Kenyataan Balas Mufti Negeri Paris Itu Telahpun Menunjukkan Ternyata Memang Terbit Dari Pihak Beliau - Pondok Ledang
Pondok Ledang
1. Kenyataan balas mufti negeri paris itu telahpun menunjukkan bahawa KENYATAAN yang berbau hasutan dan mencipta keraguan di WhatsApp agar orang ramai tidak menderma wang mereka ke pusat pengajian Darul Hadis tersebut TERNYATA MEMANG TERBIT DARI PIHAK BELIAU.
2. Beliau tidak sedikitpun menafikan perbuatan kejinya itu. Malah lebih busuk lagi, beliau tidak sedikitpun mahu meminta maaf secara terbuka kepada orang ramai setelah entah kali yg keberapa telah membuat onar dan fitnah dalam negara ini.
3. Lebih dahsyat dari itu, kenyataan balasnya itu pula seolah-olah membuka pekung di dada sendiri apabila beliau seoalah-olah hendak memberitahu bahawa beliau cuba mewujudkan satu agenda tersembunyi dan perbincangan tertutup bagaimana hendak menyerang mana-mana ulama atau institusi pendidikan agama yang tidak sealiran dengan mereka.
4. Malah lebih hanyir daripara itu, beliau seakan-akan menghalalkan perbuatan hasad dengki tersebut dengan mengatakan perkara itu adalah NORMAL dalam mana-mana WhatsApp Group. Bermoralkah mufti sebegini??
5. Kenyataan beliau sebanyak tujuh point itu hanya memperlihatkan bahawa beliau cuba mengalihkan isu sebenar setelah malu dan setelah terperanjat apabila melihat kenyataan media daripada pihak Darul Hadis telah mendapat liputan media yang meluas.
6. Orang awam di Malaysia ini khususnya para pencinta ilmu bukan semuanya bodoh seperti yg disangkanya. Isunya bukanlah kenyataan rasmi atau bukan rasmi seperti yang beliau cuba bangkitkan untuk mengelirukan umat, tetapi isunya mengapa begitu busuk sekali perangai beliau? dan kedengkian tahap gaban apakah yg telah mewarnai diri beliau sehingga sanggup mengeluarkan tema hasutan terhadap sebuah institusi pendidikan Islam di tanahair sendiri?
7. Mengenai hadis musalsal, janganlah anda hendak menipu umat lagi. Kenyataan anda itu seolah-olah hendak mengambarkan semua hadis musalsal itu tidak sahih bahkan palsu. Kenyataan Imam Az-Zahabi rahimahullah yg anda sertakan itu tidak sedikit pun menyokong kenyataan anda. Malah berlawanan dengan yg anda katakan. Atau anda yg jahil dalam memahami bahasa ulamak hadis. Oleh itu janganlah putaq alam dan mengelirukan orang awam lagi.
8. Seandainya mufti tersebut berkeahlian dan amanah dalam bidang hadis, tentulah beliau sanggup mengutarakan pandangan para muhaddisin yang telah sepakat mengatakan: "Bahawa darjat hadis musalsal itu ada yang sahih, hasan, dhaif, bahkan maudhu', tetapi tidak harus meriwayatkan yg maudhu' melainkan bersama penjelasannya." Al-Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Ashqolani rahimahullah, seorang tokoh hadis yg agung berkata : “Antara hadis musalsal yg paling sahih yg diriwayatkan di dunia adalah Al-Musalsal bi Qira’ati Surat As-Shaff.” Al-Imam Ash-Shakhawi rahimahullah juga berkata : "Hadis Musalsal yg paling sahih adalah Musalsal Bi Suratis Shaff, kemudian Musalsal bil Awwaliyyah." Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti rahimahullah pula menambah dengan Hadis Musalsal Bil Huffaz dan Fuqaha'". Memadailah perkataan tokoh-tokoh hadis ini dapat menggambarkan bahawa bukan semua hadis musalsal itu tidak sahih dan batil.
