fitnah dan kecelaruan dalam Negara ini. Jika ada pihak orang ramai yg ingin memberikan derma dan sumbangan kepada Darul Hadis dan memilih untuk tidak memberikan sumbangan mereka kepada Institut Ibn Qayyim, maka janganlah anda berasa irihati dan berhasad dengki. Jauhilah perasaan dan sikap hasad dengki kerana hasad dengki ini hanya akan membinasakan segala amal kebaikannya. Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yg bermaksud : “Jauhilah oleh kamu sekalian sikap hasad (dengki), karena sesungguhnya sikap hasad itu memakan (menghabiskan) kebaikan-kebaikan sebagaimana api memakan (menghabiskan) kayu bakar”. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah). Dan sabdanya lagi : “Janganlah kamu sekelian saling iri, saling membenci, saling memata-matai, saling membukakan ‘aib, saling tipu, dan saling menjatuhkan, tapi jadilah kamu sekalian hamba Allah yang bersaudara“. (HR. Muslim dari Abu Hurairah).

11. Jika anda ingin berhasad juga, maka berikanlah infaqkanlah harta anda kpd Darul Hadis sebanyak mungkin, atau gunakanlah ilmu anda untuk menyampaikan kpd orang ramai tentang kelebihan menderma, menginfaq dan mendirikan madrasah-madrasah Islamiyah. Laksanakanlah sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yg diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: (maksudnya) : “Tidak boleh hasad kecuali pada dua orang, yaitu orang yang Allah anugerahkan padanya harta lalu ia infakkan pada jalan kebaikan, dan orang yang Allah beri kurnia ilmu, lalu ia menunaikan dan mengajarkannya.”

Saya mendoakan agar Allah memberikan KEINSAFAN kepada beliau. Semoga Allah mengurniakan taufiq dan hidayahNya kepada kita semua. Perbincangan ilmu tidaklah memutuskan persaudaraan dan kasih sayang sesama muslim yang ada antara kita.

SANTRI PONDOK LEDANG,
Johor Darul Ta’zim.



s



--


Sila kongsi artikel ini...

Perlukah Parti Politik Islam Kedua Di Malaysia? - Fathi Yusof

2:43 PM 0 Comments A+ a-



PERLUKAH PARTI POLITIK ISLAM KEDUA DI MALAYSIA?

oleh: Fathi Yusof

Ada yang berhujah: ‘Apa salahnya banyak parti Islam. Tengok Indonesia dan Turki, ada banyak parti Islam. Tak ada masalah pun!’

Memang lah tak ada masalah besar di Indonesia dan Turki sebab negara-negara itu guna sistem PR atau proportionate representation. Di sana semua parti bertanding seluruh negara. Kemudian jumlah undi dikira untuk seluruh negara. Hasil peratusan undi digunakan untuk tentukan agihan kerusi dalam Majlis Perwakilan Rakyat. Jadi parti-parti Islam tidak bertembung dalam satu-satu kerusi secara langsung.

Di Malaysia sistemnya berbeza. Sistem pilihan raya di Malaysia ialah first-past-the-post atau ringkasnya FPTP. Jika ada dua parti Islam, kedua-dua parti itu kemungkinan besar terpaksa bertanding di kerusi yang sama.

Bayangkan jika bertembung tiga penjuru iaitu satu parti sekular dan dua parti Islam. Siapa yang akan untung?

Jadi tak perlu lah tubuh atau sertai parti baru. Elok perkukuhkan parti Islam sedia ada dengan kebolehan dan kebijaksanaan yang Allah berikan itu. Bersabarlah dengan kelemahan. Allah tahu ikhtiar dan usaha kita.

Jika hati tidak tahan juga lebih baik sertai PKR yang juga memberikan ruang untuk pejuang Islam. Bahkan dalam PKR sudah ramai pekas pemimpin utama ABIM dan JIM.

Yang lebih penting syura dan istikharah sebelum membuat keputusan…

Senyum dan doa.







--


Sila kongsi artikel ini...

