Komen Dr Maszlee mengenai isu baiah talak tiga dalam PAS

12:04 AM 0 Comments A+ a-



Komen saya mengenai isu baiah talak tiga dalam PAS:

Isu baiah talak tiga merupakan tindakan pre-emptif politik Pas untuk menanggani isu lompat parti pasca PRU12. Di kala kerajaan PR di Perak roboh kerana tindakan beberapa wakil rakyat dari DAP dan PKR yang telah melompat parti, PAS telah berjaya mengelakkan wakil rakyat mereka dari dibeli untuk melompat, sekaligus telah menyelamatkan kerajaan PR di Selangor. Ini merupakan justifikasi PAS.

Persoalannya, apakah sistem politik di tanah air ini kekurangan mekanisme undang-undang dan nilai moral kendiri untuk mengelakkan isu lompat parti, sekaligus menjamin politik yang penuh integriti?

Apakah sehingga kesucian ikatan rumahtangga perlu dipertaruhkan demi kepentingan politik kepartian?

Bagaimana pula jika isu lompat parti bukan disebabkan dibeli seperti yang berlaku lewat insiden Perak, tetapi disebabkan oleh prinsip dan disebabkan sesebuah parti itu tersasar dari landasan perjuangannya?

Saya berpendapat pengamalan politik lama yang dipenuhi dengan sentimen, penggunaan retorik agama, penggunaan isu perkauman dan penggunaan wang serta patronage perlu diberikan titik noktah.

Malaysia memerlukan nafas segar politik baru berteraskan polisi yang baik, pertandingan ide yang matang, penumpuan kepada isu tatakelola yang baik (good governance) dan pembelaan terhadap keadilan dan kesaksamaan.

Politik dunia ketiga yang mewarnai ruang atmosfera politik Malaysia perlu dihentikan dan digantikan dengan politik integriti, amanah, bebas rasuah, berakauntabiliti dan berteraskan amanah. Warga Malaysia perlu diberdayakan dan dihargai akal mereka agar mereka sedar akan hak sebagai warga dan bukan hanya sebagai penerima gula-gula dari ahli politik.

Jika rakyat Malaysia boleh mengamalkan politik matang, isteri-isteri dan institusi kekeluargaan tidak perlu lagi menjadi pertaruhan di dalam persaingan politik kepartian.


Dr Maszlee Malik




--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.