Gantung Akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily Adalah Konpirasi Untuk Menekan PM Najib. - Mahfuz
Kenyataan Media.
Gantung Akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily Adalah Konpirasi Untuk Menekan PM Najib.
1. Tindakan KDN mengantung kedua dua akhbar mingguan dan harian milik The Edge menimbulkan spekulasi bahawa ia adalah satu konspirasi politik dalaman pimpinan Umno itu sendiri yang sudah tidak mampu untuk mempertahankan dan melindungi PM Najib.
2. Penggantungan akhbar itu dilihat oleh ramai orang memberi kesan kepada pemikiran rakyat untuk mempercayai laporan akhbar tersebut dalam isu 1MDB yang membabitkan PM Najib. Penggantungan ini juga dibuat bertujuan memberi tekanan kepada Najib untuk berundur dari jawatan Perdana Menteri.
3. KDN digunakan untuk tujuan tersebut kerana di kalangan pimpinan umno dan BN sudah tidak mampu mempertahan dan melindungi Najib apabila majorati rakyat Malaysia mempercayai Najib sesungguhnya terlibat. Ramai di kalangan pimpinan Umno Bn tidak berani berterus terang dengan Najib kerana sebelum ini mereka begitu kuat mempertahankan beliau. Lalu tindakan yang boleh dilakukan ialah memberi tekanan dengan pengantungan akhbar ini dan menimbulkan kemarahan rakyat kepada Najib.
4. Sama ada apakah Najib akan tunduk pada tekanan ini atau tidak, ianya bergantung kepada sejauhmana pula Pasukan Khas Siasatan Kes 1MDB mampu membebaskan diri mereka daripada sebarang pengaruh Najib. Jika mereka mampu dibeli oleh Najib maka Najib mampu bertahan untuk satu tempoh yang singkat tetapi Pasukan Penyiasat ini akan hadapi kutukan rakyat Malaysia dan akan menyebabkan institusi yang mereka ketuai akan mengalami krisis kepercayaan yang akan meruntuhkan negara Malaysia yang di cintai.
Sama-sama kita nantikan episod yang seterusnya.
"Selamatkan Rakyat dan Malaysia Tercinta!"
DATO' MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
27 Julai 2015/ 11 Syawal 1436H
--
Sila kongsi artikel ini...