Jawapan Terhadap Kenyataan Media Darul Hadis Pulau Pinang - Dr MAZA

2:40 PM 0 Comments A+ a-

JAWAPAN TERHADAP KENYATAAN MEDIA DARUL HADIS PULAU PINANG


Sumber
Pagi ini saya terlihat kenyataan mudir Darul Hadis Pulau Pinang di akhbar SH yang menyebut nama saya berhubung dengan what's app yang diviralkan oleh pihak tertentu. Beliau meminta secara terbuka saya memberikan penjelasan kerana nama saya telah diviralkan oleh pihak tertentu berkaitan dengan pusat mereka. Di sini saya ingin jelaskan seperti berikut;

1. Saya telah dimaklumkan tentang isu ini sejak semalam. Saya mengambil langkah mengelak untuk mengulas dengan harapan isu ini reda dan tiada pihak yang kesukaran. Bahkan, saya telah meminta agar pihak admin mengeluarkan kenyataan bahawa KENYATAAN RASMI saya hanyalah yang disiarkan di FB ini sahaja. Pun begitu nampaknya pihak mudir berkenaan memilih untuk memanjangkan isu ini.

2. What’s app berkenaan bukanlah kenyataan rasmi. Ia satu kenyataan pihak lain untuk diperbincangkan bersama dalam group kecil khusus. Ia belum satu keputusan rasmi, tetapi ketika itu masih di peringkat perbincangan yang belum final. Kenyataan yang dibincangkan itupun tidak menyebut secara khusus nama tempat mudir berkenaan, cuma menyebut di negeri Pulau Pinang. Kesalahannya ialah apabila ada pihak yang menyebarkannya secara meluas.

3. Perbincangan itu terjadi rentetan sebaran tentang nama ‘darul hadis’ yang ingin mengutip derma. Secara kebetulan saya dalam bidang berkaitan dan juga pensyarah hadis di universiti, maka ada pihak yang mengemukakan perbincangan tersebut. Ia sesuatu yang normal untuk mana-mana what’s app group membincangkan sesuatu isu secara tertutup.

4. Punca perbincangan ialah kerana mudir darul hadis berkenaan DILIHAT telah menyebar dan mengamalkan hadis-hadis yang tidak sahih seperti al-Musalsal bi Ilbas al-‘Imamah iaitu hadis musalsal memakaikan serban kepada pihak lain. Gambar majlis tersebut disiarkan di media social secara meluas. Secara umumnya musalsal bermaksud setiap periwayat sesuatu hadis meniru perbuatan seperti mana yang diriwayatkan kepadanya oleh rawi sebelumnya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Kebanyakan hadis musalsal adalah tidak sahih bahkan palsu. Kata al-Imam al-Zahabi (meninggal 848H) yang merupakan tokoh hadis agung: “Secara umumnya hadis-hadis musalsal adalah dhaif, kebanyakannya pula adalah batil, disebabkan pembohongan perawinya” (al-Dhahabi, al-Muqizah fi `ilm al-Mustalah al-Hadith, m.s. 44. Syria: al-Matbu`at al-Islamiyyah).

5. Walaupun saya tidak kenal mudir berkenaan, tapi saya sendiri pernah berforum dengan beliau yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ketika itu beliau telah pun memakai gelaran mudir darul hadis. Saya telah pun memberikan pandangan balas mengenai hadis daif yang beliau baca dalam forum berkenaan. Boleh ditonton forum tersebut di youtube. Ini antara perkara yang menyebabkan tajuk itu rancak diperbincangkan, sejauh manakah jenama ‘darul hadis’ itu digunapakai. Saya sendiri selepas majlis itu mencadangkan kepada mudir berkenaan agar beliau menyambung pengajian dalam bidang hadis ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak mencukupi jika sekadar asas yang terlalu basic untuk mengendalikan darul hadis.

6. Gambar-gambar beliau dengan individu yang memakai darul hadis di negeri tertentu yang pernah membuat dakwaan ganjil seperti keanjaiban angka tertentu, Nabi Adam turun di negerinya, kapal Tariq bin Ziyad dibuat oleh orang negerinya, kapur Firaun diambil dari negerinya dan seumpamanya, juga menjadi asas kepada perbincangan itu.

7. Masih banyak perkara jika hendak dibangkitkan di sini. Apapun, seperti yang dijelaskan bahawa sebaran what’s app berkenaan BUKANLAH kenyataan rasmi. Ia satu perbincangan dalaman yang belum ke peringkat untuk sebaran awam secara meluas. Walaupun secara peribadi, saya merasakan penggunaan jenama ‘darul hadis’ memerlukan penelitian yang lebih cermat agar tidak berulang seperti yang sedang berlaku di darul hadis negeri tertentu yang membuat dakwaan-dakwaan yang ganjil itu.

