Anak Muda Harapan Baru (HB) Mempersoal pelaksaan Kerajaan Mengadakan Rundingan TPPA dengan pihak berkepentingan dan Menggesa Rundingan dibuat secara terbuka

11:17 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media Anak Muda Harapan Baru (HB) Sabah

Anak Muda Harapan Baru (HB) Mempersoal pelaksaan Kerajaan Mengadakan Rundingan TPPA dengan pihak berkepentingan dan Menggesa Rundingan dibuat secara terbuka


31 Julai 2015, Kota Kinabalu

Anak Muda Harapan Baru (HB) Sabah pada hari ini tampil menggesa pihak kerajaan dibawah kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan kabinet barunya untuk mengadakan rundingan dan konsultasi mengenai TPPA secara terbuka dan mendedahkan teks rundingan kepada masyarakat umum, khususnya NGO dan badan-badan berkepentingan seperti MTEM dan lain-lain.
Merujuk kepada kenyataan Dato’ Seri Mustapha Mohammed mengenai kebimbangan umum TPPA dirundingkan ‘secara rahsia’, beliau menyatakan “Dalam rundingan antarabangsa, teks rundingan biasanya tidak dikeluarkan kepada orang awam. Bagaimanapun, semua isu yang dirundingkan dibincang secara terbuka”. Anak Muda HB Sabah melihat pendirian beliau ini mengundang kegelisahan kepada masyarakat awam. Hal ini kerana, masyarakat awam tidak mempunyai akses langsung kepada rundingan tersebut sedangkan ianya melibatkan kepentingan masyarakat awam.

Sebelum ini juga, Dato’ Seri Mustapha Mohamed telah banyak menyatakan bahawa masyarakat umum perlu berfikiran terbuka dan mengambil kira analisis kos-manfaat (cost-benefit analysis) kepada perkembangan ekonomi negara kita. Namun, sehingga kini kementerian dibawah beliau iaitu Kementerian Industri dan Perdagangan Luar masih belum membentangkan kepada masyarakat umum dan organisasi sivil mengenai manfaat perjanjian ini kepada kemakmuran negara ini. Justeru, apakah ukuran kepada analisis kos-manfaat yang digembar-gemburkan beliau? Pada kami, kenyataan ini semata-mata mahu menutup mulut rakyat daripada terus mempersoalkan TPPA.

Selain itu, kebimbangan rakyat ditambah lagi dengan kes saman di Mexico oleh sebuah syarikat pengurusan sisa daripada Amerika Syakrikat iaitu Metalclad Corporation yang bernilai billion ringgit. Kegusaran rakyat negara ini sudah tentunya berasas kerana tahap kerahsiaan yang luar biasa dalam perjanjian TPP. Tambahan lagi, bab pelaburan yang diusulkan dalam perjanjian TPP ini dikatakan memberi kelebihan yang luar biasa terhadap perlabur luar sehingga boleh membawa kuasa menyaman negara di mahkamah dunia!

Diperingkat anak muda HB Sabah, kami mengetengahkan isu mengenai Investor-State Dispute Settelment (ISDS) yang memberikan kuasa melampau kepada pelabur luar Malaysia. ISDS adalah satu dasar dimana pelabur luar akan diberikan perlindungan termasuklah layanan yang adil dan sama rata sepertimana pelabur dalam negara. ISDS bakal mengancam kedaulatan negara, dan khususnya kedaulatan negeri Sabah kerana pelabur asing diberikan perlindungan dan layanan yang sama seperti rakyat dalam negara kita. Kita akui, terdapat banyak sekali kes berkenaan tanah adat di negeri Sabah. Seperti yang berlaku sekarang, kerajaan memberikan sebuah konsesi Hutan Simpan kepada syarikat kontraktor melalui satu perjanjian diantara Kerajaan negeri dengan pihak kontraktor untuk puluhan tahun lamanya bertujuan menguruskan kawasan konsesi tersebut.

Dengan perjanjian tadi, pihak kontraktor bertanggungjawab dalam menyelesaikan pertikaian Tanah Adat. Bagaimana sekiranya pelabur asing yang menguruskan konsesi tersebut selepas perjanjian TPP ditandatangani dan ISDS dilaksanakan. Mereka boleh sahaja mengambil kesempatan untuk memperoleh tanah tersebut kerana mereka berhak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian TPP.

Justeru, atas segala kebimbangan dan persoalan-persoalan ini, Anak Muda HB Sabah menggesa pihak kerajaan segera melakukan rundingan dan konsultasi secara terbuka dan transparen. Malah, mengambil langkah mendedahkan segala maklumat rundingan TPPA untuk penilaian umum khususnya oleh pihak berkepentingan dan badan bukan kerajaan.

Rendy Ismail,
Ketua Anak Muda Harapan Baru Sabah


s




--


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.