Perjuangan GHB dan dilema melahirkan 'anak sulung' PAS Sabah - Muhammad Irsyad

10:58 AM 0 Comments A+ a-

Perjuangan GHB dan dilema melahirkan 'anak sulung' PAS Sabah



Bermula dengan Perikatan, kemudiannya USNO pimpinan Tun Datu Mustapha yang menyaksikan penghijrahan beramai-ramai rakyat Sabah memeluk Islam, kemudiannya BERJAYA, diambil alih oleh PBS dan kini kekal bersama UMNO/BN. Inilah negeri yang pernah bertukar 5 parti pemerintah. Menarik bukan? Kiranya rakyat Sabah ini celik politik juga ya.

30 tahun PAS Sabah dalam hempas-pulas ranjau duri nan sakti mendepani segenap rintangan, tarbiyyah dan dakwah berterusan dan akhirnya tetap istiqamah berkebajikan untuk rakyat;rakyat Sabah ini rakyat yang dinafi kebajikannya oleh kerajaan Pusat.

Antara jentera terkuat PAS buat masa ini (selain Tawau, Sepanggar dan Putatan), pada hemat penulis adalah di kawasan Batu Sapi, Sandakan yang terkenal dengan program kebajikan yang cukup merakyat. Kawasan Batu Sapi di bawah pimpinan Tn Hj Hamzah selaku YDP Kawasan dan Mantan Pesuruhjaya Pas Negeri Sabah yang pertama terus cemerlang dalam membawa dan membela isu penduduk setempat. Di tambah dengan keberadaan Sdr. Haris Alimudin yang mengepalai Ketua Pemuda(KP) kawasan juga bertindak selaku Ketua Jabatan Amal Negeri Sabah.

Lantas, harapan diletakkan anataranya pada Tn.Hj Hamzah (calon PAS P.185 Batu Sapi) dalam misi melahirkan anak sulung PAS di Sabah pada PRU 13 lepas (PAS bertanding 2 Parlimen dan 9 dun di Sabah pada PRU lepas). Namun, tewas dengan majoriti tipis tidak mematahkan hasrat PAS Sabah untuk terus bergerak kerja. Dengan kemelut, kerancuan serta kerosakan yang wujud pada pimpinan UMNO/BN kini, seakannya ada sinar dalam memenangkan PAS di P.185 kelak.

Namun, sifir yang dicongak ini seakan berubah bilamana calon yang pernah menjadi harapan PAS dalam melahirkan anak sulungnya kini berubah angin yang akhirnya memilih untuk mengepalai Gerakan Harapan Baru Sabah. Langkah yang sama turut di ambil oleh Sdr Haris selepas keduanya meletakkan jawatan sebagai YDP dan KP Pas Kawasan Batu Sapi.

P.185 Batu Sapi adalah kawasan berpotensi untuk menyumbangkan kerusi kepada pembangkang; yang pada hemat saya akan menjadi penyumbang dalam menerbit Malaysia Baru mengganti regim UMNO/BN. Penulis juga merasakan Tn Hj Hamzah akan terus bertanding di kerusi ini. Persoalannya:
-Apakah PAS akan memberi laluan/tahaluf dengan calon GHB (kita andaikan Tn Hj Hamzah selaku calon paling berkelayakan) di P.185 ini ?
-Apakah PAS sanggup kehilangan kerusi yang berpotensi dimenangi ini dengan memberi laluan kepada GHB?
-Sekiranya PAS meletakkan calon, pertandingan 3 penjuru paling kurang akan berlaku. Mileage besar untuk UMNO terus memerintah.
-Sekiranya ada tahaluf di P.185 ini, apakah begitu juga di kawasan lain di seluruh Malaysia?
-Ataukah GHB sanggup beralah atas dasar. ini adalah kawasan PAS?

Pertentangan yang semakin menarik bukan? Konflik-konflik ini lah yang akan mewujudkan lekuk baru dalam arena politik negara seperti yang disebut oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa dalam bukunya Menuju PAS baru. Maka anak muda, daftar mengundi dan pilihlah jalanmu!


s



--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.