TPPA : Kerajaan Mesti Dedahkan Substantif Perjanjian segera ! - Nasrudin

1:38 PM 0 Comments A+ a-



TPPA : Kerajaan Mesti Dedahkan Substantif Perjanjian segera !

Oleh : Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat


Tarikh : 11 Syawwal 1436 / 27 Julai 2015

1. Kemungkinan akan termeterai pra Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) di kalangan negara-negara anggota menjelang hujung bulan ini di Hawaii sangat mengundang keresahan semua pihak termasuk PAS. Difahamkan minggu ini adalah fasa terakhir rundingan dan teks perjanjian tersebut akan dimuktamadkan sebelum 31 Julai 2015.

2. Walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan keputusan penyertaan negara dalam TPPA akan diputuskan menerusi Parlimen, namun ia dijangka akan diputuskan secara tergesa-gesa dalam satu hari walhal rundingan di peringkat nasional telah dilakukan lebih 100 kali.

3. Kita juga sangat kesal kerana kerajaan masih berahsia dengan substantif Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Kita bimbang terdapat 9 bab dalam perjanjian tersebut yang diklasifikasikan sebagai rumit dan ia sudah tentu sangat mustahak. Ini bukan hanya soal kepentingan ekonomi, malah ia turut melibatkan kedaulatan dan masa depan negara.

4. Sembilan bab tersebut dikatakan mengenai kewangan dan pelaburan, perundangan, pemilikan harta dan perusahaan awam. Oleh itu, PAS mencabar Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri supaya mendedahkan substantif perjanjian tersebut sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat. Sekurang-kurangnya kepada semua ahli - ahli parlimen.

5. Pendedahan tersebut adalah tanggungjawab kerajaan terhadap negara juga rakyat dan diharap dapat memberi peluang kepada rakyat atau wakil mereka ke parlimen untuk menilai dengan teliti, memberi input dan terlibat dalam proses membuat keputusan penting untuk kepentingan negara. Kami meminta hak kebebasan untuk mendapatkan maklumat kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Sekian, terima kasih.





--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.