Jangan Halalkan Fitnah, Hasutan Anarki Ala Sosialis Sehingga Merosakkan Politik Islam - Penerangan PAS Pusat

10:16 PM 0 Comments A+ a-



JANGAN HALALKAN FITNAH, HASUTAN ANARKI ALA SOSIALIS SEHINGGA MEROSAK KEINDAHAN POLITIK ISLAM

Kumpulan serpihan GHB ini sedikit pun tidak merasa bersalahkah dengan perbuatan mereka bersekongkol menjaja fitnah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yg melibatkan sampai berjela2 fitnah yang disenaraikan sehingga 90 muka surat?

Belumpun sempat dibicarakan secara penuh di Mahkamah, sekarang PKR dan Saifuddin Nasution sudah mengaku memfitnah dengan mengaku kesemua 90 muka surat berkenaan, tidak ada satu pun yg betul. Sudah membuat ikrar bersumpah di depan Pesuruhjaya Kehakiman di dalam mahkamah bahawa beliau tidak akan lagi mengulangi dan menyebut fitnah itu lagi.

Kerana fitnah ini orang marah pada Presiden PAS, DS TGHH, para ulama dan PAS yg tidak menyokong perbuatan ini dengan membabi buta. Kerana fitnah ini Sultan Selangor dan Institusi Sultan dipertikai kuasa dan dibuat serta dibiarkan jadi bahan sendaan oleh golongan ini. Kerana fitnah bukan sahaja rakyat Selangor, malah rakyat seluruh negara terpalit najis dosa mengumpat keji TSKI, kerana percaya kepada mereka yg bersungguh menjaja cerita. Ke sana ke mari dengan roadshownya.

Demi fitnah ini, ada ADUN PAS yg mengkhianati ketetapan parti sendiri. Sekarang sudah nyata sifat mereka dgn mengisytihar keluar PAS.

Semua yg bersekongkol melakukan perbuatan fitnah inilah yg Allah SWT zahirkan supaya umat manusia senang kenal dengan mengumpulkan mereka dalam satu kumpulan yg mereka nama kan GHB. Dan 'bisnes seperti biasa, roadshow lagi".

Mereka ini disokong kuat oleh DAP dan hampir mustahil kita akan jumpa mereka akan sanggup keluarkan kenyataan yg bertentangan dengan kepentingan DAP hatta dalam perkara yg menjolok mata bercanggah prinsip Islam mahupun menggugat kepentingan orang melayu.

Mereka menyerang PAS yg sekarang teguh bersatu dgn lebih 80% ahli yg memilih kepimpinan sekarang dengan proses demokratik yg tak mampu dipertikaikan.

Mereka memfitnah PAS konon akan masuk UMNO. Sedangkan PAS siang malam pagi petang mengajak ahli UMNO agar meninggalkan bahtera rosak dan reput yg sedang karam, mengajak sertai PAS sebagai pilihan baru, nafas baru untuk orang2 Islam, melayu dan bukan melayu yg mahu ikut bersatu membina kebangkitan baru.

Setakat ini purata kemasukan baru ahli ahli PAS adalah sekitar 4,000 diseluruh negara dengan permohonan baru lebih 10,000. Ini sejak muktamar PAS terakhir yg lalu.

PAS menyeru rakyat supaya jatuhkan BN, tetapi mereka seru agar UMNO diberi harapan baru dengan tukar Najib dengan Muhyiddin. Apa mereka mahu buat setelah Muhyiddin pula yg jadi Perdana Menteri, pengerusi BN? Gencatan senjata 2 tahun sebab orang baru putih bersih belum buat salah?

Tun Mahathir berulangkali menyebut tujuan menyingkirkan DS Najib untuk menyelamatkan UMNO.

Islam tak tertegak dengan menjadikan tabiat memfitnah sebagai rutin dan seruan yg menghasut dan menyesatkan rakyat.

Islam hanya akan tertegak jika kita terus beristiqomah atas prinsip dan dasar Islam. Bukan dengan menggadaikannya atas apa alasan pun.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan, sebarang perubahan dan seruan kebangkitan, jangan sampai melibatkan kekacauan dan menyusahkan rakyat.

Kita mahu mensejahterakan kehidupan. Bukan mengheret rakyat ke jurang penderitaan.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
19hb Ogos 2015

s 


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.