Saya harap jawapan memadai bagi menunaikan tuntutan kenyataan media pihak mudir berkenaan yang ingin saya membuat kenyataan balas. Saya mendoakan agar Allah memberikan KEBAIKAN dan KERAHMATAN kepada beliau dan niat baik beliau. Perbincangan ilmu tidaklah memutuskan persaudaraan dan kasih sayang sesama muslim yang ada antara kita. Dr MAZA,
Kangar, Perlis







--


Sila kongsi artikel ini...

Pendedahan "Misi sebenar #1MDB adalah nuklear" sepatutnya mengerahkan pihak (SPRM) untuk serbu pejabat Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC)

11:47 AM 0 Comments A+ a-

Pendedahan saya tentang Misi sebenar 1MDB adalah NUKLEAR sepatutnya mengerahkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Makaysia (SPRM) untuk serbu pejabat Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC).

Saya yakin kalau mereka tidak diganggu akan menjumpai lebih banyak bahan bukti berhubung 1MDB dan Jho Low.

Cyber troopers Najib tidak akan berani cabar saya kerana pendedahan saya itu SOLID menggunakan dokumen yang SAH dan boleh dicapai oleh semua orang awam.
Kita boleh lihat mereka sekadar mampu ad hominem ke atas pendedahan saya dan takkan berani jawap balas berkenaan saya hubungkan dua orang yang paling dikehendaki SPRM - Nik Faisal dan Datuk Suboh berhubung kes bank akaun Pemegang Amanah Tabung UMNO yang melibatkan SRC International Sdn. Bhd. yang pada awalnya adalah anak syarikat 1MDB. Kerana kedua-dua "fugitives" ini sudah lari ke luar negara dan tidak dapat dikesan.

Adakah setakat itu saja? Banyak lagi.

Saya belum kaitkan 1MDB, Tabung Haji dan Felda Global Ventures (FGV) bukan?
Setakat kajian awal saya 1MDB dan Tabung Haji itu jelas cuma saya syak ada kaitan juga dengan FGV.
Saya minta jasa baik tuan puan doakan usaha saya ini khusus berhubung keselematan saya kerana kita tahu "mereka" sedang bermain kasar dengan para penyiasat. Saya lakukan ini adalah sebahagian daripada kefarduan amar ma'ruf nahy munkar.
Sebab itu saya mohon kita semua petisyen kepada Majlis Raja-Raja. Hanya mereka yang berada di atas Kabinet Najib.
Kalau tuan puan sayangkan negara bantulah saya, bantulah Tun M, bantulah Tan Sri Muhyiddin!
Allahuakbar!

Wan Ahmad Fayhsal


--


Sila kongsi artikel ini...

IKRAM Pandang Serius Kenyataan Yang Meremehkan Larangan Agama

11:30 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3 Ogos 2015 bersamaan 18 Syawal 1436H

IKRAM Pandang Serius Kenyataan Yang Meremehkan Larangan Agama


Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius laporan berita yang dikaitkan dengan pandangan YB Datuk Seri Azalina Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Kenyataan yang menyebut bahawa “…isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat…” amat mendukacitakan.

Sekiranya laporan ini benar, adalah tidak wajar bagi seorang Menteri beragama Islam yang telah diberikan amanah kepimpinan dan bakal menjadi teladan kepada rakyat di negara ini untuk membuat komen sedemikian.

IKRAM berharap beberapa peraturan yang telah diperkenalkan oleh pihak LPF khasnya merujuk kepada Panduan Penapisan Filem Stesen TV ke atas elemen seks / lucah / kelakuan sumbang perlu dipertahankan malah ditambah baik selaras dengan peraturan-peraturan yang telah disarankan oleh syarak selari dengan Islam sebagai agama rasmi negara.

IKRAM suka merujuk kepada Indeks Syariah Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada Februari tahun ini yang telah menganjurkan agar perjalanan kementerian dan agensinya mengambil kira Maqasid al-Syariah.

Sudah pasti kesemua kementerian dan agensinya tidak boleh tidak harus berpaksi kepada tuntutan Maqasid al-Syariah iaitu meletakkan elemen pemeliharaan agama, pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta diberi perhatian dalam membuat polisi dan peraturan. Malah diharapkan LPF juga mengguna pakai Indeks Syariah Malaysia sebagai rujukan.

IKRAM menyeru pemimpin negara dan rakyat bersama-sama membangunkan negara ini atas prinsip yang telah disebut dalam al-Quran yang berbunyi:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.” (al-Maidah: 2)

Hj Abdul Aziz Bin Abd Jalal
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Umat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Sumber: http://bit.ly/1IdSEyA









--


Sila kongsi artikel ini...

