ISU TPPA : Pemuda PAS Tuntut Kebebasan Maklumat

1:44 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA


11 Syawal 1436 | 27 Julai 2015

“ISU TPPA : PEMUDA PAS TUNTUT KEBEBASAN MAKLUMAT”

_____________________

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menuntut hak untuk mendapatkan maklumat terperinci berhubung Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Di peringkat rundingan negara-negara anggota, Malaysia masih belum menyelesaikan 9 bab sensitif yang mana ia menyentuh mengenai aspek perundangan, kepentingan ekonomi negeri-negeri, hak cipta harta intelek, perolehan dan survival bumiputera.

Setelah kes-kes yang melibatkan Lembaga Tabung Haji, Felda Global Ventures, MARA dan skandal kewangan 1MDB akhir-akhir ini, maka kerajaan sedang berdepan dengan krisis yang teruk. Oleh itu, bagaimana rakyat ingin memberikan keyakinan kepada kerajaan untuk membuat keputusan penting yang bukan hanya melibatkan soal ekonomi bahkan turut meliputi aspek kedaulatan negara ini?

TPPA adalah satu perjanjian yang kompleks dan melibatkan banyak perkara dasar dalam negara termasuk pindaan akta pekerja dan kastam. Ia jelas membuktikan bahawa perjanjian ini boleh mengawal polisi-polisi dan menentukan masa depan negara. Secara tidak langsung ia adalah satu bentuk ‘penjajahan’ baru dan halus.

Malah, rakyat juga belum mendapatkan maklumat hasil kajian mengenai kepentingan negara yang dilakukan oleh ISIS Malaysia, kajian kos faedah daripada PriceWaterHouseCoopers dan kajian impak TPPA terhadap PKS dan bumiputera yang dijalankan oleh TERAJU. Sedangkan minggu ini difahamkan fasa rundingan terakhir diadakan di Hawaii.

Kerajaan telah membelakangi rakyat! DPPM mendesak kerajaan segera keluar daripada rundingan tersebut atau dicabar mendedahkan substantif draf perjanjian dalam tempoh seminggu selepas rundingan berakhir pada 31 Julai ini.

Sekian, terima kasih



--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.