9. Mengenai Musalsal memakaikan serban, para ulamak hadis yg benar-benar ahli telah pun memberikan komentar dan turut meriwayatkannya. Al-Hafiz Abu Amru Solahuddin Muhammad bin Ibrahim As-Solihi Al-Maqdisi rahimahullah turut meriwayatkannya sebagaimana di dalam kitab Musalsalatnya. Beliau meriwayatkan drpd Imam Az-Zahabi rahimahullah sendiri, sementara As-Syams Az-Zahabi meriwayatkan drpd Al-Muslim bin ‘Alaan Al-Qisi, drpd Yusuf bin Abdil Mu’thi, drpd Abi Thohir As-Silapi. Kesemua perawi itu mengatakan: “Telah memakaikanku serban oleh setiap fulan akan serbannya dan melepaskan ekornya dibelakangku”. Mengenai musalsal ini, ulamak hadis mengatakan bahawa ia termasuk hadis musalsal yg nadir dan tidak mengeluarkannya drpd kalangan ahli ilmu melainkan sedikit.
10. Jika ingin dibangkitkan tentang gambar-gambar Mudir Darul Hadis itu bersama orang-orang yang soleh, mufti tersebut harus cermin diri dan bermuhasabah, apakah kelebihan “aku” berfoto dengan warga yahudi berbanding mereka yg berfoto bersama ulamak solihin? Apakah ada anjuran dalam syariat untuk duduk bersama kaum solihin khususnya para ulamak berbanding duduk dan tersengih dengan orang yahudi yg disebut dalam al-Quran bahawa mereka tidak akan sekali-kali redha terhadap kamu sehinggalah kamu mengikuti millah mereka?
11. Secara peribadi, admin harap mufti tersebut sudah-sudahlah daripada sikap gemar berbuat fitnah dan kecelaruan dalam Negara ini. Jika ada pihak orang ramai yg ingin memberikan derma dan sumbangan kepada Darul Hadis dan memilih untuk tidak memberikan sumbangan mereka kepada Institut Ibn Qayyim, maka janganlah anda berasa irihati dan berhasad dengki. Jauhilah perasaan dan sikap hasad dengki kerana hasad dengki ini hanya akan membinasakan segala amal kebaikannya. Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yg bermaksud : “Jauhilah oleh kamu sekalian sikap hasad (dengki), karena sesungguhnya sikap hasad itu memakan (menghabiskan) kebaikan-kebaikan sebagaimana api memakan (menghabiskan) kayu bakar”. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah). Dan sabdanya lagi : “Janganlah kamu sekelian saling iri, saling membenci, saling memata-matai, saling membukakan ‘aib, saling tipu, dan saling menjatuhkan, tapi jadilah kamu sekalian hamba Allah yang bersaudara“. (HR. Muslim dari Abu Hurairah).
11. Jika anda ingin berhasad juga, maka berikanlah infaqkanlah harta anda kpd Darul Hadis sebanyak mungkin, atau gunakanlah ilmu anda untuk menyampaikan kpd orang ramai tentang kelebihan menderma, menginfaq dan mendirikan madrasah-madrasah Islamiyah. Laksanakanlah sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yg diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: (maksudnya) : “Tidak boleh hasad kecuali pada dua orang, yaitu orang yang Allah anugerahkan padanya harta lalu ia infakkan pada jalan kebaikan, dan orang yang Allah beri kurnia ilmu, lalu ia menunaikan dan mengajarkannya.”
Saya mendoakan agar Allah memberikan KEINSAFAN kepada beliau. Semoga Allah mengurniakan taufiq dan hidayahNya kepada kita semua. Perbincangan ilmu tidaklah memutuskan persaudaraan dan kasih sayang sesama muslim yang ada antara kita.
SANTRI PONDOK LEDANG,
Johor Darul Ta’zim.
s
--
Sila kongsi artikel ini...