Orang Kat Sweden Ni Pun Bising Juga Pasal Tax. Income Tax Dia Sampai 45% - Saiful Nang

11:10 AM 0 Comments A+ a-



Orang kat Sweden ni pun bising juga pasal tax. Income tax dia sampai 45%. Dapat gaji separuh gomen ambik. Dah lah macam tu...GST sampai 24%!! Kalau di Malaysia yang 6% pun dah rusuhan. Income tax 20% pun ramai cilok. TAPI SWEDISH TETAP TAK GADUH SANGAT bayar tax.

Kenapa?

Kerana education terbaik dunia dia dari kecil sampai universiti semua FREE. Public transport mereka bagus dan murah, barang makan murah, highway free, jalanraya cantik, insuran kesihatan tak perlu kerana healthcare dia lagi baik dari private hospital kita. Tidaklah sampai datang hari ini utk temujanji dengan pakar lagi 15 bulan baru jumpa. Pencuri tak ramai kerana yang jobless pun dpaat gaji berdasarkan 70-80% gaji terakhir mereka. Tak ada sebab orang nak pecah rumah orang lain. Lagi yang mereka tak marah sangat, menteri-menteri
dan PM dia orang biasa sahaja. Tak kaya mana pun macam PM Uganda yang banyak jet.

Sekian

Petang ni ke Paris.
Siapa nak ngopi sila PM.

Lupa satu lagi. Ni gambar saya dengan kawan saya tengah highway ada accident. Tengok lane kosong ni kenapa tak ada orang menyelit potpng queue? Kerana accident ni jauh di depan. Kami berhenti dalam 15 minit dalam 1 barisan supaya bila accident tu buka 1 lorong sahajapun, traffic dah surai. Kalau kita buka 1 lorong bahagian kosong ni mesti penuh sampai tempat accident. Lepas tu nak masuk 1 lorong semua taknak bagi jalan. Kanan kata kiri potong queue, kiri kata kanan potong queue. Last-last benda boleh settle 10 minit jala 2 jam tak selesai lagi. Buatlah highway barang 50 lorong pun. Yang penting ialah sikap yang perlu disekolahkan.

Bukan kata mereka bagus semua. Tapi bukankah nak dijadikan contoh kita kenang yang baik sahaja dan yang buruk kita diam-diam nanti balik jadikan sempadan. Apapun, syukurlah Uganda masih aman. Nama saya Saiful Nang...saya sayang Uganda.

Sekian lagi sekali

SAIFUL NANG
Stockholm




--


Sila kongsi artikel ini...

Propaganda Kotor Untuk Menakut-Nakutkan Dan Kelirukan Rakyat Terhadap Pasukan Siasatan Khas #1MDB - Wan Ahmad Fayhsal

11:08 AM 0 Comments A+ a-



"THE INTIMIDATION GAME": PROPAGANDA KOTOR UNTUK MENAKUT-NAKUTKAN DAN KELIRUKAN RAKYAT TERHADAP PASUKAN SIASATAN KHAS 1MDB
oleh Wan Ahmad Fayhsal

1. Semalam tiga nama daripada Special Task Force 1MDB (STF 1MDB) yang dibentuk oleh mantan AG Tan Sri Gani Patail telah ditahan oleh Polis.

2. Semua ini sudah pun diberi makluman awal oleh sebuah blog bernama "The Recounter" (https://therecounter.wordpress.com) yang baru saja direka pada hari Tan Sri Gani Patail "direhatkan", 27hb Julai 2015.

3. Ada kemusykilan yang amat besar kerana blog tersebut telah menulis dan mendedahkan nama-nama yang bertugas dalam STF 1MDB - sesuatu yang tidak diketahui umum.

4. Nama-nama tersebut seperti yang terpampang dalam gambar ini telah diugut oleh penulis blog tersebut bahawa "jaga-jaga kamu akan ditangkap oleh polis" atas kesalahan kononnya mereka - termasuk Tan Sri Zeti telah bersekongkol untuk menggulingkan kerajaan (undermining parliamentary democracy).

5. Atas apakah alasan itu dibuat? Hal ini berhubung dengan jaringan individu yang kononnya telah berhubung dengan Xavier Justo yang dituduh memesongkan kandungan dokumen penting urus niaga PetroSaudi International dan 1MDB seperti Sarawak Report dan The Edge.

6. Ianya juga cuba dikaitkan bagaimana The Wall Street Journal (WSJ) boleh melaporkan tuduhan serius ke atas Dato' Seri Najib yang dikatakan telah menerima wang sejumlah RM 2.6 bilion dari luar negara dan diletakkan dalam akaun peribadinya di Ambank Islamic.

