Mengapa 20 ahli parlimen BN dan ‘orang tua’ misteri tidak disiasat seksyen 124B? - Tuan Ibrahim Tuan Man
Mengapa 20 ahli parlimen BN dan ‘orang tua’ misteri tidak disiasat seksyen 124B?
Mengapa Ketua Polis Negara masih tidak bertindak menyiasat para ahli parlimen BN dan “orang tua misteri” yang didakwa terlibat dengan komplot menggulingkan Perdana Menteri di bawah Seksyen 124B "memudaratkan demokrasi berparlimen" Malaysia?
Mengapa masih tiada tindakan membeku para ahli parlimen BN dan “orang tua misteri” yang dituduh itu keluar negara seperti yang terkena pada beberapa ahli pembangkang dan pemimpin NGO sebelum ini?
Mengapa tiada tangkapan, serbuan ke rumah dan sebagainya sebagaimana yang dialami para pegawai SPRM dan Bank Negara?
Mengapa polis tiba-tiba menjadi lambat bertindak?
Bukankah itu satu hipokrisi?
Memandangkan polis tidak bertindak terhadap ura-ura ini, saya berharap jangan pula polis bertindak terhadap penganjur Bersih 4 di atas Seksyen 124B kerana ini akan memburukkan lagi imej polis di mata rakyat.
Polis sepatutnya menahan para menteri BN yang cuba menipu rakyat. Kerana yang bakal menggulingkan Perdana Menteri ialah jawapan-jawapan tidak masuk akal yang dikemukakan oleh pemimpin BN mengenai derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri dan bukannya orang lain.
Sebagaimana yang dikatakan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali, jika ada undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, PAS akan turut bersama kerana tindakan-tindakan terhadap 1MDB dan jawapan-jawapan terhadap derma RM2.6 bilion jelas tidak dapat diterima rakyat.
Analisa terhadap isu yang melibatkan derma RM2.6 bilion adalah antara isu hangat yang dibicarakan Kongres Rakyat pada 12 Sept 2015.
Kepada yang berminat menyertai Kongres Rakyat yang insyaallah akan berlangsung pada 12 Sept 2015 akan datang boleh hubungi kami di :
kongresrakyat2015@gmail.com
Nyatakan :
i. Nama penuh (serta nama singkatan) Ngo atau persatuan anda
ii. Alamat e mail anda dan e mail ngo atau persatuan anda.
iii. No telefon personal yang boleh dihubungi
Tuan Ibrahim Tuan ManTimbalan Presiden PAS
19 Ogos 2015
Sila kongsi artikel ini...