Serang hendap pada SPRM terus berlaku. Terkini Dato Bahri Mat Zin (Pengarah Operasi Khas SPRM) telah ditukar ke Jabatan Perdana Menteri

9:56 PM 0 Comments A+ a-

oleh 
Nasaie Ismail

Serang hendap pada SPRM terus berlaku. Terkini Dato Bahri Mat Zin (Pengarah Operasi Khas SPRM) telah ditukar ke Jabatan Perdana Menteri. Apa salah beliau? Beberapa hari lepas beliau telah bersumpah dengan nama Allah untuk mencari dalang yang mengarahkan polis menyiasat dan menangkap anggota SPRM yang terdiri daripada beliau sendiri, bekas penasihat SPRM, pendakwaraya SPRM dan lain-lain.

Mangsa kedua ditukar ke JPM ialah Dato Rohaizad Yaakub (Pengarah Komunikasi Strategik SPRM). Apa salah beliau? Baru semalam beliau menerima kehadiran ahli ahli parlimen pembangkang yang hadir memberi sokongan kepada SPRM untuk meneruskan tugas mereka tanpa gangguan. Sememangnya itulah tugas bahagian komunikasi korporat di mana-mana agensi pun menyambut dan melayani tetamu. Kenapa pula beliau dihukum.

Nanti ada spesis menteri CGPA akan membuat ulasan, "pertukaran ke pejabat Perdana Menteri adalah satu penghormatan dan kenaikan pangkat."

Sejarah lepas. Bekas Timbalan Pengarah Besar Felda yang menentang Isa Samad dan penyenaraian FGV telah ditukar ke JPM. Kerjanya apa? Jaga perpustakaan JPM dan potong keratan akhbar setiap hari. Mereka disejuk bekukan. Itulah istilahnya.

Balik kepada asasnya. Kenapa SPRM diganggu? Pertamanya sebab mereka menyiasat kes RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri. Lalu mereka diganggu.

Kenapa pula polis beria-ia menyiasat, bahkan menangkap beberapa kakitangan SPRM?Jawapan polis ialah untuk menyiasat kebocoran dokumen penting yang tidak sepatutnya bocor.

Dokumen apa yang bocor itu?

Dokumen "KERTAS PENDAKWAAN TERHADAP NAJIB BIN RAZAK ATAS KESALAHAN MENERIMA WANG RM2.6 BILION.

Itulah pokok pangkal isunya. Siasat dan tekan SPRM sebab Najib hendak didakwa. Sekarang rakyat dan dunia tidak mahu tahu siapa bocor dan bagaimana bocor. Tetapi kita hendak tahu kenapakah Najib hendak didakwa? Kesalahan apa yang dia lakukan berkait duit RM2.6 bilion itu? Benarkah dakwaan selama ini ianya wang milik syarikat 1MDB? Atau ianya satu bentuk rasuah atas nama apa sekalipun. Itu persoalannya. Jika tidak kenapa beliau hendak di dakwa.

Tak mengapalah. Harapnya Najib tidak berhenti mengganas. Teruskan dan teruskan mendengar arahan Rosmah. Teruskan mempercayai bomoh bomoh kamu. Nasihat adik sendiri yang pakar dalam bidang perbankan pun dibakul sampahkan. Dayus membiarkan isteri mengherdik adik kandung sendiri di khalayak ramai. Supaya lebih cepat dia tumbang. Maaf. Najib pasti tumbang. Najib pasti tumbang. Najib pasti tumbang.

Lepas tumbang harap ditangkap. Disiasat dan didakwa di mahkamah.


r


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.