7. Kononnya WSJ telah diberikan salinan dokumen dan bukti yang telah dipalsukan (tampered) berhubung penyaluran wang itu oleh "orang dalam" yang mana disyaki daripada pejabat Tan Sri Gani Patail.

8. Maka dengan itu nama-nama di dalam gambar ini dituduh mengkhianati kerajaan kerana terlibat dalam memberikan bahan bukti kepada pihak asing untuk memburukkan (undermind) negara khusus berhubung "sabotaj ekonomi".

9. Setakat ini tiada satu pun daripada mereka yang tertuduh diberi ruang untuk tampil menyangkal dakwaan tersebut.

10. Kalau bagi sesiapa yang rajin mengkaji, nama-nama tersebut tidak pernah diberitahu dan diangkat oleh mana-mana portal berita.

11. Yang berjaya mengangkat nama-nama STF itu adalah Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan Lim Sian See (LSS) yang ketika bulan Ramadhan lagi telah menulis berkenaannya. Mereka berdua khusus RPK telah menamakan beberapa individu daripada STF yang kononnya telah bersekongkol dengan Sarawak Report dan Justo untuk menumbangkan kerajaan melalui dokumen yang telah dipalsukan yang dijadikan sebagai dokumen penting kepada pendakwaan dan siasatan berhubung skandal 1MDB.

12. Ini jelas bahawasanya terdapat satu kemusykilan yang sangat penting: bagaimana RPK, LSS dapat cam dan kenal ahli pasukan STF 1MDB? Ini menunjukkan terdapat "mole" samada dalam SPRM, Bank Negara, Polis dan AG Chambers yang telah mendedahkan nama-nama ini kepada umum kerana rahsia keanggotaan STF 1MDB dikawal ketat.

13. Apa motif penulis blog The Recounter ini membongkar rahsia-rahsia Tan Sri Zeti yang dikatakan "corrupt" kerana syarikat keluarganya menerima beberapa kontrak kerajaan yang lumaya?

14. Saya fikir ini adalah strategi Machiavelli untuk mengugut STF 1MDB disamping ingin mahu menutup persoalan yang lebih besar dan mustahak iaitu: duit yang disalurkan dari luar ke akaun peribadi DS Najib.

15. Macai Najib sering melalak mengatakan Justo telah menipu Sarawak Report dan The Edge kerana mereka menerima dokumen palsu 1MDB dan PetroSaudi International daripada Justo maka huraian mereka tidak ada kredibilit.

16. Malangnya di sebelah pihak kerajaan Najib, tiada pula sebarang usaha untuk mendedahkan dokumen yang asli bagi menafikan dokumen yang dikatakan berstatus tipu, rosak.

17. Semua ini pada hemat saya adalah percubaan untuk SECARA TAMSILAN: "shoot the messenger" atau "shoot the investigator".

18. Pasukan propaganda Najib akan berpaut kepada premis "Justo telah memberi dokumen palsu kepada Sarawak Report dan The Edge untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia" dengan terus-menerus melakuakn tuduhan liar yang tiada asas.

19. Kini mereka berhempas pulas cuba "menghalalkan" masuknya duit ke akaun Najib (dah mengaku pun!!) berbilion ringgit kononnya dari Pak Arab. Halal belaka seorang penjawat awam tertinggi negara mendapat duit sebanyak itu dalam akaun peribadi yang pada awalnya cuba hendak saman WSJ kerana fitnah Yahudi bagai!

20. Oleh itu mereka terpaksa terus-menerus mencabar dan menyakiti ahli STF 1MDB dengan proganda yang sama iaitu "percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang sah" yang berdiri di atas premis "Justo penipu".

21. Pada hemat saya ini tidak lebih sekadar "smokescreen" dan "distraction" yang dilakukan oleh ejen-ejen propaganda Najib untuk melengahkan, dan menepis percubaan untuk mendakwa beliau selaku PM.

22. Sedangkan semua ahli STF 1MDB khusus The Edge telah bersedia bertarung di mahkamah atas dakwaan yang mereka buat ke atas Najib dan 1MDB kerana mereka amat-amat yakin yang maklumat dan bahan bukti yang ada pada mereka adalah benar-benar tulen. Tiada sama sekali percubaan untuk meminta maaf atas jejak-jejak wang Jho Low dan 1MDB.

23. Maka dengan itu, siapa sebenarnya yang bercakap benar? Siapa sebenarnya yang bersedia untuk berbincang dengan serius? Siapa sebenarnya yang bersedia untuk lakukan siasatan dengan telus, dan adil demi agama, bangsa dan negara?

dan lebih penting...siapa sebenarnya yang BERANI KERANA BENAR???

 




--


Sila kongsi artikel ini...

Perjuangan GHB dan dilema melahirkan 'anak sulung' PAS Sabah - Muhammad Irsyad

10:58 AM 0 Comments A+ a-

Perjuangan GHB dan dilema melahirkan 'anak sulung' PAS Sabah



Bermula dengan Perikatan, kemudiannya USNO pimpinan Tun Datu Mustapha yang menyaksikan penghijrahan beramai-ramai rakyat Sabah memeluk Islam, kemudiannya BERJAYA, diambil alih oleh PBS dan kini kekal bersama UMNO/BN. Inilah negeri yang pernah bertukar 5 parti pemerintah. Menarik bukan? Kiranya rakyat Sabah ini celik politik juga ya.

30 tahun PAS Sabah dalam hempas-pulas ranjau duri nan sakti mendepani segenap rintangan, tarbiyyah dan dakwah berterusan dan akhirnya tetap istiqamah berkebajikan untuk rakyat;rakyat Sabah ini rakyat yang dinafi kebajikannya oleh kerajaan Pusat.

Antara jentera terkuat PAS buat masa ini (selain Tawau, Sepanggar dan Putatan), pada hemat penulis adalah di kawasan Batu Sapi, Sandakan yang terkenal dengan program kebajikan yang cukup merakyat. Kawasan Batu Sapi di bawah pimpinan Tn Hj Hamzah selaku YDP Kawasan dan Mantan Pesuruhjaya Pas Negeri Sabah yang pertama terus cemerlang dalam membawa dan membela isu penduduk setempat. Di tambah dengan keberadaan Sdr. Haris Alimudin yang mengepalai Ketua Pemuda(KP) kawasan juga bertindak selaku Ketua Jabatan Amal Negeri Sabah.

Lantas, harapan diletakkan anataranya pada Tn.Hj Hamzah (calon PAS P.185 Batu Sapi) dalam misi melahirkan anak sulung PAS di Sabah pada PRU 13 lepas (PAS bertanding 2 Parlimen dan 9 dun di Sabah pada PRU lepas). Namun, tewas dengan majoriti tipis tidak mematahkan hasrat PAS Sabah untuk terus bergerak kerja. Dengan kemelut, kerancuan serta kerosakan yang wujud pada pimpinan UMNO/BN kini, seakannya ada sinar dalam memenangkan PAS di P.185 kelak.

Namun, sifir yang dicongak ini seakan berubah bilamana calon yang pernah menjadi harapan PAS dalam melahirkan anak sulungnya kini berubah angin yang akhirnya memilih untuk mengepalai Gerakan Harapan Baru Sabah. Langkah yang sama turut di ambil oleh Sdr Haris selepas keduanya meletakkan jawatan sebagai YDP dan KP Pas Kawasan Batu Sapi.

P.185 Batu Sapi adalah kawasan berpotensi untuk menyumbangkan kerusi kepada pembangkang; yang pada hemat saya akan menjadi penyumbang dalam menerbit Malaysia Baru mengganti regim UMNO/BN. Penulis juga merasakan Tn Hj Hamzah akan terus bertanding di kerusi ini. Persoalannya:
-Apakah PAS akan memberi laluan/tahaluf dengan calon GHB (kita andaikan Tn Hj Hamzah selaku calon paling berkelayakan) di P.185 ini ?
-Apakah PAS sanggup kehilangan kerusi yang berpotensi dimenangi ini dengan memberi laluan kepada GHB?
-Sekiranya PAS meletakkan calon, pertandingan 3 penjuru paling kurang akan berlaku. Mileage besar untuk UMNO terus memerintah.
-Sekiranya ada tahaluf di P.185 ini, apakah begitu juga di kawasan lain di seluruh Malaysia?
-Ataukah GHB sanggup beralah atas dasar. ini adalah kawasan PAS?

Pertentangan yang semakin menarik bukan? Konflik-konflik ini lah yang akan mewujudkan lekuk baru dalam arena politik negara seperti yang disebut oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa dalam bukunya Menuju PAS baru. Maka anak muda, daftar mengundi dan pilihlah jalanmu!


s



--


Sila kongsi artikel ini...
Recent Posts Widget

.

.